Assalamualaikum and morning yang tak berapa nak morning dah u olls..Hari ni takde entri terbaru ye..just nak bagi ucapan macam guru besar bagi ucapan kat perhimpunan sekolah je..hahaha
First..nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua pembaca yang dah melawat dan yang hari2 datang melawat ke blog saya semata2 utk mengetahui citer terkini mengenai Ain Farah dan Tengku Zahran. Sungguh saya benar-benar terharu bila Ain Farah sudah pun mendapat tempat dihati mereka yang membacanya. Hampir setiap hari saya menerima sms yang bertanyakan khabar mengenai Ain Farah membuatkan saya rasa so touching sesgt..cheewah masuk mood jiwang kejap.
Kepada semua pembaca di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore yang telah membaca kisah Ain Farah, memberi komen2 membina dan juga memberi kata2 semangat..tiada apa yang mampu utk saya katakan melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga.
Buat semua geng #toingtoing..awak semua memang tersangat dan terlebih gula berkilo2 sweetnya. Awak semua telah membakar semula semangat saya untuk terus menghabiskan kisah #AinFarah. Cerita rekaan korang dalam sembang 'tehpeng' memang benar2 mencuit hati. membuatkan saya sentiasa tersenyum sendiri membacanya. sangat2 terharu dan kembang setaman rasanya bila korang selalu mengaitkan dialog2 dan scene2 yang ada dlm AFIAP dalam perbualan kalian.
Demi korang semua yang saya sayang tak kira dalam dan luar negara..In Shaa Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menghabiskan kisah ini secepat yang mungkin.
Sayang korang ketat2..Love u to the moon and back.
"Pergi aku terasa kaku..balik aku terasa rindu"
Friday, 14 November 2014
Monday, 10 November 2014
AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!! Bab 26
“Dah puas main?”.
Soal Tengku Zahran dengan nada serius sebaik Ain memarkir kereta ferari itu di
hadapan Pusat Perubatan KPJ. Ain terloncat. Hampir luruh jantungnya disergah
begitu. Dia yang baru saja menanggalkan tali pinggang keselamatan pantas
berpaling. Tengku Zahran sudah pun duduk tegak di sisinya. Tajam pandangan mata
Tengku Zahran membuatkan Ain terkedu seketika. Wajah serius Tengku Zahran
bagaikan nak telan dia hidup-hidup. Melihat tiada segaris senyuman diwajah itu,
Ain tahu Tengku Zahran sedang marah. Alamak..habislah aku!
“Ain tau tak apa
yang Ain dah buat ni?”. Suara Tengku Zahran sudah naik satu oktaf.
Ain menelan air
liur kelat. Takut melihat pandangan mata Tengku Zahran. Baru Ain teringat
kata-kata Tengku Zahran tadi. Dia ialah perempuan pertama yang telah diberi
kepercayaan untuk memegang stereng kereta itu. Ini bererti Tengku Zahran bukan
mudah untuk memberi kepercayaan itu sewenang-wenangnya kepada kaum hawa
sepertinya. Sepatutnya Ain perlu lebih sensitif mengenai perkara itu. Bukannya
buat kereta itu macam harta bapa sendiri. Ain rasa sedikit menyesal. Tapi
apalah gunanya. Benda dah jadi. Rasanya inilah kali pertama dan terakhir Tengku
Zahran memberi peluang kepada kaum hawa untuk menyentuh stereng keretanya.
Lepas ini, taubat nasuhah Tengku Zahran takkan bagi peluang dah.
“Sorry.”. Hanya itu yang mampu diluahkan.
Seram jugak dia melihat wajah Tengku Zahran marah begitu. Tapi Ain tak salahkan
Tengku Zahran. Tengku Zahran memang berhak untuk marah. Dah namanya pun kereta
kesayangan. Beli bukan seringgit dua. Yang hang
dok pi hentam rempit atas jalan tu pasai
pa? Ain turut memarahi diri sendiri. Tapi setakat dalam hati jelah sebab tak berani dah nak buka
mulut. Kalaulah mama tahu perkara ini, rasanya mama pun akan tumpang sekaki
marahkan aku. Membebel mama tak cukup seminggu nanti. Hihi..
“Ain tau tak apa
akan jadi kalau kereta ni terbabas tadi?”. Suara Tengku Zahran makin meninggi.
Ain tersentak. Berkerut wajahnya menahan suara Tengku Zahran yang membingitkan
telinga. Dalam kereta itu cuma ada mereka berdua saja. Tak perlulah nak high pitching sangat. Karang ada juga
pecah gegendang telinga aku ni dibuatnya, omel Ain di dalam hati.
“Tau. Bersepai
atas jalan”. Jawab Ain tayang muka seposen.
“Bersepai bukan
setakat kereta, dengan saya dan awak sekali Ain Farah! Dah puas hidup?”. Bentak
Tengku Zahran lagi. Gulp! Terasa air liur yang ditelan bagai tersekat di tengah
kerongkong. Mendengar nama penuhnya disebut, Ain yakin kali ini Tengku Zahran
memang benar-benar marah tahap petala. For
the first time in forever..Ain merasai dimarahi sebegini oleh insan
bergelar lelaki. Dan lelaki itu ialah bos Ain sendiri. Tapi Tengku Zahran bukan
marahkan dirinya atas tiket dia sebagai majikan. Sebab apa yang berlaku tiada
kena mengena dengan soal kerja dan hal pejabat. Semuanya lebih kepada hal
peribadi. Haishh..
“Awak boleh buat
saya sakit jantung, tau tak!”. Bentak Tengku Zahran lagi. Aduhaii..Tengku
Zahran ni dah macam kem komandenlah pulak! Membentak dan menengking je
kerjanya. Sakit-sakit pun boleh lagi nak marah orang. Ish..silap haribulan ada
jugalah tekanan darah orang yang naik tinggi ni nanti.
Buat beberapa
ketika suasana terus menyepi.
Tengku Zahran
meraup wajahnnya yang pucat lesi. Satu keluhan dilepaskan. Perlahan dia memejam
matanya. Cuba untuk mencari ketenangan diri seketika. Hampir separuh nyawannya
melayang disebabkan oleh kegilaan Ain.
Insiden yang
berlaku sebentar tadi mengungkit kembali kisah Farah. Kisah ngeri yang meragut
nyawa isteri kesayangannya itu. Dari mula Ain memecut laju, Tengku Zahran terus
diburu bayangan Farah. Bagaikan terlayar di skrin minda Tengku Zahran
detik-detik terakhir yang Farah lalui sebelum menghembus nafas terakhirnya. Walaupun
ketika kemalangan itu berlaku, Farah memandu sendirian. Tengku Zahran tetap
terbayangkan kejadian ngeri itu. Ain bagaikan satu simulasi yang menggambarkan
rentetan peristiwa itu.
Sebab itulah
Tengku Zahran benar-benar marah. Dia marah bukan kerana ferari kesayangannya
dipandu laju. Tapi lebih kepada rasa takut sebenarnya. Takut pisang berbuah dua
kali. Cukuplah sekali dia pernah merasai betapa peritnya kehilangan Farah. Janganlah dia diuji untuk kali yang kedua.
Jika dia diminta untuk membuat pilihan antara Ain atau kereta ferari
kesayangannya, Tengku Zahran lebih rela melepaskan ferari itu. Setakat kereta
itu, apalah yang nak dikisahkan sangat. Patah tumbuh hilang berganti. Kalau dah
tak boleh pakai..beli saja yang baru tak ada masalah bagi Tengku Zahran.
“Awak janganlah
marah. Awak tu kan sakit. Simpan sikit marah tu boleh tak?”. Tutur Ain lembut.
Orang dah tengah marah takkan nak ditambah lagi dengan api. Kenalah siram
dengan air.
Tengku Zahran
tersentak. Pantas dia membuka mata memandang Ain. Gadis itu tersenyum sengeh di
hadapannnya. Menampakkan barisan gigi putihnya yang cantik tersusun. Sedikit
pun tiada kelihatan riak bersalah di wajah itu. Yang kelihatan hanyalah
ekspresi wajah comel yang meruntuhkan benteng kemarahan. Alahailah Ain!
“Saya tak nak
kehilangan awak Ain. Tolong jangan tinggalkan saya”. Tengku Zahran bersuara
lirih. Ain terpempan. Rasanya setakat ini dia belum lagi mengalami masalah
pendengaran. Tapi serius..Ain langsung tidak faham maksud Tengku Zahran. Nak
tanya lebih lebih-lebih rasa seganlah pulak. Karang ada juga orang kata Ain
perasan.
“Awak..saya sebenarnya
tak berniat pun nak bawa kereta kesayangan awak sampai macam tu sekali. Tapi saya
terpaksa..sebab nak elak kita dari terus di kejar oleh..” Ain membisu seketika.
Saja nak buat suspen sekejap. Biar mamat ni tertunggu-tunggu. Dari tadi asyik
nak marah je. Cubalah bawa bersabar sikit.
Tengku Zahran menjungkit sebelah keningnya.
