Monday 6 October 2014

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 23

Selepas menamatkan perbualan telefon dengan Ain, Tengku Zahran membelek perlahan koleksi gambar gadis itu di IPhone5nya yang telah diambil siang tadi. Satu persatu foto itu ditatap silih berganti berulang kali. Terukir senyuman di wajah Tengku Zahran menatap pelbagai mimik muka yang telah ditunjukkan. Nakal betul! Santai dan bersahaja. Apapun ekspresi wajah yang ditunjukkan, kecantikan asli milik si gadis memang tetap terserlah.  

Senyumannya, gelak tawanya, jenakanya dan sikap selambanya senantiasa menghias minda Tengku Zahran. Kenapa aku saling teringatkan dia sepanjang malam ni? Haish..Tengku Zahran terus tersenyum lagi. Bantal kecil yang menghias katil king miliknya di dakap penuh erat.

Tengku Zahran terus ralit menatap wajah itu. Seketika, pandangannya beralih pula pada Iphone5 digenggaman. Diusap-usap IPhone5 itu perlahan-lahan dengan ibu jari kanannya. Bibirnya terus mengukir senyuman. Iphone5 itu menyimpan satu kenangan yang tak mungkin dilupakan.

Dek kerana IPhone5 itulah, pertemuan pertama yang sepatutnya berlaku sewaktu sesi temuduga telah bertukar lokasi ke tengah jalan raya. Walaupun pertemuan itu ibarat masuk ke medan pertempuran yang serangannya hanya datang dari sebelah pihak sahaja, Tengku Zahran tidak kisah.

Minda Tengku Zahran mula mengimbau kembali satu persatu rentetan peristiwa sebelum dan selepas kemalangan itu. Ketika Ain mula melangkah masuk ke kamar ofisnya untuk sesi temuduga dulu, Tengku Zahran langsung tidak ada rasa terkejut melihatnya. Rasa terkejut memanglah takde tapi rasa berdebar...Allah saja yang tahu. Bagai nak luruh jantung melorot jatuh ke tanah beb. Nasib baiklah boleh control macho jugak time tu. Kalau tak buat malu company dan kerabat je.


Awal pagi lagi Norazlin sudah pun meletakkan resume milik seseorang di atas meja kerja Tengku Zahran. Namun kesibukan sepanjang hari itu membuatkan Tengku Zahran langsung tidak menyentuhnya. Malah kehadiran resume itu langsung tidak disedari oleh Tengku Zahran. Cuma ketika dia sedang berkira-kira untuk pulang ke rumah, matanya tertancap ke arah resume yang terletak elok di tepi mejanya. Astagfirullahalazim, Tengku zahran meraup wajahnya. Baru dia teringat akan sesi temuduga yang akan berlangsung keesokkan harinya. Huh, siapa pulaklah calon kali ni? Sudah ramai calon yang menghadiri temuduga untuk jawatan ini tapi belum ada seorang pun calon yang berjaya mendapatkan jawatan itu. Mungkinkah calon-calon yang menghadiri temuduga itu sememangnya tidak layak untuk mengisi jawatan itu atau Tengku Zahran yang terlalu memilih? Entahlah. Mungkin belum ada yang berkenan di hati agaknya. Ewah..ewah..nak mencari calon pekerja ke calon isteri ni?  Pantas tangannya mengambil resume itu lalu terus menyelaknya. Baru saja helaian pertama dibuka, Tengku Zahran sudah terlopong. Check mate!

Itulah insan yang dicari-cari selama ini. Kenapalah aku tak tengok awal-awal lagi benda alah ni? Kalaulah aku tau sedari awal lagi, sudah tentu aku akan meminta Norazlin untuk menghubunginya dan memindahkan tarikh temuduga pada hari itu juga. Norazlin ni pun satu..kenapalah tak bagitau aku awal-awal lagi yang calon tu serupa sebijik macam arwah isteri aku? Ni tak asyik dok pandang semacam je dari mula masuk sampailah dia melangkah keluar perlahan-lahan meninggalkan bilik Tengku Zahran. Ingatkan sebab aku nampak handsome sangat..tu yang asyik pandang semacam je. Hehe..sekali sekala nak perasan tak salah kan?. Bukan kena bayar pun. Rupa-rupanya ada benda yang Norazlin nak sampaikan tapi tak terluah dimulut. Takut tersilap kata terlanjur bicara katanya.  
  
Keesokan harinya, Tengku Zahran mula menghitung waktu dengan penuh debaran. Debaran  yang dirasai itu mengalahkan saat dia melafazkan akad nikah buat pertama kalinya. Kenapalah rasa berdebar itu tiba-tiba saja wujud? Apa yang tak kena dengan Tengku Zahran pagi itu? Tengku Zahran sendiri tidak tahu. Yang pasti sesi temuduga akan berlangsung pada pagi itu. Dah jadi kes terbaliklah pulak. Lain orang yang nak ditemuduga, lain pula yang terasa debarnya.  

Tatkala Tengku Zahran terus merasa debaran itu, si adik kesayanganya Tengku Zafirah pulak meminta untuk di hantar ke rumah Azreen. Tengku Zahran jadi serba salah. Tak dihantar kesianlah pulak.
Sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah Azreen, bukan main hebat lagi Tengku Zahran meredah jalan raya untuk cepat sampai ke destinasinya. Cepat sampai cepatlah juga dia berpatah balik ke rumahnya. Tengku Zahran perlu balik segera untuk bersiap. Tapi itu bukanlah sebab utama dia perlu tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.

Memandu sambil berbual dengan Tengku Zafirah melenyapkan seketika debaran yang melanda dirinya. Namun, perasaan ini kembali menguasai dirinya setelah dia berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Memikirkan sesi temuduga yang akan berlangsung beberapa jam saja lagi membuatkan Tengku Zahran semakin tergesa-gesa. Pedal minyak terus ditekan untuk meningkatkan kelajuan.

Sedang dia asyik memandu, Iphone5 yang diletak di atas riba tiba-tiba saja berbunyi. Ciss..siapakah gerangan yang membuat panggilan ini? Orang dahlah kalut..tengah driving pulak ni. Kalau tak call masa ni tak boleh ke? atau kalau nak call sangat pun kejap lagi boleh tak? Ishh..boleh ke nak demand macam tu? Orang nak call mana tau kita tengah buat apa? Tengku Zahran merungut sendiri. Tangan kanannya cuba memegang IPhone5 diriba yang dipandang sekilas cuma tapi..alamak, IPhone5 itu telah melorot jatuh ke lantai kereta.

Tengku Zahran berusaha untuk mendapatkan semula IPhone5nya dengan hanya menggunakan sebelah tangannya, Sebelah lagi tangannya memegang stereng kereta mini yang dipandunya. Ish, susahnya nak dapatkan IPhone5 yang dah terjatuh tu! Tempat dahlah sempit. Ditambah pulak dengan kain pelikat yang dipakai..bayangan IPhone pun dah tak nampak. Tengku Zahran tetap berusaha lagi untuk mendapatkan semula IPhone5 itu. Bimbang jugak..manalah tahu itu adalah panggilan kecemasan dari seseorang. Fokusnya terhadap pemanduan sudah mula hilang. Apa yang Tengku Zahran tahu ialah terus menekan pedal minyak sahaja. Perkara lain sudah tak dipedulikan. Soal keselamatan langsung tak difikirkan. Suasana pagi yang masih lagi agak kelam dengan hujan renyai membasahi bumi langsung tak dihiraukan. Apa yang penting baginya ialah teruskan usaha sehingga berjaya. Tengku Zahran sama sekali tidak menyedari lampu isyarat di hadapannya itu sudah menunjukkan isyarat tanda berhenti.

