“Kali ni biar saya pulak yang pilih menu boleh? Saya nak Ain rasa makanan kegemaran saya”. Pinta Tengku Zahran dengan senyuman. Wajah Ain dipandang seketika sebelum matanya beralih semula ke senarai menu yang ada ditangannya.
“Okey, no problem. Pilih yang sedap-sedap
tau”. Wajah Tengku Zahran dipandang dengan senyuman manisnya.
“For sure. Saya akan cuba pilih yang
terbaik untuk Ain”. Tengku Zahran mengedip matanya memandang Ain. Senyuman
terus terukir dibibirnya.
“Good. Sayanggg awak”. Tutur Ain perlahan.
Nampaknya Ain sudah berani berseloroh seperti itu dengan majikannya. Setiap
hari bertemu dan bekerja di bawah satu bumbung membuatkan mereka lebih mengenali
antara satu sama lain. Keserasian yang wujud bagaikan saling mengenali bertahun
lamanya. Sungguh pun begitu, bersama Tengku Zahrin situasinya agak berbeza.
walaupun Ain juga berkerja di bawah satu bumbung bersama Tengku Zahrin dan
bertemu lelaki itu setiap hari, hubungan mereka agak formal dan lebih terbatas.
Tidaklah lebih kurang seperti dia dan Tengku Zahran.
“Excuse me..apa dia? Boleh ulang semula
tak”. Tengku Zahran mengerut dahi. Bibirnya cuba untuk menyembunyikan senyuman.
Sebenarnya, bukan dia tidak mendengar kata-kata yang baru saja meniti di bibir
gadis itu. Cuma saja nak syok sendiri mendengar siaran ulangan yang boleh
dianggap keramat. Tidak pernah Ain menuturnya sebelum ini. Inilah kali pertama
gadis itu mengungkapkannya. Walaupun Ain menganggap itu hanyalah gurauan
semata-mata, Tengku Zahran tetap merasakan ada sinar kebahagiaan menyelinap
masuk ke dasar hatinya. Wah, nampaknya bunga-bunga memekar di taman hati. Lenguh
pipi asyik mengukir senyuman sudah tidak dihiraukan.
“Takde apa”. Ain pantas menggeleng. Cuba
berlagak selamba. Wajahnya sudah bertukar kemerahan. Pelayan di sisinya
dikerling sebelum matanya memandang senarai menu yang entah apalah namanya.
Nama-nama yang menggunakan bahasa dari Timur Tengah memang langsung tidak
difahami. Nak menyebutnya pun susah. Apatah lagi nak membayangkan rupa
bentuknya. Cuma ada satu menu yang sangat difahami dan menarik perhatian. Yes, my favourite menu!
“Sayang awak
jugak”. Terbit ungkapan separuh berbisik yang jelas masuk ke telinga Ain. Gemersik
suara Tengku Zahran menimbulkan debaran yang mencengkam didada. Ain terkedu
seketika. Cik jantungnya sudah mula gundah gulana. Kenapa ungkapan Tengku
Zahran kedengaran aneh ditelinganya? Sedangkan tadi semasa dia memulakannya,
langsung tidak ada perasaan asing menyusuk masuk ke lubuk hatinya. Aduhh..apa
maknanya semua ini? Ain membetulkan tudung awning jenama Arinni yang dipakainya
untuk menyembunyikan perasaan gugupnya. Hailah cik jantung, masa nilah jugak
nak berdegup kencang. Pleaselah..maintain
buat selamba je okey.
Tengku Zahran
tersenyum penuh makna. Bukan dia tidak tahu membaca reaksi dan fikiran gadis
itu. Duduk berhadapan dengan Ain di meja yang bersaiz agak kecil itu memberi
ruang kepadanya untuk terus menatap wajah si gadis bermata hazel itu. Tika ini,
Ain tak ubah seperti Farah. Beginilah reaksi Farah pabila dia menggelabah. Cuma
Farah lebih jelas kelihatan gabranya kalau dia terperangkap dalam situasi
seperti ini. Mungkin sebab sikap Farah yang jauh berbeza dengan Ain membuatkan
dia begitu. Kini barulah Tengku Zahran tahu bahawa Ain juga sama seperti Farah.
Walau sekeras mana pun hatinya, terselit jua kelembutan di sebalik kekerasan
itu.
