Friday 12 July 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! (bab 4)


Bab 4

Ain terkesima sebaik sahaja  melihat si pemilik empunya nama yang tertera di pintu bilik ini tadi. Lelaki itu kelihatan segak berbaju kot hitam dengan kemeja putih di dalamnya dan dengan rambut pendek yang tersisir kemas. Wajahnya yang cerah dan jernih itu tidak hairan kalau ramai perempuan di seluruh bangunan ini tergila-gilakannya. Mungkin Asilah juga salah seorang daripadanya. Sebab itulah dia berusaha untuk kelihatan cantik di mata lelaki di hadapan itu. 

Sekali imbas wajah lelaki yang sedang menulis sesuatu menggunakan pen mahalnya itu saling tak ubah seperti pelakon terkenal tanah air. Apapun bukan wajahnya yang buatkan Ain terkesima tapi lelaki itu ialah..lelaki gila alias mamat tiang yang telah melanggar belakang kereta kembara yang dipandunya! Alamakk..habislah.

Mak aii, lajunya dia sampai ke sini! Dia datang dengan apa? Kereta? kapal terbang? atau jet pejuang? Dah mandi ke belum? Rasanya dah sebab rambut dia nampak basah. Jangan mandi kambing sudah. Aduhh! Macam mana ni? Tadi bukan main berlagak lagi. Macam bagus sangat.

Ish..manalah aku nak sorokkan muka aku yang ayu ni? Bawah meja boleh?” Takkan bawah meja kut. Tak jelita langsung! Lari balik jelah. Macam herion frust lari berpuluh batu dalam cerita filem Hindustan.Tak..tak..kalau lari balik aku juga yang rugi nanti. Lagipun aku bukannya atlet olahraga, Nak main lari segala.   

Bukan senang nak dapat peluang pekerjaan sekarang. Syarikat besar pulak tu! Ain mula berbicara sendiri. Ain sedar beginilah akibat apabila orang suka buat kerja tak fikir. Buat atau cakap dulu. Fikir kemudian. 

“Kenapa tercegat saja kat situ? Tak lenguh ke? Nanti timbul urat hijau kat kakilah pulak bila berdiri lama-lama macam tu.”. Ain tersentak. Hah! Urat hijau? Lelaki ini bergurau ke? Kenapa tiada segaris senyuman di wajahnya? Mahal sangat ke senyumannya itu? Oh! Baru Ain perasan yang lelaki itu tidak bisu rupanya. Pandai pulak dia berkata-kata. Nasib baiklah aku tak guna bahasa isyarat pagi tadi. Kalau iya..tanggunglah sendiri.

“Tak nak duduk ke?” soal Tengku Zahran sambil mengukir senyuman buat pertama kalinya. Pantas Ain rasa bagai nak pitam melihat senyuman itu. Pagi tadi bukan main menyombong lagi mamat ni. Sekarang sudah boleh tersenyum. Macam ni punya senyuman mau semput jugak jantung aku nanti. Okay Ain..tarik nafas..releks dan cuba berlagak tenang. Kena professional kalau tidak silap haribulan melepas jawatan ini nanti.

“Boleh saya duduk?”. Soalan dibalas dengan soalan.  

For sure..silakan” pelawa Tengku Zahran dengan senyuman yang terus tak lekang dibibir. Ain duduk dengan penuh tertib. Walaupun adakalanya nampak brutal, namun penampilan dan perwatakan Ain tetap feminin.  

“Macam mana dengan kereta awak?”. Itulah soalan pertama yang ditanya oleh Tengku Zahran sebaik sahaja Ain melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu. Soalan apa tu? Ada kena mengena dengan jawatan yang aku pohon ke? Atau lelaki ini saja je nak membalas dendam sebab aku telah mengenakan dia cukup-cukup pagi tadi.

“Entahlah. Saya pun tak tahu. Abang Zack yang uruskan semuanya”. Ain rasa pelik. Bukankah tadi dia yang berurusan dengan Abang Zack? Kenapa aku pula yang ditanya mengenai hal itu? Macam mana lelaki ini memboloskan diri dari abang zack? Ada menuntut ilmu apa-apa ke?

“Dia suami awak ke?”

Excuse me? Siapa? lelaki tadi tu?”. Ain mula sebal. Dia memandang tepat ke arah Tengku Zahran. Ni sorang lagi..dok ingat aku dah kahwin. Apa muka aku ni ada rupa macam mak mak orang ke? Hello! Pleaselah. I’m still single okay’! Lagipun kalau tengok dari segi potongan badan aku rasa memang macam sweet seventeen lagi ni. kalau pakai uniform sekolah, boleh lagi menyamar untuk ambik SPM. Ada ke patut Abang Zack dikatanya suami aku. Marah kak Mahani nanti. Sembarangan punya soalan.  Kalau nak bertanya pun, agak-agaklah!
Tengku Zahran mengangguk tanda mengiakan soalan sebentar tadi.

