Friday 25 October 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 20


“Kali ni biar saya pulak yang pilih menu boleh? Saya nak Ain rasa makanan kegemaran saya”. Pinta Tengku Zahran dengan senyuman. Wajah Ain dipandang seketika sebelum matanya beralih semula ke senarai menu yang ada ditangannya.

Okey, no problem. Pilih yang sedap-sedap tau”. Wajah Tengku Zahran dipandang dengan senyuman manisnya.

For sure. Saya akan cuba pilih yang terbaik untuk Ain”. Tengku Zahran mengedip matanya memandang Ain. Senyuman terus terukir dibibirnya.

Good. Sayanggg awak”. Tutur Ain perlahan. Nampaknya Ain sudah berani berseloroh seperti itu dengan majikannya. Setiap hari bertemu dan bekerja di bawah satu bumbung membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain. Keserasian yang wujud bagaikan saling mengenali bertahun lamanya. Sungguh pun begitu, bersama Tengku Zahrin situasinya agak berbeza. walaupun Ain juga berkerja di bawah satu bumbung bersama Tengku Zahrin dan bertemu lelaki itu setiap hari, hubungan mereka agak formal dan lebih terbatas. Tidaklah lebih kurang seperti dia dan Tengku Zahran.

Excuse me..apa dia? Boleh ulang semula tak”. Tengku Zahran mengerut dahi. Bibirnya cuba untuk menyembunyikan senyuman. Sebenarnya, bukan dia tidak mendengar kata-kata yang baru saja meniti di bibir gadis itu. Cuma saja nak syok sendiri mendengar siaran ulangan yang boleh dianggap keramat. Tidak pernah Ain menuturnya sebelum ini. Inilah kali pertama gadis itu mengungkapkannya. Walaupun Ain menganggap itu hanyalah gurauan semata-mata, Tengku Zahran tetap merasakan ada sinar kebahagiaan menyelinap masuk ke dasar hatinya. Wah, nampaknya bunga-bunga memekar di taman hati. Lenguh pipi asyik mengukir senyuman sudah tidak dihiraukan.   

Takde apa”. Ain pantas menggeleng. Cuba berlagak selamba. Wajahnya sudah bertukar kemerahan. Pelayan di sisinya dikerling sebelum matanya memandang senarai menu yang entah apalah namanya. Nama-nama yang menggunakan bahasa dari Timur Tengah memang langsung tidak difahami. Nak menyebutnya pun susah. Apatah lagi nak membayangkan rupa bentuknya. Cuma ada satu menu yang sangat difahami dan menarik perhatian. Yes, my favourite menu!     

“Sayang awak jugak”. Terbit ungkapan separuh berbisik yang jelas masuk ke telinga Ain. Gemersik suara Tengku Zahran menimbulkan debaran yang mencengkam didada. Ain terkedu seketika. Cik jantungnya sudah mula gundah gulana. Kenapa ungkapan Tengku Zahran kedengaran aneh ditelinganya? Sedangkan tadi semasa dia memulakannya, langsung tidak ada perasaan asing menyusuk masuk ke lubuk hatinya. Aduhh..apa maknanya semua ini? Ain membetulkan tudung awning jenama Arinni yang dipakainya untuk menyembunyikan perasaan gugupnya. Hailah cik jantung, masa nilah jugak nak berdegup kencang. Pleaselah..maintain buat selamba je okey.

Tengku Zahran tersenyum penuh makna. Bukan dia tidak tahu membaca reaksi dan fikiran gadis itu. Duduk berhadapan dengan Ain di meja yang bersaiz agak kecil itu memberi ruang kepadanya untuk terus menatap wajah si gadis bermata hazel itu. Tika ini, Ain tak ubah seperti Farah. Beginilah reaksi Farah pabila dia menggelabah. Cuma Farah lebih jelas kelihatan gabranya kalau dia terperangkap dalam situasi seperti ini. Mungkin sebab sikap Farah yang jauh berbeza dengan Ain membuatkan dia begitu. Kini barulah Tengku Zahran tahu bahawa Ain juga sama seperti Farah. Walau sekeras mana pun hatinya, terselit jua kelembutan di sebalik kekerasan itu.

“Encik, nak order apa?”. Tanya pelayan itu tersenyum manis. Sebenarnya dia sudah tidak betah untuk terus berdiri menghadap pasangan serasi bersama itu. Pasangan baru berkahwin yang mungkin sedang melalui mood berbulan madu agaknya. Si hero yang romantik bersama heroinnya yang malu-malu kucing. Si hero yang kacak membalas kata sayang si puteri jelita dan aku menjadi saksi segalanya. Oh, so sweet! Desis hati si pelayan itu.

“Saya nak dua set tajen chicken with morrocan rice, satu beef kebob dan dua zarga”

“Zarga tu menatang apa?”. Tanya Ain.

“Air strawberi plus lemonade sayang”. Tengku Zahran sengaja menambah perisa untuk drama sebabak di hadapan pelayan itu. Biar pelayan itu terus confuse dengan hubungan mereka berdua. Sekali sekala nak rasa mood pasangan bercinta apa salahnya. Selain niat untuk terus mengusik Ain. Gadis yang anginnya sukar untuk dijangka.

Ain mengangguk faham. Okeylah kalau minuman itu yang dimaksudkan. Jangan diminta air yang bukan-bukan sudahlah. Nanti ada juga orang yang gelong tak boleh nak balik kejap lagi. Dahlah pagi tadi buang tabiat pekena kek perisa coklat dan hot chocolate kaw-kaw punya. Nak jadi ala-ala mat salih celuplah kononnya. Sudahnya rasa muak tak terkata. Nasib baiklah Tengku Zahran berbesar hati nak menghabiskannya. Kalau tak mau hijau biru juga muka aku dibuatnya. Tu makan tak banyak mana pun rasa dah gelong semacam. Ni nak minum lagi yang pelik-pelik, dua kali gelonglah jawabnya. Ada juga yang balik silap masuk lorong ni nanti. Tapi bukan akulah yang akan silap masuk lorong tu. Mamat nilah! Sebab dia yang bawa kereta. Hahaha!

