Friday 14 November 2014

Assalamualaikum and morning yang tak berapa nak morning dah u olls..Hari ni takde entri terbaru ye..just nak bagi ucapan macam guru besar bagi ucapan kat perhimpunan sekolah je..hahaha

First..nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua pembaca yang dah melawat dan yang hari2 datang melawat ke blog saya semata2 utk mengetahui citer terkini mengenai Ain Farah dan Tengku Zahran. Sungguh saya benar-benar terharu bila Ain Farah sudah pun mendapat tempat dihati mereka yang membacanya. Hampir setiap hari saya menerima sms yang bertanyakan khabar mengenai Ain Farah membuatkan saya rasa so touching sesgt..cheewah masuk mood jiwang kejap.

Kepada semua pembaca di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore yang telah membaca kisah Ain Farah, memberi komen2 membina dan juga memberi kata2 semangat..tiada apa yang mampu utk saya katakan melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Buat semua geng #toingtoing..awak semua memang tersangat dan terlebih gula berkilo2 sweetnya. Awak semua telah membakar semula semangat saya untuk terus menghabiskan kisah #AinFarah. Cerita rekaan korang dalam sembang 'tehpeng' memang benar2 mencuit hati. membuatkan saya sentiasa tersenyum sendiri membacanya. sangat2 terharu dan kembang setaman rasanya bila korang selalu mengaitkan dialog2 dan scene2 yang ada dlm AFIAP dalam perbualan kalian.

Demi korang semua yang saya sayang tak kira dalam dan luar negara..In Shaa Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menghabiskan kisah ini secepat yang mungkin.

Sayang korang ketat2..Love u to the moon and back.

"Pergi aku terasa kaku..balik aku terasa rindu"
  

Monday 10 November 2014

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!! Bab 26

“Dah puas main?”. Soal Tengku Zahran dengan nada serius sebaik Ain memarkir kereta ferari itu di hadapan Pusat Perubatan KPJ. Ain terloncat. Hampir luruh jantungnya disergah begitu. Dia yang baru saja menanggalkan tali pinggang keselamatan pantas berpaling. Tengku Zahran sudah pun duduk tegak di sisinya. Tajam pandangan mata Tengku Zahran membuatkan Ain terkedu seketika. Wajah serius Tengku Zahran bagaikan nak telan dia hidup-hidup. Melihat tiada segaris senyuman diwajah itu, Ain tahu Tengku Zahran sedang marah. Alamak..habislah aku!

“Ain tau tak apa yang Ain dah buat ni?”. Suara Tengku Zahran sudah naik satu oktaf.

Ain menelan air liur kelat. Takut melihat pandangan mata Tengku Zahran. Baru Ain teringat kata-kata Tengku Zahran tadi. Dia ialah perempuan pertama yang telah diberi kepercayaan untuk memegang stereng kereta itu. Ini bererti Tengku Zahran bukan mudah untuk memberi kepercayaan itu sewenang-wenangnya kepada kaum hawa sepertinya. Sepatutnya Ain perlu lebih sensitif mengenai perkara itu. Bukannya buat kereta itu macam harta bapa sendiri. Ain rasa sedikit menyesal. Tapi apalah gunanya. Benda dah jadi. Rasanya inilah kali pertama dan terakhir Tengku Zahran memberi peluang kepada kaum hawa untuk menyentuh stereng keretanya. Lepas ini, taubat nasuhah Tengku Zahran takkan bagi peluang dah.

Sorry.”. Hanya itu yang mampu diluahkan. Seram jugak dia melihat wajah Tengku Zahran marah begitu. Tapi Ain tak salahkan Tengku Zahran. Tengku Zahran memang berhak untuk marah. Dah namanya pun kereta kesayangan. Beli bukan seringgit dua. Yang hang dok pi hentam rempit atas jalan tu pasai pa? Ain turut memarahi diri sendiri. Tapi setakat dalam hati jelah sebab tak berani dah nak buka mulut. Kalaulah mama tahu perkara ini, rasanya mama pun akan tumpang sekaki marahkan aku. Membebel mama tak cukup seminggu nanti. Hihi..   

“Ain tau tak apa akan jadi kalau kereta ni terbabas tadi?”. Suara Tengku Zahran makin meninggi. Ain tersentak. Berkerut wajahnya menahan suara Tengku Zahran yang membingitkan telinga. Dalam kereta itu cuma ada mereka berdua saja. Tak perlulah nak high pitching sangat. Karang ada juga pecah gegendang telinga aku ni dibuatnya, omel Ain di dalam hati.   