“Encik, nak
order apa?”. Tanya pelayan itu tersenyum manis. Sebenarnya dia sudah tidak
betah untuk terus berdiri menghadap pasangan serasi bersama itu. Pasangan baru
berkahwin yang mungkin sedang melalui mood berbulan madu agaknya. Si hero yang
romantik bersama heroinnya yang malu-malu kucing. Si hero yang kacak membalas
kata sayang si puteri jelita dan aku menjadi saksi segalanya. Oh, so sweet! Desis hati si pelayan itu.
“Saya nak dua
set tajen chicken with morrocan rice, satu beef kebob dan dua zarga”
“Zarga tu
menatang apa?”. Tanya Ain.
“Air strawberi plus lemonade sayang”. Tengku Zahran
sengaja menambah perisa untuk drama sebabak di hadapan pelayan itu. Biar
pelayan itu terus confuse dengan
hubungan mereka berdua. Sekali sekala nak rasa mood pasangan bercinta apa
salahnya. Selain niat untuk terus mengusik Ain. Gadis yang anginnya sukar untuk
dijangka.
Ain mengangguk
faham. Okeylah kalau minuman itu yang dimaksudkan. Jangan diminta air yang
bukan-bukan sudahlah. Nanti ada juga orang yang gelong tak boleh nak balik
kejap lagi. Dahlah pagi tadi buang tabiat pekena kek perisa coklat dan hot chocolate kaw-kaw punya. Nak jadi
ala-ala mat salih celuplah kononnya. Sudahnya rasa muak tak terkata. Nasib
baiklah Tengku Zahran berbesar hati nak menghabiskannya. Kalau tak mau hijau
biru juga muka aku dibuatnya. Tu makan tak banyak mana pun rasa dah gelong
semacam. Ni nak minum lagi yang pelik-pelik, dua kali gelonglah jawabnya. Ada
juga yang balik silap masuk lorong ni nanti. Tapi bukan akulah yang akan silap
masuk lorong tu. Mamat nilah! Sebab dia yang bawa kereta. Hahaha!
“Ada nak tambah
apa-apa lagi ke?”. Tanya si pelayan.
“Ada. Nak banana
split satu!”. Pinta Ain dengan senyum lebar. My favourite menu! Maaflah ye
Tengku Zahran Darwisy. Sebab tambah menu ikut suka hati saya je!
“Aiskrim?”.
Tengku Zahran mengerut dahi. Ya, Allah macam mana aku boleh lupa pasal aiskrim
ni? Beria-ia Ain minta nak makan aiskrim tadi. Alamak, sorrylah ye sayang! Saya betul-betul terlupa.
Sekarang ni, orderlah berapa banyak pun, saya tak kisah. Nak makan semua
aiskrim yang ada kat kedai ni pun tak apa. Janji jangan merajuk dan lari
tinggalkan saya lagi sudahlah.
“Nak makan
sekarang ke? Atau makan sekejap lagi?”. Soal si pelayan yang sentiasa tersenyum
manis.
“Makan sekarang”.
Jawab Ain pantas dan penuh yakin. Sudah mula nak memandai-mandailah tu. Takpe Tengku Zahran gerenti tak marah
punya.
“Nak satu je ke aiskrim?”. Pelayan itu memohon
kepastian.
“Yup..satu
je. Sharing is caring”. Tutur Ain
tersenyum memandang pelayan itu. Wajah Tengku Zahran dikerling seketika. Tengku
Zahran tergelak kecil. Hatinya dicuit
rasa bahagia mendengar sebaris ayat itu. Sungguh dalam maksud kata-kata itu. Kembangnya
sang hati sekembang bunga memekar di taman. Alhamdulillah, nampaknya Ain sudah
semakin selesa dengannya. Tengku Zahran memanjatkan rasa syukur.
Pelayan berkulit
sawo matang itu pun berlalu sebaik selesai mengambil pesanan. Tinggallah Ain
dan Tengku Zahran saling berpandangan. Masing-masing diam seketika melayani
perasaan. Tengku Zahran memandang Ain tanpa berkutik. Memerhati si pemilik
bermata hazel itu membuatkan hatinya tersenyum bahagia.
Ain sudah
mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan yang diletakkan di sisinya. Pantas
saja jejari halus itu menyentuh skrin telefon bimbitnya. Sekejap ke kiri, kanan
atas dan bawah. Cekap sungguh. Mengalahkan jurutaiplah pulak. Entah apalah yang
dibelek agaknya? Yang pasti Ain tersenyum dan tergelak kecil sendiri. Seronoknya
dia. Happy dan ceria sepanjang masa.