“Ada nak tambah apa-apa lagi ke?”. Tanya si pelayan.

“Ada. Nak banana split satu!”. Pinta Ain dengan senyum lebar. My favourite menu! Maaflah ye Tengku Zahran Darwisy. Sebab tambah menu ikut suka hati saya je!

“Aiskrim?”. Tengku Zahran mengerut dahi. Ya, Allah macam mana aku boleh lupa pasal aiskrim ni? Beria-ia Ain minta nak makan aiskrim tadi. Alamak, sorrylah ye sayang! Saya betul-betul terlupa. Sekarang ni, orderlah berapa banyak pun, saya tak kisah. Nak makan semua aiskrim yang ada kat kedai ni pun tak apa. Janji jangan merajuk dan lari tinggalkan saya lagi sudahlah.

“Nak makan sekarang ke? Atau makan sekejap lagi?”. Soal si pelayan yang sentiasa tersenyum manis.

“Makan sekarang”. Jawab Ain pantas dan penuh yakin. Sudah mula nak memandai-mandailah tu. Takpe Tengku Zahran gerenti tak marah punya.

“Nak satu je ke aiskrim?”. Pelayan itu memohon kepastian.

 Yup..satu je. Sharing is caring”. Tutur Ain tersenyum memandang pelayan itu. Wajah Tengku Zahran dikerling seketika. Tengku Zahran tergelak kecil.  Hatinya dicuit rasa bahagia mendengar sebaris ayat itu. Sungguh dalam maksud kata-kata itu. Kembangnya sang hati sekembang bunga memekar di taman. Alhamdulillah, nampaknya Ain sudah semakin selesa dengannya. Tengku Zahran memanjatkan rasa syukur.

Pelayan berkulit sawo matang itu pun berlalu sebaik selesai mengambil pesanan. Tinggallah Ain dan Tengku Zahran saling berpandangan. Masing-masing diam seketika melayani perasaan. Tengku Zahran memandang Ain tanpa berkutik. Memerhati si pemilik bermata hazel itu membuatkan hatinya tersenyum bahagia.

Ain sudah mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan yang diletakkan di sisinya. Pantas saja jejari halus itu menyentuh skrin telefon bimbitnya. Sekejap ke kiri, kanan atas dan bawah. Cekap sungguh. Mengalahkan jurutaiplah pulak. Entah apalah yang dibelek agaknya? Yang pasti Ain tersenyum dan tergelak kecil sendiri. Seronoknya dia. Happy dan ceria sepanjang masa. Tak perlu nak pening kepala memikirkan masalah yang merepek-repek seperti aku.

Okey, smile..!”. Ain menghalakan telefon bimbitnya ke wajah Tengku Zahran yang sedang duduk berpeluh tubuh. Tengku Zahran tersentak lalu tergelak kecil. Tidak menyangka Ain berniat untuk mengambil gambarnya yang sedang kusyuk membelek gadis itu. Pantas Ain menekan butang di skrin telefon bimbitnya. Aduhh..kenapalah time ni pulak dia nak buat candid camera! Entah apa-apalah muka aku dalam gambar tu nanti? Nakal betul!

One more..two..three..four and five…clever”. Beberapa keping gambar sudah pun diambil dalam kiraan itu. Tengku Zahran tergelak sendiri. Memang bertuah sungguh anak Tan Sri Noordin yang seorang ni! Suka buat perkara di luar jangkaan.

“Oh..awak tangkap gambar saya erk!”. Tengku Zahran mengambil Iphone5 yang diletakkan di hadapannya. Biar kali ni dia pula mengambil giliran. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh dijadikan kenang-kenangan. Bukan senang nak dapat peluang baik seperti ini. rasanya kalau saja-saja nak minta untuk diambil gambarnya, silap bicara ribut taufan pula yang melanda.

“Nak update status kat facebook”. Usik Ain dengan riak selamba. Matanya sibuk melihat koleksi gambar Tengku Zahran yang baru saja diambil. Boleh tahan juga mamat ni! Very photogenic dan senyumannya..terbaik! Kalaulah aku upload gambar dia ni dalam facebook, beratus-ratus komen kengkawan aku bagi kat gambar mamat ni nanti. Tu belum kira yang puji handsome melambung tinggi dan tekan butang LIKE lagi. lepas tu tanya itu ini. Mesti ramai orang akan menyangka dia ni kekasih atau bakal suami aku. Tak pasal-pasal famous pulak bos aku ni. Tak boleh! Tak boleh! Sepanjang tahun kisah gambar mamat ni tak habis dijadikan isu persidangan di laman facebook aku nanti.

Mana aci, asyik awak je tangkap gambar saya. Meh saya pulak tangkap gambar awak!”. Tengku Zahran sudah menghalakan skrin Iphone5nya ke arah Ain. Hanya tinggal menunggu masa untuk menekan butang capture yang tertera di skrin itu saja. Ain tidak menghiraukan kata-kata Tengku Zahran. Mata dan fikirannya tertumpu pada skrin telefon bimbitnya.  

“Smile..sweetheart!”. Ain pantas panggung kepala. Butang capture sudah pun ditekan oleh Tengku Zahran. Bukan hanya sekali, tetapi dah berkali-kali butang capture itu ditekan. Mengalahkan model tengah buat fotoshoot cara Tengku Zahran mengambil gambar Ain. Bukan senang nak dapat peluanglah katakan. Dah dapat tak mungkin dilepaskan.

