Monday 6 October 2014

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 24

Ain mengurut-urut perlahan tengkuknya yang sudah mulai lenguh. Seawal pagi lagi dia sudah mula menghadap skrin komputer menyiapkan kerja-kerjanya di kamar ofisnya. Ada beberapa dokumen penting perlu disiapkan segera. Dokumen yang akan dibawa oleh Tengku Zahrin dalam mesyuarat bersama klien tepat jam 2.30 petang nanti merupakan dokumen yang paling utama. Kalau tak diserahkan secepatnya, bila tahun pulak Tengku Zahrin nak menyemaknya?
Tengku Zahrin ni pun satu, last minute punya kerjalah ni. Serahnya dahlah lewat petang semalam..naknya semula hari ini. Oh,Tengku Zahrin..kenapalah tak bagi je pagi ni kan senang? Biar sama-sama melompat sebab tak sempat siap. Bagi sikit tahanlah lagi, ni tak longgok setambun. Dah tu Iswaniza MClah pulak. Anak demam katanya. Hailah..kenapalah anak Kak Iswa nak demam pun hari ni juga? Kalau tak senang kerja ni aku bagi sorang sikit. Takdelah aku melekat terus depan skrin ni dari pagi tadi tak menguek langung. Segala-galanya kebetulan pulak hari ni. Ish..yang aku pun sama juga, malam semalam bukan main lagi buka laptop konon nak menyiapkan kerja. Sudahnya bukan aku yang menghadap laptop tapi laptop yang menghadap aku. Mana taknya..dah buka menantang tu pun atas katil. Selamat ke bulanlah jawabnya. Nasib baik warden kat rumah tu masuk meronda kat bilik aku, kalau tak semalaman jugaklah laptop tu mendodoikan aku. Huh..Ain melepaskan keluhan. Sebenarnya dia tidak kisah pun diberi tugasan sedemikian banyaknya. Dah memang adat bekerja, kenalah ikut arahan majikan. Lagipun melihat senyuman Tengku Zahrin yang tersangat sweet itu, takkan mampu nak menolak permintaannya. Cair beb!
“Hoi, makcik nak join tak?”. Tanya Khalili yang sudah pun terpacak di muka pintu. Kuss..semangat! Ain terkejut. Orang tua nilah..masuk tak reti nak bagi salam. Nasib baiklah Ain tak melatah. Kalau melatah jatuhlah saham kalau didengar dek orang. Ain panggung kepala. Fokusnya terhadap kerja yang sedang dibuat terhenti seketika.
Amboi, cantiknya bahasa..dahlah `hoi!’dipanggilnya aku makciklah pulak! Orang masih muda lagilah. Sweet seventeen kut! Haha..perasaan sekejap.
Ain berpura-pura tayang muka sebal. Sebenarnya dia sudah lali dengan panggilan dan telatah lelaki itu. Mengenali Khalili selama beberapa bulan membuatkan dia tidak kisah dengan gurauan jejaka mulut takde insuran itu. Lagipun dia dan Khalili sebenarnya sama saja. Otak separuh tak boleh nak pakai. Bila dah bertemu ada saja benda yang nak dijadikan isu. Ketawa bertekak perkara biasa. Sekadar hiburan semata-mata. Takkan ada yang disimpan di dalam hati.  
“Nak ke mana?”. 
“Kami semua nak makan kat Pizza Hut. Satu ofis tau nak pergi ni. Siap rombongan dengan kompang sekali lagi tau. Nak ikut tak?”. Khalili menggoyangkan kepalanya ke kiri dan kanan. Macam penari Bollywood lah pulak. Mengada-ngada nak berkompang bagai. Ingat nak bawa rombongan pengantin ke apa? Agak-agaklah!
“Alah piza. Tak naklah. Saya ni perut Melayulah. Tengah-tengah hari ni orang kebulur nak makan nasi bukan piza”. Ain memandang semula skrin komputer dan jejari halusnya mula mengetuk papan kekunci. Ada beberapa perkataan yang perlu diperbetulkan. Orang kalau dah lama sangat menghadap skrin, mulalah mata pun nak naik juling. Menaip pun mula dah tak betul. Kehadiran Khalili mengganggu konsentrasi dan membantutkan idea yang tengah mencurah-curah sebentar tadi. Padahal tugasan itu sudah pun hampir sampai ke penghujung jalan. 
“Ish, engkau ni…sekali sekala makan piza apalah salahnya. Asyik makan nasi je karang gemuk macam tong baru kau tau!”. Ain membuntang mata. Ada sesuatu yang mula mencuit hatinya. Bercakap mengenai piza mengingatkan dia pada kisah `coffee break` bersama Tengku Zahran. Sesuatu perkara yang boleh dianggap langsung tak masuk dek akal. Hari pertama bekerja di syarikat itu dia sudah pun minum petang berduaan bersama majikannya. Dah tu dilayan pulak bagaikan seorang puteri raja. Memang kerja giler! Kalaulah semua staf di ofis ni tau, mau kecoh jugak satu bangunan ni nanti. Pasti akan ada insan-insan yang memikirkan perkara yang bukan-bukan. Menganggap aku mengambil kesempatan. Ah, lantaklah bukannya aku buat perkara yang tak senonoh pun. Sekadar minum petang je. Lagipun itu bukan kemahuan aku. Tengku Zahran yang beria-ia. Ain tersenyum sendiri mengingatkan saat dia menikmati piza bersama Tengku Zahran. Diorang kat opis ni memang takde benda lain lagi ke nak makan selain piza? Asyik piza…piza…piza! Tolonglah! Belajar dari boslah tu! Ain tersenyum lagi.

“Hahhh!”. Sergah Khalili membuatkan si gadis manis itu terkejut.
“Oh, mak engkau!”.
“Ohh…melatah rupanya makcik ni. Ingatkan tak reti.”
“Ish, Kak Lili ni buat terkejut je. Tak baik tau”
“Baik tak baik..yang engkau tetiba senyum sorang-sorang tu apahal? Ingatkan cik abang kat bilik nun si sana tu ye?”
“Eh, takdelah. Tak baik tau buat cerita yang bukan-bukan. Saya senyum sebab Kak Lili tu sedap sangat mengata saya gemuk macam tong. Jadi saya cubalah membayangkan kalau saya betul-betul gemuk macam tong dram yang besar gedabak tu. Apalah Kak Lili ni”. Ain cuba berdalih. Baik punya alasan. Nasiblah Kak Lili ye. Takkan nak mengaku teringat kat mamat tiang tu pulak. Giler ke apa? Mau bising `kakak` seorang ni jadi DJ stesen radio tak berbayar menyebarkan cerita ke sana sini nanti.
 “Iyelah tu. Okeylah alasan boleh diterima. Hah, I nak pergi dah ni. Cepat nak pesan apa-apa tak?”
“Tak naklah. Saya nak makan nasi. Takkan nak makan piza pulak lepas tu. Karang termasin mulut Kak Lili tergemuk macam tonglah pulak saya nanti. Sapa yang susah. Saya jugak.”
“Alah apalah yang susah sangat. kahwinlah dengan lelaki kaya. Nanti dia boleh hantarkan kau ke slimming centre. Bukan setakat London..world pun kau boleh pergi. Keliling dunia tu”
“Merepeklah kak lili ni. Lelaki kaya mana pulak yang nak kahwin dengan saya ni”
“Lelaki kaya dalam bilik nun di sana tulah. Tak jauh pun..jalan dua tiga tapak sampailah” Khalili memuncungkan bibirnya menghala ke arah bilik Tengku Zahran.
“Kak Lili ni tak baik tau. mengata orang sesedap mulut je. karang didengar tuan yang empunya diri..mana Ain nak letak muka ni. Malu tau. Nanti Tengku Zahran ingat Ain pulak yang tehegeh-hegeh”. Ain tayang muka sebal. Muncungnya sudah pun panjang sedepa.
“Opss sorry..terlebih sudah. Jangan marah tau. I sayang you macam adik I tau. I sekadar bergurau je.”.
“Takpe tak marah pun. Cuma takut ada orang yang akan salah sangka nanti. Itu je”
“Okeylah I plaster mulut I lepas ni. So..i nak pergi dululah ye. Nanti kengkawan kita kat luar tu berakar pulak tunggu I. You confirm ni tak nak kirim apa-apa?” Khalili memohon kepastian.
“Tak nak. Nak nasi jugak”.
“Okeylah kalau macam tu. Nantilah kalau aku rajin dan baik hati aku beli apa-apa untuk kau. Bye”.
“Bye”


Tugasan yang diberikan oleh Tengku Zahrin akhirnya berjaya disiapkan seperti yang dijangkakan. Waktu untuk mencetak kesemua hasil kerja perlu dilakukan secepat mungkin kerana Ain ingin menyerahkannya kepada Tengku Zahrin sebelum jam 2.00 petang.
Ain menarik nafas lega. Semua kerja yang paling urgent telah pun berjaya disiapkan seperti yang dijangkakan. Alhamdulillah..berjaya juga akhirnya. Ain tersenyum sendiri. Sekarang dia hanya perlu menunggu mesin pencetak itu selesai melakukan tugasnya. Terima kasih cik PC kerana setia bersamaku sejak pagi tadi dan tidak lupa juga untukmu wahai cik printer tersayang. Walaupun tugasmu belum selesai tapi aku dah wish siap-siap untuk kau. Terima kasih kerana korang tak meragam dan tak buat perangai hari ini. very good girl hah!  Ain berbicara sendiri. Ketawa kecil menyusul kemudiannya.

Perutnya sudah mula berkeroncong kerana terlalu lama dibiarkan sepi. Hanya secawan kopi yang dihantar oleh Khalili pagi tadi yang menjadi peneman sepanjang dia berada di bilik itu hari ini. Itu pun sudah habis di minum lebih tiga jam yang lalu.  Awal pagi tadi dirinya hanya sempat menjamah secawan Nescafe O panas dan sekeping roti telur yang disediakan oleh mama sebelum bertolak ke tempat kerja. Lewat punya pasal itu sajalah yang sempat dijamah untuk mengalas perutnya. Lagipun Tengku Zahran sudah pun menunggunya di luar. Takkan nak biarkan Tengku Zahran tertunggu-tunggu pulak. Tu bukannya driver Ain nak menunggu-nunggu bagai. Agak-agaklah ye.

"Yeahhh..! ". Ain bersorak sendiri sebaik saja helaian terakhir selesai keluar dari mesin pencetak. Masa untuk makan. Bisik hatinya. Sebentar lagi dia akan turun ke bawah  menuju ke café untuk membungkus makanan. Walaupun Ain tau, waktu-waktu begini mungkin juadah yang disediakan di café pejabat itu sudah tak banyak pilihan. Ain tak kisah. Janji boleh makan sudahlah.

Semua dokumen yang telah dicetak dimasukkan ke fail masing-masing dan disusun elok di atas mejanya. Ain sudah pun berkira-kira untuk turun ke bawah membeli makanan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kesemua dokumen itu kepada Tengku Zahrin. Masih ada masa lagi. Baru pukul 1.23 petang. Ada masa lagi, desis hatinya. Mungkin waktu ini Tengku Zahrin dan Tengku Zahran sudah pun keluar makan di luar.  

Nanti lepas beli makanan Ain letaklah kesemua dokumen tu atas meja Tengku Zahrin. Sabaq sat na. Cheq nak pi bungkus makanan dulu. Sat gi cheq bagi!

Ain mengalas beg tangannya dan mengambil mug bekas berisi kopi tadi untuk di basuh di bilik pantri. Dia kemudiannya mengatur langkah meninggalkan biliknya menuju ke bilik pantry yang terletak tidak jauh dari biliknya.

Sebaik menghampiri bilik pantry, uwekk..kedengaran bunyi itu di selang-seli dengan bunyi air di sinki. Langkah Ain terhenti seketika. Aikk..ada orang tak keluar makan lagi ke?.

Ain kemudian mempercepatkan langkahnya. Siapakah gerangan yang berada di bilik pantry itu? Bukankah semua orang dah keluar?

“Ya, Allah! Encik Zahran..kenapa ni?” Terperanjat besar Ain melihat Tengku Zahran . Tengku Zahran tidak mampu memberi sebarang reaksi. Masih lagi dia terus mengeluarkan segala isi perutnya.  
“Encik Zahran..tunggu kejap ye. Saya dapatkan bantuan.”. Ain meletakkan beg tangannya di atas meja lalu terus meluru keluar. Ain perlu mendapatkan bantuan seseorang dengan kadar segera. Sebaik-baiknya seorang lelakilah ye sebab satu spesies dengan Tengku Zahran. Senang nak handle.
“Ya..Allah! mana pergi semua orang ni?”. Ain kecewa. Rasa cemas terus menerus menguasai diri. Tiada seorang pun staf yang berada di ofis itu. Haish!       

“Allah”. Ain menepuk dahi. Baru dia teringat yang Khalili tadi ada memberitahu pasal semua staf pakat nak serbu Pizza Hut. Alamak..macam mana ni? Ain meninjau ke segenap ruang pejabat. Mana tau ada staf yang tak menyertai rombongan ke pizza hut itu. Namun Ain mengeluh hampa kerana memang sah tiada siapa berada di situ. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah bilik Tengku Zahrin. Tanpa berfikir panjang Ain terus menyerbu masuk ke bilik itu. Manalah tau Tengku Zahrin ada di dalam biliknya. Harap-harap begitulah.

“Huh..thanks God!”. Ain mengeluh lega sebaik melihat Tengku Zahrin ada di bilik itu. Tengku Zahrin dilihat sedang kusyuk menghadap skrin laptop di hadapannya. Mungkin dia sedang sibuk menyiapkan bahan untuk dibentangkan dalam mesyuarat nanti.

“Kenapa Ain?”. Tengku Zahrin terkejut sedikit melihat Ain tercungap-cungap. Macam pelari marathon yang dah lari pusing satu Penang je. Biasanya gadis itu tidak pernah menyerbu masuk begitu saja ke dalam bilik Tengku Zahrin. Selalunya Ain akan ketuk pintu terlebih dulu dan bagi salam sebelum masuk.

“Tengku..tolong..Encik Zahran sakit”. Tutur Ain tercungap cungap.
“Hah..kat mana?”.
“Bilik pantry. Tengku tolong cepat”. Tengku Zahrin bingkas bangun. Kemudian mereka berdua pantas berjalan menuju ke bilik pantry.
“Angah..are you okey”. Tengku Zahrin pantas menggosok-gosok perlahan belakang Tengku Zahran.   I don’t know..”. Jawab tengku Zahran sebaik selesai mengeluarkan segala isi perutnya. Bibirnya dibasuh dan dia berkumur untuk menghilangkan rasa masam di dalam mulutnya. 

Tengku Zahrin memapah Tengku Zahran menuju ke sofa berangkai tiga yang ada di bilik itu. Tengku Zahran menyandarkan tubuhnya yang lemah itu sebaik saja dia duduk di sofa. Matanya dipejamkan. Lengan kanannya di letakkan di kepala. Pucat lesi wajah itu mengundang simpati di hati Ain. Buat pertama kalinya Ain melihat Tengku Zahran berkeadaan sedemikian. Teruk jugalah rupa jejaka tampan itu. Hilang handsome sekejap. Hihi..satu pembohongan yang jelas dan nyata. Orang kalau dah memang menang paras rupa..ikut mana pun tak apa.

Pantas Ain mengambil segelas air kosong lalu diserahkan ke tangan Tengku Zahran.
Thank you”. Tengku Zahran menyambut gelas yang dihulur. Hanya seteguk air itu diminum. Gelas itu diserahkan ke tangan Tengku Zahrin yang sudah pun duduk di sisinya.
“Angah makan apa sampai jadi macam ni?”. Tengku Zahran sekadar menggeleng.
“Salah makan apanya..makan pun tak lagi?”.   Wajah Ain dikerling seketika. Senyuman tawar terukir di bibirnya. Dalam keadaan tidak bermaya, sempat lagi dia mengusik gadis itu.
“Hah..tak makan lagi? Encik Zahran ni biar betul. Encik Zahran langsung tak makan apa-apa ke dari pagi tadi?”. Tengku Zahran sekadar menggeleng. Tak larat rasanya nak menjawab pertanyaan Ain.
“La..kenapa tak makan? Ni kes perut masuk anginlah ni. Tengok dah jadi macam ni..siapa yang susah? Diri sendiri juga kan? Tunggu kejaplah. Biar Ain buatkan air”. Marah Ain. Tengku Zahran membuka sebelah matanya. Kelihatan Tengku Zahrin tersenyum penuh makna memandangnya. Perli akulah tu!

Ain membancuh dua cawan milo suam panas. Satu cawan dah semestinya untuk Tengku Zahran dan satu lagi untuk Tengku Zahrin. Tak adil pulak rasanya kalau tak buatkan sekali untuk Tengku Zahrin. Bukannya susah sangat pun. Setakat masukkan milo, gula dan air panas budak sekolah rendah pun tau tak susah. Selesai membancuh dua cawan minuman, Ain mengambil bekas kedap udara yang berisi biskut cream cracker di dalam cabinet pantry. Makan biskut kering cicah dengan milo cukuplah sekadar untuk melapik perut sekejap. Cekap saja tangannya melakukan kerja-kerja itu walaupun kedua pasang mata itu asyik mencuri pandang ke arahnya. Hanya beberapa minit saja..milo suam panas sudah pun berada di tangan Tengku Zahran dan Tengku Zahrin..  

“Lain kali walau sibuk macam mana sekalipun..ingatlah waktu makan sama. Kalau rasa tak sempat sekali pun..at least minumlah milo atau kopi cicah dengan roti. Jangan tak makan langsung”. Ain dah start membebel. Kehadiran Tengku Zahrin sudah tidak dihiraukan. Maaflah ye Tengku Zahrin..kita terpaksa membebel sebab adik awak ni degil sangat. Dah banyak kali kita pesan supaya jangan lupa makan pada waktunya tapi satu pun tak masuk dalam kepala Tengku Zahran.

“Dah orang tu tak bancuh untuk kita..macam mana kita nak minum?”.
“Hah?”. Ain tersentak. Dia tahu kata-kata itu ditujukan khas buat dirinya. Walaupun Ain tahu Tengku Zahran sekadar berniat untuk mengusiknya. Ain tetap dipagut rasa bersalah. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan Ain akan membancuh secawan air samada kopi, teh, milo atau nescafe setiap pagi buat Tengku Zahran. Meskipun Tengku Zahran pernah meminta Ain menyediakan secawan kopi setiap hari untuk dirinya..Ain sengaja mempelbagaikannya. Apa kes minum kopi tiap-tiap hari? Asyik meneguk minuman yang sama setiap hari pasti amat membosankan. Kalau asyik minat pada benda yang sama tak versetile namanya tu. General knowledge pun tak berkembang.  Cheewah..pandailah kau Ain.

Tengku Zahran tersenyum lemah melihat wajah Ain mula berubah. Apalah yang dia fikirkan? Ni mesti takde lain nak marah lagilah tu.Tengku Zahran menyisip milo ditangan. Baru beberapa teguk air diminum..tekak Tengku Zahran dah mula rasa semacam lagi. Sesaat dua..oh no..Tengku Zahran pantas bangkit dan berlari semula ke sinki. Air yang baru saja diminum keluar balik dari perutnya.

“Angah..”. Tengku Zahrin meletakkan cawan berisi air milo ditangannya. Baru saja dia turut sama menimati milo yang disediakan oleh Ain. Sedap pulak rasanya milo yang dibancuh oleh ain. Memang rugi kalau tak minum. Bingkas Tengku Zahrin mendapatkan Tengku Zahran. Cepat saja tangan sasa itu mengusap-usap belakang Tengku Zahran. Terbongkok-bongkok Tengku Zahran mengeluarkan segala isi perutnya. Tiada apa yang mampu ditahan lagi. Merah padam wajah itu menahan sakit dan perit. Semuanya bagaikan dipaksa untuk terus keluar dari perutnya.. Tengku Zahran kelihatan semakin lembik tidak bermaya. Tubuhnya seperti tidak mampu untuk terus berdiri di situ. Nasib baiklah Tengku Zahrin ada di situ. Kalau tidak pasti Tengku Zahran sudah terjelepok ke lantai kerana tidak mampu untuk terus berdiri.