“Tau. Bersepai atas jalan”. Jawab Ain tayang muka seposen.
  
“Bersepai bukan setakat kereta, dengan saya dan awak sekali Ain Farah! Dah puas hidup?”. Bentak Tengku Zahran lagi. Gulp! Terasa air liur yang ditelan bagai tersekat di tengah kerongkong. Mendengar nama penuhnya disebut, Ain yakin kali ini Tengku Zahran memang benar-benar marah tahap petala. For the first time in forever..Ain merasai dimarahi sebegini oleh insan bergelar lelaki. Dan lelaki itu ialah bos Ain sendiri. Tapi Tengku Zahran bukan marahkan dirinya atas tiket dia sebagai majikan. Sebab apa yang berlaku tiada kena mengena dengan soal kerja dan hal pejabat. Semuanya lebih kepada hal peribadi. Haishh..

“Awak boleh buat saya sakit jantung, tau tak!”. Bentak Tengku Zahran lagi. Aduhaii..Tengku Zahran ni dah macam kem komandenlah pulak! Membentak dan menengking je kerjanya. Sakit-sakit pun boleh lagi nak marah orang. Ish..silap haribulan ada jugalah tekanan darah orang yang naik tinggi ni nanti.

Buat beberapa ketika suasana terus menyepi.

Tengku Zahran meraup wajahnnya yang pucat lesi. Satu keluhan dilepaskan. Perlahan dia memejam matanya. Cuba untuk mencari ketenangan diri seketika. Hampir separuh nyawannya melayang disebabkan oleh kegilaan Ain. 

Insiden yang berlaku sebentar tadi mengungkit kembali kisah Farah. Kisah ngeri yang meragut nyawa isteri kesayangannya itu. Dari mula Ain memecut laju, Tengku Zahran terus diburu bayangan Farah. Bagaikan terlayar di skrin minda Tengku Zahran detik-detik terakhir yang Farah lalui sebelum menghembus nafas terakhirnya. Walaupun ketika kemalangan itu berlaku, Farah memandu sendirian. Tengku Zahran tetap terbayangkan kejadian ngeri itu. Ain bagaikan satu simulasi yang menggambarkan rentetan peristiwa itu.

Sebab itulah Tengku Zahran benar-benar marah. Dia marah bukan kerana ferari kesayangannya dipandu laju. Tapi lebih kepada rasa takut sebenarnya. Takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali dia pernah merasai betapa peritnya kehilangan Farah.  Janganlah dia diuji untuk kali yang kedua. Jika dia diminta untuk membuat pilihan antara Ain atau kereta ferari kesayangannya, Tengku Zahran lebih rela melepaskan ferari itu. Setakat kereta itu, apalah yang nak dikisahkan sangat. Patah tumbuh hilang berganti. Kalau dah tak boleh pakai..beli saja yang baru tak ada masalah bagi Tengku Zahran.      

“Awak janganlah marah. Awak tu kan sakit. Simpan sikit marah tu boleh tak?”. Tutur Ain lembut. Orang dah tengah marah takkan nak ditambah lagi dengan api. Kenalah siram dengan air.

Tengku Zahran tersentak. Pantas dia membuka mata memandang Ain. Gadis itu tersenyum sengeh di hadapannnya. Menampakkan barisan gigi putihnya yang cantik tersusun. Sedikit pun tiada kelihatan riak bersalah di wajah itu. Yang kelihatan hanyalah ekspresi wajah comel yang meruntuhkan benteng kemarahan. Alahailah Ain!  

“Saya tak nak kehilangan awak Ain. Tolong jangan tinggalkan saya”. Tengku Zahran bersuara lirih. Ain terpempan. Rasanya setakat ini dia belum lagi mengalami masalah pendengaran. Tapi serius..Ain langsung tidak faham maksud Tengku Zahran. Nak tanya lebih lebih-lebih rasa seganlah pulak. Karang ada juga orang kata Ain perasan. 
  
“Awak..saya sebenarnya tak berniat pun nak bawa kereta kesayangan awak sampai macam tu sekali. Tapi saya terpaksa..sebab nak elak kita dari terus di kejar oleh..” Ain membisu seketika. Saja nak buat suspen sekejap. Biar mamat ni tertunggu-tunggu. Dari tadi asyik nak marah je. Cubalah bawa bersabar sikit.

 Tengku Zahran menjungkit sebelah keningnya. Ain Tersentak. Bagai terhenti degup jantungnya melihat Tengku Zahran begitu.
“Lalat hijau”. Pantas perkataan itu terpacul dari mulutnya.
 “Lalat hijau? Apa tu?”. Bekerut dahi Tengku Zahran memandang Ain.
“Shrek”. .
“Ain..”.  Suara Tengku Zahran naik satu oktaf lagi.
“Sorry”.
“Okeylah..saya serius ni!”. Ain sudah tayang muncung sedepa. Tengku Zahran ni memang sah dah macam kem komanden. Dah aku umpama rekrutnya. Ikut suka hati dia je nak marah dan bagi arahan.
“Saya sebenarnya nak mengelak kita dari terus dikejar oleh darling you tu. Iyelah kalau dia ikut kita terus sampai ke sini nanti awak jugak yang sakit kepala sakit jiwa. Betul tak? Atau awak memang suka dia ikut kita?”. Usik Ain mengenakan Tengku Zahran. Lupa seketika yang mamat tu tengah angin satu badan.   

“Jangan nak merepeklah”. Tengku Zahran menjeling tajam. Nampak sangat dia memang tidak suka dikaitkan dengan perempuan tak cukup meter kain itu. Ain tergelak kecil. Comel pulak tengok Tengku Zahran menjeling manja begitu. Alahai Ain kau dah buang tabiat ke apa? orang tengah marah boleh pulak kau kata comel.

Ellina memang keterlaluan. Memang patut dan padan sangat-sangat Ain memanggil Ellina lalat hijau. Sebab Ellina ni memang spesies yang suka sangat nak kacau orang.

She’s not my darling okey. Daripada saya pilih dia..baik saya pilih awak lagi bagus”. Bidas Tengku Zahran tegas. Tidak setuju sangat dengan kenyataan yang diberikan. Simpang malaikat empat puluh empat dia takkan pernah sudi untuk menjadikan kekasih Ellina.   

Ain mencebik. Tak tahu sama ada dia ingin percaya atau tidak pengakuan Tengku Zahran. Entah-entah mulut saja menafikan tapi dalam hati ada taman. Tanpa sedar Ain pulak menjeling Tengku Zahran. Tengku Zahran tersenyum senget.

“Hah, fikir apa pulak tu?”. Soal Tengku Zahran menahan sakit. Perutnya yang sakit dipegang dengan kedua belah tangannya. Pedih dan menyucuk-nyucuk seluruh isi perutnya. Itulah gambaran kesakitan yang Tengku Zahran alami.

“Fikir nak ambik kerusi roda. Lepas tu bawa awak jumpa doktor. Jom”. Ain menjawab pantas. Satu cara paling selamat untuk mengelakkan Tengku Zahran dari merepek yang bukan-bukan. Ain sudah tidak betah untuk menunggu lama di dalam kereta itu. Makin dilayan makin semput dan sesak nafas jadinya

*******************************************************************

“Awak..tolonglah. Bagilah saya drive. Kali ni je..please!”. Ain merayu bagaikan anak kecil sebaik mereka menghampiri kereta Ferari milik Tengku Zahran. Hampir sejam mereka berada di pusat perubatan itu untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat.
“Nope. Tak boleh.”.
“Awak..please! awak kan sakit. Bagilah saya drive. Saya janji takkan bawa laju lagi kali ni. Saya akan bawa macam siput je..please”. Ain terus merayu. Tak mungkin dia merelakan Tengku Zahran memandu dalam keadaan sakit macam tu. Sekalipun Tengku Zahran berkeras, Ain tetap akan akan pastikan Tengku Zahran selamat sampai ke rumahnya.

“Nope.”.  Tengku Zahran menyadarkan tubuhnya di kereta. Dia tetap berkeras tidak mahu membenarkan Ain memandu lagi. Nakal betul. Ikut suka hati dia je nak main atas jalan raya.  Ingat nyawa tu boleh beli kat kedai gamaknya. Kalau beginilah cara Ain memandu kereta, Tengku Zahran lebih rela menjadi ‘driver’ Ain sepanjang hayat.

“Alah, bolehlah”. Ain terus meraih simpati Tengku Zahran. Bukan dia teringin sangat nak memandu kereta Tengku Zahran. .Kalau ikutkan rasa bersalah yang menguasai diri, memang Ain pun taubat takkan menyentuh lagi stereng kereta kesayangan Tengku Zahran. Tapi bila memikirkan keadaan Tengku Zahran yang jelas tidak bermaya, rasa bersalah itu terpaksa ditolak ke tepi. Ain berdiri di hadapan Tengku Zahran.

