Thursday 16 January 2014

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 22



Tengku Zahran mengukir senyuman sebaik saja melabuh punggung di hadapan meja kerjanya. Meja kerja yang terletak di satu sudut di kamar tidurnya itu merupakan tempat paling favourite untuk dia menyambung kerja-kerjanya di rumah. Hasil kerja yang telah diserahkan oleh Ain petang tadi kini sudah berada di hadapan matanya. Nasib baik dia ingat nak bawa sekali dokumen penting ini masa nak keluar tadi. Kalau tak, sudah tentu mereka kena masuk semula ke ofis untuk mengambilnya. Argh..serabutnya otak kalau kena msuk semula ke ofis tadi. Tengku Zahran bermonolog sendiri.

“Encik Zahran jangan lupa semak tau. Ni dokumen yang Encik Zahran kena bawa jumpa klien esok. Encik Zahran semak dulu malam ni. Ada apa-apa nak kena ubah jangan lupa..hello..hello tau”. Tutur Ain siap dengan mimik muka dengan gayanya sekali. Waktu itu mereka sudah pun berada di hadapan rumah Ain. Sebelum keluar, Ain menyerahkan dokumen itu kepada Tengku Zahran.

Tengku Zahran tergelak sendiri. Mengingatkan telatah Ain sepanjang hari ini bersamanya benar-benar mencuit hati lelaki Tengku Zahran.     

Tengku Zahran membuka perlahan fail itu dan mula menyemak hasil kerja gadis 3G yang telah menguasai seluruh mindanya sepanjang malam ini. Hinggakan dia hampir saja terbabas di hadapan bondanya Tengku Bahiyah sewaktu makan malam tadi. Nasib baiklah Along telah menjadi penyelamatnya. Kalau tak, susah jugak dia nak berhadapan dengan uminya.

Boleh tahan jugak hasil kerja gadis ini. Memang tidak pernah mengecewakan. Sedetik, Tengku Zahran dipagut rasa bersalah. Dek kerana hasil kerja ini jugaklah, Ain menyaksikan pertengkaran antara dia dan Elina di kamar ofisnya siang tadi. Dah tu tak pasal-pasal kena tengkinglah pulak. Free je kena. Kesiannya. Tengku Zahran sayu seketika.

Bunyi IPhone5 di atas meja mencantas lamunan Tengku Zahran. Tanda isyarat sistem pesanan ringkas diterima. Pantas tangannya mencapai IPhone5 itu lalu membuka pesanan yang diterima.

Hello..hello..sampai ke bulan dah ke?

Tengku Zahran tergelak kecil sebaik membaca sms yang diterima. Panjang umur.  Baru saja Tengku Zahran memikirkan tentang dia, smsnya sudah pun tiba. Belum tidur lagi rupanya. .

Belum lagi. Sangkut kat China.

Amboiii..dah pandai bergurau pulak bos aku ni.  Bagus! Satu perkembagan yang baik. Dah tak marahlah tu. Ain tergelak kecil membaca sms yang dibalas oleh Tengku Zahran.

Dokumen tadi dah semak ke belum?

Tengku Zahran terus menerus mengukir senyuman. Semakin lebar senyuman itu sampai ke telinga.

Tengah semaklah ni cik adik oii..

Ain tergelak sendiri. Bergolek-golek tubuhnya di atas katil menahan gelak menerima sms yang dibalas oleh Tengku Zahran. Semacam aje bunyi sms yang diterima. Haishh..macam orang tengah angau bercintalah pulak. Apa kes bersms tengah-tengah malam buta begini?

Bagoossss.. :D
Tengku Zahran sudah tidak mampu menahan keinginannya untuk mendengar suara Ain. Bercakap melalui sms rasanya tak puas. Lebih baik mendengar suara tuan empunya diri. Sekurang-kurangnya dapat juga menjadi penawar sebelum masuk tidur. Penawar apa eak? Entahlah. Apa-apa jelah.  Pantas tangan kasarnya mendail nombor gadis itu.

