Thursday 16 January 2014

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! bab 21

“Angahhh!!!”. Sergah Tengku Zafirah yang duduk di sisi Tengku Zahran. Tengku Zahran tersentak. Hampir saja daging yang dikunyah tertelan masuk terus ke dalam perutnya. Bertuah punya adik! Buat terkejut orang aje. Nasib baik aku tak kena heart attack dibuatnya
                                                                        
“Ish, Ya Allah! Adik ni lah. Terkejut Angah tau. Jangan memekik boleh tak? Angah bukannya duduk jauh sebatu. Kat sini je pun”. Marah Tengku Zahran dengan suara perlahan. Kacau betul lah. Orang baru je nak feel. Dah ada pulak yang kacau. Feel apa eak? Feel sebab makanan ni sedap ke atau feel benda lain? Whateverlah! 

“Hah, iyelah tu kat sini. Entah-entah dah honeymoon kat mana-mana?”.  Perli Tengku Zafirah sambil tersenyum memandang Angahnya. Tengku Zahran membuntang memandang adiknya.

“Mana ada? Angah tak kahwin lagi nak honeymoon apanya?”.

“Emm..iyelah tu. Macamlah orang tak nampak”. Bisik Tengku Zafirah mencebik. Tengku Zahran sekali lagi tersentak. Pantas dia membetulkan semula posisi duduknya. Wajah umi dan abah di pandang satu persatu. Ternyata kedua orang tuanya masih leka menjamah hidangan. Masing-masing kelihatan tidak menghiraukan mereka berdua. Betul ke umi dan abah ni tak perasan? Atau memang sengaja buat tak perasan? Kalau betul umi dan abah perasan, parahlah aku. Abah tu tahanlah lagi tapi umi..jangan buat main. silap haribulan sepanjang malam aku akan disoal siasat. Tak tidur malam aku nanti. Aduh..kenapalah aku tak boleh nak fokus waktu-waktu begini? Kenapalah aku asyik teringat-ingat dia?  Fokus Zahran! fokus! Umi dan abah kat depan tu.

“Adik..ketara sangat ke?”. Tengku Zahran berbisik memohon kepastian. Bahunya sengaja dirapatkan. Sebolehnya dia tidak mahu perbualan mereka didengari oleh umi dan abah.

“Jelas dan nyata. Angah ingatkan siapa tu? Ingatkan makwe ye?”.  Bisik Tengku Zafirah menebak. Manalah tahu taktik ni berjaya membongkar apa yang tersirat dan tersurat di minda Angah tika dan saat ini.

“Ish, merepeklah adik ni. Ke situ pulak dia”. Suara Tengku Zahran semakin perlahan.

“Eleh tak nak mengaku konon. meh adik cakap kat umi yang angah dah ada makwe baru nak”. Tengku Zafirah menjungkit-jungkit keningnya. Meletus tawa kecil dari bibir yang mungil itu. Tengku Zahran membuntang mata.  Hah, sudah. Mula dah adik aku ni!

“Jangan nak mengada-ngada”.

“Adik cakap kat umi ni…”. Tengku Zafirah berpura-pura mengugut. Saja seronok nak mengusik Angah. Bukannya selalu. Sekali sekala je. Kalau selalu pun apa salahnya. Bukannya orang lain pun. Angah aku jugak. Lagipun dah lama aku tak berpeluang mengusik Angah kesayanganku. Sejak kematian Kak Farah, Angah asyik monyok je. Jangankan nak ketawa, nak bersembang pun susah.

“Jangan nak memandai-mandai!”. Kedua beradik itu masih terus berbisik.

“Nak cakap jugak”. Tengku Zafirah semakin seronok mengusik. Rasa syok pulak tengok muka Angah yang dah naik kelat.Tengku Zahran tayang muka bengang. Rasanya ada orang yang nak kena dah ni. Nak main ugut bagai pulak dah.

“Jangan nak memandai boleh tak…”. Tukas Tengku Zahran. Berat ni. Kalau Tengku Zafirah buka mulut pasti akan jadi panjang pulaklah cerita ni nanti. 

“Nak cakap jugak..!”. Tengku Zahran sudah naik geram. Tak boleh jadi ni. Seseorang perlu dapat habuan. Camca ditangan diletakkan di atas pinggan makannya. Hidung mancung Tengku Zafirah ditarik geram. Ini balasan pada orang yang suka sibuk nak ambik tahu hal orang!