Sedangkan pedal minyak masih terus ditekan hingga akhirnya kedengaran bunyi dentuman kuat dihadapannya. Oh my God! Keretaku! kereta mini kesayangannya itu sudah pun mencium bontot kereta kembara di hadapannya. Tengku Zahran beristifar dan meraup wajah untuk menenangkan dirinya. Inilah padahnya bila kita hilang tumpuan ketika memandu. Memang patut undang-undang melarang pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu kecuali menggunakan `hands free’.

Sebaik keluar dari keretanya, Tengku Zahran terpaku melihat si pemilik kereta itu. Seperti tidak percaya melihatkan wajah itu sudah pun berada di hadapan matanya. Allah Maha Mengetahui. Sungguh Tengku Zahran tidak menyangka di situ segalanya bermula, Tengku Zahran tersenyum lagi.

“Amboi..amboiii bukan main lagi angah ye! Tersenyum-senyum..tersengeh-sengeh..tergolek-golek..lepas tu siap peluk-peluk bantal macam orang tengah kemaruk ni apa kes?” Tengku Zafirah sudah berdiri bercekak pinggang di hujung kaki Tengku Zahran.Tengku Zahran pantas berpaling. Alamak..kantoi! billa masa pulak budak bertuah ni masuk?

“Ni apa kes masuk tak bagi salam ni?”. Soalan dibalas dengan soalan. Tengku Zahran sudah pun bangkit dan duduk menghadap Tengku Zafirah.

“Alah..tak payah nak bagilah. Orang tu bukannya nak dengar pun”. Jawab Tengku Zafirah selamba. Orang kalau dah angau takkan peduli dah kat orang kiri kanan, desis hati Tengku Zafirah.

“Angah belek menatang apa tu..meh sini adik nak tengok”. Tengku Zafirah sudah masuk mood nak ambik tahu pasal angah. Dari makan malam tadi angah dah mula tunjuk perangai lain macam je..mesti ada apa-apa ni.  Jom kita korek tengok. Apa yang buat angah cheq jadi lagu ni?

“Eh..tak boleh. Ni handphone angah okey. Handphone ni hak peribadi. Mana boleh share dengan orang” . Tengku Zahran menyembunyikan handphone di belakangnya.    
Tengku Zafirah mencebik. Eleh..nak main sorok-sorok konon!. Macamlah orang tak boleh nak hijack benda alah tu. Ini Tengku Zafirah Darwisylah. Dengan sedikit azam dan usaha, semuanya pasti ditanggung beres. Tak percaya? Meh kita cuba.

Tanpa menunggu lama Tengku Zafirah terus menjalankan misi terhadap Tengku Zahran tanpa siren. Digeletek Tengku Zahran yang sedang duduk bersantai di tepi katil sesungguh hati sambil tangannya cuba untuk merampas handphone di tangan Tengku Zahran.

“Hei..adik, janganlah! Ni handphone angah tau..!”. Ucap Tengku Zahran sambil ketawa menahan geli. Puas dia cuba untuk menepis tangan lembut Tengku zafirah yang masih seronok menggeleteknya tetapi tidak berjaya.

“Ahh..tak kira. Nak tengok jugak. Mesti ada gambar bakal kakak ipar adik dalam tu kan?”. Tengku Zafirah semakin seronok menggeletek. Melihat angahnya ketawa besar begitu membuatkan dia lebih teruja.

“Mana ada…”. Tengku Zahran sudah terbaring merekot badannya. Ketawanya masih belum hilang kerana Tengku Zafirah masih lagi meneruskan usahanya dengan gigih. Handphone di tangan diletakkan ke dadanya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu handphone itu jatuh ke tangan Tengku Zafirah. Teruk betul Tengku Zafirah ni. Dahlah main serbu masuk ikut suka hati dia je..lepas tu main serang hendap pulak. Parahlah aku macam ni!

“Ada..”. Jawab Tengku Zafirah selamba. Usaha diteruskan lagi. Usaha tangga kejayaanlah katakan. Selagi angah tak serahkan IPhone5 kesayangannya itu, selagi itulah Tengku Zafirah akan terus mencuba. Gambette!

“Adik..tolonglah..putus urat perut angah nanti..dah..dah..angah tak larat dah”. Tengku Zahran angkat bendera putih. Kalau teruk digeletek macam ni, jangan kata urat perut..seluruh urat saraf pun boleh putus sekali rasanya.

“Bagi dulu handphone tu..baru adik berhenti”. Tengku Zafirah semakin terus teruja dan seronok mengusik angahnya. Sudah lama dia tak bergurau begitu dengan Tengku Zahran. sejak Tengku Zahran kehilangan Farah Insyirah, jangan kata nak ketawa..nak senyum sikit pun payah. Tapi sejak mereka makan malam sekeluarga tadi, Tengku Zahran kerap dilihat tersenyum sendiri. Entah wajah siapalah yang terbayang di dalam pinggan nasi tu agaknya? Dah macam Encik Jamil terbayang wajah Cik rohani dalam filem Madu Tiga je gaya angah sewaktu makan malam tadi. Tu pun kira nasib baik jugalah angah tak ikut sekali gaya encik Jamil yang berbalut mata, tangan dan kaki yang tak sakit sewaktu makan tadi. Kalau angah buat macam tu memang tabik springlah angah. Itu baru namanya hero melayu!

Setelah puas digeletek, akhirnya Tengku Zahran mengalah. IPhone5 itu kini sudah pun bertukar tangan.

“Yeahh..kalau bagi sesiap tadi kan senang. Takdelah nampak teruk kena lagu tu”. Tengku Zafirah pantas menerangkan skrin handphone yang sudah pun terpadam.  Naluri Tengku Zafirah kuat menyatakan pasti, confirm seratus peratus ada gambar seseorang di dalam handphone Tengku Zahran. Kalau tak..takkan beria benar Tengku Zahran mempertahankan IPhone5nya itu dari jatuh ke tangan Tengku Zafirah.

“Meh balik handphone angah tu..takde apa dalam tu. Tak payahlah tengok”. tutur Tengku Zahran termengah-mengah. Semput nafas Tengku Zahran setelah puas di geletek oleh Tengku Zafirah. Tangannya cuba untuk mengambil semula handphone itu tetapi Tengku Zafirah pantas mengelak.

“Haishhh..duduk diam-diam. Karang adik bagi handphone ni kat umi nanti nak?”. Tersentak Tengku Zahran.

“Eh..tak..tak..tak. Okey..okey..adik tengoklah tapi please..jangan libatkan umi”

“Tau takut. Ni mesti ada simpan gambar seseorang dalam ni kan?”

“Mana ada..””

“Eleh..tak nak mengaku konon. Takpe biar adik tengok”. Tekan Zafirah pantas menekan butang untuk menerangkan skrin yang sudah pun terpadam. Sebaik saja gambar tertera di skrin, Tengku Zafirah terlopong. Pantas tangannya terus membelek koleksi gambar yang ada dan ternyata..semua gambar itu adalah satu wajah yang sama.
  
“Kak Farah? Takde gambar orang lain ke?” Berkerut dahi Tengku Zafirah menatap koleksi gambar itu. Berubah wajah Tengku Zafirah serta merta. Ada kekesalan dan rasa bersalah pula pada riak wajah itu.

“Hah tulah suka sangat fikir yang bukan-bukan. Tengok mana ada gambar orang lain” Tengku Zahran tayang muka Innocent. Ikutkan hati mau saja dia ketawa melihat wajah bersalah Tengku Zafirah. Tulah nak sangat cari tahu hal orang. Nasib baiklah pelanduk dua serupa. Selamat aku!

“Itu memang Farah dik tapi bukan Farah Insyirah” Kedua-dua pasang mata itu pantas beralih ke muka pintu. Kelihatan seseorang sedang bersandar di tepi pintu yang sudah pun ternganga luas. Aduh..habislah aku! Tengku Zahran melepaskan keluhan. Pasti dia telah menjadi penonton terbaik untuk aksi yang telah berlaku sebentar tadi.