“Hello, assalamualaikum.” Tengku Zahran menutup fail dan bangkit menuju ke katil mewah bersaiz king. Kali ini dia sudah tahu untuk memberi salam sebelum mula berbicara dengan Ain. Kalau tak bagi karang tak pasal-pasal orang tu pekena dia lagi macam dulu.

“Waalaikumsalam.” Kedengaran cergas suara Ain di hujung talian. Sikit pun tidak kedengaran bunyi suara seperti orang baru bangun dari tidur. Kira okeylah tu. Taklah nanti dia angin tak tentu pasal.

“Dah tidur ke?” Tengku Zahran merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia sudah malas untuk terus menyemak hasil kerja Ain. Melihat sekali lalu hasil kerja itu Tengku Zahran sudah cukup berpuas hati. Tak payah nak dibelek sangat. Tak perlu nak ditenung lama-lama. Nak ditenung hasil kerja si gadis itu lama-lama nak buat apa? Buang karan je.    

“Kalau saya dah tidur, siapa pulak yang tengah bercakap dengan encik ni..hantu ke?”.  

Tengku Zahran tergelak besar. Memang padan sungguh jawapan dengan soalan kurang bijak. Konon nak berbudi bahasa..sudahnya diri sendiri yang terkena. Tengku Zahran mula terfikir dan membayangkan wajah Ain bertukar rupa menjadi hantu. Macam manalah agaknya ye? Seram ke?  Tengku Zahran tergelak lagi.

“Kalau saya jadi hantu bagus jugak. Boleh datang kacau encik malam ni. Hi..hi..hi.” Ain buat bunyi suara hantu. Saja nak tambah lawak bodoh malam-malam buta begini. Kalau orang tu boleh tergelak, kira dah okeylah tu.

“Kalau Ain jadi hantu..jangan kata nak kacau, nak tidur sekali dengan saya pun boleh”. Seloroh Tengku Zahran.

“Hah, giler ke apa? Nak tidur sekali dengan hantu. Encik ingat muka hantu tu lawa ke? Kena cekik sampai kering badan baru tau. Apalah encik ni..tak senonoh betullah”.  Tengku Zahran tergelak lagi. Semakin besar gelaknya hingga memenuhi ruang bilik. Inilah untungnya bila berpeluang bercakap dengan Ain. Ada-ada saja akalnya. Pasti tak kering gusi mereka yang selalu ada di sisinya.  

Ain bengang. Kalaulah Tengku Zahran ada di depan matanya tika ini, mau saja dia mencekik pangkal leher Tengku Zahran. Dahlah fikir yang bukan-bukan ketawa besar pulak tu. Eiii…geramnya!  

“Ain marah ke?” Si jejaka itu sudah pun menukar posisinya. Daripada berbaring kini meniarap pulak di katil mewahnya.

“Marahlah jugak.” Jawab Ain jujur. Sememangnya dia lebih suka berterus terang.

“Okey, kalau Ain marah..saya minta maaf. I don’t mean to hurt you” Suara garau itu kedengaran romantik di hujung talian. Tadi bukan main gelak lagi. Sekarang dah tukar channel pulak? haishh..

“Takpe, saya dah maafkan pun”. Ain terus mengalah. Susah jugak nak terus menyimpan rasa marah terhadap Tengku Zahran. Kerana kata-kata maaf sering meniti di bibir Tengku Zahran.

“Ain tengah buat apa tu?” Tengku Zahran mula menukar topik. Dia tidak mahu Ain terus membisu. Mendengar suara Ain malam ini mengundang ketenangan dijiwanya.  

“Jahit manik”

“Hah, manik? Benda apa tu?” Tengku Zahran memang tidak tahu langsung mengenai benda alah tu. Selama ini dia tidak pernah pun mengambil tahu mengenai perkara yang berkaitan dengan manik. Dah namanya pun lelaki. Mana adanya nak bermanik bagai.

“Hiasan bajulah cik abang oii”.

“Tengah-tengah malam macam ni menghias baju. Nak pakai ke mana tu?” Soal Tengku Zahran hairan.

“Tak pakai ke mana pun. Bukannya baju saya. Anak jiran sebelah rumah saya yang punya. Dia nak bertunang hujung bulan ni. Sementara saya nak tunggu encik semak kerja saya, saya jahitlah manik.” Tengku Zahran mengangguk sendiri. Rasanya dia sudah faham mengenai manik. Hiasan yang digunakan untuk menjadikan busana wanita itu tampak lebih glamor.

“Ain ambik tempahan ke?”

“Lebih kurang macam tulah. Ambik sikit-sikit je sebab saya ni bukannya rajin sangat pun. Lagipun dah mama yang jahitkan baju ni..saya tolonglah jahitkan manik”. Tengku Zahran berfikir sejenak. Mungkin inilah cara ibu mertuanya itu menyara kehidupan mereka dua beranak. Kasihan sungguh. Tentu mereka sudah puas merasai keperitan dan kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Encik, macam mana dengan dokumen tu. Okey tak?”. Tengku Zahran tersentak.

“Err..okey. Mestilah okey. Ain kan staf yang efisien. Saya dah semak dah. Tak ada kesilapan pun”

“Betul ke?”. Kembang setaman pulak rasanya bila dipuji oleh bos sendiri. bukan senang nak dengar bos memuji staf begini. Hihihi.

“Betul. Takkan saya nak bohong dengan staf sendiri. Itu bukan contoh teladan yang baik tau..bila bos berbohong dengan stafnya”

“Iye ke? Thank you”.

“Sudah, pergilah tidur. Dah lewat malam ni. Tak payahlah nak menjahit manik bagai malam-malam buta ni. Esok je sambung lain. Tak pun sambung hujung minggu lagi baik”.


“Alah releklah encik. Baru jam 10.30 malam. Belum pukul 12.00 tengah malam lagi”.

“Ain..saya kata pergi tidur jangan degil boleh tak?” Tengku Zahran sudah mula memberi arahan.

Ain mencebik di hujung talian. Ish, bos aku ni, sampai nak tidur pun nak kena dengar arahan jugak ke? Apalah punya bos. Mengalahkan ketua polis je.

“Iyelah..iyelah. Saya tidurlah ni. Dah ada atas katil dah pun. Tinggal tunggu masa nak belayar ke laut je lagi. Encik pun sama. Lepas ni pergi tidur. Jangan nak berjaga memikirkan perkara yang bukan-bukan. Encik kena tenangkan hati dan rehat secukupnya”.

“Iyelah saya tidurlah ni. Terima kasih kerana mengingatkan”

“Jangan lupa basuh kaki dan baca doa tau”. tambah Ain lagi.

“Iye, sayang”. Ain tergelak dihujung talian. Dah macam mak nenek gayanya. Siap berpesan macam orang tua lama. Macamlah kawan tu budak kecik lagi.

“Ain..”

“Emm..”

Terima kasih banyak-banyak”

“Terima kasih? Untuk apa?”

“Sebab Ain sudi luangkan masa dan buat saya betul-betul rasa gembira sepanjang hari ni..”. 

“Alah perkara kecik je.  Saya tak kisah. Asalkan Encik happy..saya rasa berbaloi temankan encik hari ni”. Tengku Zahran diam seketika. Suasana menjadi sepi.

Ain tersentak. Aikk..kenapa tiba-tiba senyap aje ni? Handphone ni dah sampai masa ke? Ain memandang handphone di tangan. Talian belum terputus lagi. Tapi kenapa senyap aje? Mamat ni dah tidur ke? Bekerut dahi Ain menunggu bicara Tengku Zahran.   

“Encik..”.

“Emm..”. Ain menghela nafas lega. Syukur Alhamdulillah. Hidup lagi rupanya. Ingatkan dah ke laut.

“Saya ingatkan encik dah pengsan. Encik tak apa-apa ke?”. Tengku Zahran tergelak kecil.

“Tak pengsan lagilah. Don’t worry. Saya tak apa-apa”

“Encik ni buat suspen je. Ingatkan dah tido tadi”

“Tak tidur lagilah sayang. Kejap lagi baru nak tidur”. Ain dah mula buat aksi rock and roll di atas katilnya. Mendengar perkataan sayang yg meniti di bibir Tengku Zahran malam-malam begini membuatkan dia rasa seram sejuk. Semacam aje bunyinya. Rasa naik hijau merah biru seluruh badan. Kembang hidung dan rambut jadinya. Ain terus bergolek-golek sendiri menahan gelaknya. Sekejap ke kiri. Sekejap lagi ke kanan. Semua rasa lain macam. Tiba-tiba..bukkk! Ain terjatuh dari katilnya. Aduhh..berkerut wajah Ain menahan sakit. Otaknya blur seketika sebelum matanya tertancap ke arah sesuatu.

Alamakk..my handphone! Pantas tangannya mengambil telefon bimbit yang sudah pun terhempas ke lantai. Nasib baik tak relai. Awatlah loqlaq sangat ni. Tengok tak pasal-pasal dapat habuan. Telefon itu dilekapkan ke telinganya.

“Hello..Ain..hello” Fuhh..nasib baik tak kong. Kalau tak terbang jugak duit aku nak beli yang baru.



“Hello..ya, I’m here”. Ain cuba bangun perlahan-lahan sambil menggosok punggungnya yang sakit. Perghh..makan jugak bontot aku kali ni. Siapalah hamba Allah yang mencipta katil dengan tilam setebal ni? Tengok dah jatuh tak ke sakit tu. Menyusahkan orang je. Ain salahkan katil dan tilam.Padahal diri sendiri yang buat silap. Ain membebel sendiri di dalam hati. 

“Bunyi apa tu?”. Tengku Zahran terus menyoal.

“Err..takde apa-apa. Buah nangka jatuh ke lantai”. Ain memekup mulutnya menahan gelak dan rasa sakit. Apalah bengap sangat aku ni bagi alasan tak boleh pakai? Kenapa tak bagi je alasan buku atau novel yang jatuh ke lantai? Apa daa..buat malu je kat mamat ni. Nasib baik tak berdepan. Kalau berdepan..kat manalah aku nak sorokkan muka aku yang cute ni.   

Tengku Zahran berfikir seketika. Apa ke benda yang dikaitkan dengan buah itu? Tanpa berfikir lama, bibirnya mengukir senyuman.

“Ain jatuh katil ke?”.

 “Eh takdelah. Mana ada jatuh katil”. Ain cuba berdalih. Ain mengurut-urut belakang pinggangnya. Nasib baik tak patah pinggang. Bodoh betul lah. Buat kerja tak senonoh beginilah jadinya. Yang usaha begolek-golek atas katil tu siapa suruh? Kan dah kena sendiri.

“Owhh bukan jatuh katil..habis tu buah nangkalah ye yang jatuh dari katil tu. Ish..ish..ish..kesiannya kat buah nangka tu ye. Malang sungguh”. Perli Tengku Zahran menahan gelak. Ain mencebik. Bengang betul dengan Tengku Zahran. Kalaulah dia dan Tengku Zahran tengah bermain pinball waktu ini..mahu saja dia menembak Tengku Zahran sepuas-puas hatinya.  Orang dahlah sakit..perli orang pulak dah. Bukannya nak kesian sikit pun kat kita. Ain membebel di dalam hati. Muncungnya sudah pun panjang sedepa. Nasib baiklah Tengku Zahran tak nampak wajah kelat Ain tika ini.

“Dah tak payah nak berdolak dalih. Saya tau Ain jatuh. Sakit ke?”. suara tegas bertukar nada. Macho dan prihatin.

“Sakit jugaklah. Mana Encik Zahran tau saya jatuh katil?”. Ain mula memanjat naik ke katilnya.

“CCTV..”. Jawab Tengku Zahran spontan dan penuh yakin.