Tak perlu nak pening kepala memikirkan masalah yang merepek-repek seperti aku.
“Okey, smile..!”. Ain menghalakan telefon
bimbitnya ke wajah Tengku Zahran yang sedang duduk berpeluh tubuh. Tengku
Zahran tersentak lalu tergelak kecil. Tidak menyangka Ain berniat untuk
mengambil gambarnya yang sedang kusyuk membelek gadis itu. Pantas Ain menekan
butang di skrin telefon bimbitnya. Aduhh..kenapalah time ni pulak dia nak buat candid
camera! Entah apa-apalah muka aku dalam gambar tu nanti? Nakal betul!
“One more..two..three..four and five…clever”.
Beberapa keping gambar sudah pun diambil dalam kiraan itu. Tengku Zahran
tergelak sendiri. Memang bertuah sungguh anak Tan Sri Noordin yang seorang ni!
Suka buat perkara di luar jangkaan.
“Oh..awak
tangkap gambar saya erk!”. Tengku Zahran mengambil Iphone5 yang diletakkan di
hadapannya. Biar kali ni dia pula mengambil giliran. Sekurang-kurangnya ada
juga benda yang boleh dijadikan kenang-kenangan. Bukan senang nak dapat peluang
baik seperti ini. rasanya kalau saja-saja nak minta untuk diambil gambarnya,
silap bicara ribut taufan pula yang melanda.
“Nak update status kat facebook”. Usik Ain dengan riak selamba. Matanya sibuk melihat
koleksi gambar Tengku Zahran yang baru saja diambil. Boleh tahan juga mamat ni!
Very photogenic dan
senyumannya..terbaik! Kalaulah aku upload gambar dia ni dalam facebook,
beratus-ratus komen kengkawan aku bagi kat gambar mamat ni nanti. Tu belum kira
yang puji handsome melambung tinggi
dan tekan butang LIKE lagi. lepas tu
tanya itu ini. Mesti ramai orang akan menyangka dia ni kekasih atau bakal suami
aku. Tak pasal-pasal famous pulak bos
aku ni. Tak boleh! Tak boleh! Sepanjang tahun kisah gambar mamat ni tak habis dijadikan
isu persidangan di laman facebook aku nanti.
Mana aci, asyik
awak je tangkap gambar saya. Meh saya
pulak tangkap gambar awak!”. Tengku Zahran sudah menghalakan skrin Iphone5nya ke arah Ain. Hanya tinggal
menunggu masa untuk menekan butang capture
yang tertera di skrin itu saja. Ain tidak menghiraukan kata-kata Tengku Zahran.
Mata dan fikirannya tertumpu pada skrin telefon bimbitnya.
“Smile..sweetheart!”.
Ain pantas panggung kepala. Butang capture
sudah pun ditekan oleh Tengku Zahran. Bukan hanya sekali, tetapi dah
berkali-kali butang capture itu
ditekan. Mengalahkan model tengah buat fotoshoot
cara Tengku Zahran mengambil gambar Ain. Bukan senang nak dapat peluanglah
katakan. Dah dapat tak mungkin dilepaskan.
Ahyaa,
ini tidak adil! Wajib nampak muka blur
je dalam gambar tu! Tengku Zahran ni agak-agaklah. Kut iye pun nak tangkap gambar bagilah orang pose dulu. Ni salamnya tak main hentam candid je. Padan dengan muka aku pun. Siapa suruh memandai-mandai mulakan
dulu. Kan dah kena balik. Macam manalah agaknya wajahku di dalam skrin handphone mamat tu? Macam orang terkena
renjatan elektrik kut? Tak pun nampak macam orang tertelan tongkol jagung. Macam
mana agaknya muka orang tertelan benda alah tu? Tak dapat nak dibayangkan. Sabar
jelah!
“Awak nak buat
apa dengan gambar saya tu? Nak update status
dalam facebook jugak ke?”
“Taklah. Saya
mana ada facebook”. Tengku Zahran membelek koleksi gambar Ain yang baru saja
diambil.
“Hah, biar
betul? Takde langsung? Whatsapp, wechat atau LINE ada?”. Tengku Zahran menggeleng.