Ain Tersentak. Bagai terhenti degup jantungnya melihat Tengku Zahran begitu.
“Lalat hijau”.
Pantas perkataan itu terpacul dari mulutnya.
“Lalat hijau? Apa tu?”. Bekerut dahi Tengku
Zahran memandang Ain.
“Shrek”. .
“Ain..”. Suara Tengku Zahran naik satu oktaf lagi.
“Sorry”.
“Okeylah..saya
serius ni!”. Ain sudah tayang muncung sedepa. Tengku Zahran ni memang sah dah
macam kem komanden. Dah aku umpama rekrutnya. Ikut suka hati dia je nak marah
dan bagi arahan.
“Saya sebenarnya
nak mengelak kita dari terus dikejar oleh darling
you tu. Iyelah kalau dia ikut kita terus sampai ke sini nanti awak jugak
yang sakit kepala sakit jiwa. Betul tak? Atau awak memang suka dia ikut kita?”.
Usik Ain mengenakan Tengku Zahran. Lupa seketika yang mamat tu tengah angin
satu badan.
“Jangan nak
merepeklah”. Tengku Zahran menjeling tajam. Nampak sangat dia memang tidak suka
dikaitkan dengan perempuan tak cukup meter kain itu. Ain tergelak kecil. Comel
pulak tengok Tengku Zahran menjeling manja begitu. Alahai Ain kau dah buang
tabiat ke apa? orang tengah marah boleh pulak kau kata comel.
Ellina memang
keterlaluan. Memang patut dan padan sangat-sangat Ain memanggil Ellina lalat
hijau. Sebab Ellina ni memang spesies yang suka sangat nak kacau orang.
“She’s not my darling okey. Daripada saya
pilih dia..baik saya pilih awak lagi bagus”. Bidas Tengku Zahran tegas. Tidak
setuju sangat dengan kenyataan yang diberikan. Simpang malaikat empat puluh
empat dia takkan pernah sudi untuk menjadikan kekasih Ellina.
Ain mencebik. Tak
tahu sama ada dia ingin percaya atau tidak pengakuan Tengku Zahran. Entah-entah
mulut saja menafikan tapi dalam hati ada taman. Tanpa sedar Ain pulak menjeling
Tengku Zahran. Tengku Zahran tersenyum senget.
“Hah, fikir apa
pulak tu?”. Soal Tengku Zahran menahan sakit. Perutnya yang sakit dipegang
dengan kedua belah tangannya. Pedih dan menyucuk-nyucuk seluruh isi perutnya.
Itulah gambaran kesakitan yang Tengku Zahran alami.
“Fikir nak ambik
kerusi roda. Lepas tu bawa awak jumpa doktor. Jom”. Ain menjawab pantas. Satu
cara paling selamat untuk mengelakkan Tengku Zahran dari merepek yang
bukan-bukan. Ain sudah tidak betah untuk menunggu lama di dalam kereta itu. Makin
dilayan makin semput dan sesak nafas jadinya
*******************************************************************
“Awak..tolonglah.
Bagilah saya drive. Kali ni je..please!”.
Ain merayu bagaikan anak kecil sebaik mereka menghampiri kereta Ferari milik
Tengku Zahran. Hampir sejam mereka berada di pusat perubatan itu untuk
berjumpa doktor dan mengambil ubat.
“Nope. Tak
boleh.”.
“Awak..please!
awak kan sakit. Bagilah saya drive.
Saya janji takkan bawa laju lagi kali ni. Saya akan bawa macam siput je..please”.
Ain terus merayu. Tak mungkin dia merelakan Tengku Zahran memandu dalam keadaan
sakit macam tu. Sekalipun Tengku Zahran berkeras, Ain tetap akan akan pastikan
Tengku Zahran selamat sampai ke rumahnya.
“Nope.”. Tengku Zahran menyadarkan tubuhnya di kereta.
Dia tetap berkeras tidak mahu membenarkan Ain memandu lagi. Nakal betul. Ikut
suka hati dia je nak main atas jalan raya.
Ingat nyawa tu boleh beli kat kedai gamaknya. Kalau beginilah cara Ain
memandu kereta, Tengku Zahran lebih rela menjadi ‘driver’ Ain sepanjang hayat.
“Alah, bolehlah”.
Ain terus meraih simpati Tengku Zahran. Bukan dia teringin sangat nak memandu
kereta Tengku Zahran. .Kalau ikutkan rasa bersalah yang menguasai diri, memang
Ain pun taubat takkan menyentuh lagi stereng kereta kesayangan Tengku Zahran. Tapi
bila memikirkan keadaan Tengku Zahran yang jelas tidak bermaya, rasa bersalah
itu terpaksa ditolak ke tepi. Ain berdiri di hadapan Tengku Zahran.
