Assalamualaikum and morning yang tak berapa nak morning dah u olls..Hari ni takde entri terbaru ye..just nak bagi ucapan macam guru besar bagi ucapan kat perhimpunan sekolah je..hahaha
First..nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua pembaca yang dah melawat dan yang hari2 datang melawat ke blog saya semata2 utk mengetahui citer terkini mengenai Ain Farah dan Tengku Zahran. Sungguh saya benar-benar terharu bila Ain Farah sudah pun mendapat tempat dihati mereka yang membacanya. Hampir setiap hari saya menerima sms yang bertanyakan khabar mengenai Ain Farah membuatkan saya rasa so touching sesgt..cheewah masuk mood jiwang kejap.
Kepada semua pembaca di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore yang telah membaca kisah Ain Farah, memberi komen2 membina dan juga memberi kata2 semangat..tiada apa yang mampu utk saya katakan melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga.
Buat semua geng #toingtoing..awak semua memang tersangat dan terlebih gula berkilo2 sweetnya. Awak semua telah membakar semula semangat saya untuk terus menghabiskan kisah #AinFarah. Cerita rekaan korang dalam sembang 'tehpeng' memang benar2 mencuit hati. membuatkan saya sentiasa tersenyum sendiri membacanya. sangat2 terharu dan kembang setaman rasanya bila korang selalu mengaitkan dialog2 dan scene2 yang ada dlm AFIAP dalam perbualan kalian.
Demi korang semua yang saya sayang tak kira dalam dan luar negara..In Shaa Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menghabiskan kisah ini secepat yang mungkin.
Sayang korang ketat2..Love u to the moon and back.
"Pergi aku terasa kaku..balik aku terasa rindu"
Leeya Asyikin
Friday, 14 November 2014
Monday, 10 November 2014
AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!! Bab 26
“Dah puas main?”.
Soal Tengku Zahran dengan nada serius sebaik Ain memarkir kereta ferari itu di
hadapan Pusat Perubatan KPJ. Ain terloncat. Hampir luruh jantungnya disergah
begitu. Dia yang baru saja menanggalkan tali pinggang keselamatan pantas
berpaling. Tengku Zahran sudah pun duduk tegak di sisinya. Tajam pandangan mata
Tengku Zahran membuatkan Ain terkedu seketika. Wajah serius Tengku Zahran
bagaikan nak telan dia hidup-hidup. Melihat tiada segaris senyuman diwajah itu,
Ain tahu Tengku Zahran sedang marah. Alamak..habislah aku!
“Ain tau tak apa
yang Ain dah buat ni?”. Suara Tengku Zahran sudah naik satu oktaf.
Ain menelan air
liur kelat. Takut melihat pandangan mata Tengku Zahran. Baru Ain teringat
kata-kata Tengku Zahran tadi. Dia ialah perempuan pertama yang telah diberi
kepercayaan untuk memegang stereng kereta itu. Ini bererti Tengku Zahran bukan
mudah untuk memberi kepercayaan itu sewenang-wenangnya kepada kaum hawa
sepertinya. Sepatutnya Ain perlu lebih sensitif mengenai perkara itu. Bukannya
buat kereta itu macam harta bapa sendiri. Ain rasa sedikit menyesal. Tapi
apalah gunanya. Benda dah jadi. Rasanya inilah kali pertama dan terakhir Tengku
Zahran memberi peluang kepada kaum hawa untuk menyentuh stereng keretanya.
Lepas ini, taubat nasuhah Tengku Zahran takkan bagi peluang dah.
“Sorry.”. Hanya itu yang mampu diluahkan.
Seram jugak dia melihat wajah Tengku Zahran marah begitu. Tapi Ain tak salahkan
Tengku Zahran. Tengku Zahran memang berhak untuk marah. Dah namanya pun kereta
kesayangan. Beli bukan seringgit dua. Yang hang
dok pi hentam rempit atas jalan tu pasai
pa? Ain turut memarahi diri sendiri. Tapi setakat dalam hati jelah sebab tak berani dah nak buka
mulut. Kalaulah mama tahu perkara ini, rasanya mama pun akan tumpang sekaki
marahkan aku. Membebel mama tak cukup seminggu nanti. Hihi..
“Ain tau tak apa
akan jadi kalau kereta ni terbabas tadi?”. Suara Tengku Zahran makin meninggi.
Ain tersentak. Berkerut wajahnya menahan suara Tengku Zahran yang membingitkan
telinga. Dalam kereta itu cuma ada mereka berdua saja. Tak perlulah nak high pitching sangat. Karang ada juga
pecah gegendang telinga aku ni dibuatnya, omel Ain di dalam hati.
“Tau. Bersepai
atas jalan”. Jawab Ain tayang muka seposen.
“Bersepai bukan
setakat kereta, dengan saya dan awak sekali Ain Farah! Dah puas hidup?”. Bentak
Tengku Zahran lagi. Gulp! Terasa air liur yang ditelan bagai tersekat di tengah
kerongkong. Mendengar nama penuhnya disebut, Ain yakin kali ini Tengku Zahran
memang benar-benar marah tahap petala. For
the first time in forever..Ain merasai dimarahi sebegini oleh insan
bergelar lelaki. Dan lelaki itu ialah bos Ain sendiri. Tapi Tengku Zahran bukan
marahkan dirinya atas tiket dia sebagai majikan. Sebab apa yang berlaku tiada
kena mengena dengan soal kerja dan hal pejabat. Semuanya lebih kepada hal
peribadi. Haishh..
“Awak boleh buat
saya sakit jantung, tau tak!”. Bentak Tengku Zahran lagi. Aduhaii..Tengku
Zahran ni dah macam kem komandenlah pulak! Membentak dan menengking je
kerjanya. Sakit-sakit pun boleh lagi nak marah orang. Ish..silap haribulan ada
jugalah tekanan darah orang yang naik tinggi ni nanti.
Buat beberapa
ketika suasana terus menyepi.
Tengku Zahran
meraup wajahnnya yang pucat lesi. Satu keluhan dilepaskan. Perlahan dia memejam
matanya. Cuba untuk mencari ketenangan diri seketika. Hampir separuh nyawannya
melayang disebabkan oleh kegilaan Ain.
Insiden yang
berlaku sebentar tadi mengungkit kembali kisah Farah. Kisah ngeri yang meragut
nyawa isteri kesayangannya itu. Dari mula Ain memecut laju, Tengku Zahran terus
diburu bayangan Farah. Bagaikan terlayar di skrin minda Tengku Zahran
detik-detik terakhir yang Farah lalui sebelum menghembus nafas terakhirnya. Walaupun
ketika kemalangan itu berlaku, Farah memandu sendirian. Tengku Zahran tetap
terbayangkan kejadian ngeri itu. Ain bagaikan satu simulasi yang menggambarkan
rentetan peristiwa itu.
Sebab itulah
Tengku Zahran benar-benar marah. Dia marah bukan kerana ferari kesayangannya
dipandu laju. Tapi lebih kepada rasa takut sebenarnya. Takut pisang berbuah dua
kali. Cukuplah sekali dia pernah merasai betapa peritnya kehilangan Farah. Janganlah dia diuji untuk kali yang kedua.
Jika dia diminta untuk membuat pilihan antara Ain atau kereta ferari
kesayangannya, Tengku Zahran lebih rela melepaskan ferari itu. Setakat kereta
itu, apalah yang nak dikisahkan sangat. Patah tumbuh hilang berganti. Kalau dah
tak boleh pakai..beli saja yang baru tak ada masalah bagi Tengku Zahran.
“Awak janganlah
marah. Awak tu kan sakit. Simpan sikit marah tu boleh tak?”. Tutur Ain lembut.
Orang dah tengah marah takkan nak ditambah lagi dengan api. Kenalah siram
dengan air.
Tengku Zahran
tersentak. Pantas dia membuka mata memandang Ain. Gadis itu tersenyum sengeh di
hadapannnya. Menampakkan barisan gigi putihnya yang cantik tersusun. Sedikit
pun tiada kelihatan riak bersalah di wajah itu. Yang kelihatan hanyalah
ekspresi wajah comel yang meruntuhkan benteng kemarahan. Alahailah Ain!
“Saya tak nak
kehilangan awak Ain. Tolong jangan tinggalkan saya”. Tengku Zahran bersuara
lirih. Ain terpempan. Rasanya setakat ini dia belum lagi mengalami masalah
pendengaran. Tapi serius..Ain langsung tidak faham maksud Tengku Zahran. Nak
tanya lebih lebih-lebih rasa seganlah pulak. Karang ada juga orang kata Ain
perasan.
“Awak..saya sebenarnya
tak berniat pun nak bawa kereta kesayangan awak sampai macam tu sekali. Tapi saya
terpaksa..sebab nak elak kita dari terus di kejar oleh..” Ain membisu seketika.
Saja nak buat suspen sekejap. Biar mamat ni tertunggu-tunggu. Dari tadi asyik
nak marah je. Cubalah bawa bersabar sikit.
Tengku Zahran menjungkit sebelah keningnya.
Ain Tersentak. Bagai terhenti degup jantungnya melihat Tengku Zahran begitu.
“Lalat hijau”.
Pantas perkataan itu terpacul dari mulutnya.
“Lalat hijau? Apa tu?”. Bekerut dahi Tengku
Zahran memandang Ain.
“Shrek”. .
“Ain..”. Suara Tengku Zahran naik satu oktaf lagi.
“Sorry”.
“Okeylah..saya
serius ni!”. Ain sudah tayang muncung sedepa. Tengku Zahran ni memang sah dah
macam kem komanden. Dah aku umpama rekrutnya. Ikut suka hati dia je nak marah
dan bagi arahan.
“Saya sebenarnya
nak mengelak kita dari terus dikejar oleh darling
you tu. Iyelah kalau dia ikut kita terus sampai ke sini nanti awak jugak
yang sakit kepala sakit jiwa. Betul tak? Atau awak memang suka dia ikut kita?”.
Usik Ain mengenakan Tengku Zahran. Lupa seketika yang mamat tu tengah angin
satu badan.
“Jangan nak
merepeklah”. Tengku Zahran menjeling tajam. Nampak sangat dia memang tidak suka
dikaitkan dengan perempuan tak cukup meter kain itu. Ain tergelak kecil. Comel
pulak tengok Tengku Zahran menjeling manja begitu. Alahai Ain kau dah buang
tabiat ke apa? orang tengah marah boleh pulak kau kata comel.
Ellina memang
keterlaluan. Memang patut dan padan sangat-sangat Ain memanggil Ellina lalat
hijau. Sebab Ellina ni memang spesies yang suka sangat nak kacau orang.
“She’s not my darling okey. Daripada saya
pilih dia..baik saya pilih awak lagi bagus”. Bidas Tengku Zahran tegas. Tidak
setuju sangat dengan kenyataan yang diberikan. Simpang malaikat empat puluh
empat dia takkan pernah sudi untuk menjadikan kekasih Ellina.
Ain mencebik. Tak
tahu sama ada dia ingin percaya atau tidak pengakuan Tengku Zahran. Entah-entah
mulut saja menafikan tapi dalam hati ada taman. Tanpa sedar Ain pulak menjeling
Tengku Zahran. Tengku Zahran tersenyum senget.
“Hah, fikir apa
pulak tu?”. Soal Tengku Zahran menahan sakit. Perutnya yang sakit dipegang
dengan kedua belah tangannya. Pedih dan menyucuk-nyucuk seluruh isi perutnya.
Itulah gambaran kesakitan yang Tengku Zahran alami.
“Fikir nak ambik
kerusi roda. Lepas tu bawa awak jumpa doktor. Jom”. Ain menjawab pantas. Satu
cara paling selamat untuk mengelakkan Tengku Zahran dari merepek yang
bukan-bukan. Ain sudah tidak betah untuk menunggu lama di dalam kereta itu. Makin
dilayan makin semput dan sesak nafas jadinya
*******************************************************************
“Awak..tolonglah.
Bagilah saya drive. Kali ni je..please!”.
Ain merayu bagaikan anak kecil sebaik mereka menghampiri kereta Ferari milik
Tengku Zahran. Hampir sejam mereka berada di pusat perubatan itu untuk
berjumpa doktor dan mengambil ubat.
“Nope. Tak
boleh.”.
“Awak..please!
awak kan sakit. Bagilah saya drive.
Saya janji takkan bawa laju lagi kali ni. Saya akan bawa macam siput je..please”.
Ain terus merayu. Tak mungkin dia merelakan Tengku Zahran memandu dalam keadaan
sakit macam tu. Sekalipun Tengku Zahran berkeras, Ain tetap akan akan pastikan
Tengku Zahran selamat sampai ke rumahnya.
“Nope.”. Tengku Zahran menyadarkan tubuhnya di kereta.
Dia tetap berkeras tidak mahu membenarkan Ain memandu lagi. Nakal betul. Ikut
suka hati dia je nak main atas jalan raya.
Ingat nyawa tu boleh beli kat kedai gamaknya. Kalau beginilah cara Ain
memandu kereta, Tengku Zahran lebih rela menjadi ‘driver’ Ain sepanjang hayat.
“Alah, bolehlah”.
Ain terus meraih simpati Tengku Zahran. Bukan dia teringin sangat nak memandu
kereta Tengku Zahran. .Kalau ikutkan rasa bersalah yang menguasai diri, memang
Ain pun taubat takkan menyentuh lagi stereng kereta kesayangan Tengku Zahran. Tapi
bila memikirkan keadaan Tengku Zahran yang jelas tidak bermaya, rasa bersalah
itu terpaksa ditolak ke tepi. Ain berdiri di hadapan Tengku Zahran.
“Tak boleh”.
“Kenapa tak
boleh? Awak takut saya rosakkan kereta awak erk?”. Ain sengaja menguji Tengku
Zahran.
“Saya tak kisah
pasal kereta tu..tapi saya kisahkan awak. Saya tak nak jadi apa-apa kat awak.
Kalau setakat kereta tu, rosak saya boleh repair
atau susah-susah beli je lain. Tapi nyawa tak boleh dibeli Ain”. Bekerut dahi
Tengku Zahran menahan sakit. Ain terkedu.
Sesaat dua mereka saling berpandangan.
Ain dipagut
resah. Tengku Zahran ni memang spesies keras kepala betul lah. Dah sakit macam
tu pun lagi tak nak mengalah.
“Awak..saya tau
saya salah. Saya minta maaf banyak-banyak tapi saya tak boleh biarkan awak
bawak kereta ni. Awak tu kan sakit. Lagipun kalau jadi apa-apa tengah jalan
nanti macam mana?”. Ain sebal. Susahnya nak berurusan dengan orang paten macam
ni.
Tengku Zahran
melepaskan keluhan. Melihat muncung Ain yang sudah pun panjang sedepa
membuatkan hati lelakinya mencair. Memang susah bagi Tengku Zahran untuk
menyimpan rasa marah tatkala melihat mimik wajah comel seperti itu. Ain nampak
saja keras tapi bab merajuk boleh tahan jugak minah ni.
“Okey..saya
boleh bagi awak bawa kereta ni tapi dengan satu syarat..”. Tengku Zahran
merenung tepat ke wajah Ain.
“ Syarat
apa?”
“Saya tak nak
awak bawa kereta macam tadi. Kalau awak buat jugak..saya cium awak”
Ain pantas
memekup mulutnya. Tidak dapat dia gambarkan jika Tengku Zahran mengotakan apa
yang telah dikata. Tak rela you.
Tengku Zahran hampir tergelak melihat reaksi
spontan Ain. Tau juga dia takut. Sempat Tengku Zahran tersenyum senget sebelum
masuk ke dalam kereta.
“Fuhhh..”. Ain
melepaskan keluhan sebelum masuk ke dalam kereta.
“Encik Zahran
nak saya hantar balik ke rumah ke? Atau nak balik ke rumah hinggap?”