Ain terlopong. Kagum mendengar pengakuan Tengku Zahran. Seperti tidak percaya
pun ada. Tak sangka zaman yang serba moden dan canggih ini masih ada lagi golongan ternama yang tak berdunia dengan IT
rupanya. Dia ni spesies apa agaknya ye?
Macam katak bawah tempurung je.
“Kenapa..nak berkenalan dengan saya ke?”.
Perli Tengku Zahran.
“Nak buat apa?
Dah kenal dah pun”. Ain mencebik. Tengku Zahran ketawa. Melihat muka Ain yang
mula mencuka membuatkan dia tersenyum sampai ke telinga.
“Seriously, saya
memang takde facebook, whatsapp atau
apa saja yang sewaktu dengannya. Saya takde masa dan tak berminat dengan
benda-benda macam tu. Walaupun kedengaran agak kuno tapi itulah hakikatnya” ucap
Tengku Zahran berjeda. Ain terkedu. Wajah Tengku Zahran ditatap seketika.
Mencari ketelusan di sebalik raut wajah itu. Rasanya Tengku Zahran tidak
berdusta. Wahh..tabik springlah. Ada jugak paten gini rupanya.
Menu kegemaran
Ain telah pun sampai ke meja mereka. Banana
Split dengan hiasan yang menarik membuatkan Ain kelihatan benar-benar
teruja. Nyum! nyum!
“Jom, makan.
Rugi tau kalau tak makan”. Ain sudah menyuapkan sesudu aiskrim ke dalam
mulutnya. Penuh perasaan dia menikmati aiskrim itu. Tengku Zahran tersenyum
manis. Seronok melihat gelagat Ain yang langsung tak kelihatan kekok di
hadapannya.
“Kenapa pandang
saja..makanlah. Agaknya Encik Zahran tak nak share kut. Takpe saya order satu
lagilah ye”. Ain mengerling ke arah
pelayan itu. Baru saja dia ingin memanggil pelayan itu, Tengku Zahran pantas
mencelah.
“No, no! Satu dah cukup. Sharing is caring. Remember?”. Pintas
Tengku Zahran. Mau saja tangan kasarnya menyentuh tangan gadis itu. Sabar
Zahran..sabar. Jangan gelojoh di hadapan perempuan. Nanti tak pasal-pasal kau
ditinggalkan keseorangan. Hati Tengku Zahran berbicara.
Ain terkesima.
Tidak menyangka kata-katanya tadi terkesan di hati Tengku Zahran. Mereka saling
berpandangan. Tengku Zahran terus tersenyum manis. Ain pula terus terkaku.
Melihat Tengku Zahran tersenyum begitu mengundang rasa tidak selesa dalam
dirinya. Ain mula rasa serba tak kena tapi dia tidak mahu mengalah begitu saja.
Tidak sesekali dia mahu menunjukkan kelemahannya di hadapan Tengku Zahran. Dia
perlu berlagak tenang dan selamba. Lagipun tidak ada hubungan istimewa antara
dia dan Tengku Zahran. Apa nak dikisahkan!
Ain menjegil
memandang Tengku Zahran. Biar betul, mamat tiang sudah bertukar menjadi mamat
romeo! Oh, tidak! Tengku Zahran mengenyit matanya. Ain tersentak. Pantas
wajahnya diserbu rasa panas. Tengku Zahran tergelak melihat reaksi Ain
menjelingnya. Marahlah tu!
“Makanlah!”. Ain
sudah tunjuk muka geram. Tengku Zahran ketawa. Camca di hadapannya diambil dan
aiskrim di dalam mangkuk yang berbentuk seperti sampan dicedok.
“Janganlah
marah. Tak baik tau marah-marah depan rezeki. Nanti rezeki lari”. Tengku Zahran
menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.
“Rezeki bukannya
ada kaki. Mana boleh lari?”. Pintas ain selamba. Bukan dia tidak faham maksud
kata-kata Tengku Zahran sebenarnya. Cuma saja nak cari pasal! Tengku Zahran
tergelak kecil.
“Ain Farah binti
Noordin..”. bulat mata Ain memandang Tengku Zahran memanggil nama penuhnya.
Lain macam saja bunyinya.
“Saya nak minta
maaf banyak-banyak. Saya minta maaf atas semua salah dan silap yang telah saya
lakukan sepanjang hari ni. Yang mana terkasar dan awak terasa hati..saya
betul-betul minta maaf”. Ucap Tengku Zahran bersungguh. Kalaulah boleh ingin saja dia
mengenggam jari jemari halus milik Ain. Namun akalnya masih bisa menguasai
fikiran. Ain bukan hak miliknya yang sah. Jadi dia tidak boleh
sewenang-wenangnya melakukan perkara di luar batasnya.
Ain tergamam. Nasib baiklah potongan buah pisang dengan sedikit aiskrim yang disuap ke dalam
mulutnya tidak terlekat di tengah kerongkong. Apa ni? Macam nak rayalah
pulak! Sampai minta maaf bagai!
Sedangkan bulan ramadhan lambat lagi nak masuk.
Jauh di sudut
hati, Ain mengagumi sikap Tengku Zahran. Lelaki ini memang spesies yang murah
dengan ungkapan maafnya. Tidak sukar baginya untuk meluahkan kata-kata itu. Sama
ada cepat atau lambat, pasti dia akan menuturkannya jua. Itulah yang membuatkan
Ain sangat menyenangi Tengku Zahran.
Pelayan berkulit
sawo matang itu datang membawa kesemua makanan yang telah dipesan oleh Tengku
Zahran. Kehadirannya serta merta mematikan perbualan mereka berdua.
“Ain..sudikah
awak…?”. Soal Tengku Zahran sebaik pelayan itu berlalu pergi. Tengku Zahran
terdiam seketika. Ain menelan air liur kelat. Bagai tersekat di tengah
kerongkong. Cik jantungnya mula berdetup detap. Ada debaran mula menguasai
hati.
“Sudi apanya?”.
Soal Ain dengan nada yang sudah naik satu oktaf. Rimas sungguh dengan sikap
orang yang cakap tak habis ni. Macam cerita X-File je!
Tengku Zahran
tergelak kecil. Lucu melihat respon yang ditunjukan oleh Ain. Gadis ni memang
tak boleh nak masuk scene romantik
langsung. Taunya nak naik angin je!
“Sudikah awak
maafkan saya?” Wajah Tengku Zahran kelihatan penuh mengharap.
Fuhh..Ain
menarik nafas lega. Ini je benda yang nak dicakapkan? Ingatkan nak cakap benda
apalah tadi. nasib baiklah aku tak pengsan siap-siap tadi. Kalau pengsan buat
malu je! Ain memandang wajah Tengku Zahran. Ni yang buat aku lemah ni! Orang
dah minta maaf takkan nak terus marahlah pulak! Sedangkan mama selalu berpesan,
kita mestilah sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang pemaaf. Tidak ada
manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kalau pun seseorang itu pernah
melakukan kesilapan, biarlah Allah saja yang menentukannya kerana Dia lebih
berhak.
“Encik..kalau
encik nak minta maaf pada saya atas semua kesilapan yang telah Encik lakukan,
saya pun nak buat macam tu jugaklah”. Ain menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.
“Maksud Ain?”.
Tangan Tengku Zahran yang ingin menyuap aiskrim ke dalam mulutnya terhenti
seketika.
“Saya pun nak
minta maaf atas semua kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang hari ni”.
tutur Ain sebaik saja selesai menelan aiskrim yang masuk ke mulutnya.
“Ain tak salah
apa pun dengan saya. Tak perlu nak minta maaf”. Tengku Zahran berhenti seketika
dari terus menikmati aiskrim banana split.
“Encik, saya ni
manusia biasa je. Takkan lepas dari
melakukan kesilapankan?”
“Ain, sebenarnya
saya…”. Kata-kata Tengku Zahran terus mati sebaik saja telefon bimbit berbunyi.
Tengku Zahran mengeluh kecewa. Baru pun dia ingin membuka mulut untuk
menerangkan tentang kejadian pagi tadi di bilik pejabatnya, ada pula yang
mengacau. Merosakkan mood betul! Kalau tak telefon time ni tak boleh ke? Lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid
berkumandang dari telefon bimbit Ain.