“Encik Zahran tak apa-apa?”. Soal Ain cemas sebaik saja Tengku Zahrin memapahnya kembali duduk di sofa.
“Saya tak apa-apa”.
“Encik Zahran kena jumpa doktor ni. Tak boleh biarkan. Takut nanti menjadi-jadi pulak sakitnya”. Ain member cadangan.
“Betul cakap Ain tu. Along setuju sangat. Angah kena jumpa doktorlah tapi macam mana ek? along tak boleh nak hantarlah sebab jam 2.30 nanti along ada meeting dengan klien kita dari Sabah tu. Along tak boleh cancel meeting tu sebab diorang kan dah nak balik esok. Driver pun takde ni sebab bawa big boss keluar”.
“Alah angah tak apa-apa. Jangan risaulah”. Ucap Tengku Zahran lemah. Dia cuba menenangkan Tengku Zahrin. Dia tahu Tengku Zahrin pasti bimbang dan serba salah. Dia juga tahu yang meeting itu memang tidak boleh dibatalkan walau dengan apa alasan sekalipun kerana ia boleh menjejaskan reputasi syarikat.
“Tak apa-apa Encik Zahran kata? Dah lembik macam ni pun kira tak apa-apa ke? Dah jangan nak mengada-ngada. Jom biar saya bawa Encik Zahran jumpa doktor”. Ain membuat tawaran. Memang sudah tiada pilihan lain. Hanya dia saja yang boleh membawa Tengku Zahran berjumpa doktor.  Tengku Zahran dan Tengku Zahrin saling berpandangan.
“Alah tak payahlah jumpa doktor. Bukannya sakit sangat pun. Sekejap lagi okeylah tu”
“Oh..tak sakit sangat. Cuba bangun lompat bintang tengok..tak boleh kan? Dah jangan banyak akal sangat. Jom ikut saya pi klinik”. Ain dah mula rasa sebal. Banyak songeh betul mamat sorang ni. Orang nak bawa jumpa doktor pun susah. Degil mengalahkan budak-budak. Meletus tawa kecil dari mulut Tengku Zahrin. Hatinya bagai digeletek mendengar kata-kata spontan yang kluar dari mulut Ain. Nasib kaulah angah!   
“Tak payahlah. Saya okey”. Tutur Tengku Zahran lemah. Masih mahu terus mengelat. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Ain atau Tengku Zahrin. Lagipun ini adalah silapnya sendiri. Nak merajuk sebab orang tu tak ambik peduli langsung tentang dirinya hari ini.
“Encik Zahran, kalau Encik tak nak ikut saya pergi hospital..saya letak jawatan”. Ain sudah mula hilang sabar.
Tengku Zahran dan Tengku Zahrin tersentak. Kedua jejaka itu terkaku seketika memandangnya. Ain tayang muka serius. Mak oii..serius betul ke dia ni?
“Okeylah..okeylah. Saya ikut. Awak hantar saya ye”. Tengku Zahran cuba memujuk. Bibirnya mengukir senyuman longlai. Dia tidak mahu terus berdegil lagi. Akal gadis ini tidak boleh diduga. Tak mustahil dia mengotakan janjinya kalau Tengku Zahran tetap berkeras.
“Jom..”. Perlahan-lahan Tengku Zahrin memapah Tengku Zahran meninggalkan bilik itu. Tak payahlah nak degil sangat angah oii. Karang tak pasal-pasal kita kehilangan staf yang berwibawalah pulak. 
Ain menurut dari belakang.
“Eh..kejap..kejap. Kita nak pergi dengan apa ni?”
“Kereta awaklah..kereta siapa lagi”
“Hah?”. Tengku Zahran terpinga-pinga.




Sebaik turun ke lobi, Tengku Zahrin meminta seorang pengawal bangunan untuk memapah Tengku Zahran ke kereta. Tengku Zahrin terpaksa menyerahkan tugas itu kepada pengawal kerana dia perlu naik semula ke ofisnya. Masa sudah semakin suntuk. Waktu meeting semakin hampir. Dokumen yang telah disiapkan oleh Ain dan beberapa dokumen lain perlu disemak sekali lalu.
"Maafkan Along Angah! Along terpaksa serahkan tugas ini pada Ain. Along harap angah tak mensia-siakan peluang yang ada". Bisik Hati Tengku Zahrin. 

No comments:

Post a Comment