“Tak boleh”.
“Kenapa tak boleh? Awak takut saya rosakkan kereta awak erk?”. Ain sengaja menguji Tengku Zahran.
“Saya tak kisah pasal kereta tu..tapi saya kisahkan awak. Saya tak nak jadi apa-apa kat awak. Kalau setakat kereta tu, rosak saya boleh repair atau susah-susah beli je lain. Tapi nyawa tak boleh dibeli Ain”. Bekerut dahi Tengku Zahran menahan sakit.  Ain terkedu. Sesaat dua mereka saling berpandangan.

Ain dipagut resah. Tengku Zahran ni memang spesies keras kepala betul lah. Dah sakit macam tu pun lagi tak nak mengalah.     
“Awak..saya tau saya salah. Saya minta maaf banyak-banyak tapi saya tak boleh biarkan awak bawak kereta ni. Awak tu kan sakit. Lagipun kalau jadi apa-apa tengah jalan nanti macam mana?”. Ain sebal. Susahnya nak berurusan dengan orang paten macam ni.
Tengku Zahran melepaskan keluhan. Melihat muncung Ain yang sudah pun panjang sedepa membuatkan hati lelakinya mencair. Memang susah bagi Tengku Zahran untuk menyimpan rasa marah tatkala melihat mimik wajah comel seperti itu. Ain nampak saja keras tapi bab merajuk boleh tahan jugak minah ni. 
“Okey..saya boleh bagi awak bawa kereta ni tapi dengan satu syarat..”. Tengku Zahran merenung tepat ke wajah Ain.
“   Syarat apa?”
“Saya tak nak awak bawa kereta macam tadi. Kalau awak buat jugak..saya cium awak”
Ain pantas memekup mulutnya. Tidak dapat dia gambarkan jika Tengku Zahran mengotakan apa yang telah dikata. Tak rela you.
 Tengku Zahran hampir tergelak melihat reaksi spontan Ain. Tau juga dia takut. Sempat Tengku Zahran tersenyum senget sebelum masuk ke dalam kereta.
“Fuhhh..”. Ain melepaskan keluhan sebelum masuk ke dalam kereta.  
“Encik Zahran nak saya hantar balik ke rumah ke? Atau nak balik ke rumah hinggap?”
“Rumah hinggap?”.
“Iyelah manalah tau encik ada rumah hinggap kat mana-mana ke?” Tutur Ain selamba sebaik menghidupkan enjin kereta.
“ Saya nak balik ke rumah kita”. Tengku Zahran sengaja mengusik.
“Hah!”. Ain pantas berpaling memandang Tengku Zahran. Buntang matanya memandang lelaki itu. Tengku Zahran tergelak kecil. Tapi gelak itu seakan tidak kesampaian kerana dia benar-benar tidak berdaya.
 “Encik Zahran nak main bumper car ke?” Ain bengang. Boleh pulak dia main-main dalam keadaan sakit macam tu? Ada juga nanti orang kena hantar kat Hospital Tanjung Rambutan ni.
“Eh..tak..tak”
“Tau takpe. Dah saya hantar Encik Zahran balik ke rumah ajelah”
“Eh..tak nak. Saya tak nak balik ke rumah. Tolong hantar saya balik ke rumah bapa saudara saya kat Sungai Petani”
“Kenapa tak nak balik rumah? Takut emak bising erk”. Tengku Zahran sekadar tersenyum senget.
“Awak jalan je. Nanti saya tunjuk rumah dia kat mana, okey?”. Tengku Zahran sempat mengenyit mata. Ain tersentak. Rasa tersirap darahnya naik hingga ke kepala. Dia ni buang tabiat ke apa? Nak kata silap makan ubat..rasanya dia tak makan ubat apa-apa pun lagi. Ish..pelik semacam je mamat ni.
Ain mula memandu meninggalkan Pusat Perubatan KPJ. Kali ini dia memang cukup berhati-hati dan memandu dengan kelajuan sederhana sepanjang perjalanan itu. Biar lambat asal selamat. Itulah pegangan dia untuk kali ini. Selamat dari segala-galanya dan yang paling utama..selamat dari ugutan Tengku Zahran. Kalau kena..mau meraung. Oh, tidakk..!  Tak rela you!