“Along..?”. Bekerut dahi Tengku zafirah memandang Tengku Zahrin.

“Aihh..bila masa pulak dok terpacak depan pintu tu?”. Perli Tengku Zahran. Dah jadi macam panggung wayang pulak bilik Tengku Zahran malam ini. Semua pakat nak serbu masuk. Tengku Zahrin siap memegang sebiji mug lagi. Nak tengok tayangan percuma ye? Sepatutnya Tengku Zahran kena kutip duit tiket dari mereka berdua ni. Tengku Zahrin tersenyum penuh makna. Perlahan-lahan dia menghampiri Tengku zafirah.

“Apa along kata tadi?”. Soal Tengku Zafirah ingin tahu. Seperti ada satu rahsia besar yang telah disimpan oleh Along selama ini.

“Itu memang `Kak Farah’ tapi bukan Farah Insyirah” Tukas Tengku Zahrin terus tersenyum sambil menjeling ke arah Tengku Zahran. Kalau nak tunggu Tengku Zahran buka mulut entah bila tahunlah agaknya. Lagipun ada baiknya Tengku Zafirah mengenali Ain. Sekurang-kurangnya Tengku Zafirah boleh jadi orang perantaraan yang akan mendekatkan lagi Tengku Zahran dengan Ain. 

“Maksud along..” Semakin berkerut dahi Tengku Zafirah memandang along dengan angahnya.

“Cuba along tengok gambar dalam tu” Pinta Tengku Zahrin yang sudah pun berada di sisi Tengku Zafirah. Matanya memandang ke arah skrin handphone di tangan Tengku Zafirah. Tengku Zafirah pantas menunjukkan koleksi gambar yang ada di dalam handphone itu satu persatu.

“Stop..stop..” arah Tengku Zahrin. Pandangan mereka kini tertumpu pada satu imej wajah yang memenuhi skrin. Tengku Zafirah dan Tengku Zahran memandang Tengku Zahrin dengan penuh tanda tanya.

“Kenapa along?” Tengku Zafirah semakin keliru. Wajah yang tertera di skrin itu tetap sama seperti wajah Farah Insyirah. Apa yang peliknya.  

“Kalau adik nak tau..semua gambar yang adik tunjuk ni bukan gambar Farah Insyirah tapi gambar Ain Farah” Tengku Zahrin mula tunjuk pandai. Tengku Zahran memandang Tengku Zahrin dengan kerut di dahi. Macam mana along boleh cam gambar-gambar tu bukan gambar arwah Farah? Terdetik persoalan di minda Tengku Zahran.

“Hah..Ain Farah? Siapa tu?” Berkerut dahi Tengku Zafirah memandang Tengku Zahrin dan Tengku Zahran.

