Thursday 5 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 10


Sebaik saja pintu lif terbuka, Ain, Tengku Zahrin dan beberapa pekerja lain masuk ke dalamnya. Mereka perlu turun ke tingkat 7 kerana bilik mesyuarat terletak di tingkat tersebut. Norazlin yang turut ada di dalam lif itu menekan butang 7 dan butang `close’ untuk menutup pintu.

Wait..”. Kedengaran satu suara lelaki dari luar lif. Norazlin menekan semula butang `open’. Tengku Zahran sudah sedia menanti dihadapan pintu. Tengku Zahran pantas melangkah masuk ke dalam lif sebaik saja pintu terbuka semula. Penggera berbunyi menandakan isyarat lebih muatan tetapi Tengku Zahran buat tak hairan. Seolah-olah bukan dia yang menjadi penyebabnya. Ain yang berdiri di sisi Tengku Zahran terus membuntang mata memandangnya. 

“Apa?”. Tengku Zahran memandang Ain.

“Encik..lif ni terlebih muatan”. Ain berkata separuh berbisik. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memalukan Tengku Zahran di hadapan pekerja lain.

“So..”.

“So..memandangkan enciklah yang paling berat di dalam lif ni..maka Encik kenalah keluar”. Tengku Zahrin yang mendengar perbualan separuh berbisik itu tergelak kecil. Lucu mendengar Ain mengenakan Tengku Zahran.

“Tak nak”. Tengku Zahran tidak mahu mengalah. Ishlah..mamat ni..selfish betul. Perkara kecik pun tak nak beralah. Besaq saja! Loghat Penang mai dah!

“”Encik nilah..teruk betul”. Ain mencebik. Geram dia melihat wajah selamba Tengku Zahran. Langsung tidak ada rasa bersalah terhadap semua staf yang terpaksa menunggu di dalam lif itu. Tiada siapa pun yang berani bersuara. Bertuah punya bos. Mentang-mentanglah bangunan ini bapa dia yang punya. Suka hati dia saja nak buat apa!

Ain sudah berkira-kira untuk melangkah keluar dari lif itu. Biarlah dia yang beralah. Nanti dia akan mencari jalan untuk sampai ke bilik mesyuarat itu. Kerja explore bukan tak biasa. Kacang aje!

Tiba-tiba tanpa diduga Tengku Zahran menarik lengan Ain dan membawanya keluar dari dalam lif itu. Ain terpempan. Segalanya berlaku terlalu pantas. Fikirannya tidak mampu mentafsir apa-apa kerana terkejut dengan situasi yang telah berlaku. Hanya kakinya menurut langkah Tengku Zahran.        

“Awak semua pergi dulu. Biar dia ikut saya”. Tengku Zahran memberi arahan kepada semua staf yang ada di dalam lif itu. Lengan Ain masih tidak dilepaskan. Norazlin mengangguk. Selebihnya terkebil-kebil melihat adegan yang berlaku. Tengku Zahrin tersenyum sambil menggeleng kepalanya. Tak habis-habis Angah ni. Macam budak-budak! Pintu lif tertutup. Pegangan lengan Ain dilepaskan.

“Kenapa encik tarik saya keluar. Dah tu suka-suka hati aje pegang tangan orang”. Ain menggosok lengannya yang terasa sakit. Kuat juga cengkaman tangan Tengku Zahran. Boleh remuk tulang belulang.  Geram Ain diperlakukan begitu oleh Tengku Zahran. Ikutkan hati nak juga buka silat gayung di sini tapi silat tu tak sempat nak belajar lagi.
Excuse me..saya tak pegang tangan awak tapi saya pegang lengan awak. Lengan awak tukan berlapik sebab awak pakai baju..err baju apa ni”.

“Baju kebayalah”. Ain menjeling. Tengku Zahran tersenyum nakal. 

“Encik ni mengada-ngadalah. Encik yang menyebabkan lif tu lebih muatan tapi encik tarik saya keluar sama. Sakit tau lengan saya. Nasib baik tak tercabut”. Tengku Zahran ketawa. Kata-kata Ain mencuit hatinya. Seronoknya dapat menyakat gadis itu. Lebih seronok dapat peluang berdua-duaan. Walaupun jauh di sudut hati, bimbang juga Tengku Zahran kalau Ain mengamuk seperti semalam. Mau kecoh satu bangunan kalau angin gadis ni dah naik satu badan.

Muka Ain bertukar warna. Rasa geram dan marah semua ada.

“Awak ni memang nampak sweetlah kalau marah. Saya suka tengok muka awak kalau marah”. Usik Tengku Zahran. Ain menjegil matanya. Orang tengah marah dia boleh main-main pulak! Sweet konon! Ada jugak orang yang nak kena buku lima! Belum sempat Ain berkata apa-apa, pintu lif telah terbuka.

“Nah. Ambik ni. Awak assistant merangkap penasihat saya mulai hari ini”. Tengku Zahran menyerahkan kesemua dokumen yang ada ditangannya.

“Hah?”. Ain terpinga-pinga menyambut dokumen yang diserahkan. Assistant? Biar betul! Inikah jawatan yang ditawarkan untuknya? Tengku Zahran memang keterlaluan. Suka sangat buat perkara yang bukan-bukan. Agaknya dia ingin membalas dendam? Kalau memang benar, kenapa dia menghubungi aku pulak malam semalam? Semata-mata untuk meminta maaf. Ah, dasar lelaki! Memang tak boleh dipercayai.

Tengku Zahran menekan butang untuk menghalang pintu lif tertutup.

“Jom masuk”. Arah Tengku Zahran tetapi Ain tidak mahu berganjak. Rasa geram pada lelaki itu masih ada. Ikutkan hati tak ingin dia beriringan dengan Tengku Zahran. Nak ajak orang tapi gaya macam nak marah. Baik tak payah!

“Jom masuk”. Tukas Tengku Zahran.

“Tak nak”. Ain sudah meniru kata-kata Tengku Zahran sewaktu di dalam lif tadi. Macam orang nak buat iklan berhenti merokok.

“Kalau awak tak nak masuk..saya janji kali ni saya akan pegang tangan awak erat-erat sampailah ke bilik mesyuarat. Biar semua orang dalam bilik mesyuarat tu tengok termasuklah bos besar kita”. Ain tersentak. Cepat-cepat kakinya melangkah masuk ke dalam lif. Ain takut kalau Tengku Zahran mengotakan janjinya. Lelaki ini bukan boleh dikira. Nanti dia buat sesuka hati dia saja.
Tengku Zahran Tersenyum puas. Tau takut!

No comments:

Post a Comment