Aku tersesat
menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
`Tuk sejenak lelap di bahumu
Ain memandang
skrin telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Lama dia memerhatikan
nombor yang tidak diketahui siapa pemanggilnya itu. Hingga memberi peluang
kepada Tengku Zahran mendengar setiap bait lagu yang dimainkan. Boleh tahan
jugak lagu ni. So touching! Lagu yang
memberi kesan hingga ke lubuk hati. Selama ini, Tengku Zahran tidak pernah
kisah dan tidak pernah menghayati mana-mana lagu. Sekadar mendengar begitu
saja. In and out! Tapi kali ni,
hatinya benar-benar tersentuh mendengar lagu itu. Apa makna semua ini? Jangan
kata aku dah masuk kumpulan mamat jiwang sudahlah! Tengku zahran tersenyum
sendiri.
Ain menekan
skrin yang tertera butang hijau.
“Hello!”.
“Hello, ni Ain
Farah ke?”.. Kedengaran satu suara menjawab dihujung talian.
“Ya, saya. Siapa
ni?”. Ain mengerut dahi memandang Tengku Zahran. Tengku Zahran memandang Ain
dengan penuh tanda tanya. Siapakah gerangan yang menganggu mereka waktu-waktu
begini. Kacau daun betul! Hatinya diasak untuk terus mendengar perbualan itu.
“Farah, it’s me”. Ain terlopong. Pantas tangan
kanannya memekup mulutnya. Mendengar nama Farah membuat Ain dapat mengagak
siapa si pemanggil itu. Kerana hanya dia satu-satunya lelaki yang memanggilnya
dengan nama itu.
“Feroz..it’s that you?”. Soal Ain teruja. Tengku
Zahran terkaku seketika mendengar nama itu terkeluar dari mulut Ain. Nama
seorang lelaki.
“Ya, it’s me Farah”. Jawab si pemanggil di
hujung talian.
“Hei, sejak bila
tukar number phone ni”
“Tak tukarlah.
Ni nombor satu lagi. Untuk kegunaan personnal je. Farah, saya dah transfer kat Penang tau”
“Hah, what? Awak dah pindah ke sini? Biar
betul?”. Ain terkejut dengan pengakuan Feroz.
“Iye. Saya minta ayah saya bagi saya
uruskan cawangan kami di sini. Farah tau kenapa?”. Feroz mula nak berteka-teki.
“Manalah saya
tau kenapa?”. Jawab Ain acuh tak acuh. Malas dia hendak bersoal jawab dengan
Feroz. Tengku Zahran ada di hadapannya. Takkan dia nak menghabiskan masa tika
ini untuk bersoal jawab di talian. Sudah tentu dia dan Tengku Zahran akan
sama-sama berasa tidak selesa nanti.
“Sebab saya nak
dekat dengan Farah”.
“Hah, nak dekat
dengan Farah? Jangan nak mengarutlah”. Suara Ain sudah naik satu oktaf. Tengku
Zahran tersentak. Farah? Siapakah gerangan yang memanggil Ain dengan nama itu?
Biasanya hanya mereka yang istimewa saja yang memanggil seseorang itu dengan
panggilan yang lain dari kebiasaan. Tengku Zahran diburu resah.
“Betullah”. Kedengaran
suara Feroz ketawa di hujung talian. Ain rasa bengang. Entah kenapa dia
benar-benar rasa tidak selesa dengan gurauan Feroz kali ini. Dengan adanya
Tengku Zahran di hadapannya dan Feroz di talian, Ain jadi serba tak kena.
Seolah-olah dia telah tersepit ditengah-tengah.
“Janganlah
marah. Saya bergurau jelah. Farah..jom
kita jumpa”.
“Bila?”
“Sekarang”
“Eh, awak
sekarang tak bolehlah. Saya tengah bekerja ni. Ni pun saya tengah tunggu nak
jumpa klien dengan bos ni. Lain kalilah ye.
Nanti kita set lain”
“Okeylah kalau
macam tu. Sorry ganggu awak. Nanti
saya call lain. Bye. Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam,
bye. Take care”
“Siapa tu? Teman
istimewa ke?”. Soal Tengku Zahran sebaik Ain memutuskan talian.
“Eh, takdelah.
Dia bukan teman istimewa saya”. Ain mencebik. Tidak senang dengan soalan yang
mengaitkan dia dan Feroz. Baginya Feroz hanyalah kawan biasa seperti
kawan-kawannya yang lain. Tidak lebih dari itu dan takkan lebih dari itu.
“Ain takde teman istimewa ke?”. Tengku Zahran
memberanikan diri untuk bertanya soalan sensasi. Saja nak mencuba nasib untuk
mengetahui status gadis ini sebenarnya. manalah tau gadis ini sudah berpunya.
