Friday 30 August 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 6


“Kenapa dengan kereta mini kamu tu Angah? Accident ke?”. Tengku Zahrin mula bertanya  sebaik saja dia masuk ke bilik itu. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Tengku Zahran tanpa dipelawa. Alah tak payah nak tunggu dipelawa. Bukannya orang lain pun. Lagipun ofis inikan milik keluarga mereka. Jadi tak kisahlah nak buat apa.
  
“A’ah”. Tengku Zahran memandas sekilas wajah abangnya. Dah kereta tu nampak kemik semacam, tentulah accident. Takkan salin kulit kut. Tangannya kemudian ligat menandatangi beberapa dokumen yang sudah pun menimbun di atas mejanya.

“Kenapa tak hantar repair terus?”. Soal Tengku Zahrin hairan. Pagi tadi semasa dia ingin keluar ke tempat kerja dia ternampak kereta Mini Cooper S itu tersadai di halaman rumah.

“Tak sempat. Pagi tadi kalut sangat”. Tengku Zahran masih meneruskan kerja-kerjanya. Sedikit pun dia tidak menghiraukan kehadiran Tengku Zahrin.

“Habis tu..macam mana dengan kereta tu?”. 

“Angah dah suruh orang uruskan”. Tengku Zahrin mengganguk faham. Di hati dia mengakui tidak sukar bagi golongan seperti mereka untuk menyelesaikan hal sebegini. Sebut saja berapa nilai yang diperlukan. Pasti mereka tidak kisah. Janji semuanya kembali pulih seperti sedia kala.

”Angah langgar apa? Nampak macam teruk jugak tu?”

“Langgar belakang kereta Kembara”. Tengku Zahran jawab selamba.

“Kenapa boleh jadi macam tu? Angah mabuk ke?”. Soalan Tengku Zahrin membuatkan Tengku Zahran panggung kepala. Matanya memandang tajam ke arah Tengku Zahrin. Bukan dia hendak marahkan abangnya kerana pertanyaan itu, tetapi perkataan `mabuk’ itu terus mengingatkan dia kepada Ain. Gadis itu juga mengajukan pertanyaan yang sama sewaktu dia mengamuk pagi tadi. Mungkin inilah persepsi orang apabila berlaku kejadian sebegini. Tengku Zahran tiba-tiba mengukir senyuman. Mengingatkan peristiwa tadi begitu mencuit hati. Tengku Zahrin pula memandangnya penuh hairan. Semenjak kematian Farah Insyirah, Tengku Zahran sudah tidak mengenal erti jenaka. Senyum pun teramat payah untuk dilihat. Hidupnya hanya fokus pada kerja semata-mata. Tapi hari ini adiknya itu asyik tersenyum pula. Macam kerang busuk pun ada. Apa kena dengan adik aku seorang ni?

“Muka Angah ada macam orang mabuk ke?”

“Bukan macam tapi memang iya. Senyum-senyum. Sengeh-sengeh aje dari tadi. Jangan kata Angah langgar kereta nenek tua? Tu memang nak kena”. Tengku Zahran tergelak besar. Pandai betul Alongnya itu meneka. Macam tau-tau saja. Betul ke muka aku ada nampak macam orang mabuk yang kena gula-gula. Ahh..apa-apa ajelah.

Are you in love again?”.’Wah..straight fowardnya soalan. Tak berlapik langsung.

Me? Mana ada. Dengan siapa?”     

Come on..Angah”

“Tak adalah. Along jangan fikir yang bukan-bukan”. Pantas Tengku Zahran memotong kata-kata Tengku Zahrin. Susah juga nak menyimpan rahsia daripada Tengku Zahrin. Cekap betul Along aku yang seorang ni!

“Mengaku ajelah kalau Angah dah jatuh hati pada orang yang Angah langgar tadi tu”. Tengku Zahrin membuat serkap jarang. Dia dapat merasakan senyuman adiknya itu ada kaitan dengan kejadian kemalangan yang telah berlaku. Kalau tak mana mungkin Tengku Zahran asyik tersenyum. Walhal kereta kesayangannya sudah bertukar rupa. Semalam Tengku Zahran  tidak bgitu.

“Apa Along merepek ni? Mana ada jatuh hati. Along tau tak yang Angah dah langgar bontot kereta harimau?”. Tengku Zahran cuba mengelak. Tengku Zahrin tidak boleh tahu siapa intan bertuah yang telah dilanggar olehnya pagi tadi. Biarlah rahsia..buat masa ini!

“Harimau? Kenapa pulak?”. Tengku Zahrin memandang hairan.