Ahyaa, ini tidak adil! Wajib nampak muka blur je dalam gambar tu! Tengku Zahran ni agak-agaklah. Kut iye pun nak tangkap gambar bagilah orang pose dulu. Ni salamnya tak main hentam candid je. Padan dengan muka aku pun. Siapa suruh memandai-mandai mulakan dulu. Kan dah kena balik. Macam manalah agaknya wajahku di dalam skrin handphone mamat tu? Macam orang terkena renjatan elektrik kut? Tak pun nampak macam orang tertelan tongkol jagung. Macam mana agaknya muka orang tertelan benda alah tu? Tak dapat nak dibayangkan. Sabar jelah!

“Awak nak buat apa dengan gambar saya tu? Nak update status dalam facebook jugak ke?”

“Taklah. Saya mana ada facebook”. Tengku Zahran membelek koleksi gambar Ain yang baru saja diambil.

“Hah, biar betul? Takde langsung? Whatsapp, wechat atau LINE ada?”. Tengku Zahran menggeleng. Ain terlopong. Kagum mendengar pengakuan Tengku Zahran. Seperti tidak percaya pun ada. Tak sangka zaman yang serba moden dan canggih ini masih ada lagi  golongan ternama yang tak berdunia dengan IT rupanya. Dia ni spesies apa agaknya ye? Macam katak bawah tempurung je.

 “Kenapa..nak berkenalan dengan saya ke?”. Perli Tengku Zahran.

“Nak buat apa? Dah kenal dah pun”. Ain mencebik. Tengku Zahran ketawa. Melihat muka Ain yang mula mencuka membuatkan dia tersenyum sampai ke telinga.

“Seriously, saya memang takde facebook, whatsapp atau apa saja yang sewaktu dengannya. Saya takde masa dan tak berminat dengan benda-benda macam tu. Walaupun kedengaran agak kuno tapi itulah hakikatnya” ucap Tengku Zahran berjeda. Ain terkedu. Wajah Tengku Zahran ditatap seketika. Mencari ketelusan di sebalik raut wajah itu. Rasanya Tengku Zahran tidak berdusta. Wahh..tabik springlah. Ada jugak paten gini rupanya.    

Menu kegemaran Ain telah pun sampai ke meja mereka. Banana Split dengan hiasan yang menarik membuatkan Ain kelihatan benar-benar teruja. Nyum! nyum!

“Jom, makan. Rugi tau kalau tak makan”. Ain sudah menyuapkan sesudu aiskrim ke dalam mulutnya. Penuh perasaan dia menikmati aiskrim itu. Tengku Zahran tersenyum manis. Seronok melihat gelagat Ain yang langsung tak kelihatan kekok di hadapannya.

“Kenapa pandang saja..makanlah. Agaknya Encik Zahran tak nak share kut. Takpe saya order satu lagilah ye”. Ain mengerling ke arah pelayan itu. Baru saja dia ingin memanggil pelayan itu, Tengku Zahran pantas mencelah.

No, no! Satu dah cukup. Sharing is caring. Remember?”. Pintas Tengku Zahran. Mau saja tangan kasarnya menyentuh tangan gadis itu. Sabar Zahran..sabar. Jangan gelojoh di hadapan perempuan. Nanti tak pasal-pasal kau ditinggalkan keseorangan. Hati Tengku Zahran berbicara.

Ain terkesima. Tidak menyangka kata-katanya tadi terkesan di hati Tengku Zahran. Mereka saling berpandangan. Tengku Zahran terus tersenyum manis. Ain pula terus terkaku. Melihat Tengku Zahran tersenyum begitu mengundang rasa tidak selesa dalam dirinya. Ain mula rasa serba tak kena tapi dia tidak mahu mengalah begitu saja. Tidak sesekali dia mahu menunjukkan kelemahannya di hadapan Tengku Zahran. Dia perlu berlagak tenang dan selamba. Lagipun tidak ada hubungan istimewa antara dia dan Tengku Zahran. Apa nak dikisahkan!

Ain menjegil memandang Tengku Zahran. Biar betul, mamat tiang sudah bertukar menjadi mamat romeo! Oh, tidak! Tengku Zahran mengenyit matanya. Ain tersentak. Pantas wajahnya diserbu rasa panas. Tengku Zahran tergelak melihat reaksi Ain menjelingnya. Marahlah tu!  

“Makanlah!”. Ain sudah tunjuk muka geram. Tengku Zahran ketawa. Camca di hadapannya diambil dan aiskrim di dalam mangkuk yang berbentuk seperti sampan dicedok.

“Janganlah marah. Tak baik tau marah-marah depan rezeki. Nanti rezeki lari”. Tengku Zahran menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

“Rezeki bukannya ada kaki. Mana boleh lari?”. Pintas ain selamba. Bukan dia tidak faham maksud kata-kata Tengku Zahran sebenarnya. Cuma saja nak cari pasal! Tengku Zahran tergelak kecil.

“Ain Farah binti Noordin..”. bulat mata Ain memandang Tengku Zahran memanggil nama penuhnya. Lain macam saja bunyinya.  

“Saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya minta maaf atas semua salah dan silap yang telah saya lakukan sepanjang hari ni. Yang mana terkasar dan awak terasa hati..saya betul-betul minta maaf”. Ucap Tengku Zahran  bersungguh. Kalaulah boleh ingin saja dia mengenggam jari jemari halus milik Ain. Namun akalnya masih bisa menguasai fikiran. Ain bukan hak miliknya yang sah. Jadi dia tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara di luar batasnya.

Ain tergamam. Nasib baiklah potongan buah pisang dengan sedikit aiskrim yang disuap ke dalam mulutnya tidak terlekat di tengah kerongkong. Apa ni? Macam nak rayalah pulak! Sampai  minta maaf bagai! Sedangkan bulan ramadhan lambat lagi nak masuk.

Jauh di sudut hati, Ain mengagumi sikap Tengku Zahran. Lelaki ini memang spesies yang murah dengan ungkapan maafnya. Tidak sukar baginya untuk meluahkan kata-kata itu. Sama ada cepat atau lambat, pasti dia akan menuturkannya jua. Itulah yang membuatkan Ain sangat menyenangi Tengku Zahran.

Pelayan berkulit sawo matang itu datang membawa kesemua makanan yang telah dipesan oleh Tengku Zahran. Kehadirannya serta merta mematikan perbualan mereka berdua.

“Ain..sudikah awak…?”. Soal Tengku Zahran sebaik pelayan itu berlalu pergi. Tengku Zahran terdiam seketika. Ain menelan air liur kelat. Bagai tersekat di tengah kerongkong. Cik jantungnya mula berdetup detap. Ada debaran mula menguasai hati.

“Sudi apanya?”. Soal Ain dengan nada yang sudah naik satu oktaf. Rimas sungguh dengan sikap orang yang cakap tak habis ni. Macam cerita X-File je!

Tengku Zahran tergelak kecil. Lucu melihat respon yang ditunjukan oleh Ain. Gadis ni memang tak boleh nak masuk scene romantik langsung. Taunya nak naik angin je!

“Sudikah awak maafkan saya?” Wajah Tengku Zahran kelihatan penuh mengharap.

Fuhh..Ain menarik nafas lega. Ini je benda yang nak dicakapkan? Ingatkan nak cakap benda apalah tadi. nasib baiklah aku tak pengsan siap-siap tadi. Kalau pengsan buat malu je! Ain memandang wajah Tengku Zahran. Ni yang buat aku lemah ni! Orang dah minta maaf takkan nak terus marahlah pulak! Sedangkan mama selalu berpesan, kita mestilah sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang pemaaf. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kalau pun seseorang itu pernah melakukan kesilapan, biarlah Allah saja yang menentukannya kerana Dia lebih berhak.

“Encik..kalau encik nak minta maaf pada saya atas semua kesilapan yang telah Encik lakukan, saya pun nak buat macam tu jugaklah”. Ain menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

“Maksud Ain?”. Tangan Tengku Zahran yang ingin menyuap aiskrim ke dalam mulutnya terhenti seketika.

“Saya pun nak minta maaf atas semua kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang hari ni”. tutur Ain sebaik saja selesai menelan aiskrim yang masuk ke mulutnya.

“Ain tak salah apa pun dengan saya. Tak perlu nak minta maaf”. Tengku Zahran berhenti seketika dari terus menikmati aiskrim banana split.

“Encik, saya ni manusia biasa je. Takkan lepas dari melakukan kesilapankan?”

“Ain, sebenarnya saya…”. Kata-kata Tengku Zahran terus mati sebaik saja telefon bimbit berbunyi. Tengku Zahran mengeluh kecewa. Baru pun dia ingin membuka mulut untuk menerangkan tentang kejadian pagi tadi di bilik pejabatnya, ada pula yang mengacau. Merosakkan mood betul! Kalau tak telefon time ni tak boleh ke? Lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid berkumandang dari telefon bimbit Ain.

Aku tersesat
menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
`Tuk sejenak lelap di bahumu

Ain memandang skrin telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Lama dia memerhatikan nombor yang tidak diketahui siapa pemanggilnya itu. Hingga memberi peluang kepada Tengku Zahran mendengar setiap bait lagu yang dimainkan. Boleh tahan jugak lagu ni. So touching! Lagu yang memberi kesan hingga ke lubuk hati. Selama ini, Tengku Zahran tidak pernah kisah dan tidak pernah menghayati mana-mana lagu. Sekadar mendengar begitu saja. In and out! Tapi kali ni, hatinya benar-benar tersentuh mendengar lagu itu. Apa makna semua ini? Jangan kata aku dah masuk kumpulan mamat jiwang sudahlah! Tengku zahran tersenyum sendiri.
Ain menekan skrin yang tertera butang hijau.

“Hello!”.

“Hello, ni Ain Farah ke?”.. Kedengaran satu suara menjawab dihujung talian.

“Ya, saya. Siapa ni?”. Ain mengerut dahi memandang Tengku Zahran. Tengku Zahran memandang Ain dengan penuh tanda tanya. Siapakah gerangan yang menganggu mereka waktu-waktu begini. Kacau daun betul! Hatinya diasak untuk terus mendengar perbualan itu.

“Farah, it’s me”. Ain terlopong. Pantas tangan kanannya memekup mulutnya. Mendengar nama Farah membuat Ain dapat mengagak siapa si pemanggil itu. Kerana hanya dia satu-satunya lelaki yang memanggilnya dengan nama itu.

“Feroz..it’s that you?”. Soal Ain teruja. Tengku Zahran terkaku seketika mendengar nama itu terkeluar dari mulut Ain. Nama seorang lelaki.

“Ya, it’s me Farah”. Jawab si pemanggil di hujung talian.

“Hei, sejak bila tukar number phone ni”

“Tak tukarlah. Ni nombor satu lagi. Untuk kegunaan personnal je. Farah, saya dah transfer kat Penang tau”

Hah, what? Awak dah pindah ke sini? Biar betul?”. Ain terkejut dengan pengakuan Feroz.

Iye. Saya minta ayah saya bagi saya uruskan cawangan kami di sini. Farah tau kenapa?”. Feroz mula nak berteka-teki.

“Manalah saya tau kenapa?”. Jawab Ain acuh tak acuh. Malas dia hendak bersoal jawab dengan Feroz. Tengku Zahran ada di hadapannya. Takkan dia nak menghabiskan masa tika ini untuk bersoal jawab di talian. Sudah tentu dia dan Tengku Zahran akan sama-sama berasa tidak selesa nanti. 

“Sebab saya nak dekat dengan Farah”.

“Hah, nak dekat dengan Farah? Jangan nak mengarutlah”. Suara Ain sudah naik satu oktaf. Tengku Zahran tersentak. Farah? Siapakah gerangan yang memanggil Ain dengan nama itu? Biasanya hanya mereka yang istimewa saja yang memanggil seseorang itu dengan panggilan yang lain dari kebiasaan. Tengku Zahran diburu resah.

“Betullah”. Kedengaran suara Feroz ketawa di hujung talian. Ain rasa bengang. Entah kenapa dia benar-benar rasa tidak selesa dengan gurauan Feroz kali ini. Dengan adanya Tengku Zahran di hadapannya dan Feroz di talian, Ain jadi serba tak kena. Seolah-olah dia telah tersepit ditengah-tengah.

“Janganlah marah. Saya bergurau jelah. Farah..jom kita jumpa”.

“Bila?”

“Sekarang”

“Eh, awak sekarang tak bolehlah. Saya tengah bekerja ni. Ni pun saya tengah tunggu nak jumpa klien dengan bos ni. Lain kalilah ye. Nanti kita set lain”

“Okeylah kalau macam tu. Sorry ganggu awak. Nanti saya call lain. Bye. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam, bye. Take care

“Siapa tu? Teman istimewa ke?”. Soal Tengku Zahran sebaik Ain memutuskan talian.

“Eh, takdelah. Dia bukan teman istimewa saya”. Ain mencebik. Tidak senang dengan soalan yang mengaitkan dia dan Feroz. Baginya Feroz hanyalah kawan biasa seperti kawan-kawannya yang lain. Tidak lebih dari itu dan takkan lebih dari itu.

“Ain takde teman istimewa ke?”. Tengku Zahran memberanikan diri untuk bertanya soalan sensasi. Saja nak mencuba nasib untuk mengetahui status gadis ini sebenarnya. manalah tau gadis ini sudah berpunya. Karang tak pasal-pasal ada juga orang yang merana.

“Ada. Nak tau siapa?”. Ain saja nak buat suspen. Kali ni biar dia pula mainkan Tengku Zahran.

“Siapa?”. Berkerut dahi Tengku Zahran memandang Ain.

“Enciklah teman istimewa saya”. Gurau Ain mengusik Tengku Zahran.

“Serius?”.

Takdelah. Saya main-main jelah. Jangan marah tau. sayanggg encik..”. Tengku Zahran tergelak kecil. Okey, ini adalah kali kedua Ain memanggilnya sayang. Satu petanda yang baik. Orang kata kalau satu perkara itu selalu disebut-sebut, lama kelamaan ia akan bertukar menjadi doa. Kalau benar perasaan itu wujud di hati Ain, Tengku Zahran tidak kisah.

“Siapa Feroz?”

“Kawan baik saya masa study kat universiti dulu”. Tengku Zahran mengangguk. Kawan baik? Ada ke istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan zaman sekarang ni? Entahlah!  
“Jumpa klien? Pandai Ain bagi alasan”.

“Belajar dari boslah”. Ain tergelak kecik. Tengku Zahran turut tergelak sama. Kata-kata Ain mengena batang hidungnya. Inilah akibatnya kalau bos menunjukkan teladan yang kurang baik, anak buah pasti akan mencontohinya. Kepimpinan melalui teladanlah katakan!

“Dah. Jom makan”. Tengku Zahran mengukir senyuman. Ain mengangguk.

“Lepas ni kita nak ke mana pulak?”. Soal Ain sambil menyuap aiskrim ke mulutnya.

“Taman bunga”. Jawab Tengku Zahran Selamba.

“Hah?”. Bulat mata Ain memandang Tengku Zahran. Biar betul mamat tiang ni? Nak ke taman bunga tengah-tengah panas terik macam ni? Matahari dok tegak atas kepala dia nak pergi ke tempat macam tu? Ada juga orang yang nak rentung kena panas ni nanti. Buang tabiat ke apa dia ni? klasik sangat. Macam orang dulu-dulu je! Sikit-sikit taman bunga. Lepas tu esok-esok melawat zoo pulak. Eh, takde tempat lain lagi ke? Tolonglah.

Tengku Zahran tergelak melihat reaksi Ain. Dah agak dah! Mesti ada orang akan bengang.

“Dahlah. Jom makan dulu. Nak ke mana? Nanti kita fikir kemudian. Yang pasti kita takkan masuk ofis ari ni okey”. Ain mengangguk.

“Ikutlah encik nak ke mana sekalipun saya tak kisah. Janji jangan ke taman bunga. Terbakar muka saya nanti. Karang tak pasal-pasal saya bertukar jadi dayang senandunglah pulak! Tak pun macam heroin drama Bulan Bintang Capricon yang famous masa saya kecik-kecik dulu. Hah, siapa yang susah? Saya jugak”

“Awak ni cutelah. Ada-ada je. Baik awak makan. Kalau tak saya suap nanti”. Tengku Zahran sudah mula bertukar menjadi bos. Ain membuntang mata. Tengku Zahran ketawa.
Makan tengahari itu dinikmati dengan suasana yang cukup santai.    

Monday 30 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 19


“Kita nak buat apa kat sini Ain?”. Soal Tengku Zahran sebaik saja memarkir keretanya di hadapan sebuah pusat beli belah terkenal. Matanya memandang bangunan pusat beli belah itu dengan penuh tanda tanya.

Shopping”. Jawab Ain selamba. Tangannya menekan butang untuk menanggalkan tali pinggang keselamatan.

“Hah, now?”. Tengku Zahran pantas berpaling memandang Ain. Rasa sebal mula menguasai diri. Inilah yang malasnya bila dengan perempuan kerja lain takde asyik nak shopping! Shopping! shopping! Sebijik macam perangai umi dan Tengku Zafirah. Takde ke benda lain dalam kepala orang perempuan ni selain daripada menghabiskan duit? Tengku Zahran membebel dalam hati. Macamlah dia jenis orang yang berjimat cermatlah sangat. Pada`hal dia sendiri pun kalau dah shopping usah ditanya berapa nilai yang telah dibelanjakannya.

“Cepatlah..”

Shopping? Tak naklah. Saya takde mood nak shopping hari ni”. Tengku Zahran tayang muka sebal.