Karang tak pasal-pasal ada juga orang yang merana.
“Ada. Nak tau
siapa?”. Ain saja nak buat suspen. Kali ni biar dia pula mainkan Tengku Zahran.
“Siapa?”.
Berkerut dahi Tengku Zahran memandang Ain.
“Enciklah teman
istimewa saya”. Gurau Ain mengusik Tengku Zahran.
“Serius?”.
“Takdelah. Saya main-main jelah. Jangan
marah tau. sayanggg encik..”. Tengku Zahran tergelak kecil. Okey, ini adalah kali kedua Ain
memanggilnya sayang. Satu petanda yang baik. Orang kata kalau satu perkara itu
selalu disebut-sebut, lama kelamaan ia akan bertukar menjadi doa. Kalau benar
perasaan itu wujud di hati Ain, Tengku Zahran tidak kisah.
“Siapa Feroz?”
“Kawan baik saya
masa study kat universiti dulu”.
Tengku Zahran mengangguk. Kawan baik? Ada ke istilah kawan baik antara lelaki
dan perempuan zaman sekarang ni? Entahlah!
“Jumpa klien? Pandai
Ain bagi alasan”.
“Belajar dari
boslah”. Ain tergelak kecik. Tengku Zahran turut tergelak sama. Kata-kata Ain
mengena batang hidungnya. Inilah akibatnya kalau bos menunjukkan teladan yang
kurang baik, anak buah pasti akan mencontohinya. Kepimpinan melalui teladanlah
katakan!
“Dah. Jom makan”.
Tengku Zahran mengukir senyuman. Ain mengangguk.
“Lepas ni kita
nak ke mana pulak?”. Soal Ain sambil menyuap aiskrim ke mulutnya.
“Taman bunga”.
Jawab Tengku Zahran Selamba.
“Hah?”. Bulat
mata Ain memandang Tengku Zahran. Biar betul mamat tiang ni? Nak ke taman bunga
tengah-tengah panas terik macam ni? Matahari dok tegak atas kepala dia nak
pergi ke tempat macam tu? Ada juga orang yang nak rentung kena panas ni nanti.
Buang tabiat ke apa dia ni? klasik sangat. Macam orang dulu-dulu je! Sikit-sikit
taman bunga. Lepas tu esok-esok melawat zoo pulak. Eh, takde tempat lain lagi
ke? Tolonglah.
Tengku Zahran
tergelak melihat reaksi Ain. Dah agak dah! Mesti ada orang akan bengang.
“Dahlah. Jom
makan dulu. Nak ke mana? Nanti kita fikir kemudian. Yang pasti kita takkan
masuk ofis ari ni okey”. Ain
mengangguk.
“Ikutlah encik nak
ke mana sekalipun saya tak kisah. Janji jangan ke taman bunga. Terbakar muka saya
nanti. Karang tak pasal-pasal saya bertukar jadi dayang senandunglah pulak! Tak
pun macam heroin drama Bulan Bintang Capricon yang famous masa saya kecik-kecik dulu. Hah, siapa yang susah? Saya
jugak”
“Awak ni cutelah. Ada-ada je. Baik awak makan.
Kalau tak saya suap nanti”. Tengku Zahran sudah mula bertukar menjadi bos. Ain
membuntang mata. Tengku Zahran ketawa.
Makan tengahari
itu dinikmati dengan suasana yang cukup santai.
best...
ReplyDeletetqvm baby mio :-)
ReplyDeletenk lg..huhuhu
ReplyDeletesabar ye kamilah...otw dah :-)
ReplyDeletemananyer...huhuhu..rindu kat ain n tengku...
ReplyDeletelambt lg ke smbngan novel nie??dah xsbr menunggu nie..
ReplyDeletesabar ye kamilah dan pretty...sy tgh berusaha menyiapkn manuskrip penuh la ni. papepun thanks a lot krn terus setia mengikuti kisah ain farah dan tengku zahran.sy sgt sgt menghargainya.insyaallah sy akn terus berusaha utk mghasilkn yg terbaik buat semua pembaca yg di kasihi. luv u alls..:-)
ReplyDeletelamanyerrrrr..huhuhu
ReplyDeletelaa.lamanyee.tak sabar nak tunggu sambungan.
ReplyDeletedh bulan disember dh.bila nak ada sambungan ni?
ReplyDelete