Monday 6 October 2014

AIN FARAH INSYIRAH Aku punya!!! Bab 25

Pengawal keselamatan itu berlalu sebaik saja mereka sampai ke kereta atas arahan Tengku Zahran. Walaupun terasa agak berat untuk meninggalkan Tengku Zahran yang belum lagi masuk ke dalam keretanya, dia tetap menurut arahan. Siapalah dia untuk ingkar arahan majikan. Walaupun Tengku Zahran bukanlah bos besar di syarikat itu..dia tetap majikan yang perlu dipatuhi.

 “Takpelah biar saya bawa.”.  Pinta Tengku Zahran sebaik saja mereka tiba di keretanya.
“Nope..tak payah. Biar saya yang bawa. Cepat buka pintu”. Tegas Ain memberi arahan. Kali ini dia terpaksa berkeras demi kebaikan Tengku Zahran. Dengan keadaan Tengku Zahran yang lemah longlai begitu, tak mungkin dia boleh memandu kereta sendiri. Karang tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Dua-dua pulak kami bermalam kat wad hospital nanti. Mamat ni bukan tak biasa bab langgar melanggar ni. Haha..   

Tengku Zahran akur. Dia tidak mahu bertekak dengan Ain. Mengingatkan kata-kata Ain tadi membuatkan dia memilih untuk terus beralah. Tengku Zahran lebih rela menurut arahan daripada membiarkan syarikat dan juga dirinya kehilangan sebutir permata. Tapi bagi Tengku Zahran..ia lebih dari permata.   

“Darlingggg…”. Kedengaran satu suara memanggil dari arah belakang. Pantas Tengku Zahran, dan Ain beralih ke arah suara itu. Kelihatan seorang gadis memakai mini skirt berjalan lenggang lenggok menghampiri mereka. Wajah Tengku Zahran terus saja berubah. Kelat sekelat kelatnya.
“Awak buat apa kat sini?”. Soal Tengku Zahran serius. Ikutkan hati mahu saja dia membentak memarahi gadis itu. Namun keadaan dirinya tidak mengizinkan.   .
“I datang tengok you darling. Kenapa ni? Muka you nampak pucat sangat ni? you  tak sihat ke? Kalau tak sihat..meh I hantar you ke klinik?”. Gadis itu sengaja melanggar bahu Ain untuk mengambil ruang di sisi Tengku Zahran. Ain terdorong ke belakang. Nasib baiklah ada kereta Tengku Zahran yang menahan tubuhnya dari terjelepok ke lantai. Amboi..amboi main kasar betul perempuan ni. Ikut suka hati emak bapa dia je nak langgar orang. Ingat kita ni patung angin ke apa?
“You tak payah nak sibuk-sibuk ambik tahu pasal I. I nak sakit ke? Sihat ke..itu bukan masalah you. Tengok muka you ni buat I lagi dua kali sakit tau tak? Baik you pergi sebelum I naik angin”. Bentak Tengku Zahran lemah.  Tangan kanan Tengku Zahran menekan perutnya yang terasa pedih.
“Darling…you janganlah macam ni..”. Gadis itu meraih lengan Tengku Zahran.
Don’t touch me. Jaga sikit kelakuan you tu”. Tengku Zahran menepis kasar tangan si gadis yang cuba menyentuh lengannya. Tak rela dirinya disentuh oleh gadis seperti itu. Perempuan ini memang benar-benar menguji kesabarannya. Beraninya dia menyentuh aku sesuka hatinya di khalayak ramai. Tak tahu malu betul. Tengku Zahran segera membuka pintu keretanya. Dia sudah tidak betah untuk terus berhadapan dengan gadis itu. Sebelum darah naik ke kepala, baik dia pergi cepat dari situ.  
“Darling…”.
Go away..”. Tengku Zahran menutup pintu keretanya.
Darling..darling..please listen to me..”. Ellina mengetuk-ngetuk cermin kereta Tengku Zahran. Dia tetap terus berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki itu. Namun sedikit pun Tengku Zahran tidak beralih memandangnya.