“Siapa kata nak shopping. Saya main-main jelah. Saya pun takde hati nak shopping hari ni. Saya cuma nak bawa encik ke satu tempat untuk kita release tension”. Terang Ain senyum lebar.

“Kat mana?”

“Ikut jelah. Tapi sebelum tu…tanggallah jaket tu dulu”

“Kenapa nak kena tanggalkan”. Soal Tengku Zahran sambil menanggalkan jaket yang tersarung di tubuhnya.

“Encik ni banyak tanyalah. Tanggal jelah. Nak masuk tempat ni tak payahlah formal sangat. Nampak sangatlah escape kerja”. Ain turut membantu Tengku Zahran menyangkutkan jaket itu di belakang kerusi Tengku Zahran.

“Nak saya tanggalkan semua ke”. bisik Tengku Zahran hampir ke telinga Ain. Ain tersentak lalu teruk menjarakkan dirinya. Tersirap darahnya naik ke kepala mendengar sebaris kata itu.

“Cubalah kalau nak rasa penumbuk saya. Mengada-ngada”. Tengku Zahran bantai gelak. Seronoknya mengusik gadis ini. Mak oii, garangnya bukan main! Siap nak penumbuk lagi. Agaknya dia ada tali pinggang hitam kut? Ni lelaki ke perempuan? 

Ain bengang. Pantas dia keluar dari kereta itu meninggalkan Tengku Zahran. Tak senonoh. Karang ada juga orang yang aku tinggalkan sorang-sorang kat sini. Aku lari pusing satu shopping complex ni nanti, main aci liganlah jawabnya. Baru padan dengan muka.

Tengku Zahran terdiam sebaik saja melihat Ain melulu keluar. Pantas dia mematikan suis penyaman udara dan enjin kereta itu lalu turut bergegas keluar.

“Ain! Ain!”. Tengku Zahran memanggilnya. Namun panggilan itu langsung tidak dihiraukan. Malah semakin laju kaki Ain melangkah ke hadapan. 

Tengku Zahran mulai panik. Dia tidak mahu Ain pergi meninggalkanya begitu saja.  Dia yang bertanggungjawab membawa Ain ke tempat itu dan dia jugalah yang harus bertanggungjawab untuk memastikan Ain selamat sampai ke rumahnya. Tengku Zahran terus bergegas untuk mendapatkan Ain. Tidak sukar baginya mengatur langkah untuk mendapatkan gadis itu kerana ketinggiannya memberinya langkah yang panjang. Pantas saja lengan kiri Ain dipaut sebaik saja dia menghampiri gadis itu.

“Ain..please..jangan tinggalkan saya. I’m sorry okay. Really, really sorry. I don’t means to hurt you”. Pinta Tengku Zahran. Dia sudah pun berdiri di hadapan Ain. Dekat dan sangat dekat! Matanya memandang tepat ke arah mata gadis itu. MasyaAllah! Barulah Tengku Zahran tahu, Ain memiliki sepasang mata yang cantik berwarna hazel. Berdiri di bawah sinaran cahaya matahari jelas menyerlahkan warna bebola mata itu. MasyaAllah inilah bezanya antara dia dan Farah. Farah mempunyai sepasang bebola mata berwarna coklat tetapi bukan hazel seperti Ain. Tengku Zahran terpegun.  Seketika mereka saling berpandangan. Ain pula terpaku memikirkan aksi mereka yang tak ubah seperti hero dan heroin dalam cerita filem Hindustan. Apa dah jadi ni? Macam orang tengah shooting buat drama je. Ain benar-benar tidak menyangka mereka akan jadi seperti ini.   

Ain cuba melepaskan lengannya dari cengkaman Tengku Zahran tetapi tidak berjaya. Kuatnya cengkaman Tengku Zahran sama seperti kali pertama Tengku Zahran melakukannya dalam insiden lif yang lalu. Dia ni nak pecahkan tulang aku ke apa? Taulah badan awak tu tough tapi tak perlulah nak pegang sekuat itu.

“Saya takkan lepaskan lengan Ain selagi Ain tak maafkan saya”.

“Iyelah saya maafkan awak. Cepat lepaskan lengan saya. Malu orang tengok tau tak. Tak senonoh betullah encik ni”. Ain membuntang matanya. Perlahan-lahan Tengku Zahran melepaskan pegangannya. Takut juga kalau-kalau Ain terus lari sebaik dia melepaskan pegangannya.

“Betul ni awak maafkan saya?”. Tengku Zahran memohon kepastian. Dia sudah tidak kisah Ain nak kata apa pun mengenai dirinya. Nak mengutuk sekalipun Tengku Zahran tidak kisah. Janji dia mendapat kemaafan daripada Ain. Kerana kemaafan itu terlalu bererti buat dirinya.

“Iyeee tapi dengan satu syarat”

“Syarat? Apa dia”. Berkerut dahi Tengku Zahran memandangnya. Mintalah apa-apa saja. Aku sanggup tunaikannya. Jangan minta aku beli shopping complex ni sudahlah.

“Belanja saya makan aiskrim tapi bukan sekarang. Tunggu lepas kita habis main nanti”. Tengku Zahran tergelak kecil. Comelnya melihat sikap Ain yang nampak keanak-anakan itu. Ingatkan apalah benda yang nak diminta. Rupa-rupanya sekadar nak makan benda tu aje. Kalau setakat nak makan aiskrim, satu tong aiskrim pun dia tak kisah. Nak beli buat koleksi kat rumah pun takpe. Beli dengan peti ais sekali pun takde masalah. Tengku Zahran menarik nafas lega.

“Main? Nak main apa?”

“Adalah. Jom nak ikut ke tak nak ni?”. Ain sudah bercekak pinggang.

“Iyelah saya ikut”. Tengku Zahran mengukir senyuman manis.

“Belanja saya makan aiskrim tau”. Tukas Ain sewaktu mereka mula menapak masuk ke bangunan pusat membeli belah itu.