“Tak boleh”.
“Kenapa tak
boleh? Awak takut saya rosakkan kereta awak erk?”. Ain sengaja menguji Tengku
Zahran.
“Saya tak kisah
pasal kereta tu..tapi saya kisahkan awak. Saya tak nak jadi apa-apa kat awak.
Kalau setakat kereta tu, rosak saya boleh repair
atau susah-susah beli je lain. Tapi nyawa tak boleh dibeli Ain”. Bekerut dahi
Tengku Zahran menahan sakit. Ain terkedu.
Sesaat dua mereka saling berpandangan.
Ain dipagut
resah. Tengku Zahran ni memang spesies keras kepala betul lah. Dah sakit macam
tu pun lagi tak nak mengalah.
“Awak..saya tau
saya salah. Saya minta maaf banyak-banyak tapi saya tak boleh biarkan awak
bawak kereta ni. Awak tu kan sakit. Lagipun kalau jadi apa-apa tengah jalan
nanti macam mana?”. Ain sebal. Susahnya nak berurusan dengan orang paten macam
ni.
Tengku Zahran
melepaskan keluhan. Melihat muncung Ain yang sudah pun panjang sedepa
membuatkan hati lelakinya mencair. Memang susah bagi Tengku Zahran untuk
menyimpan rasa marah tatkala melihat mimik wajah comel seperti itu. Ain nampak
saja keras tapi bab merajuk boleh tahan jugak minah ni.
“Okey..saya
boleh bagi awak bawa kereta ni tapi dengan satu syarat..”. Tengku Zahran
merenung tepat ke wajah Ain.
“ Syarat
apa?”
“Saya tak nak
awak bawa kereta macam tadi. Kalau awak buat jugak..saya cium awak”
Ain pantas
memekup mulutnya. Tidak dapat dia gambarkan jika Tengku Zahran mengotakan apa
yang telah dikata. Tak rela you.
Tengku Zahran hampir tergelak melihat reaksi
spontan Ain. Tau juga dia takut. Sempat Tengku Zahran tersenyum senget sebelum
masuk ke dalam kereta.
“Fuhhh..”. Ain
melepaskan keluhan sebelum masuk ke dalam kereta.
“Encik Zahran
nak saya hantar balik ke rumah ke? Atau nak balik ke rumah hinggap?”
“Rumah
hinggap?”.
“Iyelah manalah
tau encik ada rumah hinggap kat mana-mana ke?” Tutur Ain selamba sebaik
menghidupkan enjin kereta.
“ Saya nak balik
ke rumah kita”. Tengku Zahran sengaja mengusik.
“Hah!”. Ain
pantas berpaling memandang Tengku Zahran. Buntang matanya memandang lelaki itu.
Tengku Zahran tergelak kecil. Tapi gelak itu seakan tidak kesampaian kerana dia
benar-benar tidak berdaya.
“Encik Zahran nak main bumper car ke?” Ain bengang. Boleh pulak dia main-main dalam
keadaan sakit macam tu? Ada juga nanti orang kena hantar kat Hospital Tanjung
Rambutan ni.
“Eh..tak..tak”
“Tau takpe. Dah
saya hantar Encik Zahran balik ke rumah ajelah”
“Eh..tak nak. Saya
tak nak balik ke rumah. Tolong hantar saya balik ke rumah bapa saudara saya kat
Sungai Petani”
“Kenapa tak nak
balik rumah? Takut emak bising erk”. Tengku Zahran sekadar tersenyum senget.
“Awak jalan je.
Nanti saya tunjuk rumah dia kat mana, okey?”. Tengku Zahran sempat mengenyit
mata. Ain tersentak. Rasa tersirap darahnya naik hingga ke kepala. Dia ni buang
tabiat ke apa? Nak kata silap makan ubat..rasanya dia tak makan ubat apa-apa pun
lagi. Ish..pelik semacam je mamat ni.
Ain mula memandu
meninggalkan Pusat Perubatan KPJ. Kali ini dia memang cukup berhati-hati dan
memandu dengan kelajuan sederhana sepanjang perjalanan itu. Biar lambat asal
selamat. Itulah pegangan dia untuk kali ini. Selamat dari segala-galanya dan
yang paling utama..selamat dari ugutan Tengku Zahran. Kalau kena..mau meraung.
Oh, tidakk..! Tak rela you!
Subscribe to:
Posts (Atom)