“Staf baru di ofis along angah” Tengku Zahrin mula berterus terang.
“Hah..maksud along ni pelanduk dua serupa??” Tengku Zafirah terlopong.
“Bukan pelanduk dua serupa dik tapi kembar seiras”
Oh my god..biar betul. Sejak bila pulak Kak Farah ada saudara kembar?”. Tengku Zafirah mula teruja. Ini satu cerita menarik.
“Dah tentulah sejak lahir dik oii” Tengku Zahrin berseloroh.
“Hisy along ni..memanglah kembar tu wujudnya sejak lahir tapi kenapa tiba-tiba muncul kembar pulak? kenapa sebelum ni tak ada?”
“Yang tu adik kena tanya angah. Angah lebih tau segala-galanya”
“Umi tahu tak?”
“Umi tak tahu. Adik tolong jangan cakap apa-apa kat umi..please”. Tengku Zahran merayu pada adiknya.
Okey no problem tapi dengan satu syarat”
“Syarat apa?”
,“Angah kena janji dengan adik yang angah akan kenalkan adik pada kak apa eak..lupalah pulak?” Tengku Zafirah tayang gigi.
“Ain Farah binti Tan Sri Noordin” pintas Tengku Zahrin. Berkerut dahi Tengku Zafirah mendegar nama itu. Agak klasik juga nama kembar Kak Farah tu.
“Okey”
“Janji?” Tengku Zafirah menunjukkan jari kelingking kanannya ke arah Tengku Zahran.
“Yupp..janji!” Jari kelingking kedua beradik itu bertaut tanda perjanjian telah pun dipersetujui bersama.
“Wait..kalau kak Ain tu staf kat opis along angah..maknanya ayah mesti tau jugakkan?” Tengku Zafirah mula bercekak pinggang. Bulat matanya memandang kedua abangnya. Tengku Zahran dan Tengku Zahrin tergelak besar.
“owh..korang bertiga berpakat ye. teruk betul lah. Kesiannya kat umi” Tengku Zafirah buat muka marah.
“Bukan tak nak bagitau dik tapi belum masanya. Nantilah bila dah sampai masanya..angah bagi tau umi” tutur Tengku Zahran perlahan.
“Emm..iyelah”. Tengku Zafirah akur. Tak kisahlah umi tau ke tidak yang penting dia sudah tau segalanya. Tengku zafirah tersenyum gembira. Patah tumbuh hilang berganti rupanya, desis hati Tegku Zafirah. Tak sabar pula rasanya nak bersua muka dengan orang yang telah berjaya mencuri hati angah. Angah ni stereotaip betul lah. Takde muka paten lain lagi ke nak berkenan? Paten macam tu jugak yang angah nak. Ah..tak kisahlah kalau nak stereotaip pun sebab cantiknya tetap sama.
“Along..”
“Yupp”
“Macam mana along boleh tau yang gambar-gambar tu bukan gambar Farah?”
“Angah nak tahu ke?” Tengku Zahrin tersenyum mengusik.
“Dah tanya tentulah nak tau” Tengku Zahran mula tayang muka sebal. Tengku zahrin tergelak.
 “Okey..okey along bagi tau..” Tengku Zahrin mengalah. Rasanya ini bukan masanya untuk dia merosakkan mood orang yang tengah happy semacam saja tu.
“Angah masih ingat lagi tak masa along pertama kali jumpa Ain kat bilik dia di ofis kita tu?”
“..Okey. angah masih ingat. Kenapa?”
“sewaktu kami sama-sama menikmati pemandangan kat luar masa tu..along secara tak sengaja dan terpandang mata dia yang..emm..memang cantik sangat-sangat tu”. Tengku Zahran membuntang mata. Tengku Zafirah pula hampir ternganga. Apa sudah jadi? Sejak bila along pandai mengusha anak dara orang ni? 

“Opss..angah jangan salah faham. Semua tu kebetulan je. Dah dia bercakap along beralihlah tengok muka dia. Masa tu along akui along memang terpegun dan terpaku jugaklah seketika. Dah mata dia memang cantik. Takkanlah along nak kata tak cantik pulak. Angah pun mesti setuju dengan along kan?”. Terang Tengku Zahrin lagi. Dia tidak mahu Tengku Zahran salah sangka.  

Tengku Zahran diam tanpa berkutik. Tengku Zafirah mula rasa gelisah. Melihat wajah serius Tengku Zahran membuatkan hati kecil si adik mula rasa bimbang. Takut Tengku Zahran bakal naik angin. Naik angin hanya kerana seorang perempuan. Tapi tak mungkinlah sebab along dan angah memang rapat. Setakat merajuk sikit-sikit tu adalah. Perang besar belum pernahlah lagi setakat ini.