“Cik Ellina..saya rasa ada baiknya cik Ellina pergi je dari sini. Tak manis dipandang orang cik Ellina kecoh-kecoh begini ..”. Ain cuba memberi nasihat. Sudah-sudahlah tu awak meraung cik Ellina oii! Buruk bebenor rupanya. Macam bini kematian laki je. Ellina berpaling memandang Ain. 
“Oh..you kenal I rupanya.”.
“Maaf cik Ellina..saya sebenarnya tak kenal pun cik Ellina tapi saya pernah dengar nama cik Ellina keluar dari mulut Tengku zahran”. Budget popular betul lah minah ni.
“Owh..jadi betul lah you ni memang wujudkan”.
“Saya memang wujud sejak dari lahir lagi Cik Ellina. Kenapa? Cik Ellina ada masalah ke?”. Ellina ketawa sinis. Ketawa yang tersangatlah tidak ikhlas bunyinya. Pandai pulak perempuan ni buat lawak tengah panas terik begini. Meluatnya aku. Api kemarahan Ellina mula meruap.
“Dengar sini Ain..I tak suka dan tak ada masa nak cakap banyak dengan you. Cuma satu I nak ingatkan you..jauhkan diri you dari Tengku Zahran.”. Ain tayang muka selamba. Apahal dengan dia ni? Tak sihat ke tak siuman dia ni? 

“Cik Ellina..saya tak ada kena mengena dalam hal Cik Ellina dan Tengku Zahran. Nak kahwin ke? nak bercerai berai ke? Nak apa ke? Itu hal antara Cik Ellina dan Tengku Zahran. Tolong jangan libatkan saya”. Tutur Ain mulai geram. Tak ada hujan, tak ada ribut..tiba-tiba dia termasuk sekali. Ellina ketawa lagi.

“Tak sangka gelandangan macam you ni pandai pulak bercakap ye”. ewah..ewah..sedapnya mulut minah ni bercakap. Ada juga kasut tumit 3 inci aku ni masuk dalam mulut orang ni kejap lagi.
“Cakap biar berlapik Cik Ellina..jangan main ikut sedap mulut je”. Ain mula berang. Perkataan gelandangan itu membuatkan darah Ain menggelegak. Memang Ain akui dia sendiri tidak tahu dengan lebih jelas mengenai asal usul keluarganya kerana terlalu banyak perkara yang dirahsiakan oleh ibunya. Tapi Ain tetap yakin dia datang dari keluarga orang baik-baik. Tidak seperti apa yang dilontarkan oleh perempuan tiga suku itu. Ellina memang benar-benar melampau. Kau menghina aku ye. Kau tengoklah nanti. Ini Ain tau. Rasanya Ain bukannya golongan yang penyabar sangat orangnya. Tambah-tambah lagi berdepan dengan orang yang ada masalah premenstrual stress syndrome yang kronik begini.

“Memang betul pun awak ni anak gelandangan kan? Sebab tu awak berusaha untuk mendekati Tengku Zahran supaya awak boleh kikis semua harta dia..betul tak?”. Ain mengenggam kedua belah tangannya. Ikutkan hati ringan saja tangannya itu singgah di pipi Ellina. Tapi Ain harus bersabar. Tengku Zahran sedang sakit. Dia perlu menyelesaikan hal Tengku Zahran terlebih dahulu. Tentang Ellina, biar masukkan dulu ke buku tiga lima. Kemudian saja dia membuat perhitungan. Pasti akan tiba jua masanya nanti. Apapun..meh kita screen test sikit. Tengok siapa yang lebih berbakat dan mampu menjiwai watak?   

“I rasa I tak ada masa dan tak perlu jawab soalan you tu Cik Ellina. Maaflah ye. I nak cepat ni sebab I nak hantar my darling dalam kereta tu pergi klinik. Kesian tau my darling tu..dia tak sihat. Lebih-lebih lagi bila tengok muka you yang dah macam jambatan tak siap ni.. So,I rasa baik you tepi sikit. I nak pergi dulu. sorry ek”. Tutur Ain dengan wajah selamba. Seketika dia berpaling ke sisi. Uwekk..mau saja Ain muntah sendiri pabila menyebut perkataan ‘my darling’ itu. Tak sanggup rasa kedua belah telinganya mendengar sendiri perkataan itu keluar dari mulutnya. Dahlah tu..ber I dengan you pulak. Eiii..gelinya. Diri sendiri yang mendengarnya pun rasa nak termuntah. Apatah lagi Tengku Zahran. Boleh muntah dua puluh kali kut mamat tu mendengarnya. Ya, Allah..minta-mintalah Tengku Zahran langsung tak mendengarnya. Kalaulah mamat tu pasang telinga, pasti dia pun akan menyangka yang aku syok sangat kat dia sama seperti Ellina. Eii..pleaselah. Ini lakonan semata-mata okey. Skripnya super spontan. Main hentam ikut suka je.

Ellina terlopong. Wajahya seratus peratus bertukar kelat mendengar kata-kata Ain. Kulit wajahnya yang putih mulus itu sudah pun bertukar kemerahan. Niatnya nak menyakitkan hati Ain, tapi diri sendiri pula yang terkena. Kemarahan dan kebencian mula membuak-buak. Perasaan itu semakin meluap-luap melihat riak selamba Ain. Kurang ajar betul. Kau belum kenal aku siapa Ain.
Excuse me..”. Ain mula melangkah pergi. Malas dia hendak menunggu di situ melayan karenah Ellinna yang macam orang dah tak betul. Misinya ialah untuk membawa Tengku Zahran ke klinik. Itu yang lebih utama. Yang lain tolak tepi dulu.
Sebaik lalu di sisi Ellina, secara tidak sengaja bahunya telah melanggar bahu Ellina yang tidak berganjak sedari tadi. Ellina terdorong ke belakang lalu jatuh terduduk di atas lantai.

Auchh..”
Oppss..sorry.”
You..arrghhhh”. Ellina mendengus geram. Sakitnya hati Ellina tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Anak gelandangan ini memang keterlaluan. Jaga kau!
“Meh saya tolong..”. Ain menghulur tangan kanannya. Kasihan pulak dia melihat Ellina. Terduduk seperti buah nangka jatuh dari pokok. Mesti Ellina susah nak bangun sebab gadis itu hanya memakai skirt pendek yang tersangatlah ketatnya. Skirt yang mendedahkan sebagai besar pehanya yang putih gebu. Jimat kain sungguh minah ni. Pakai baju macam tak cukup meter. Memang save budget betul lah.
Ellina mendegus marah namun dicapai jua tangan Ain kerana dia tidak mampu untuk berdiri sendiri.

“You jangan ingat you boleh terlepas begitu saja Ain. I tak habis buat perhitungan dengan you lagi”. Tutur Ellina sebaik saja dia berdiri di sisi Ain. Ain mencebik.
“Amboi..dah orang tolong bukannya tau nak berterima kasih kut. Whatever Cik Ellina.”. Balas Ain sinis.
“Jaga you Ain. I akan pastikan you takkan pernah hadir dalam hidup Tengku Zahran”.  Ugut Ellina seraya berlalu menuju ke keretanya. Ain mencebik lagi. Suka hati kaulah Ellina. Ada ku kisah. Tak hairan pun. Matanya terus saja memerhati Ellina masuk ke keretanya yang di parkir tidak jauh dari kereta Tengku Zahran.



 ********************************************************************************


“Okey Encik Zahran..cepatlah. Macam mana nak start dan handle kereta ni? Boleh bagi briefing sikit tak?”. Soal Ain sebaik duduk di bahagian pemandu. Kenalah bertanya sebab Ain tak pernah lagi memandu kereta mewah sebegini. Tapi rasanya tak susah kut nak handle kereta ni. Kalau dah terdesak..perkara susah pun boleh jadi senang asal ada keyakinan dan kesungguhan. Cheewah..baik punya kesungguhan. 

“Tulah saya dah kata biar saya je yang bawa..awak tak bagi”. Luah Tengku Zahran sedikit merajuk. Sengaja mencuri perhatian dari gadis itu. Sebentar lagi sejarah pasti tercipta. Buat pertama kalinya kereta kesayangan milik Tengku Zahran di pandu oleh seorang gadis. Belum pernah lagi ada mana-mana gadis menyentuh stereng kereta kesayangannya itu. Termasuklah arwah Farah dan Tengku Zafirah, adik kadungnya sendiri. Walaupun satu masa dulu, Farah dan Tengku Zafirah pernah memujuknya berkali-kali semata-mata nak buat test drive tapi Tengku Zahran buat tak tahu saja. Pendek kata, tak ada green light langsung. Kali ini Tengku Zahran terpaksa akur, redha dan tawakal untuk menyerahkan tugas memandu ferari kesayangannya itu kepada seorang gadis.  

“Kenapa..Encik Zahran takut saya buat kereta encik jadi bumper car ke?”. Ain mengusik. Teringat pulak Ain akan cerita di sebalik bumper car suatu ketika dulu. Seingatnya, itulah lawak pertama yang keluar dari mulut Tengku Zahran.
I don’t care about car. I do care about you.”. Tengku Zahran berterus terang. Dia sudah tidak mahu menyimpan sesuatu yang terbuku di hatinya. Sebelum Ellina menghuru hara kan hubungan mereka..lebih baik cepat bertindak. Nasihat Tengku Zahrin beberapa minggu yang lalu masih terngia-ngia di mindanya.

Ain tersentak. Dia beralih memandang Tengku Zahran. Buat beberapa ketika, mereka saling berpandangan. Tiba-tiba Ain merasa ada satu perasaan asing menyelinap masuk ke dalam dirinya bersama kata-kata itu. Aduh..apakah perasaan ini? Fokus Ain..fokus..hospital..klinik..cepat fokus Ain! Dahlah kau tak biasa bawa kereta tu..karang ada juga kereta mewah orang yang nak terjun dalam ban nanti. Maunya keluar news paper muka surat depan esok. Haish..

“Meh sini saya tunjuk macam mana nak bawa kereta ni”. Tengku Zahran cuba menyembunyikan senyumannya. Ikutkan hati mau saja dia ketawa melihat respon yang diberikan. Ain kelihatan terpinga-pinga dan blur sekejap. Fokusnya sedikit terganggu. Rasanya mamat ni bukan setakat sakit tapi dah kronik. Ain terus membeku memandang Tengku Zahran.  

“Sayang..dah ready ke nak bawa kereta ni?”. Ain sekadar mengangguk tidak terkata. Meremang bulu romanya mendengar Tengku Zahran memanggilnya sayang. Bukan tak biasa dia dan Tengku Zahran bergurau dengan panggilan itu. Tapi kali ini situasinya agak canggung. Buang tabiat betul mamat ni. Kalau lepas ni dia panggil lagi aku dengan panggilan tu, memang sah confirm kereta ni bakal terjun bukan takat dalam ban tapi dalam laut.

Tengku Zahran tersenyum dan mula menerangkan cara penggunaan kereta Ferrari miliknya kepada Ain. Ringkas dan terperinci penerangan yang diberikan. Kasihan Tengku Zahran. Dahlah sakit, kena bagi peneranganlah pulak. sebijik macam salesman jual kereta. Tengku Zahran kelihatan bersungguh-sungguh mengajar Ain menggunakan kereta mewahnya. Mungkin Tengku Zahran mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terjadi apa-apa ke atas kereta kesayangannya nanti. Ain mendengar sebaik-baiknya penerangan yang diberikan. Ain tahu besar tanggungjawab yang dipikul bila dia memandu kereta kesayangan Tengku Zahran nanti. Kalau terjadi apa-apa ke atas kereta itu, kerja sampai pencen dengan syarikat milik keluarga Tengku Zahran pun belum tentu Ain dapat membayar balik kos yang bakal ditanggung.

Okey..are you ready to go?”. Soal Ain dengan senyuman sebaik selesai mendengar taklimat ringkas daripada tuan empunya kereta. Tak sabar pula rasanya nak beraksi di litar Sepang ni. Cheewah..berangan betul kau Ain.  

