Saturday 31 August 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 7


Selepas menikmati makan malam bersama ibu tercinta, Ain terus masuk ke biliknya. Ain perlu merehatkan dirinya kerana esok dia sudah mula bekerja. Rehat yang cukup akan menghasilkan kualiti kerja yang memuaskan. Ain merebahkan tubuhnya di atas katil. Sungguh Ain memang kekenyangan. Banyak betul lauk dan nasi yang telah masuk ke dalam perutnya. Satu makan malam yang menyeronokkan. Ain tidak peduli kalau orang kata makan berlebihan itu tidak baik untuk kesihatan. Boleh menganggu program diet dan menambahkan berat badan. Alah, itu tak menjadi masalah. Kalau setakat nak turunkan berat badan, main sajalah futsal bersama teman-teman. Tak dapat bola orang yang dikerjakan. Tak pun, main pinball seronok jugak.  Boleh tembak semua kawan. Hijau, biru, merah satu badan.
Gara-gara terlalu gembira diterima bekerja, Ain makan sepuasnya. Berlaukan udang masak lemak cili api, ikan talang masam yang digoreng dengan bawang merah, sayur kangkung goreng belacan, beberapa jenis ulam-ulaman dan sudah semestinya sambal belacan. Walaupun menu agak ringkas ia tetap membuka selera. Habis ditelan nasi dua pinggan. Macam mangsa kebuluran. Satu tahun tak pernah makan.

Ain sudah rasa keletihan yang teramat sangat. Letih bukan sebab perkara lain tetapi sebab terlebih makan. Pakaian yang nak dipakai esok masih belum disediakan. Ahh..apalah yang perlu dirisaukan sangat. Esokkan masih sempat lagi. Setakat pakaian untuk dia seorang. Taklah susah mana pun.
Ain merenung siling biliknya dengan mata yang sudah mulai layu. Sejenak Ain teringatkan Tengku Zahran. Lelaki yang tak ubah seperti ala-ala biskut chipsmore itu. Sekejap ada..sekejap tak ada. Sekejap ada di sini sekejap lagi jumpa di sana. Kisah kemalangan siang tadi mula terlayar diminda. Terbayang wajah Tengku Zahran memakai Tshirt dan kain pelikat. Aduh..melayunya! Siapa sangka lelaki itu bukan calang-calang orangnya. Geli hati Ain mengingatkan kisah yang telah berlaku. Sikapnya dan fesyen lelaki itu membuatkan Ain tersenyum sendiri. Boleh pulak dia keluar rumah dengan berpakaian begitu? Memang sempoi betul majikan aku tu! Eh bukan majikan tapi bakal majikan!.
Insiden yang berlaku di pejabat Tengku Zahran menyusul pula. Terlakar indah di ruang mata wajah kacak seorang lelaki berkarisma. Senyumannya mengetar jiwa. Boleh luruh jantung dan luruh segala isi perut jadinya. Patutlah Tengku Zahran sukar untuk mengukir senyuman. Takut nanti ramai pula yang angau tak ketahuan. Aku? Tergolong dalam kategori angau juga ke? Rasanya tak. Aku sekadar suka pada senyumannya. Hanya itu saja. Titik.
Ain tersenyum lagi lalu memejamkan matanya. Waktu untuk dia mengucapkan selamat malam sudah tiba. Lampu di bilik itu dibiarkan terang benderang. Malas Ain hendak bangun untuk mematikan suisnya. 

Belum pun lama Ain terlena, tiba-tiba handphonenya bergetar menghasilkan irama. Tanda isyarat sistem pesanan ringkas diterima. Handphone yang diletakkan di sisinya dicapai. Mata yang berat mula menatap skrin. Tertera nombor yang langsung tidak dikenali. Pantas jari telunjuknya menekan butang untuk membaca SMS yang diterima.

Dah tido ke? Kete mcm mana?

‘Ish..siapakah gerangan makhluk ini? Tiba-tiba saja bertanya pasal kereta. Macamlah aku ni kaunter pertanyaan yang buka servis kereta 24 jam? Ain memandang jam di dinding. Lagi lima minit jam akan menginjak ke pukul 10 malam. Oh, awal lagi rupanya. Patutlah spesies burung hantu ni tak reti nak masuk tidur. Tapi apa kes tanya pasal kereta malam-malam buta begini? Ah..lantaklah. Tak usah difikirkan.  Dengan mata yang berat Ain membalas message yang diterima.

Dah sampai ke bulan. Kete dah ranap. Hancur berkecai.

Ambik kau! Hentam sajalah. Dah kacau orang tengah belayar di lautan. Jawab jelah apa-apa yang patut. Ingat aku ni mekanik kereta.
Ain terus menyambung tidurnya, tetapi bunyi irama hanphonenya memaksa dia membuka mata semula. Panggilan masuk pula diterima. 
  
“Hello, Ain..are you okay? Awak accident lagi ke? Teruk ke?”. Kedengaran satu suara yang sungguh tidak familiar di hujung talian. Cemas saja nada suara itu. Tak menyempat langsung!
Ain tersentak. Matanya berkelip-kelip seketika memandang skrin handphone di tangannya. Bagai bermimpi bila tiba-tiba ada seorang jejaka menunjukkan sikap prihatin terhadapnya. Siapakah si pemanggil di hujung talian? Bertanya soalan yang bukan-bukan. Memanglah berlaku kemalangan kecil siang tadi. Tapi tak ada yang rosak dan tak ada yang calar pun. Yang rosak hanyalah kereta orang itu saja. Dah langgar belakang kereta orang. Terima sajalah akibatnya.
Hello..saya okaylah! Hidup lagi. Siapa ni? Salamnya pun tidak. Terus main serbu saja”. Bederai ketawa  menyapa di hujung talian. Eheh, orang tanya ketawalah pulak! Apa yang lucunya?

Okay..Assalamualaikum. Ain, its me..Zahran”. Tengku Zahran menyedari kesilapannya. Memang benarlah jangkaan Tengku Zahran. Gadis ini bukan sembarangan boleh disapa. Kalau tak kena gaya. Batang hidung sendiri yang terkena. 

“Hah..Zahran mana pulak ni?”. Ain sudah blur. Fungsi otaknya terhenti sebab otak itu telah pun tertidur bersamanya tadi.

“Berapa ramai Zahran yang awal dah kenal?”. Soalan dibalas dengan soalan.

“Setakat ni rasanya seorang. Satu-satunya lelaki gila yang telah langgar belakang kereta saya siang tadi”. Ain menjawab pantas. Lebih baik berterus terang. Memang benar dia tidak pernah mengenali mana-mana insan bernama Zahran kecuali…oh no! Ain terkedu. Tiba-tiba teringat nama seseorang. Jangan-jangan…? Aduh..macam mana boleh tak perasan? Mulut tak ada insuran langsung. Ain menepuk dahinya.

“So..?”.

“So...sotolah”. Tengku Zahran ketawa besar. Makin besar tawanya bila mana sekali lagi dia dikatakan ‘lelaki gila’. Gadis ini memang betul-betul selamba. Ikut suka hati dia nak kata apa. Tapi padan juga dengan muka Tengku Zahran. Malam-malam buta mengacau orang. Kena pula kacau orang yang sedang nyenyak beradu. Inilah habuannya. 

Gila? Ya..dia mungkin sudah gila. Gila selepas bertemu dengan Ain Farah. Gadis yang telah sesuka hati menengking dan memarahinya. Belum pernah Tengku Zahran mengenali mana-mana gadis secantik Ain yang punya perangai sebegitu. Garang dan memang selamba badak! 

Eerr..Encik Zahran..its that you?”. Ain sudah mula berdebar. Cakap pun dah macam tak betul. Melayu Mat salih sudah bercampur. Minta-mintalah orang yang bercakap ini bukan ‘lelaki gila’ yang dimaksudkan.

 Yeah..its me my dear!”. Ain sudah rasa jantungnya berhenti berdegup. Matanya pula berhenti berkelip. 

“Oh my God..!. Maaf Encik Zahran..maaf sangat-sangat”. Alamak! Jawapan ‘its me’ tu okay boleh diterima tapi ‘my dear’ tu agak janggal bunyinya. Boleh buat Ain sakit jantung mendengarnya. Silap haribulan tidur pun tak lena.

“Tak apa. Its okay. Saya tak kisah. Dah sampai ke bulan ke?”. Tengku Zahran mengusik di hujung talian.