“Maaf Tengku..status saya sama seperti yang tercatat di dalam resume saya yang ada di tangan Tengku tu. Mungkin tengku tak perasan atau tak baca agaknya”. Tengku Zahran tergelak kecil. Macam mana dia boleh tak perasan resume gadis itu ada di tangannya. Belum apa-apa lagi dia dah terkena. Sebelum ini, belum ada mana-mana staf di pejabat ini yang berani dan sewenangnya mengenakan Tengku Zahran.  

“ Tak payahlah bertengku-tengku dengan saya. Panggil saja Encik Zahran”. Seperti biasa Tengku Zahran lebih selesa dengan panggilan itu daripada bertengku segala.

“Baiklah, Encik Zahran. Kalau nak tau..sebenarnya lelaki tadi tu ialah jiran dan jugak sepupu saya. Dia dah pun berkahwin tapi bukan dengan saya. Isteri dia nama Mahani. Dia baru bersalin dan tengah berpantang. Budak perempuan kecil yang bersama saya pagi tadi tu ialah anak Abang Zack Mia Aleesya. Saya tolong Abang Zack hantar Mia ke sekolah. It’s that clear? ”. Kalau lelaki ini cakap tak clear..maka bersedialah. Sampai habis waktu pejabat aku akan bentangkan salasilah hubungan aku dengan Abang Zack bermula dari batch nenek moyang kami sampailah ke…Muhammad afiq Danial anak Abang Zack yang baru dilahirkan. Bila tahun kami mula berjiran? Bila tahun Abang zack berkahwin? Berapa orang anaknya? dan berapa hari sudah isterinya menjalani rutin berpantang pun aku boleh bagitahu kalau mamat ni nak tau sangat. Cuma satu perkara yang aku tak boleh bagitahu ialah..bila aku kahwin?sebabnya yang tu belum masuk dalam salasilah keluarga aku lagi. 

Okay! Clear. Good. Awak memang pandai menjawab“.  Tengku Zahran tersenyum lagi. Terasa lucu mendengar jawapan yang telah diberikan oleh Ain. Cerita mengenai  Abang Zack membuat Tengku Zahran menarik nafas lega. Tapi kenapa? Tengku Zahran tiada jawapannya.

“Ain Farah Binti Noordin. Emm..boleh tahan jugak nama awak ye..saya nak panggil apa? Ain or Farah?”

“Ain”. Jawab Ain pantas. Kena bagitahu siap-siap. Nanti dipanggilnya jugak aku ni Puan Farah. Mana tau dia ni pun gelong macam staf-staf dia jugak. Siapa tau.

“Nampaknya Ain belum ada pengalaman bekerja tetapi sijil-sijil yang ada ni menunjukkan Ain memang seorang yang aktif. Emmm..ada sijil bahas. Peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Not bad!” Tengku Zahran berjeda. Patutlah petah semacam aje budak ni! Selamba badak dia menembak aku bertubi-tubi pagi tadi.  Sampai tak sempat aku nak pasang perisai. Memang hobi dia menembak agaknya?

“Saya memang takde pengalaman Encik Zahran tapi tak salahkan kalau saya diberi peluang untuk membuktikan kemampuan saya. Bagi saya tempoh sebulan dulu. Encik Zahran boleh lihat hasil kerja saya dan saya bersedia untuk menerima segala teguran sepanjang tempoh itu. Kalau Encik Zahran masih tak berpuas hati, saya rela menerima apa-apa jua keputusannya selepas itu”. Bagi Ain tempoh sebulan itu rasanya sudah cukup untuk pihak syarikat mellihat kemampuannya kerana dia tidak akan mensia-siakan peluang yang telah diberikan kepadanya. Tengku Zahran memandang Ain dengan pandangan yang tajam. Kagum dia melihat kesungguhan gadis itu. Bicaranya penuh yakin. Sikapnya yang selamba sudah hilang entah ke mana.  Wajah si gadis manis itu tampak serius. Terserlah keayuan dan kejelitaannya bila dia berdiam begitu.

“Syarikat ni bukannya syarikat kecil Cik Ain. Mengambil seorang pekerja yang tidak mempunyai pengalaman boleh mengundang risiko”. Tegas Tengku Zahran. Saja hendak menduga akal si gadis manis berbaju merah ini. Bukan dia hendak menolak pun permohonan gadis itu. Memang dia sudah nekad untuk mengambil gadis itu bekerja di syarikatnya. Demi syarikat. Demi keluarga dan demi…Farah Insyirah.

“Tapi bagaimana seseorang itu boleh mendapat pengalaman jika dia langsung tidak diberi ruang dan peluang untuk menimba pengalaman?”. Ain berasa sedikit kecewa. Tengku Zahran seolah-olah mempertikaikan kebolehannya. Seolah-olah tidak percayai pada mereka yang kurang berpengalaman. Namun dia tetap cuba untuk tidak menunjukkan kekecewaan itu. Di hati Ain terus berdoa. Semoga lelaki itu memberi peluang kepadanya.