“Hah?”. Ain terlopong. Pantas matanya melilau ke seluruh ruang bilik. Manalah tau memang betul ada benda alah tu dipasang senyap-senyap di dalam bilik ni. Atau mungkin mengguna kamera sisi yang canggih tanpa wayar.

Kedengaran suara Tengku Zahran ketawa besar di hujung talian. Kurang asam betul mamat ni. Saja nak mengenakan aku rupanya.

“Takdelah. Takkanlah saya nak buat giler pasang CCTV kat bilik anak dara orang. Nak mati kena sembelih ke apa?”.

“Encik ni..tak baik tau menakut-nakutkan orang”.

“Ain takut ke?”

“Bukan takut tapi beringat. Zaman sekarang ni macam-macam benda boleh jadi”

“Jangan risaulah. Saya takkan buat kerja giler macam tu. Dah pergi ambik minyak angin sapu sikit kat tempat yang sakit tu. Lepas tu pergi tidur”

“Iyelah. Kejap lagi saya skodenglah minyak angin tu. Ada kat mana entah?”

“Takde ke? Kalau takde meh saya antarkan. Kat rumah ni banyak stok. Berdozen-dozen lagi nak. Saya hantar sekarang eak?”

“Eh, tak payahlah. Jangan nak buat giler nak keluar malam-malam buta ni. Jadi apa-apa kat encik tak ke susah. Pergilah tidur”

“Hai, cik adik..saya ni lelaki. Setakat nak keluar sekejap hantar benda tu takde masalahlah. Bukannya nak jalan kaki pun. Naik kereta. Apa susahnya?”.

“Ish..tak payah. Saya bukannya jatuh dari pokok. Jatuh dari katil je. Bukannya sakit sangat pun. Cuma rasa macam nak patah pinggang je”.

“Hah, apa dia?”. Biarpun kedengaran perlahan suara Ain di penghujung ayat itu, telinga Tengku Zahran masih mampu mendengarnya.

“Takdelah saya main-main jelah. Sakit sikit je pun. Kalau setakat nak berlari, lompat bintang atau jalan-jalan pusing satu shopping complex masih boleh lagi ni”

“Betul ni?”. Tengku Zahran tersenyum menahan gelak. Geli hati sebenarnya mendengar alasan yang diberikan. Ada-ada saja jawapnya. Kalau tak buat orang tersenyum dan ketawa memang tak sah. 

“Betul Encik..saya tak apa-apa. Esok pagi Encik datang jemput saya..encik tengoklah sendiri. okey?”.

“Okey, esok saya tengok. Kalau Ain tak okey esok..cuti”.

“Baik bos. Okey. bye. Assalamualaikum” Ain menurut bagai lembu dicucuk hidung. Kuranglah pula sakitnya mendengar ada insan yang prihatin selain mama. Alangkah bertuahnya hidup andai kita dikelilingi oleh insan-insan tersayang. Mama, papa dan sudah tentulah encik suami. Wahhh..apa yang aku merepek malam-malam buta ni. Aduh..patah pinggang. Ain mengeluh sendiri menahan sakit.

“Waalaikumsalam. Take care. Bye”.

7 comments:

  1. sabar ye...tgh berusahalah ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. Yeah~ sgt best, nk smpai depa kahwin.. huhu~~

    ReplyDelete
  3. senyap jer..rindu ler..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....puan rmh ada x? Nk cari Leeya Asyikin. Ain ada x? hihihi

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam..iye kamilah..im back..ain pun akn kembali beraksi tak lama lg..maaf sgt2 ye kamilah..sy mmg sibuk yg amat2 dan byk hal yg tak dpt dielakkn berlaku..tp skrg kisah ain dgn tengku zahran sudah pun disambung semula stlh sekian lama berhenti seketika..harap bersabar ye..beri sy sedikit masa..INSYAALLAH sy akn update n3 terbaru secepatnya..

    ReplyDelete
  6. kepada sesiapa yang nak tengok Tengku Zahran dan Ain Farah kahwin..tungguuu..tak lama lagi..sikit hari je lag..hehe

    ReplyDelete