Tengku Zahran mengukir
senyuman sebaik saja melabuh punggung di hadapan meja kerjanya. Meja kerja yang
terletak di satu sudut di kamar tidurnya itu merupakan tempat paling favourite untuk dia menyambung
kerja-kerjanya di rumah. Hasil kerja yang telah diserahkan oleh Ain petang tadi
kini sudah berada di hadapan matanya. Nasib baik dia ingat nak bawa sekali
dokumen penting ini masa nak keluar tadi. Kalau tak, sudah tentu mereka kena
masuk semula ke ofis untuk mengambilnya. Argh..serabutnya otak kalau kena msuk
semula ke ofis tadi. Tengku Zahran bermonolog sendiri.
“Encik Zahran
jangan lupa semak tau. Ni dokumen yang Encik Zahran kena bawa jumpa klien esok.
Encik Zahran semak dulu malam ni. Ada apa-apa nak kena ubah jangan
lupa..hello..hello tau”. Tutur Ain siap dengan mimik muka dengan gayanya
sekali. Waktu itu mereka sudah pun berada di hadapan rumah Ain. Sebelum keluar,
Ain menyerahkan dokumen itu kepada Tengku Zahran.
Tengku Zahran
tergelak sendiri. Mengingatkan telatah Ain sepanjang hari ini bersamanya benar-benar
mencuit hati lelaki Tengku Zahran.
Tengku Zahran
membuka perlahan fail itu dan mula menyemak hasil kerja gadis 3G yang telah
menguasai seluruh mindanya sepanjang malam ini. Hinggakan dia hampir saja
terbabas di hadapan bondanya Tengku Bahiyah sewaktu makan malam tadi. Nasib
baiklah Along telah menjadi penyelamatnya. Kalau tak, susah jugak dia nak
berhadapan dengan uminya.
Boleh tahan
jugak hasil kerja gadis ini. Memang tidak pernah mengecewakan. Sedetik, Tengku
Zahran dipagut rasa bersalah. Dek kerana hasil kerja ini jugaklah, Ain
menyaksikan pertengkaran antara dia dan Elina di kamar ofisnya siang tadi. Dah
tu tak pasal-pasal kena tengkinglah pulak. Free
je kena. Kesiannya. Tengku Zahran sayu seketika.
Bunyi IPhone5 di
atas meja mencantas lamunan Tengku Zahran. Tanda isyarat sistem pesanan ringkas
diterima. Pantas tangannya mencapai IPhone5 itu lalu membuka pesanan yang
diterima.
Hello..hello..sampai ke bulan dah ke?
Tengku Zahran
tergelak kecil sebaik membaca sms yang diterima. Panjang umur. Baru saja Tengku Zahran memikirkan tentang
dia, smsnya sudah pun tiba. Belum tidur lagi rupanya. .
Belum
lagi. Sangkut kat China.
Amboiii..dah pandai
bergurau pulak bos aku ni. Bagus! Satu
perkembagan yang baik. Dah tak marahlah tu. Ain tergelak kecil membaca sms yang
dibalas oleh Tengku Zahran.
Dokumen
tadi dah semak ke belum?
Tengku Zahran
terus menerus mengukir senyuman. Semakin lebar senyuman itu sampai ke telinga.
Tengah
semaklah ni cik adik oii..
Ain tergelak
sendiri. Bergolek-golek tubuhnya di atas katil menahan gelak menerima sms yang
dibalas oleh Tengku Zahran. Semacam aje bunyi sms yang diterima. Haishh..macam
orang tengah angau bercintalah pulak. Apa kes bersms tengah-tengah malam buta
begini?
Bagoossss.. :D
Tengku Zahran
sudah tidak mampu menahan keinginannya untuk mendengar suara Ain. Bercakap
melalui sms rasanya tak puas. Lebih baik mendengar suara tuan empunya diri.
Sekurang-kurangnya dapat juga menjadi penawar sebelum masuk tidur. Penawar apa
eak? Entahlah. Apa-apa jelah. Pantas tangan
kasarnya mendail nombor gadis itu.
“Hello,
assalamualaikum.” Tengku Zahran menutup fail dan bangkit menuju ke katil mewah
bersaiz king. Kali ini dia sudah tahu untuk memberi salam sebelum mula
berbicara dengan Ain. Kalau tak bagi karang tak pasal-pasal orang tu pekena dia
lagi macam dulu.
“Waalaikumsalam.”
Kedengaran cergas suara Ain di hujung talian. Sikit pun tidak kedengaran bunyi
suara seperti orang baru bangun dari tidur. Kira okeylah tu. Taklah nanti dia
angin tak tentu pasal.
“Dah tidur ke?”
Tengku Zahran merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia sudah malas untuk terus
menyemak hasil kerja Ain. Melihat sekali lalu hasil kerja itu Tengku Zahran
sudah cukup berpuas hati. Tak payah nak dibelek sangat. Tak perlu nak ditenung
lama-lama. Nak ditenung hasil kerja si gadis itu lama-lama nak buat apa? Buang
karan je.
“Kalau saya dah
tidur, siapa pulak yang tengah bercakap dengan encik ni..hantu ke?”.
Tengku Zahran
tergelak besar. Memang padan sungguh jawapan dengan soalan kurang bijak. Konon
nak berbudi bahasa..sudahnya diri sendiri yang terkena. Tengku Zahran mula
terfikir dan membayangkan wajah Ain bertukar rupa menjadi hantu. Macam manalah
agaknya ye? Seram ke? Tengku Zahran
tergelak lagi.
“Kalau saya jadi
hantu bagus jugak. Boleh datang kacau encik malam ni. Hi..hi..hi.” Ain buat
bunyi suara hantu. Saja nak tambah lawak bodoh malam-malam buta begini. Kalau
orang tu boleh tergelak, kira dah okeylah tu.
“Kalau Ain jadi
hantu..jangan kata nak kacau, nak tidur sekali dengan saya pun boleh”. Seloroh Tengku
Zahran.
“Hah, giler ke
apa? Nak tidur sekali dengan hantu. Encik ingat muka hantu tu lawa ke? Kena
cekik sampai kering badan baru tau. Apalah encik ni..tak senonoh betullah”. Tengku Zahran tergelak lagi. Semakin besar
gelaknya hingga memenuhi ruang bilik. Inilah untungnya bila berpeluang bercakap
dengan Ain. Ada-ada saja akalnya. Pasti tak kering gusi mereka yang selalu ada
di sisinya.
Ain bengang.
Kalaulah Tengku Zahran ada di depan matanya tika ini, mau saja dia mencekik
pangkal leher Tengku Zahran. Dahlah fikir yang bukan-bukan ketawa besar pulak
tu. Eiii…geramnya!
“Ain marah ke?”
Si jejaka itu sudah pun menukar posisinya. Daripada berbaring kini meniarap
pulak di katil mewahnya.
“Marahlah jugak.”
Jawab Ain jujur. Sememangnya dia lebih suka berterus terang.
“Okey, kalau Ain
marah..saya minta maaf. I don’t mean to hurt you” Suara garau itu kedengaran
romantik di hujung talian. Tadi bukan main gelak lagi. Sekarang dah tukar
channel pulak? haishh..
“Takpe, saya dah
maafkan pun”. Ain terus mengalah. Susah jugak nak terus menyimpan rasa marah
terhadap Tengku Zahran. Kerana kata-kata maaf sering meniti di bibir Tengku
Zahran.
“Ain tengah buat
apa tu?” Tengku Zahran mula menukar topik. Dia tidak mahu Ain terus membisu.
Mendengar suara Ain malam ini mengundang ketenangan dijiwanya.
“Jahit manik”
“Hah, manik?
Benda apa tu?” Tengku Zahran memang tidak tahu langsung mengenai benda alah tu.
Selama ini dia tidak pernah pun mengambil tahu mengenai perkara yang berkaitan
dengan manik. Dah namanya pun lelaki. Mana adanya nak bermanik bagai.
“Hiasan bajulah
cik abang oii”.
“Tengah-tengah
malam macam ni menghias baju. Nak pakai ke mana tu?” Soal Tengku Zahran hairan.