Suasana sepi seketika. Tengku Zahran dan Ain saling berpandangan. Tengku Zahran memandang Ain tanpa berkutik. Gadis itu pula sudah mulai resah. Biar betul mamat ni. Nak ambik aku bekerja ke tak? Cakaplah! Cakaplah! Janganlah diam saja. Nanti aku jerit sekuat hati tanya keputusan, ada juga orang yang terkejut terjun bangunan. Tak pasal-pasal esok masuk surat khabar muka depan CEO terjun tingkap di sergah. Ish, minta simpang malaikat empat puluh empat.  Dahlah hanya kita berdua saja di bilik yang tertutup ni. Nanti jam jugak otak aku ni!

“Kalau saya tanya Ain berkenaan sesuatu boleh?”. Akhirnya Tengku Zahran memecah kesunyian.

“Berkenaan sesuatu? Maksud Encik…?”. Wajah Tengku Zahran dipandang dengan seribu satu persoalan. Suspen!

“Ain ada berapa orang adik-beradik?”.  Soal Tengku Zahran berjeda. Ini interview untuk calon isteri ke? Macam orang nak merisik je!.

“Satu. Saya hanya seorang. Anak tunggal. Kenapa?”

“Satu aje? Tak ada yang lain?”. Tengku Zahran memohon kepastian. Seperti tidak percaya dengan jawapan yang diberikan. Ain menggeleng. Rasanya dia telah memberi jawapan satu dan bukan sepuluh. Apa nak dihairankan? Selalunya orang hanya akan hairan bila dengar seseorang itu mempunyai anak lebih dari sepuluh. Sebab emak yang beranak ramai itu dah macam kilang biskut. Terlalu produktif sangat.

“Tak ada. Mak saya hanya ada saya seorang sahaja. Tak ada adik beradik lain sama ada yang masih hidup atau pun yang telah pergi”.Walawei…macam mana aku nak ada adik beradik lain kalau tauke kilang pun dah cabut lari? Apalah!

“Tak ada langsung?”.Tengku Zahran memohon kepastian sekali lagi. Ain tetap mengeleng. Mamat ni rasanya dah sengal. Tak faham jawapan agaknya.

“Kenapa Encik Zahran beria-ia tanya saya. Muka saya ada mirip sesiapa ke?”. Ain pula menyoal. Macamlah dia pula yang menjadi panel penemu duga. Jangan dikatanya muka aku ada mirip orang yang dah mati sudah. Mau aku tak tidur lena malam ni nanti.

“Tak ada apa-apa”. Tengku Zahran mengeluh perlahan. Riak wajahnya seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Ain memandang tepat ke arah sepasang bebola mata milik Tengku Zahran. Entah mengapa Ain dapat rasa ada sesuatu yang berat telah tersembunyi di sebalik wajah itu.

“Encik tak apa-apa ke?”. Kali ini giliran Tengku Zahran pula mengeleng. Dia menarik nafas sedalamnya untuk meneruskan bicara. Temuduga ini perlu diselesaikan segera sebelum dia terlepas kata. Belum masanya untuk dia bertanya soalan yang bukan-bukan.

“Takde apa-apa. Saya okay. Emm..baiklah saya akan terima Ain bekerja di sini dan saya akan ikut usul ataupun cadangan yang telah Ain bentangkan tadi. Saya akan bagi tempoh sebulan untuk Ain buktikan kemampuan Ain pada syarikat ini. saya harap Ain tak kecewakan saya dan Ain boleh mula bertugas esok” tegas Tengku Zahran lalu menekan butang intercom dan mengarahkan Norazlin masuk ke bilik itu.

“Terima kasih Encik Zahran”. Senyuman paling manis Ain hadiahkan buat Tengku Zahran. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya dia mendengar kata-kata itu. Rasa ingin melompat-lompat dan menjerit sekuat-kuat hati mendengar keputusan itu. Tapi itu semua tak mungkin berlaku. Mana boleh buat perangai tak senonoh begitu di depan bakal majikan. Confirm kena reject terus. 

Tidak lama selepas diarahkan masuk, Norazlin sudah pun berdiri terpacak di sisi meja Tengku Zahran.

“Lin..Ain akan bekerja dengan kita mulai esok. Dia akan bergandingan dengan Iswa untuk semua kerja-kerja yang berkaitan. So..tolong tunjukkan dia di mana bilik dia dan tunjukkan dia apa-apa yang patut berkenan dengan ofis kita” tegas Tengku Zahran Darwisy memberi arahan kepada Norazlin. Norazlin mengangguk faham. Dia  kemudiannya keluar bersama Ain meninggalkan bilik itu.
   

2 comments: