Thursday 25 July 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! (bab 5)


BAB 5

SEBELUM kejadian kemalangan…
“Angah, antar adik boleh? Adik dah lambat ni. Cepatlah, cepatlah!”. Tengku Zafirah merengek tidak sabar. Tangannya yang lembut menarik kuat lengan Tengku Zahran yang masih lagi duduk di atas sejadah. Sedari tadi Tengku Zafirah menanti Angahnya selesai menunaikan tanggungjawabnya. Sewaktu Tengku Zafirah menyerbu masuk ke bilik itu, Tengku Zahran sedang menunaikan solat subuh.

“Nak ke mana?”. Tengku Zahran masih lagi duduk tidak berganjak. Wajah Tengku Zafirah dipandang dengan kerutan didahi.

“Antar adik ke rumah Azreen”.

“Nak buat apa datang ke rumah orang awal pagi buta ni?”. Soal Tengku Zahran hairan.

“ Hari ni kami ada program kat Pulau Jerjak. Program anjuran fakulti adik”.

“Then..”

“Then Azreen janji dia yang nak bawak kereta ke jeti kejap lagi. Adik akan pergi dengan dia. Jadi abang tolonglah hantarkan adik ke rumahya. Semua yang terlibat nanti akan berkumpul di jeti. Kami kena ada di jeti sebelum pukul 8.00. Cepatlah! Adik dah lambat ni. Nanti terlepas botlah pulak”. Tengku Zafirah sudah mula gelisah.

“Kenapa adik tak bawa saja kereta adik dan park aje kat rumah Azreen?”. Tengku Zahran terus menyoal seperti seorang polis penyiasat.

“Alah adik tak naklah. Adik tak reti nak bawa kereta kalut-kalut pagi-pagi buta gelap macam ni. Dahlah kat luar tu hujan. Wajib bawak kereta macam siput. Bila tahun nak sampainya? Angah takpelah. Angahkan terror bawak kereta. Boleh cilok sini sana”. Tengku zafirah siap buat gaya tangan bengkang bengkok. Tengku Zahran Darwisy tergelak kecil. Pandai pulak adik manjanya ini buat lawak pagi-pagi buta. Nak bodeklah tu!

“Along mana? Kenapa tak suruh Along hantarkan?”

“Along tu lambatlah. Mandi mengalahkan perempuan. Dari tadi asyik memerap dalam bilik air tak keluar-keluar. Angah cepatlah! Adik dah lambat ni…pleaseee, Angah yang handsome..Angah yang cute!”. Tengku Zafirah menarik lagi sekuatnya lengan Tengku Zahran yang masih lagi belum mahu berdiri. Mak aii..beratnya Angah!

“Yalah, yalah. Kejaplah. Angah salin baju dulu”. Tengku Zahran bangun dan mengambil sejadahnya untuk di letakkan di tempatnya.

“Alah tak payahlah salin. Adik dah lambat sangat dah ni. Karang bising pulak si mek Azreen tu. Si Mek Azreen tu kalau dah start membebel serupa mcm nenek kebayan kehilangan penyapu tau dak”. Tengku Zahran tergelak lagi. Geli hati mendengar komen Tengku Zafirah mengenai BFFnya. Kalaulah si budak Azreen tu tau, sahih ada orang bakal kena turun tepi jalan.

“Adik ni biar betul? Takkan Angah nak keluar pakai macam ni?”. Tengku Zahran memandang dirinya sendiri yang hanya memakai Tshirt dan kain pelikat.

“Okey apa. Kira handsomelah tu.  Bukannya Angah nak keluar kereta pun. Sekadar nak antar adik je kan. Cepatlah!”. Tengku Zafirah menarik lagi lengan Tengku Zahran sekuatnya. Kali ini Tengku Zahran akur dan menurut langkah Tengku Zafirah. Kasihan pula kalau Tengku Zafirah dan Azreen terlepas bot nanti. Menangis meraung adik kesayangannya nanti kalau betul perkara itu terjadi. Satu hal pulak nak kena pujuk!

Yeah, misi berjaya!


Tidak lama selepas itu mereka pun keluar meninggalkan perkarangan banglo mewah tiga tingkat bersama kereta Mini Cooper S milik Tengku Zahran. Kereta yang paling mudah dibawa dan boleh menyelit di tengah kesesakan jalan raya.

2 comments:

  1. TQVM baby mio..teruskan mengikuti kisah ini..insyaallah sy akn cuba buat yang terbaekkk :)

    ReplyDelete