Friday 12 July 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! (bab 3)


Bab 3

Setelah lebih setengah jam memandu akibat terlepas simpang jalan, Ain akhirnya tiba di lokasi tempat dia bakal di temuduga. Kelihatan tersergam indah bangunan pencakar langit yang tidak diketahui berapa tingkatnya. Takkanlah pulak nak dikira? Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang dapat gelaran ‘orang gila’ oleh makcik tukang sapu kat depan tu!

Sesusah memarkir kereta, Ain menapak laju menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanya dimana dia patut berurusan mengenai temuduga itu. Lagi lima minit waktu yang dijanjikan akan bermula. Ni semua lelaki gila alias mamat tiang tu punya pasal. Gara-gara dia semput juga aku nak sampai ke sini.

Ain perlu bergegas naik ke tingkat atas kerana dia tidak mahu lewat tiba di tempat tersebut. Ini adalah hari pertamanya. Dia seharusnya menunjukkan sikap yang baik di hadapan bakal majikannnya.
           
Sebaik sahaja Ain melangkah keluar daripada perut lif, matanya terpegun dan terpaku melihat keindahan ruang pejabat yang ada di tingkat itu. Rekaan bangunan yang memaparkan ciri-ciri klasik mewah itu memang mencerminkan jiwa si pemilik asal syarikat itu. Syarikat yang bukan calang-calang syarikat. Tidak dapat Ain bayangkan berapa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat itu setiap bulan. Makan tak habis sepanjang hayat! Wow, best giler beb kalau syarikat ni aku yang punya. Amboi, Ain tak sedar diri ke? Hello, Ain berpijaklah di bumi nyata. Jangan dok berangan Mat Jenin cik Ain oii! Kerja ni pun belum tentu dapat lagi. Ada hati nak jadi pemilik syarikat. Kereta pun tak mampu beli? Dah berangan tinggi melangit.
           
Ain melangkah menuju ke kaunter dan bertemu seorang gadis bernama Asilah. Nama yang diketahui melalui tanda nama yang dipakainya. Orangnya kecil molek tetapi wajahnya seakan-akan pelakon opera cina. Bagaikan tepung yang ditempek penuh dimuka. Bulu matanya pulak bukan main lentik lagi. Rasanya mesti dia ada koleksi bulu mata dan juga mascara. Mungkin ada macam-macam jenama.

Asilah mulanya agak terkejut sebaik melihat wajah Ain.

“Err.. Puan Farah?”. Spontan pertanyaan itu terpacul dari mulut Asilah. Ain tersentak. Wajah Asilah dipandang penuh hairan. Asilah sama seperti penyambut tetamu di lobi tadi yang juga memanggilnya dengan gelaran yang sama. Kenapa semua orang asyik panggil aku Puan Farah? Muka aku ada sebijik macam muka Farah yang jadi hos program Rasa Halal Oriental di Astro tu ke? Kalau Farah yang itu, memanglah dia layak dipanggil ‘Puan’ sebab dia dah kahwin. Tapi aku masih lagi ‘Cik’ okay. Mahal gelaran tu tau. Perempuan memang cukup sensitif dengan gelaran cik dan puan. Samalah seperti gelaran kakak dan makcik. Sebab semua tu sinonim dengan kecantikan dan penampilan seseorang. Kalau nak dibandingkan aku dengan si artis Farah tu, batang hidung dan bentuk muka pun tak sama. Agaknya muka aku sebiji sebijung dengan muka isteri bos yang namanya Farah tak? hihihi…perasan! Jauh panggang dari api.

“Cik Asilah saya belum kahwin lagi. Nama saya Cik Ain Farah. Panggil Ain saja”.

 “Maaf ye Cik Ain. Saya tersasul”.

Takpe. Okay je”. Ain tersenyum memandang Asilah. Memandangkan aku pun telah mengata Cik Asilah ni pagi-pagi buta walaupun sekadar dalam hati saja, kira serilah ye.

Asilah segera membawa Ain menemui Norazlin. Norazlin juga agak terkejut sebaik melihat wajah Ain tetapi dia pantas mengukir senyuman. Setelah memperkenalkan Ain kepada Norazlin, Asilah berlalu pergi mmeninggalkan mereka.

“Hai, saya Norazlin. Panggil saja kak Lin”. Norazlin menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ain. Senyum yang manis terukir di bibir Norazlin. Cantik dan lembut wajahnya. Sesedap mata memandang.

“Hai, Saya Ain Farah. Panggil Ain saja”. Ain menyambut tangan yang dihulur. Norazlin kemudiannya mempersilakan Ain duduk di sofa kulit yang terletak tidak jauh dari bilik yang tertera nama TENGKU ZAHRAN DARWISY BIN TENGKU ZAWAWI DARWISY.

Mak aii, keturunan rajalah pemilik syarikat ni! Patutlah kaya semacam. Eheh, lepas ni kerja dengan kerabat dirajalah kau ye Ain. Ain mula berangan sendiri. Norazlin kemudiannya meninggalkan Ain sendiri dan masuk ke bilik yang tertera nama kerabat diraja itu. Tidak lama kemudian, Norazlin keluar semula dan meminta Ain masuk ke dalam bilik tersebut.

Sebaik saja ingin menapak masuk ke bilik itu, Ain terasa jantungnya berdegup kencang. Kakinya terasa berat untuk meneruskan langkah. Seperti ada sesuatu di dalam bilik itu. Ah..mungkin sekadar mainan perasaan. Kebiasaan yang dirasai oleh mereka yang akan menghadiri temuduga.

“Jangan risau. Bos tu okay je”. Norazlin cuba menenangkan. Dia faham apa yang tersirat di hati Ain kerana dia juga pernah mengalaminya.

Bos memang okay tapi aku yang macam dah tak okay!  Okay ke bos aku? Manalah aku tau. Jumpa pun belum! Entah-entah KO. Come on Ain! Belasah aje! Go go chaiyoo!

Ain menarik nafas sedalamnya. Cuba mengumpul kekuatan untuk menghadapi situasi yang bakal berlaku. Norazlin mengukir senyuman. Senyumannya cukup manis membuatkan Ain menjadi lebih tenang. Norazlin membuka pintu seluasnya.

Dengan lafaz Bismillahirahmannirahim..Ain melangkah masuk ke dalam bilik itu.
           

1 comment: