Selepas menikmati makan malam bersama ibu tercinta,
Ain terus masuk ke biliknya. Ain perlu merehatkan dirinya kerana esok dia sudah
mula bekerja. Rehat yang cukup akan menghasilkan kualiti kerja yang memuaskan.
Ain merebahkan tubuhnya di atas katil. Sungguh Ain memang kekenyangan. Banyak
betul lauk dan nasi yang telah masuk ke dalam perutnya. Satu makan malam yang
menyeronokkan. Ain tidak peduli kalau orang kata makan berlebihan itu tidak
baik untuk kesihatan. Boleh menganggu program diet dan menambahkan berat badan.
Alah, itu tak menjadi masalah. Kalau setakat nak turunkan berat badan, main
sajalah futsal bersama teman-teman. Tak dapat bola orang yang dikerjakan. Tak
pun, main pinball seronok jugak. Boleh
tembak semua kawan. Hijau, biru, merah satu badan.
Gara-gara terlalu gembira diterima bekerja, Ain
makan sepuasnya. Berlaukan udang masak lemak cili api, ikan talang masam yang
digoreng dengan bawang merah, sayur kangkung goreng belacan, beberapa jenis
ulam-ulaman dan sudah semestinya sambal belacan. Walaupun menu agak ringkas ia
tetap membuka selera. Habis ditelan nasi dua pinggan. Macam mangsa kebuluran.
Satu tahun tak pernah makan.
Ain sudah rasa keletihan yang teramat sangat. Letih
bukan sebab perkara lain tetapi sebab terlebih makan. Pakaian yang nak dipakai
esok masih belum disediakan. Ahh..apalah yang perlu dirisaukan sangat. Esokkan masih
sempat lagi. Setakat pakaian untuk dia seorang. Taklah susah mana pun.
Ain merenung siling biliknya dengan mata yang sudah
mulai layu. Sejenak Ain teringatkan Tengku Zahran. Lelaki yang tak ubah seperti
ala-ala biskut chipsmore itu. Sekejap
ada..sekejap tak ada. Sekejap ada di sini sekejap lagi jumpa di sana. Kisah
kemalangan siang tadi mula terlayar diminda. Terbayang wajah Tengku Zahran
memakai Tshirt dan kain pelikat. Aduh..melayunya! Siapa sangka lelaki itu bukan
calang-calang orangnya. Geli hati Ain mengingatkan kisah yang telah berlaku.
Sikapnya dan fesyen lelaki itu membuatkan Ain tersenyum sendiri. Boleh pulak
dia keluar rumah dengan berpakaian begitu? Memang sempoi betul majikan aku tu!
Eh bukan majikan tapi bakal majikan!.
Insiden yang berlaku di pejabat Tengku Zahran
menyusul pula. Terlakar indah di ruang mata wajah kacak seorang lelaki
berkarisma. Senyumannya mengetar jiwa. Boleh luruh jantung dan luruh segala isi
perut jadinya. Patutlah Tengku Zahran sukar untuk mengukir senyuman. Takut
nanti ramai pula yang angau tak ketahuan. Aku? Tergolong dalam kategori angau
juga ke? Rasanya tak. Aku sekadar suka pada senyumannya. Hanya itu saja. Titik.
Ain tersenyum lagi lalu memejamkan matanya. Waktu
untuk dia mengucapkan selamat malam sudah tiba. Lampu di bilik itu dibiarkan
terang benderang. Malas Ain hendak bangun untuk mematikan suisnya.
Belum pun lama Ain terlena, tiba-tiba handphonenya bergetar menghasilkan
irama. Tanda isyarat sistem pesanan ringkas diterima. Handphone yang diletakkan
di sisinya dicapai. Mata yang berat mula menatap skrin. Tertera nombor yang
langsung tidak dikenali. Pantas jari telunjuknya menekan butang untuk membaca
SMS yang diterima.
Dah
tido ke? Kete mcm mana?
‘Ish..siapakah gerangan makhluk ini? Tiba-tiba saja
bertanya pasal kereta. Macamlah aku ni kaunter pertanyaan yang buka servis
kereta 24 jam? Ain memandang jam di dinding. Lagi lima minit jam akan menginjak
ke pukul 10 malam. Oh, awal lagi rupanya. Patutlah spesies burung hantu ni tak
reti nak masuk tidur. Tapi apa kes tanya pasal kereta malam-malam buta begini?
Ah..lantaklah. Tak usah difikirkan.
Dengan mata yang berat Ain membalas message
yang diterima.
Dah
sampai ke bulan. Kete dah ranap. Hancur berkecai.
Ambik kau! Hentam sajalah. Dah kacau orang tengah
belayar di lautan. Jawab jelah apa-apa yang patut. Ingat aku ni mekanik kereta.
Ain terus menyambung tidurnya, tetapi bunyi irama hanphonenya memaksa dia membuka mata
semula. Panggilan masuk pula diterima.
“Hello, Ain..are
you okay? Awak accident lagi ke?
Teruk ke?”. Kedengaran satu suara yang sungguh tidak familiar di hujung talian. Cemas saja nada suara itu. Tak menyempat
langsung!
Ain tersentak. Matanya berkelip-kelip seketika
memandang skrin handphone di tangannya.
Bagai bermimpi bila tiba-tiba ada seorang jejaka menunjukkan sikap prihatin
terhadapnya. Siapakah si pemanggil di hujung talian? Bertanya soalan yang
bukan-bukan. Memanglah berlaku kemalangan kecil siang tadi. Tapi tak ada yang
rosak dan tak ada yang calar pun. Yang rosak hanyalah kereta orang itu saja.
Dah langgar belakang kereta orang. Terima sajalah akibatnya.
“Hello..saya okaylah! Hidup lagi. Siapa ni? Salamnya pun tidak. Terus main serbu
saja”. Bederai ketawa menyapa di hujung
talian. Eheh, orang tanya ketawalah pulak! Apa yang lucunya?
“Okay..Assalamualaikum. Ain, its me..Zahran”. Tengku Zahran menyedari
kesilapannya. Memang benarlah jangkaan Tengku Zahran. Gadis ini bukan
sembarangan boleh disapa. Kalau tak kena gaya. Batang hidung sendiri yang
terkena.
“Hah..Zahran
mana pulak ni?”. Ain sudah blur. Fungsi otaknya terhenti sebab otak itu telah
pun tertidur bersamanya tadi.
“Berapa ramai
Zahran yang awal dah kenal?”. Soalan dibalas dengan soalan.
“Setakat ni
rasanya seorang. Satu-satunya lelaki gila yang telah langgar belakang kereta
saya siang tadi”. Ain menjawab pantas. Lebih baik berterus terang. Memang benar
dia tidak pernah mengenali mana-mana insan bernama Zahran kecuali…oh no! Ain
terkedu. Tiba-tiba teringat nama seseorang. Jangan-jangan…? Aduh..macam mana
boleh tak perasan? Mulut tak ada insuran langsung. Ain menepuk dahinya.
“So..?”.
“So...sotolah”.
Tengku Zahran ketawa besar. Makin besar tawanya bila mana sekali lagi dia
dikatakan ‘lelaki gila’. Gadis ini memang betul-betul selamba. Ikut suka hati
dia nak kata apa. Tapi padan juga dengan muka Tengku Zahran. Malam-malam buta
mengacau orang. Kena pula kacau orang yang sedang nyenyak beradu. Inilah
habuannya.
Gila? Ya..dia
mungkin sudah gila. Gila selepas bertemu dengan Ain Farah. Gadis yang telah
sesuka hati menengking dan memarahinya. Belum pernah Tengku Zahran mengenali
mana-mana gadis secantik Ain yang punya perangai sebegitu. Garang dan memang
selamba badak!
Eerr..Encik
Zahran..its that you?”. Ain sudah
mula berdebar. Cakap pun dah macam tak betul. Melayu Mat salih sudah bercampur.
Minta-mintalah orang yang bercakap ini bukan ‘lelaki gila’ yang dimaksudkan.
“Yeah..its
me my dear!”. Ain sudah rasa jantungnya berhenti berdegup. Matanya pula
berhenti berkelip.
“Oh
my God..!. Maaf Encik Zahran..maaf sangat-sangat”.
Alamak! Jawapan ‘its me’ tu okay boleh diterima tapi ‘my dear’ tu agak janggal bunyinya. Boleh
buat Ain sakit jantung mendengarnya. Silap haribulan tidur pun tak lena.
“Tak apa. Its okay. Saya tak kisah. Dah sampai
ke bulan ke?”. Tengku Zahran mengusik di hujung talian.
“Tak sampai
lagi. Sangkut kat Khazakstan”. Tengku Zahran terus ketawa lagi. Dia tahu Ain
menyindirnya. Dia dapat merasakan gadis itu memang baru saja terjaga dari lena
melalui nada suaranya. Sejak bertemu dengan gadis itu siang tadi, Tengku Zahran
diburu dengan pelbagai macam perasaan yang sukar untuk digambarkan. Walaupun
seraut wajah milik gadis itu bukanlah satu wajah yang baru bagi dirinya. Namun
dia tetap merasa ada getaran berirama memenuhi ruang dadanya. Getaran yang
telah membuatkan Tengku Zahran mengukir senyuman sepanjang hari ini. senyuman
yang sudah lama mati. Senyuman yang telah pergi bersama orang yang dicintai dan
dikasihi.
“Mana Encik
Zahran dapat nombor phone saya?”
“Sayakan bos.
Setakat nak dapatkan nombor telefon staf saya..taklah susah mana”. Kedengaran
ketawa kecil di hujung talian.
“Amboi, skemanya
jawapan. Kenapa tak kata dapat nombor dalam hutan”. Tengku Zahran sambung
ketawa lagi. Semakin payah pula nak berhenti. Jawapan selamba Ain sememangnya
amat menghiburkan hatinya. Sudah lama dia tidak ketawa.
“Apa mimpi Encik
Zahran telefon saya malam-malam buta ni? Encik Zahran rindu kat saya ke?”.
Soalan kurang cerdik keluar dari mulut Ain.
Ain mula sebal. Tengku Zahran tak habis-habis ketawa. Ada wayar yang nak
putus agaknya!
“Kalau saya kata
iya macam mana?”
“Saya akan kata
Encik Zahran memang gila”
“Gila? Kenapa
pulak?”.
“Sebab tak
pernah dibuat orang kenal baru hari ni dah kata rindu. Tak ke gila namanya
tu?”. Pecah berderai lagi ketawa Tengku
Zahran. Ain hanya diam. Sudah tak larat nak melayan. Apa saja yang dikata pasti lelaki ini ketawa.
Ingat aku badut yang buat lawak malam-malam buta.
“Sebenarnya saya
nak minta maaf. Siang tadi saya tak sempat nak cakap. Saya betul-betul rasa
bersalah sebab dah langgar kereta Ain siang tadi”. Tengku Zahran berjeda. Kali
ini suaranya kedengaran macholah
pula..
“Kalau macam tu,
saya pun nak minta maaf jugaklah atas sikap kurang sopan saya siang tadi”. Ain
pula mengambil giliran. Lembut nada suaranya menggetarkan jiwa yang sedang
mendengar di hujung talian.
“Memang patut
pun Ain marah. Kalau saya jadi Ain..mungkin saya pun akan mengamuk macam tu”
“Encik Zahran
pandai mengamuk ke?”. Ain mengusik Tengku Zahran.
“Ain nak tengok
ke?”.
“Tak payahlah.
Panjat pokok kelapa saya nanti sebab kagum tengok encik”. Tengku Zahran bantai
gelak di hujung talian. Ain pun turut tergelak sama. Hilang rasa mengantuk yang
tak tertahan tadi.
“Encik Zahran,
maaf ye sebab saya panggil Encik Zahran orang gila.Tak senonoh betul gelaran.
Saya ni biasalah…cakap dulu fikir kemudian. Tu yang selalu terbabas je tu”
“Tak apa. saya
tak kisah. Ain buat saya takkan lupa sampai bila-bila”. Apa maknanya tu? Tak
kisah tapi takkan lupa sampai bila-bila. Confusenya
jawapan. Hati Ain berdegup kencang. Talian ini perlu segera diputuskan. Takut
nanti bosnya melalut yang bukan-bukan. Ain jugalah yang susah nanti.
“Encik
Zahran..saya dah nak tidur. Selamat malam”
“Selamat malam. Have a nice dream”. Talian diputuskan.
Tengku Zahran mengukir senyuman. Rasanya
malam ini dia juga ingin bermimpi sampai ke bulan!