“Tak sampai lagi. Sangkut kat Khazakstan”. Tengku Zahran terus ketawa lagi. Dia tahu Ain menyindirnya. Dia dapat merasakan gadis itu memang baru saja terjaga dari lena melalui nada suaranya. Sejak bertemu dengan gadis itu siang tadi, Tengku Zahran diburu dengan pelbagai macam perasaan yang sukar untuk digambarkan. Walaupun seraut wajah milik gadis itu bukanlah satu wajah yang baru bagi dirinya. Namun dia tetap merasa ada getaran berirama memenuhi ruang dadanya. Getaran yang telah membuatkan Tengku Zahran mengukir senyuman sepanjang hari ini. senyuman yang sudah lama mati. Senyuman yang telah pergi bersama orang yang dicintai dan dikasihi.   

“Mana Encik Zahran dapat nombor phone saya?”

“Sayakan bos. Setakat nak dapatkan nombor telefon staf saya..taklah susah mana”. Kedengaran ketawa kecil di hujung talian.

“Amboi, skemanya jawapan. Kenapa tak kata dapat nombor dalam hutan”. Tengku Zahran sambung ketawa lagi. Semakin payah pula nak berhenti. Jawapan selamba Ain sememangnya amat menghiburkan hatinya. Sudah lama dia tidak ketawa.

“Apa mimpi Encik Zahran telefon saya malam-malam buta ni? Encik Zahran rindu kat saya ke?”. Soalan kurang cerdik keluar dari mulut Ain.  Ain mula sebal. Tengku Zahran tak habis-habis ketawa. Ada wayar yang nak putus agaknya!

“Kalau saya kata iya macam mana?”

“Saya akan kata Encik Zahran memang gila”

“Gila? Kenapa pulak?”.

“Sebab tak pernah dibuat orang kenal baru hari ni dah kata rindu. Tak ke gila namanya tu?”.  Pecah berderai lagi ketawa Tengku Zahran. Ain hanya diam. Sudah tak larat nak melayan.  Apa saja yang dikata pasti lelaki ini ketawa. Ingat aku badut yang buat lawak malam-malam buta.

“Sebenarnya saya nak minta maaf. Siang tadi saya tak sempat nak cakap. Saya betul-betul rasa bersalah sebab dah langgar kereta Ain siang tadi”. Tengku Zahran berjeda. Kali ini suaranya kedengaran macholah pula..

“Kalau macam tu, saya pun nak minta maaf jugaklah atas sikap kurang sopan saya siang tadi”. Ain pula mengambil giliran. Lembut nada suaranya menggetarkan jiwa yang sedang mendengar di hujung talian.

“Memang patut pun Ain marah. Kalau saya jadi Ain..mungkin saya pun akan mengamuk macam tu”

“Encik Zahran pandai mengamuk ke?”. Ain mengusik Tengku Zahran.

“Ain nak tengok ke?”.

“Tak payahlah. Panjat pokok kelapa saya nanti sebab kagum tengok encik”. Tengku Zahran bantai gelak di hujung talian. Ain pun turut tergelak sama. Hilang rasa mengantuk yang tak tertahan tadi.

“Encik Zahran, maaf ye sebab saya panggil Encik Zahran orang gila.Tak senonoh betul gelaran. Saya ni biasalah…cakap dulu fikir kemudian. Tu yang selalu terbabas je tu”

“Tak apa. saya tak kisah. Ain buat saya takkan lupa sampai bila-bila”. Apa maknanya tu? Tak kisah tapi takkan lupa sampai bila-bila. Confusenya jawapan. Hati Ain berdegup kencang. Talian ini perlu segera diputuskan. Takut nanti bosnya melalut yang bukan-bukan. Ain jugalah yang susah nanti.

“Encik Zahran..saya dah nak tidur. Selamat malam”

“Selamat malam. Have a nice dream”. Talian diputuskan. Tengku Zahran mengukir senyuman.  Rasanya malam ini dia juga ingin bermimpi sampai ke bulan!




4 comments:

  1. terima kasih baby mio krn menjadi pembaca yg setia utk novel ni..insyaallah sy akn cuba utk masukkn n3 terbaru mlm ni.. :-)

    ReplyDelete
  2. so far baca cerita ni mmg best. asyik gelak depan pc. cute sungguh ain ni dengan perangai selamba dia.

    ReplyDelete
  3. nak lg..... cpt2 update miss

    ReplyDelete