“Garang perempuan tu Long. Dia tengking Angah selamba je di khalayak ramai. Tak sempat Angah nak buka mulut. Macam peluru berpandu dia menembak. Bertubi-tubi Angah kena. Ada ke patut muka Angah yang handsome ni dikatanya orang gila”. Pecah berderai ketawa Tengku Zahrin mengisi ruang bilik. Dah agak! Memang sah berlanggar dengan perempuan. Hatinya bagai digeletek. Berdekah-dekah Tengku Zahrin ketawa. Tak henti-henti. Tak padan kena dengan perempuan. Buat malu aje!

“Orang gila? hahaha..memang ada rupa orang gila pun. Angah tau gila apa?”. Tengku Zahrin sudah mula nak buat suspen.

“Gila apa?”. Tengku Zahran bertanya tanpa perasaan.

“Gila bayang”. Tengku Zahrin ketawa dan terus ketawa.

“Cis..”. Tengku Zahran sudah mulai bengang. Sudahlah ketawa tak henti-henti. Dikatanya pulak kita ni gila bayang. Ini sudah lebih! Tengku Zahran buat muka monyok.

“Dah puas gelak?”

Okey, okey. Sorry, sorry! Janganlah marah. Along dah lama tak bergurau dengan Angah. Sekali sekala apa salahnya”. Tengku Zahran menjeling Alongnya. Berpura-pura merajuk tetapi tidak lama. Kerana bibirnya terasa gatal untuk mengukir senyuman.

“Macam mana calon yang datang interview tadi? Okey ke tak?”. Tengku Zahrin menukar topik perbualan.

“ Tak. KO..”. Giliran Tengku Zahran pulak buat suspen. Sebab tadi Tengku Zahrin terlebih suka sangat.

“Hah tak okey? Kenapa?”. Tengku Zahrin sudah tunjuk rasa gelisah. Dia sememangnya menaruh harapan yang tinggi terhadap calon yang telah di temuduga tadi. Bukan apa, dia kasihan pada Iswaniza dan Norazlin. Iswaniza adalah penasihat undang-undang mereka yang sudah sedia ada. Sudah lama dia berkerja di syarikat itu. Sudah banyak pengalaman dan kerjanya pula tidak pernah mengecewakan. Cuma sejak akhir-akhir ini terlalu banyak projek datang bertubi-tubi hingga tak menang tangan gadis itu dibuatnya. Sudahnya dia terpaksa meminta bantuan daripada Norazlin. Norazlin yang tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang itu terpaksa jua menghulur bantuan. Paling tidak pun menjadi teman kalau Iswaniza terpaksa pulang lewat. Tengku Zahrin risau jika sekiranya kerja yang semakin menimbun itu akan menjadi beban yang tidak tertanggung oleh Iswaniza. Mengambil seorang lagi pekerja boleh meringankan beban wanita itu.  

Melihat keresahan di wajah Along membuatkan Tengku Zahran tidak dapat menahan tawa. Hah..ambik! Tadi suka sangat ketawakan orang. Akhirnya meletus jua gelak Tengku Zahran.

“Okeylah Along. Mana ada tak okey. Angah bergurau aje!  Along jangan risaulah. Esok dia sudah mula bekerja”. Tengku Zahran memandang abangnya dengan perasaan lucu. Tau takut. Tadi bukan main seronok lagi kenakan orang.

“Esok? Cepatnya! Are you crazy?”

Crazy apanya?”. Tengku Zahran sebal. Tak habis-habis Alongnya mengata dia gila.

“Kenapa tak bagi tempoh untuk dia prepare apa-apa yang patut barang dua tiga hari?”

“Nak prepare apa?”

“Baju..kasut..transport? Takkan dia tak perlu sediakan semua tu untuk keperluan bekerja. Apalah punya majikan. Tak prihatin langsung.”. Tengku Zahran terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Tengku Zahrin. Kenapalah dia tak terfikir tentang semua tu masa interview tadi? Mungkin kerana terlalu teruja membuatkan dia lupa segala.

Suasana sepi seketika. Tengku Zahran sudah berkira-kira. Sama ada perkara ini perlu dijelaskan dengan terperincinya atau pun tidak. Rasanya lebih baik kalau Tengku Zahrin dimaklumkan lebih awal mengenai Ain. Supaya nanti tak kecoh jadinya. Lagipun Ain akan jadi sebahagian daripada staf Tengku Zahrin juga. 

“Along…”

“Yup”

“Angah nak bagitau Along sesuatu pasal calon kita tadi tu..”

“Okey. Teruskan..”

“Calon kita tadi tu..namanya Ain Farah. She exactly look like Farah Insyirah Long. Exactly Long..”. Perlahan dan kedengaran sayu suara Tengku Zahran.