“Jom..eh nanti. Pakai tali pinggang dulu. Safety first”. Tengku Zahran tersenyum manis. Walaupun wajahnya tampak pucat lesi, senyuman yang terukir tetap manis dipandang. Ain menurut. Tali pinggang ditarik perlahan lalu dipasang dengan kemas. Tengku Zahran merebahkan kerusinya. Posisi tubuhnya dilaraskan sedikit untuk memberi keselesaan. Lengan kanannya di letakkan di dahi.  Menutup sebahagian wajahnya yang pucat lesi itu. Matanya dipejam. Sementara Ain memandu..dia boleh melelapkan mata seketika. Sekurang-kurangnya dia boleh menahan tekaknya yang perit itu dari terus merasa loya.   

“Encik Zahran..”. Lembut panggilan itu membuatkan Tengku Zahran mengangkat tangan.
“Ye..ada apa?”. Soal Tengku Zahran hairan.
“Betul ke encik percaya kat saya ni?”. Soal Ain lembut.
“Maksud Ain?”
“Encik tak kisah ke saya bawa kereta encik ni? Tak melanggar hak privacy ke?”
“Saya ada pilihan lain ke?”. Tengku Zahran tersenyum penuh makna. Ain menggeleng perlahan.
Then bawa jelah. Jangan lupa baca Bismillah dan baca doa dulu sebelum jalan. InsyaAllah takde apa-apa berlaku”. Tutur Tengku Zahran memujuk. Dia tahu Ain rasa serba salah. Dari riak wajak itu, Tengku Zahran seakan boleh menebak apa yang difikirkan oleh Ain.
Ain tersenyum lebar. Lega hatinya mendengar kata-kata Tengku Zahran. Sejuk pula rasanya sang hati mendengar Tengku Zahran mengingatikannya tentang doa. Ain menolak gear reverse dan kereta ferari hitam mula mengundur perlahan.
“Ain..”. Gadis itu menekan pedal break dan kereta berhenti seketika. Ain menoleh ke sisi memandang Tengku Zahran.
“Emm?”
“Sejujurnya..Ain adalah hawa pertama yang saya beri kepercayaan untuk memegang stereng kereta ni.”. Tutur Tengku Zahran dengan nada yang boleh membuatkan mana-mana gadis mendengarnya akan cair. Ain terpempan. Kenapa banyak sangat dialog touching dari lelaki ini kali ini? Wajah Tengku Zahran ditenung seketika. Ain cuba mencari kebenaran di sebalik wajah itu. Manalah tau kalau-kalau Tengku zahran sekadar bergurau. Atau aku yang sedang bermimpi?  Ain menampar pipi kanannya. Aduh..sakit. ternyata dia tidak bermimpi. Tengku Zahran ketawa kecil melihat reaksi comel Ain.
Ain bengang melihat Tengku Zahran ketawa. Tak padan dengan sakit betul mamat ni.  Hisy..



*********************************************************************************



Kereta meluncur perlahan meninggalkan bangunan pejabat milik keluarga Tengku Zahran. Enjin baru nak panas, driver pun baru nak pandai kenalah bawa macam siput dulu. Kena warm up dulu.

Sepanjang perjalanan, tiada bicara antara mereka. Hanya deruan enjin kereta itu yang menjadi peneneman setia Ain. Tengku Zahran mungkin sudah ke laut. Sudah dibuai mimpi barangkali. Ah, biarlah! Bagi peluang Tengku Zahran berehat. Selama ini dia selalu menjadi Mr Driverku..kali ini biar aku pulak menjadi drivernya. Sabar ye Tengku Zahran, saya akan cari doktor terbaik untuk awak di tempat yang high class punya. Iyelah orang macam dia ni takkan nak pergi klinik biasa pulak. Standard aku bolehlah. Ain terus memandang ke hadapan. Sesekali dia melirik melihat keadaan Tengku Zahran. Lelaki itu masih tidak berkutik. Lengan kanan yang menutup sebahagian wajahnya membuatkan Ain tidak pasti sama ada Tengku Zahran benar-benar lena atau tidak. Rasanya memang sah lenalah tu sebab dari tadi Tengku Zahran tak menguek langsung.

Suasana sepi mengundang pelbagai persoalan diminda Ain. Siapa Ellina sebenarnya? Ain mula memikirkan hubungan Ellina dan Tengku Zahran. Mungkin mereka pernah menjadi pasangan kekasih dan Ellina mengkhianati cinta mereka? Ahh..memang rugilah Ellina kalau benar dia mengkhianati cinta mereka. Bukan senang nak dapat lelaki yang baik, bertanggungjawab, kaya dan ternama seperti Tengku Zahran. Bertanggungjawab? Betul lah tu sebab dia selalu ambik dan hantar aku pergi kerja. Kira baiklah tu. Kaya dan ternama? Memang tak dinafikan, kalau tak takdelah dia bawa kereta macam ni.  Namun Ain tetap musykil, kenapalah Ellina benci sangat dengannya. Mungkin dia cemburulah tu. Hati perempuan selalu macam tulah. Ellina tu ada hati jugak ke? Hati kering adalah kut!   

Ain memandang cermin di hadapannya. Matanya tertancap ke arah sebuah kereta yang sedang mengekori mereka dari arah belakang. Berulang kali Ain memandang cermin di hadapan dan di sisinya untuk mencari kepastian. Memang tak salah lagi, kereta itu sedang mengekori mereka. Ain yakin dan pasti siapa pemilik kereta itu. Perempuan ini memang tak habis-habis nak cari pasal, desis hati Ain.

Ain menekan sedikit pedal minyak untuk menjarakkan lagi kereta itu daripada kereta Tengku Zahran. Namun kereta itu terus mengekori rapat di belakang mereka.
Cis, nak main aci ligan pulak minah ni. Nak kejar? Jangan mimpilah! Ni adik beradik Micheal Schumacher sepupu Fernado Alonsolah. Siaplah kau! Setakat BMW..no hal punya! Ain mula memecut selaju yang mungkin. Ellina tidak mahu mengalah. Kereta BMW miliknya turut sama memecut mengejar ferari hitam di hadapannya.

Acara kejar mengejar bermula. Semakin hebat keduanya menunjukkan bakat masing-masing. Mencelah dan terus mencelah di antara pelbagai jenis kenderaan. Daripada sekecil-kecil kenderaan hingga sebesar lori kontena mereka mencelah. Sempat Ain mengerling ke sisi. Kelihatan posisi Tengku Zahran tidak berubah sedari tadi. Masih lenalah tu. Bagus! Ain terus menekan pedal minyak. Mencilok dan mencelah bukan perkara baru bagi dirinya.   

Ellina masih berusaha untuk mengejar. Namun dia semakin jauh ketinggalan. Pemandu kereta ferari itu sungguh cekap dan jauh lebih pantas dari dirinya. Bab-bab cilok mencilok bagaikan tiada masalah bagi si pemandu Ferari itu. Memang tabik spring dengan keberanian yang ditonjolkan. Kalau pengarah filem si abang Syamsul Yusoff melihat Ain beraksi begini, memang sah dia akan ambik jadi pelakon filem untuk next projectnya. Sekilas pandang, pasti ramai yang tidak menyangka pemandu kereta itu ialah seorang perempuan.

Ain terus memecut. Semakin seronok dia beraksi di jalan raya. Bukan senang nak dapat peluang beraksi dengan kereta seperti ini. Kereta yang semestinya super duper hebat. Patutlah Tengku Zahran selalu memecut laju. Memang satu kepuasan menjadikan jalan raya sebagai litar lumba. Tekan saja pedal minyak sesuka hati dan biarkan saja kereta itu meluncur laju semahunya. Meter kelajuan tak usah di pandang. Takut sendiri pulak mati terkejut. Pecut punya pecut, Ain sudah pun melanggar lampu isyarat merah di hadapan. Oppss…terlebih sudah!

Damn it”. Ellina mengetuk stereng tatkala keretanya terpaksa berhenti di lampu isyarat. Kereta Ferrari hitam sudah jauh meninggalkannya beratus kilometer di hadapan.


‘Arrrggghhhh..”. Ellina menjerit sekuat hati melepaskan geram.     

No comments:

Post a Comment