“Lagipun seingat along..rasanya mata arwah Farah lain sikit. Betul tak?” Tengku Zahrin memohon kepastian. Tengku Zahran terdiam sejenak sebelum mengangguk perlahan. Dia sudah tidak tahu untuk berkata dan bertanya lagi. Nak marah..dia sememangnya tiada hak dan sebab untuk marah. Cemburu? Sebagai seorang lelaki bohonglah jika dia tiada langsung perasaan itu. Lebih-lebih lagi cerita itu melibatkan Farah arwah isterinya. Pengakuan jujur dari along sedikit sebanyak membuat Tengku Zahran rasa tercabar. Tak sangka along mendahuluinya dalam hal ini. Sensitif juga along aku ni rupanya. Tengku Zahran mengangguk perlahan.

“Angah..cepat-cepatlah angah melamar kak Ain tu. Nanti kena sambar orang lain..hah, melopong angah nanti” pintas Tengku Zafirah. Sengaja dia mencela untuk menghidupkan semula suasana yang sudah mulai suram.

“Eheh..adik ingat pinang meminang ni macam pilih baju kat kedai ke..berkenan je terus beli?”

“Alah angah kan ada ilmu? Gunalah..” Tengku Zafirah melabuh punggung rapat di sisi Tengku Zahran.

“Ilmu apa?”. Tengku Zahran memandang wajah Tengku Zafirah. Tengku Zafirah menjungkit-jungkit keningnya.

“Ilmu mengorat anak dara orang” Jawab Tengku Zafirah selamba. Tersembur air minuman yang baru diteguk oleh Tengku Zahrin memercik ke lantai.

“Apa ni along..tetiba pulak hujan kat bilik angah ni?”
“Ops..sorry..sorry along tak sengaja. Adik la ni punya pasal?”
“Teruklah along ni salahkan adik pulak. adik cakap benda yang betul lah”
“Hah..iya betul lah tu. Betul sangat-sangat. Memandai-mandai je adik ni..” Tengku Zahran menarik hidung Tengku Zafirah seperti biasa.
“Adoiiii…sakit…”
“Tau sakit. Dari tadi adik asyik nak kenakan angah je kan. Hah ambik. Eh..adik tau tak, angah ni kalau ada ilmu tu..awek angah bukan setakat keliling pinggang je tau. Setebal kamus dewan tu nak kena senarai tau”
“Eleh perasan..mengada-ngada”. Tengku Zafirah mencebik. Auww..Tengku Zafirah menggosok hidungnya.
“Eleh apanya..betul lah. Dah..dah tayangan dan habis. Semua penonton boleh bersurai. Angah nak tidur. Masa untuk bermimpi yang indah-indah dah sampai. Nanti kalau angah tidur lewat tak sempat nak mimpi indah lama-lama pulak. Rugi tau”. Tengku Zahran membaringkan tubuhnya sambil memeluk bantal. Tengku Zahrin tergelak kecil. Sedari tadi dia lebih senang menjadi pemerhati. Hilang sedikit rasa stress bekerja melihat telatah adik-adik kecoh begitu. Dah lain benar gayanya adik lelaki Tengku Zahrin yang seorang ni. Tengku Zafirah yang geram mendengar jawapan dan melihat telatah Tengku Zahran pantas mengambil sebiji bantal di atas katil itu lalu menghempas tubuh Tengku Zahran.
“Heii..”
“Padan muka angah”. Tengku Zafirah menjelir lidah sambil berjalan menuju ke luar bilik. Tak kuasa dia melayan karenah Tengku Zahran yang mula nak merepek-merepek. Berangan tak sudah.
“Angah..along rasa ada betulnya kata-kata adik tu..baik angah bertindak cepat sebelum Ellina memporak perandakan hidup angah. Along rasa Ellina takkan biarkan angah macam tu je”. Tengku Zahrin mengingatkan Tengku Zahran. Dihati dia berharap agar Tengku Zahran tidak terus melengah-lengahkan kisah Ain. Sebelum keadaan menjadi bertambah rumit, lebih baik Tengku Zahran selesaikan segalanya.
“Ya..”. Tengku Zahran mengangguk perlahan.
“Good luck bro..” Tengku Zahrin mengukir senyuman sebelum berlalu pergi meninggalkan Tengku Zahran.


No comments:

Post a Comment