“Adoiiii…sakitlah  Angah!”. Tengku Zafirah menepis tangan Tengku Zahran. Hidungnya  yang mancung di pegang dengan jejari kanannya. Nasib baik tak kemik. Angah ni teruklah! Boleh penyek tau hidung kalau selalu kena macam ni. Jatuh saham aku nanti kalau hidung dah penyek. Apalah Angah ni!

“Hah, tau sakit! Nak kenakan Angah sangatkan.  Hah, ambik!".

“Ya, Allah..apa tu?”. Tengku Bahiyah bekerut dahi memandang kedua anaknya.

“Takde apa-apa umi. Ni hah..adik ni suka sangat nak menyakat orang. Tak padan dengan kecik betul”

“Helloo…siapa yang kecik? Angah dah rabun eak? Cuba buka mata besar sikit. Adik dah besar okey!”. Tengku Zafirah sengaja menjegilkan matanya. Tidak setuju dia digelar budak kecik. Orang dah belajar sampai masuk universiti pun bukannya budak sekolah lagi.

“Iyelah tu. Besarlah sangat. Belajar pun tak habis lagi. Ada hati mengaku besar konon”.

“Eeiii…”. Tengku Zafirah menggengam kedua tangannya tanda geram.  Tengku Zahran pulak tunjuk aksi seolah-olah ingin mencekik manja adik kesayangannya itu. Tengku Zahrin ketawa kecil melihat telatah kedua adiknya yang agak keanak-anakan itu. Dua-dua sama saja. Bila dah bertemu, benda kecik pun boleh kecoh jadinya! 

“Dah..dah..dah makan cepat. Kalau makan sambil main bila pulak nak habisnya” Tengku Zawawi sudah mula bersuara. Sebenarnya dia sendiri seronok dan bahagia melihat telatah anak-anaknya yang suka membuatkan mahligai mereka menjadi huru hara. Lebih membahagiakan bila melihat Tengku Zahran sudah boleh mengukir senyuman dan ketawa seperti dulu. Tengku Zawawi yakin semuanya berlaku kerana Ain. Ternyata kewujudan anak kedua Tan Sri Noordin telah berjaya mengembalikan Tengku Zahran yang pernah hampir berputus asa suatu ketika dulu.

Tengku Zawawi menarik nafas sedalamnya. Mengingatkan Tan Sri Noordin yang masih belum menemui anaknya mengundang simpati dihati Tengku Zawawi. Bilalah agaknya mereka dapat bertemu? Entahlah. Semoga Tengku Zahran cepat mempertemukan mereka berdua. Kali ini Tengku Zawawi sudah tidak mahu masuk campur hal peribadi Tengku Zahran. Biarlah Tengku Zahran sendiri yang menentukan segalanya. Sebagai ayah, Tengku Zawawi hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak keduanya itu.   

“Angah nilah, sampai hati buat kat adik. Sakit tau hidung adik!”. Tengku Zafirah menjeling Angahnya.   

“Siapa suruh nak sibuk sangat?”. Balas Tengku Zahran selamba.

“Adik tak sibuklah. Adik cuma nak cakap benda yang betul je. Angah tu yang kejam buat kat adik. Nak cover linelah tu!”.

“Apa yang betulnya?  Siapa yang cover line?”. Tengku Zahran tetap dengan riak selambanya.

“Angahlah cover line. Kejam!”. Tengku Zafirah tayang muncung sedepa.

“Eh, tolong sikit. Angah ni orang baik-baik tau. Mana ada kejam .” Tengku Zahran sengaja masuk bakul angkat sendiri.

“Eii..perasan”. Tengku Zafirah mencebik.

“Sudah..Sudah! Makan dulu. Nak gaduh ke, nak main ke, nak sembang ke, nak apa ke tunggu lepas habis makan nanti. Tak baik bising-bising depan rezeki”. Pintas Tengku Zawawi.

Main? Tengku Zahran terus terbayang wajah ayu seorang gadis yang telah menghabiskan masa bersamanya bermain boling siang tadi. Aksi, senyum tawa dan yang penting sepasang mata yang cantik milik si gadis bersatu membentuk satu memori indah di minda Tengku Zahran. Belum pernah Tengku Zahran menemui gadis yang luarannya tampak ayu, penampilan yang feminin tapi hakikatnya…sendiri mau ingatlah! Gadis 3G tu!. Garang, gila-gila dan yang paling penting… georgous. Ahh..Tengku Zahran tersenyum sendiri.  

“Psstt…”. Bulat mata Tengku Zafirah memandang Tengku Zahran. Tengku Zahran tersentak. Serta merta ingatannya terhadap Ain lenyap begitu saja.