“Tak pakai ke
mana pun. Bukannya baju saya. Anak jiran sebelah rumah saya yang punya. Dia nak
bertunang hujung bulan ni. Sementara saya nak tunggu encik semak kerja saya,
saya jahitlah manik.” Tengku Zahran mengangguk sendiri. Rasanya dia sudah faham
mengenai manik. Hiasan yang digunakan untuk menjadikan busana wanita itu tampak
lebih glamor.
“Ain ambik
tempahan ke?”
“Lebih kurang
macam tulah. Ambik sikit-sikit je sebab saya ni bukannya rajin sangat pun.
Lagipun dah mama yang jahitkan baju ni..saya tolonglah jahitkan manik”. Tengku
Zahran berfikir sejenak. Mungkin inilah cara ibu mertuanya itu menyara
kehidupan mereka dua beranak. Kasihan sungguh. Tentu mereka sudah puas merasai
keperitan dan kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian.
“Encik, macam
mana dengan dokumen tu. Okey tak?”. Tengku Zahran tersentak.
“Err..okey. Mestilah
okey. Ain kan staf yang efisien. Saya dah semak dah. Tak ada kesilapan pun”
“Betul ke?”. Kembang
setaman pulak rasanya bila dipuji oleh bos sendiri. bukan senang nak dengar bos
memuji staf begini. Hihihi.
“Betul. Takkan
saya nak bohong dengan staf sendiri. Itu bukan contoh teladan yang baik
tau..bila bos berbohong dengan stafnya”
“Iye ke? Thank
you”.
“Sudah, pergilah
tidur. Dah lewat malam ni. Tak payahlah nak menjahit manik bagai malam-malam
buta ni. Esok je sambung lain. Tak pun sambung hujung minggu lagi baik”.
“Alah releklah
encik. Baru jam 10.30 malam. Belum pukul 12.00 tengah malam lagi”.
“Ain..saya kata
pergi tidur jangan degil boleh tak?” Tengku Zahran sudah mula memberi arahan.
Ain mencebik di
hujung talian. Ish, bos aku ni, sampai nak tidur pun nak kena dengar arahan
jugak ke? Apalah punya bos. Mengalahkan ketua polis je.
“Iyelah..iyelah.
Saya tidurlah ni. Dah ada atas katil dah pun. Tinggal tunggu masa nak belayar ke
laut je lagi. Encik pun sama. Lepas ni pergi tidur. Jangan nak berjaga
memikirkan perkara yang bukan-bukan. Encik kena tenangkan hati dan rehat
secukupnya”.
“Iyelah saya
tidurlah ni. Terima kasih kerana mengingatkan”
“Jangan lupa
basuh kaki dan baca doa tau”. tambah Ain lagi.
“Iye, sayang”.
Ain tergelak dihujung talian. Dah macam mak nenek gayanya. Siap berpesan macam
orang tua lama. Macamlah kawan tu budak kecik lagi.
“Ain..”
“Emm..”
Terima kasih
banyak-banyak”
“Terima kasih?
Untuk apa?”
“Sebab Ain sudi
luangkan masa dan buat saya betul-betul rasa gembira sepanjang hari ni..”.
“Alah perkara kecik
je. Saya tak kisah. Asalkan Encik happy..saya rasa berbaloi temankan encik
hari ni”. Tengku Zahran diam seketika. Suasana menjadi sepi.
Ain tersentak.
Aikk..kenapa tiba-tiba senyap aje ni? Handphone ni dah sampai masa ke? Ain
memandang handphone di tangan. Talian belum terputus lagi. Tapi kenapa senyap
aje? Mamat ni dah tidur ke? Bekerut dahi Ain menunggu bicara Tengku Zahran.
“Encik..”.
“Emm..”. Ain
menghela nafas lega. Syukur Alhamdulillah. Hidup lagi rupanya. Ingatkan dah ke
laut.
“Saya ingatkan encik
dah pengsan. Encik tak apa-apa ke?”. Tengku Zahran tergelak kecil.