“Iye cik adik sayang. Jangan risau. Satu kedai aiskrim tu saya boleh beli untuk awak”. Tengku Zahran terus mengukir senyuman. Ain menjeling dan bibirnya juga turut mengukir senyuman.

“Kita nak buat apa kat sini Ain?”. Soal Tengku Zahran sebaik mereka melangkah masuk ke Ampang superbowl di pusat beli belah itu.

“Dah tentulah nak main. Takkan nak shopping pulak”.

“Pakai macam ni. Ain biar betul?”. Tengku Zahran menunjuk dirinya sendiri yang masih lengkap berpakaian kerja. Tu pun kira bernasib baik jaketnya sudah pun ditanggalkan di dalam kereta tadi. Kalau tak mesti semua orang akan menganggap dia buang tabiat. Alahai, jadi anak-anak remajalah aku hari ni. Tak ada kerja main boling waktu-waktu begini. Bila kali terakhir aku bermain boling? Tak tahulah. Rasanya masa zaman remaja dulu agaknya. 

“Betul lah”

“Awak nak main dengan baju kurung macam ni?”. Tengku Zahran memohon kepastian. Matanya memandang ke arah baju kurung berwarna merah jambu dan tudung tiga lapis yang diperbuat daripada kain chiffon yang dipakai oleh Ain. Mak aii, ayunya pakaian dia nak pergi main!

“Iyalah. Kenapa? Tak boleh? Encik yang nak main ni guna tangan je kan. Bukannya nak guna kaki pun”. Jawab Ain dengan riak selamba. Tengku Zahran membuntang mata. Ain ni kalau bab-bab menjawab memang menanglah kat dia sorang. Tu belum masuk bab bergaduh dengan orang. Boleh dapat pingat rasanya.

“Nak main ke tak? Kalau tak nak main, duduk ajelah tunggu saya habis main dua tiga set nanti”

Takde kerja saya nak duduk tunggu awak berjam-jam. Saya nak main sama”. Jawab Tengku Zahran tak nak mengaku kalah. Buat malu saja kalau dia hanya duduk terperap melihat gadis itu bermain.

“okey. Jom kita lawan. Tengok siapa lebih hebat tapi sebelum tu..kalau lepas ni saya kena marah dengan mana-mana bos sebab main waktu berkerja, Encik tanggung tau”.  

“Awak jangan bimbang. Takkan ada mana-mana bos pun yang akan marah pada awak atas semua yang telah berlaku hari ini. Trust me”. Tutur Tengku Zahran penuh yakin. Ain tersenyum manis mendengar jaminan yang telah diberikan. Jangan aku dibuang kerja gara-gara buat kerja gila hari ini sudahlah, desis hatinya. Mereka kemudian pergi ke kaunter untuk berurusan mengenai pembayaran dan sewa kasut.

Setelah mengenakan kasut yang dikhaskan untuk permainan itu, Tengku Zahran mengambil bola boling seberat 14 pound. Dia kemudiannya berdiri di hadapan lorong lalu memandang ke arah kesemua pin yang tersusun di hujung lorong tersebut. Ikutkan hati malasnya nak bermain tapi takkan nak mengaku kalah begitu saja.  Dengan perempuan pulak tu.

“Encik, reti main ke?”. Ain tersenyum sinis memandang Tengku Zahran. Seronok dia melihat gaya seorang lelaki yang lengkap berpakaian kerja hendak memulakan balingan.

“Jangan pandang orang sebelah mata okey”. Balas Tengku Zahran. Bibirnya cuba untuk menyembunyikan senyuman.

“Eleh, confidentnya. Balinglah nak tengok boleh ke tak”. Ain terus tersenyum memerhati gelagat Tengku Zahran. Tengku Zahran menjungkit sebelah keningnya. Senyuman Ain seolah-olah mencabar kemampuan dirinya. Ah, tak boleh jadi ni! Aku takkan kalah dengan hanya seorang perempuan. Tanpa menunggu lama, dia memulakan balingan untuk kali yang pertama. Entah dimana silapnya, bola itu masuk ke dalam longkang ketika menghampiri kesemua pin yang masih tersusun dihujung lorong. 

Ain ketawa berdekah-dekah sebaik melihat bola itu masuk ke dalam longkang. Tak berhenti-henti dia ketawa melihat wajah kelat Tengku Zahran. Tulah confident konon. Bajet bagus sangat!

Tengku Zahran bengang melihat Ain tak henti-henti ketawa. Seronoklah tu dapat ketawakan orang. Tengoklah nanti. Aku akan tunjukkan kehebatan aku dalam permainan ini. Tengku Zahran membuka butang di kedua belah lengan bajunya. Lengan bajunya itu kemudian dilipat perlahan-lahan hingga ke paras siku. Ain yang sibuk ketawa sepuasnya terus terdiam tatkala melihat Tengku Zahran melipat lengan bajunya. Lelaki itu tersenyum senget. Menyerlah ketampanan dan ketrampilannya sebagai seorang lelaki. Ain akui jika diamati, Tengku zahran memang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Seketika Ain terpaku.

“Iyelah..seronoklah tu dapat ketawakan orang”. Tengku Zahran tunjuk mimik muka tak puas hati. Merajuklah tu. Ain menghampiri Tengku Zahran yang sudah pun mengambil bola yang telah digunakannya tadi.

“Encik, kalau nak main benda ni, kena fokus betul-betul. Tengok sana..” Ain yang sudah pun berdiri di sisi Tengku Zahran menunding jari ke arah susunan pin yang ada di hujung sana. Hampir saja bahu mereka bersentuhan antara satu sama lain. Kedua pasang mata itu  memandang ke arah sepuluh pin yang tersusun membentuk segitiga.

“Encik kena cuba bayangkan pin yang ada di depan tu adalah orang yang paling encik tak suka dan encik rasa nak marah sangat. So, tumpukan perhatian dan kumpulkan kekuatan. Lepas tu balinglah sekuat-kuatnya”.  Sambung Ain lagi.

“Kiranya macam orang nak lepas geramlah ni”. Tengku Zahran mengerling si gadis di sisinya. Sempat lagi matanya tertancap ke arah sepasang mata berwarna hazel yang cantik milik si gadis.

“Lebih kuranglah”. Jawab Ain sambil tergelak kecil. Dia kemudiannya menjarakkan dirinya untuk memberi ruang kepada Tengku Zahran membuat balingan.

“Okey, saya cuba. Just wait and see, my dear”. Tengku Zahran mula menumpukan perhatiannya. Kali ini dia ingin pastikan balingannya membuahkan hasil. Sedetik ingatannya mengimbau kembali segala yang telah berlaku antara dia dan Elina. Gadis yang pernah melukakan hatinya dan menganggu hidupnya. Argh, memang patut Elina dibayangkan berada di hujung sana. Nasib kaulah Elina. Menjadi mangsa bayangan aku dalam permainan ini. Tengku Zahran membuat balingan. Kali ini Tengku Zahran berjaya menjatuhkan kesemua pin itu.

“Yess!”. Tengku Zahran berpaling  dan menggoncang kedua belah tangannya tanda berpuas hati. Sempat lagi dia mengenyit mata memandang Ain yang berdiri terpaku tidak jauh darinya. Ain tersentak. Reaksi Tengku Zahran membuatkan jantungnya hampir luruh jatuh ke lantai. Bibirnya mengukir senyuman walaupun senyuman itu terasa kaku sebenarnya.

“Sekarang giliran awak pulak”. Tengku Zahran menghampiri Ain. Ain mengambil bola seberat 10 pound untuk memulakan balingannya. Cukuplah setakat 10 pound saja. Karang kalau ambik yang berat dengan aku-aku pulak melayang sekali masuk ke lorong itu. Ain menapak ke hadapan lorong. Tengku Zahran hanya diam memerhati. Seorang gadis ayu berpakaian sopan akan memulakan permainannya sebentar lagi.

Ain menumpukan perhatiannya pada pin-pin yang tersusun di hujung sana. Balingan pertama dibuat. Tujuh pin berjaya dijatuhkan. Balingan kedua, baki pin berjaya dijatuhkan kesemuanya.

“Yeahh!”. Ain bersorak gembira. Walaupun gagal mendapat ‘Strike’, dapat ‘spare’ pun kira hebatlah juga sama seperti Tengku Zahran. Tengku Zahran membuntang mata. Dihati dia mengagumi kehebatan gadis itu. Dengan berbaju kurung pun dia boleh bermain sebaik itu. Cayalah! Kalaulah papa tengok anak dia main macam ni punya gaya, mau terjegil jugak mata papa dibuatnya. Tengku Zahran tergelak sendiri.

“Ain selalu ke datang ke tempat macam ni”. Soal Tengku Zahran selepas membuat balingan seterusnya.

“Selalulah jugak masa study kat u dulu tapi takdelah kerap sangat”. Ain mendongak memandang skrin di atas yang memaparkan jumlah markah yang telah berjaya diraih oleh Tengku zahran.

“Ain pergi dengan siapa?”. Soal Tengku Zahran ingin tahu. Sudah terbit rasa cemburu di hati Tengku Zahran. Matanya sama mendongak memandang skrin yang tergantung di atas. Yes, stakat ni aku masih mendahului permainan. Kan dah kata lelaki seharusnya lebih hebat dari kaum hawa.

“ Ain pergi dengan kawan-kawan. Selalunya kami pergi setiap kali habis exam last paper”. Ain melangkah untuk mengambil bola. Sebiji bola seberat 8 pound pula digunakan kali ni. Dah lama tak main rasa semakin tak laratlah pula nak mengangkat bola seberat 10 pound.

“Kawan lelaki ke perempuan?”. Tengku Zahran memandang Ain yang sudah mula melangkah ke hadapan lorong.

“Dua-dua!”.  Jawab Ain yang sudah pun berdiri agak jauh di hadapan lorong. Balingan dibuat dan hanya enam pin yang berjaya dijatuhkan. Sesuailah dengan berat bola yang digunakan. Tengku Zahran menarik nafas lega mendengar jawapan itu. Bibirnya pantas mengukir senyuman. Semangatnya untuk bermain dan menang dalam permainan itu semakin berkobar-kobar. Tak mungkin dia akan membiarkan dirinya kalah hanya dengan seorang insan bergelar perempuan. Menang tetap menang!

Setelah menghabiskan kesemua set permainan, Ain dan Tengku Zahran pun menukar semula kasut yang dipakai. Tengku Zahran berasa betul-betul puas dan lega. Hilang lenyap semua tekanan yang membelengu jiwanya hari ini. Apa yang dirasai kini hanyalah ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan. Release tension versi Ain Farah memang benar-benar meninggalkan kesan di jiwanya. 

“Lepas ni kita pergi makan tapi sebelum tu kita singgah dulu solat kat mana-mana masjid. Dah masuk waktu zohor dah ni”. Tengku Zahran sudah mengatur rancangan seterusnya.
“Kita nak makan kat mana?”. Soal Ain sambil membetulkan kasut boling ditangannya. Kasut bertumit 3 inci miliknya telah pun tersarung elok di kedua belah kakinya yang cantik itu.

“Hari ni saya nak bawa Ain makan nasi arab tempat kita makan pizza dulu tu. Nak tak”. Cadang Tengku Zahran sambil menyarungkan semula kasut kulit jenama terkenal ke kaki kirinya.

“Okay. Tak kisahlah mana-mana pun. Janji kita solat dulu”. Ain mengukir senyuman.

“Jom”. Tengku Zahran membalas senyuman itu. Mereka kemudiannya beriringan meninggalkan pusat beli belah itu.