“Apa?”. Soal Tengku Zahran kehairanan.

“Angah ni kenapa? Berangan lagi eak?”. Bisik Tengku Zahirah lagi. Dah kenapa dengan Angah ni? Terkena gula-gula ke terkena guna-guna ni? Lain macam je.

“Siapa yang berangan? Orang tengah makan ni”. Tengku Zahran cuba menegakkan benang yang basah. Tengku Zafirah mengangkat sebelah keningnya. Tengok tu lagi tak nak mengaku. Dah tu boleh pulak buat muka seposen! Tolonglah. Geram juga Tengku Zafirah melihat wajah selamba Angahnya. Nasib baiklah Tengku Zahran itu ialah abangnya. Kalaulah budak kecik dah lama dipiat telinga.

 “kut iye pun makan..takkan umi cakap langsung tak dengar?”. Tengku Zafirah mengerling bondanya Tengku Bahiyah. Tengku Zahran yang baru saja hendak menyuap mkanan ke mulutnya pantas memandang wajah uminya. Berkerut dahi Tengku Bahiyah memandangnya. Manakala Tengku Zawawi dan Tengku Zahrin tersenyum-senyum penuh makna. Alamak, kantoi! Habislah aku.
    
“Umi tengoklah semenjak dua menjak ni, anak umi yang seorang tu lain macam je. Kenapalah agakya ye?”. Tengku Bahiyah mengerling Tengku Zahran. Tangan kanannya mencedok sambal udang yang ada di hadapannya.

“Lain apanya umi? Angah biasa je”. Tengku Zahran cuba berlagak tenang. Dia tahu soalan itu sememangnya ditujukan kepadanya. Uminya memang cekap dalam bab-bab nak menyoal siasat. Mana taknya, pengaruh tvlah tu sebab dah banyak sangat tengok drama Gerak Khas!

“Biasa? Senyum sengeh sorang-sorang tu kira biasa ke?”

Hah, aku senyum sorang-sorang ke? Tengku Zahran pantas menyentuh pipi kiri dan kanannya. Semua orang tengok aku ke? Matanya memandang satu persatu wajah setiap ahli keluarganya. Memang sah confirm semua pandang kat aku. Tengku Zahran menarik nafas sedalamnya. Releks Tengku Zahran…jangan panik! Perkara macam ni tak perlu nak gabra sangat. Tengku Zahran tetap berlagak selamba. Control macholah katakan.  

“Mana ada. Umi silap tengok kut”. Tengku Zahran tergelak sendiri di dalam hati. Jawapan langsung tak masuk dek akal. Boleh pulak kata umi tersilap. Macamlah umi tu rabun teruk sangat. Walaupun meja santapan itu bekerusi dua belas tapi takdelah duduk sebatu sorang pun. Tengku Zahran tersenyum sumbing.

“Umi silap tengok? Abang silap tengok jugak ke?”. Soal Tengku Bahiyah kepada suami tercinta. Saja nak mengenakan anak kesayangannya itu. Tengah makan pun nak berangan. Dah tu senyum sorang-sorang tak nak mengaku pulak!

“Tak”. Jawab Tengku Zawawi selamba sambil menyuap makanan ke mulutnya.

“Apa yang tak bang?”. Soal Tengku Bahiyah memohon kepastian.

“Tak silap tengok. Pandangan mata abang sama macam Yahlah ”. Jawab Tengku Zawawi bersahaja.

Tengku Zahran tersedak lalu terbatuk kecil. Terasa pedih tekaknya tersedak dek sambal udang. Pantas gelas berisi jus oren di hadapannya dicapai. Air minuman itu diteguk dengan gelojohnya untuk membuang rasa pedih dan perit yang melekat di tengah kerongkong. Respon si ayah benar-benar diluar jangkaan. Selalunya ayah sporting je dalam hal seperti ini. Tapi malam ni dah lain pulak! Cepatnya beralih arah. Nampaknya Tengku Zahran terpaksa akur pengaruh mama lebih kuat dari yang lain.

Ya Allah, apa kena dengan anak umi ni? Tengku Bahiyah bekerut dahi memandang Tengku Zahran. Tulah padahnya bila makan sambil berangan. Apa yang masuk ke dalam mulut pun dah tak tahu gamaknya? Angah! Angah! Tengku Bahiyah menggeleng kepala.

Tengku Zahrin dan Tengku zafirah tergelak. Padan muka Angah! Nak menegakkan benang yang basah konon..agak-agaklah kalau nak bagi jawapan sekalipun. Ingat umi tu tak reti ke? Tengku Zafirah berkata sendiri di dalam hati. 

Aisyemen..ayah ni tak sporting langsunglah. Kut iya pun backuplah kita sama. Pertahankan air muka golongan adam. Ni tak, sokong umilah pulak! Tengku Zahran membebel sendiri di dalam hati.muncungnya sudah panjang sedepa.

“Umi tengokkan sebulan dua ni, ada orang tu nampak lain sangat. Awal pagi buta dah keluar pergi kerja. Sarapan kat rumah dah tak sempat macam dulu. Lepas tu balik rumah nampak happy je. Ada apa-apa ke?”. Tengku Bahiyah memasang serkap jarang. Sengaja ingin mendengar Tengku Zahran membuka mulut untuk menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku. Bukan dia tidak tahu Tengku Zahran ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Tengku Zahran menelan air liur kelat. Umi memang cukup cekap dalam membaca fikiran dan tingkah laku anak-anaknya. Sepandai mana pun mengelat, umi pasti akan terhidu jua. Inilah padahnya bila duduk sebumbung dengan emak bapa. Semua pergerakan pasti akan dipantau tak kiralah anak mereka sudah sebesar mana sekalipun.  

“Ada apanya umi? Tak ada apa-apalah”. Tengku Zahran masih cuba untuk berdalih.

“Kalau takde apa takpelah. Umi sekadar bertanya. Manalah tau ada apa-apa yang umi tak tau ke?”. Tutur Tengku Bahiyah lembut. Dia sebenarnya cuba sebaik mungkin menyembunyikan rasa kecewanya. Ternyata Tengku Zahran masih belum bersedia lagi untuk berkongsi apa-apa mengenai soal hati dan perasaan. Biarlah. Tengku Bahiyah tidak akan memaksa. Kali ini biarlah dia beralah. Cukuplah sekali Tengku Bahiyah pernah memaksa Tengku Zahran menikahi anak gadis teman baik dia dan suaminya. Entah di mana silapnya Tengku Bahiyah tidak tahu. Kedua pihak sudah setuju. Majlis perkahwinan gilang gemilang sudah diaturkan. Kad jemputan sudah pun diedarkan. Tiga hari sebelum majlis berlangsung, segalanya telah berubah. Tengku Zahran memutuskan tali pertunangan dan membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan gadis itu. Alasannya, gadis itu tidak sebaik yang Tengku Bahiyah dan Tengku Zawawi fikirkan. Bukti sudah ada di tangan Tengku Zahran tika itu. Cuma Tengku zahran enggan mendedahkan kerana tidak mahu membuka aib gadis itu dan keluarganya. Sudahnya, demi meneruskan apa yang telah dirancangkan, perkahwinan tetap diteruskan. Mengikut pilihan Tengku Zahran sendiri.  

Family day ofis kali ni nak ke mana pulak Angah?”. Tanya Tengku Bahiyah ingin mencuri perhatian Tengku Zahran yang sedari tadi asyik sibuk dengan dunianya sendiri. Tengku Bahiyah tau minda si anak tidak berada di situ. Mungkin si anak sedang meneroka ke benua Eropah atau benua Afrika. Berlari berduaan bersama zebra dan zirafah agaknya. Tengku Bahiyah yakin pasti ada seseorang yang telah berjaya mengusik hati Tengku Zahran. Kalau tak..masakan anak lelakinya itu berkelakuan aneh sebegitu.

Tengku Zahran sekali lagi menelan air liur kelat. Sungguh dia tidak tahu menahu langsung mengenai program itu. Program yang memang diadakan setiap tahun bagi meraikan hasil usaha dan kerja keras kesemua staf yang ada di pejabat mereka. Sepatutnya Khalililah yang akan membentangkan program itu di dalam mesyuarat siang tadi kerana dia adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan program itu. Tapi dah orang tak masuk mesyuarat mana nak tau kepala ekornya.

“Entah. Tak taulah umi”. Tutur Tengku Zahran bersahaja.

“Hah, tak tau? Tak bincang dalam meeting lagi ke?”. Soal Tengku Bahiyah tidak puas hati. Takkan program ini tak dibincangkan dan diuruskan lagi. Kerja..kerja jugak! Kebajikan pekerja kena ambil berat sama. Bagi Tengku Bahiyah program seperti ini memang perlu untuk merapatkan hubungan antara majikan dan pekerja. Lagipun sekali sekala bawa staf pergi bercuti untuk melepaskan penat lelah setelah puas bekerja apalah salahnya. Tengku Zahran terdiam. Mendengar nada suara umi yang jelas kecewa dengan sikapnya yang tampak sambil lewa seolah-olah tidak mengambil berat hal itu menimbulkan rasa bersalah di hati Tengku Zahran.          