“Tak pengsan
lagilah. Don’t worry. Saya tak
apa-apa”
“Encik ni buat suspen je. Ingatkan dah tido tadi”
“Tak tidur
lagilah sayang. Kejap lagi baru nak tidur”. Ain dah mula buat aksi rock and roll di atas katilnya.
Mendengar perkataan sayang yg meniti di bibir Tengku Zahran malam-malam begini
membuatkan dia rasa seram sejuk. Semacam aje bunyinya. Rasa naik hijau merah
biru seluruh badan. Kembang hidung dan rambut jadinya. Ain terus bergolek-golek
sendiri menahan gelaknya. Sekejap ke kiri. Sekejap lagi ke kanan. Semua rasa
lain macam. Tiba-tiba..bukkk! Ain terjatuh dari katilnya. Aduhh..berkerut wajah
Ain menahan sakit. Otaknya blur seketika sebelum matanya tertancap ke arah
sesuatu.
Alamakk..my handphone! Pantas tangannya mengambil
telefon bimbit yang sudah pun terhempas ke lantai. Nasib baik tak relai. Awatlah
loqlaq sangat ni. Tengok tak pasal-pasal dapat habuan. Telefon itu dilekapkan
ke telinganya.
“Hello..Ain..hello”
Fuhh..nasib baik tak kong. Kalau tak terbang jugak duit aku nak beli yang baru.
“Hello..ya, I’m
here”. Ain cuba bangun perlahan-lahan sambil menggosok punggungnya yang sakit.
Perghh..makan jugak bontot aku kali ni. Siapalah hamba Allah yang mencipta
katil dengan tilam setebal ni? Tengok dah jatuh tak ke sakit tu. Menyusahkan
orang je. Ain salahkan katil dan tilam.Padahal diri sendiri yang buat silap.
Ain membebel sendiri di dalam hati.
“Bunyi apa tu?”.
Tengku Zahran terus menyoal.
“Err..takde
apa-apa. Buah nangka jatuh ke lantai”. Ain memekup mulutnya menahan gelak dan
rasa sakit. Apalah bengap sangat aku ni bagi alasan tak boleh pakai? Kenapa tak
bagi je alasan buku atau novel yang jatuh ke lantai? Apa daa..buat malu je kat
mamat ni. Nasib baik tak berdepan. Kalau berdepan..kat manalah aku nak sorokkan
muka aku yang cute ni.
Tengku Zahran
berfikir seketika. Apa ke benda yang dikaitkan dengan buah itu? Tanpa berfikir
lama, bibirnya mengukir senyuman.
“Ain jatuh katil
ke?”.
“Eh takdelah. Mana ada jatuh katil”. Ain cuba
berdalih. Ain mengurut-urut belakang pinggangnya. Nasib baik tak patah
pinggang. Bodoh betul lah. Buat kerja tak senonoh beginilah jadinya. Yang usaha
begolek-golek atas katil tu siapa suruh? Kan dah kena sendiri.
“Owhh bukan
jatuh katil..habis tu buah nangkalah ye yang jatuh dari katil tu. Ish..ish..ish..kesiannya
kat buah nangka tu ye. Malang sungguh”. Perli Tengku Zahran menahan gelak. Ain
mencebik. Bengang betul dengan Tengku Zahran. Kalaulah dia dan Tengku Zahran
tengah bermain pinball waktu ini..mahu saja dia menembak Tengku Zahran
sepuas-puas hatinya. Orang dahlah
sakit..perli orang pulak dah. Bukannya nak kesian sikit pun kat kita. Ain
membebel di dalam hati. Muncungnya sudah pun panjang sedepa. Nasib baiklah
Tengku Zahran tak nampak wajah kelat Ain tika ini.
“Dah tak payah
nak berdolak dalih. Saya tau Ain jatuh. Sakit ke?”. suara tegas bertukar nada.
Macho dan prihatin.
“Sakit jugaklah.
Mana Encik Zahran tau saya jatuh katil?”. Ain mula memanjat naik ke katilnya.
“CCTV..”. Jawab
Tengku Zahran spontan dan penuh yakin.
“Hah?”. Ain
terlopong. Pantas matanya melilau ke seluruh ruang bilik. Manalah tau memang
betul ada benda alah tu dipasang senyap-senyap di dalam bilik ni. Atau mungkin
mengguna kamera sisi yang canggih tanpa wayar.
Kedengaran suara
Tengku Zahran ketawa besar di hujung talian. Kurang asam betul mamat ni. Saja
nak mengenakan aku rupanya.
“Takdelah. Takkanlah
saya nak buat giler pasang CCTV kat bilik anak dara orang. Nak mati kena
sembelih ke apa?”.
“Encik ni..tak
baik tau menakut-nakutkan orang”.
“Ain takut ke?”
“Bukan takut
tapi beringat. Zaman sekarang ni macam-macam benda boleh jadi”
“Jangan risaulah.
Saya takkan buat kerja giler macam tu. Dah pergi ambik minyak angin sapu sikit
kat tempat yang sakit tu. Lepas tu pergi tidur”
“Iyelah. Kejap
lagi saya skodenglah minyak angin tu. Ada kat mana entah?”
“Takde ke? Kalau
takde meh saya antarkan. Kat rumah ni banyak stok. Berdozen-dozen lagi nak.
Saya hantar sekarang eak?”
“Eh, tak
payahlah. Jangan nak buat giler nak keluar malam-malam buta ni. Jadi apa-apa kat
encik tak ke susah. Pergilah tidur”
“Hai, cik
adik..saya ni lelaki. Setakat nak keluar sekejap hantar benda tu takde
masalahlah. Bukannya nak jalan kaki pun. Naik kereta. Apa susahnya?”.
“Ish..tak payah.
Saya bukannya jatuh dari pokok. Jatuh dari katil je. Bukannya sakit sangat pun.
Cuma rasa macam nak patah pinggang je”.
“Hah, apa dia?”.
Biarpun kedengaran perlahan suara Ain di penghujung ayat itu, telinga Tengku
Zahran masih mampu mendengarnya.
“Takdelah saya
main-main jelah. Sakit sikit je pun. Kalau setakat nak berlari, lompat bintang
atau jalan-jalan pusing satu shopping complex masih boleh lagi ni”
“Betul ni?”.
Tengku Zahran tersenyum menahan gelak. Geli hati sebenarnya mendengar alasan
yang diberikan. Ada-ada saja jawapnya. Kalau tak buat orang tersenyum dan
ketawa memang tak sah.
“Betul Encik..saya
tak apa-apa. Esok pagi Encik datang jemput saya..encik tengoklah sendiri. okey?”.
“Okey, esok saya
tengok. Kalau Ain tak okey esok..cuti”.
“Baik bos. Okey.
bye. Assalamualaikum” Ain menurut
bagai lembu dicucuk hidung. Kuranglah pula sakitnya mendengar ada insan yang
prihatin selain mama. Alangkah bertuahnya hidup andai kita dikelilingi oleh
insan-insan tersayang. Mama, papa dan sudah tentulah encik suami. Wahhh..apa
yang aku merepek malam-malam buta ni. Aduh..patah pinggang. Ain mengeluh
sendiri menahan sakit.
“Waalaikumsalam.
Take care. Bye”.
best nak lagi....
ReplyDeletesabar ye...tgh berusahalah ni..hihihi
ReplyDeleteYeah~ sgt best, nk smpai depa kahwin.. huhu~~
ReplyDeletesenyap jer..rindu ler..huhuhu
ReplyDeleteAssalamualaikum....puan rmh ada x? Nk cari Leeya Asyikin. Ain ada x? hihihi
ReplyDeleteWaalaikumsalam..iye kamilah..im back..ain pun akn kembali beraksi tak lama lg..maaf sgt2 ye kamilah..sy mmg sibuk yg amat2 dan byk hal yg tak dpt dielakkn berlaku..tp skrg kisah ain dgn tengku zahran sudah pun disambung semula stlh sekian lama berhenti seketika..harap bersabar ye..beri sy sedikit masa..INSYAALLAH sy akn update n3 terbaru secepatnya..
ReplyDeletekepada sesiapa yang nak tengok Tengku Zahran dan Ain Farah kahwin..tungguuu..tak lama lagi..sikit hari je lag..hehe
ReplyDelete