“Maksud angah?”. Berkerut dahi Tengku Zahrin memandang Tengku Zahran.

“Dia kembar Farah Long.  Anak Tan Sri Noordin yang terpisah dulu”

What? Angah pasti ke diorang tu kembar? Atau kebetulan nama bapanya sama”. Tengku Zahrin keliru. Bagaikan mimpi mendengar kata-kata Tengku Zahran.

“Along..kalau dah muka sama sebijik dan nama bapanya pun sama, takkan kebetulan kut. Lagipun takkan Angah dah tak ingat rupa arwah isteri Angah macam mana?”. Tengku Zahrin diam seketika. Bulat matanya memandang Tengku Zahran. Kata-kata Tengku Zahran memang benar. Takkan semudah itu Tengku Zahran boleh lupa wajah bekas isterinya. Walaupun sudah lebih setahun Farah Insyirah meninggalkan Tengku Zahran.

Betulkah mereka seiras? Atau sekadar mirip saja? Ah..Tengku Zahrin pulak yang penasaran.

“ Habis tu macam mana? Ain Farah tu tahu ke yang dia ada saudara kembar?”

“Dia tak tau Long. Angah dah tanya masa interview tadi”. Tengku Zahrin diam lagi memikirkan kata-kata adiknya. Kalau Ain Farah itu tidak tahu mengenai kembarnya, bermakna dia juga tidak tahu bahawa Tengku Zahran itu ialah bekas abang iparnya. Ceh, macam manalah dia nak tahu Tengku Zahran itu ialah bekas abang iparnya kalau kembar sendiri wujud pun dia tak tahu? Kalau nanti Ain Farah tahu bagaimana? Mahukan dia memilih Tengku Zahran untuk menjadi pasangan hidupnya? Salin tikar? Ah, rumitnya. Pandai-pandailah Angah handle nanti. Apa yang pasti inilah yang telah membuatkan Tengku Zahran kelihatan gembira hari ini. Kerana dia telah pun menemui bakal pengganti orang yang dicintai. Kalaulah betul seperti apa yang difikirkan, Tengku Zahrin akan tetap terus memberi sokongan. Mendoakan yang terbaik buat Tengku Zahran.

“Macam mana dia boleh tak tau?”.

“Tu yang Angah pun hairan. Macam mana dia boleh tak tau pasal saudara kembarnya sendiri? Angah rasa macam ada yang tak kenalah”. Tengku Zahran meluahkan isi hatinya.

“Along pun rasa macam tu”. Mereka saling berpandangan. Saling berfikir seperti seorang penyiasat. 

“Along..Angah minta Along jangan cakap apa-apa bila di depan Ain nanti ye. Angah bukan apa. Takut Ain tak boleh nak terima”. Tengku Zahrin pandang muka adiknya dengan seribu satu persoalan.  Sepasang mata milik adiknya ditenung agak lama.

“Angah jangan risau. Along akan ikut kalau itu yang terbaik buat Angah tapi macam mana dengan semua staf kita?”. Tengku Zahrin sedar, Tengku Zahran memerlukan ruang dan waktu untuk menyesuaikan diri  dengan keadaan. Begitu juga dengan Ain Farah. Soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Tengku Zahran sudah merasai kehilangan. Kehilangan yang telah mengubah seluruh hidupnya. Kali ini biarlah dia merasai peluang kedua.

“Pasal tu Angah dah uruskan. Along jangan bimbang”. Tengku Zahran mengukir senyuman. Tengku Zahrin membuntangkan matanya. Memang dia dah menjangka. Tengku Zahran pasti sudah mengatur strateginya. Kalau bab-bab nak memikat, memang Tengku Zahran akan selalu selangkah ke depan. Sebab itu dia cepat bertemu jodoh. Boleh tahan juga adik lelaki aku seorang ni.

“Dasar licik”. Tengku Zahrin mengusik. Tengku Zahran tersenyum dan mengenyit mata. Mereka kemudiannya sama-sama ketawa. Tidak lama kemudian Tengku Zahrin bangun dan berlalu meninggalkan bilik itu. Tengku Zahrin berasa lega. Kini adik lelakinya yang dulu telah kembali. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan dia peluang kedua!


3 comments:

  1. thanks a lot baby mio krn setia mengikuti kisah ini...sy sgt sgt menghargainya :-)

    ReplyDelete
  2. like the story, has it twist and turn.will cont reading.wat a small world we live in and if it's mean to be maybe there a happy ending to this story.hope the writer will produced and publish more and inspire story.all the best and goodluck.. I have to read whats the ending of this story.

    ReplyDelete