“Program kali ni nak ke Cameron Highlands umi. Kita dah bincang dalam mesyuarat siang tadi. Semua staf nak ke sana. So kita ikut ajelah”. Pintas Tengku Zahrin. Kesian pulak dia melihat wajat kelat Tengku Zahran. Bukannya dia tidak tahu insiden yang berlaku di pejabat siang tadi. Isu pertengkaran Tengku Zahran dan Ellina. Kemudian Tengku Zahran membawa lari salah seorang penasihat undang-undang di ofis mereka. Nak minta khidmat kaunselinglah tu. Alasannya cukup klise walaupun tidak pernah diguna pakai oleh Tengku Zahran sebelum ini. Ada urgent meeting jumpa klien.  Apa katanya…tak nak diganggu? What everlah Angah!

“Kenapa Angah tak tau? Angah tak masuk meeting ke?”. Berkerut dahi Tengku Bahiyah memandang Tengku Zahran. Lain macam saja anak bujangnya yang seorang ni. Tak masuk kerja ke? Tengku Bahiyah tertanya-tanya di dalam hati. Tengku Zahran terkedu.

“Angah jumpa klien tadi. Ada urgent meeting”. Pintas Tengku Zahrin. Tengku Bahiyah diam seketika sebelum mengangguk faham. Patutlah anak keduanya itu tidak tahu. Jumpa klien rupanya.

Tengku Zahran menghela nafas lega. Terima kasih Along kerana menyelamatkan Angah kali ini. Bukannya dia tidak boleh menjawab soalan yang diajukan oleh umi. Tapi alasan urgent meeting dan jumpa klien itu sememangnya perkara yang tidak benar. Rasa bersalahlah pulak nak berbohong dengan umi. Di hadapan ayahandanya Tengku Zawawi pulak tu. Bos Besar merangkap pemilik syarikat tempat dia bekerja. Tak beretika namanya tu. Nanti Tengku Zawawi hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih baik memilih untuk berdiam diri. Biarlah Along menjawab bagi pihak dirinya. Itu lebih baik.

“Cameron Highlands? Eheh, macam cerita dalam novel-novel pulak! Sikit-sikit Cameron Highlands. Sikit-sikit Cameron Highlands. Nak bercuti, nak honeymoon suka sangat pilih Cameron Highlands”. Tengku Zafirah mencela. Memang itulah lokasi yang selalu menjadi pilihan dalam banyak koleksi novel yang pernah dibacanya.

“Kenapa, adik tak suka ke?”. Soal Tengku Zahrin sambil tersenyum.

“Suka”. Tengku Zafirah tersenyum lebar.  Dah namanya nak bercuti siapa tak suka. Lagipun Tengku Zafirah sendiri sudah merasa penat dengan rutin hariannya. Kuliah, assignment, research dan study untuk exam memang sering kali membuatkan dia rasa stress. Bercuti tak semestinya ke luar negara. Di Malaysia pun banyak tempat-tempat yang menarik. Tengku zafirah sudah membayangkan keseronokan berada di bumi Cameron yang dingin dan mendamaikan. Walaupun Tengku Zafirah belum pernah sampai ke situ, dia sudah dapat gambarannya melalui cerita dari mulut teman-teman sekuliahnya.

“Apa yang seronoknya kat Cameron Highlands tu dik?” Tengku Zahran ingin tahu. Dia pun sama seperti adiknya, belum pernah menjejakkan kaki ke tanah tinggi itu. Sedari kecil, ayah dan uminya lebih suka memilih untuk bercuti ke luar negara bersama keluarga. Sebab itulah di negara sendiri, tidak banyak tempat yang pernah dilawati.

“Ramai kawan adik kata tempat tu cantik. Tenang, sejuk dan yang penting banyak teh dan strawberi. Kat dalam novel pun selalu digambarkan macam tu jugak” jawab Tengku Zafirah dengan penuh perasaan. Tak habis-habis lagi dengan promosi cerita novelnya.

“Teh dan strawberi? Eleh kalau setakat dua benda tu kat supermarket pun berlambak”. Tengku Zahran menyakat adik kesayangannya. Saja nak seronok sendiri. Lagipun, ini salah satu cara terbaik untuk mengalih perhatian semua orang tentang insiden senyum dan gelak seorang diri tadi. Daripada terus membiarkan diri menjadi fokus utama, lebih baik mencari alternatif untuk meloloskan diri dengan cara yang paling berkesan.

Tengku Zahrin tergelak kecil. Lucu mendengar kata spotan yang terkeluar dari mulut Tengku Zahran.  

“Kat supermarket tu lain. Kat sana lagi best. Boleh petik sendiri tau”. Tengku Zafirah kurang  setuju dengan pendapat Angahnya.

“Apa yang boleh petik sendiri?  Daun teh?”

“Ish..Angah ni..bukanlah. Nak petik sendiri menatang tu nak buat apa? Bukannya boleh telan terus benda alah tu. Apalah Angah ni”

“Habis tu nak petik apa?”

“Petik buah strawberilah”. Marah Tengku Zafirah manja. Tengku Zahran tersenyum sengeh. Dah tau dah. Adik kesayangannya itu memang pandai menjawab. Sama sebijik macam Ain Farah. Agaknya trend gadis zaman sekarang kut. Suka sangat menjawab. Macam manalah agaknya kalau Tengku Zafirah bertemu Ain. Kalau dah dua-dua ni bergabung..alamatnya terbalik dunia ni agaknya. Tengku Zahran tersenyum sendiri. Ingatannya terhadap Ain bertamu lagi.

“Along Angah nak ke sana bawa kereta sendiri ke?”. Tengku Bahiyah menyoal kedua putera kesayangannya.

“Along rasa nak naik bas ikut rombongan jelah umi. Malaslah nak drive sendiri. Lagipun saja nak rasa pengalaman naik bas sekali dengan staf-staf  kita kali ni”

“Adik pun nak naik bas jugaklah ikut Along. Baru rasa adventure sikit” Tengku Zafirah mencela.

 “Angah pulak macam mana?” Tengku Bahiyah memandang Tengku Zahran.

“Angah ikut Along dan adik”. Tengku Zahran tersenyum sendiri. Mindanya mula mencerna situasi yang bakal berlaku di dalam bas itu nanti.

“Umi naik bas jugak ke?”. Tengku Zahran memohon kepastian.

“Rasanya taklah. Umi tak laratlah nak naik bas. Umi naik kereta jelah. Suruh Mat bawa nanti”. Tengku Zahran senyum meleret. Lega mendengar jawapan uminya.

“Ayah?”. Tengku Zafirah memandang wajah ayahnya. Sedari tadi si ayah lebih senang menjadi pendengar dan pemerhati.

“Eh, ayah dah tentulah ikut umi. kalau umi nak naik kereta ayah kenalah ikut sekali. Nanti kalau ayah tak ikut umi merajuklah pulak. Masam je muka sepanjang jalan nanti. Ayah jugak yang susah”. Usik Tengku Zawawi. Wajah Tengku Bahiyah dikerling dengan senyuman.

“Ish abang ni..mengata kita pulak. Pandai je kata kita masam muka. Buat malu kita je depan anak-anak”. Tengku Bahiyah berpura-pura merajuk. Sebenarnya sedikit pun dia tidak berkecil hati dengan kata-kata suaminya itu. Tengku Bahiyah tahu Tengku Zawawi hanya sekadar ingin mengusiknya. Tengku Zawawi kalau sehari tak mengusik memang tak sah. Tengku Bahiyah memang sudah cukup masak dengan perangai suaminya.

Semua anak-anak Tengku Zawawi tersenyum melihat kemesraan kedua ibu bapa mereka.

Tengku Zahran menghela nafas lega. Rasa bersyukur kerana dia tidak dihujani dengan pelbagai persoalan dan tidak terus menerus menjadi tumpuan. Kalau tidak jenuh jugalah nak menjawab dan mengelat. Bukan senang nak menidakkan sesuatu yang sudah jelas dan nyata. Susah memang susah.

4 comments:

  1. lama tunggu akhir dapat juga n3 baru tq.

    ReplyDelete
  2. terima kasih byk byk krn sabar menanti n3 terbaru..dan terima kasih atas sokongan baby mio terhadap hasil kerja saya yang tak seberapa ini..luv u so much :)

    ReplyDelete
  3. Terbaik, bila kluar jd novel sbijik bgtau saya erk!

    ReplyDelete
  4. Saya x sabar nk tgok episod 24 n then n so on.. I can't wait for it!

    ReplyDelete