“Rumah
hinggap?”.
“Iyelah manalah
tau encik ada rumah hinggap kat mana-mana ke?” Tutur Ain selamba sebaik
menghidupkan enjin kereta.
“ Saya nak balik
ke rumah kita”. Tengku Zahran sengaja mengusik.
“Hah!”. Ain
pantas berpaling memandang Tengku Zahran. Buntang matanya memandang lelaki itu.
Tengku Zahran tergelak kecil. Tapi gelak itu seakan tidak kesampaian kerana dia
benar-benar tidak berdaya.
“Encik Zahran nak main bumper car ke?” Ain bengang. Boleh pulak dia main-main dalam
keadaan sakit macam tu? Ada juga nanti orang kena hantar kat Hospital Tanjung
Rambutan ni.
“Eh..tak..tak”
“Tau takpe. Dah
saya hantar Encik Zahran balik ke rumah ajelah”
“Eh..tak nak. Saya
tak nak balik ke rumah. Tolong hantar saya balik ke rumah bapa saudara saya kat
Sungai Petani”
“Kenapa tak nak
balik rumah? Takut emak bising erk”. Tengku Zahran sekadar tersenyum senget.
“Awak jalan je.
Nanti saya tunjuk rumah dia kat mana, okey?”. Tengku Zahran sempat mengenyit
mata. Ain tersentak. Rasa tersirap darahnya naik hingga ke kepala. Dia ni buang
tabiat ke apa? Nak kata silap makan ubat..rasanya dia tak makan ubat apa-apa pun
lagi. Ish..pelik semacam je mamat ni.
Ain mula memandu
meninggalkan Pusat Perubatan KPJ. Kali ini dia memang cukup berhati-hati dan
memandu dengan kelajuan sederhana sepanjang perjalanan itu. Biar lambat asal
selamat. Itulah pegangan dia untuk kali ini. Selamat dari segala-galanya dan
yang paling utama..selamat dari ugutan Tengku Zahran. Kalau kena..mau meraung.
Oh, tidakk..! Tak rela you!
Monday, 6 October 2014
Wokeyyy sayang dan rindu korang semua..saya hadiahkah 3 bab sekaligus untuk tatapan korang sebagai balasan kerana sabar menunggu dan terus menunggu ntri terbaru. Minta maaf byk2 di atas segala kelewatan dan kekurangkan dalam hasil kerja saya yang tak seberapa ini. Smoga Kalian semua terus terhibur dengan kisah Tengku Zahran Darwisy dan Ain Farah. Selamat membaca..luv u olls so much...
AIN FARAH INSYIRAH Aku punya!!! Bab 25
Pengawal
keselamatan itu berlalu sebaik saja mereka sampai ke kereta atas arahan Tengku
Zahran. Walaupun terasa agak berat untuk meninggalkan Tengku Zahran yang belum
lagi masuk ke dalam keretanya, dia tetap menurut arahan. Siapalah dia untuk ingkar
arahan majikan. Walaupun Tengku Zahran bukanlah bos besar di syarikat itu..dia
tetap majikan yang perlu dipatuhi.
“Takpelah biar saya bawa.”. Pinta Tengku Zahran sebaik saja mereka tiba
di keretanya.
“Nope..tak
payah. Biar saya yang bawa. Cepat buka pintu”. Tegas Ain memberi arahan. Kali
ini dia terpaksa berkeras demi kebaikan Tengku Zahran. Dengan keadaan Tengku
Zahran yang lemah longlai begitu, tak mungkin dia boleh memandu kereta sendiri.
Karang tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Dua-dua pulak kami bermalam kat wad
hospital nanti. Mamat ni bukan tak biasa bab langgar melanggar ni. Haha..
Tengku
Zahran akur. Dia tidak mahu bertekak dengan Ain. Mengingatkan kata-kata Ain
tadi membuatkan dia memilih untuk terus beralah. Tengku Zahran lebih rela
menurut arahan daripada membiarkan syarikat dan juga dirinya kehilangan sebutir
permata. Tapi bagi Tengku Zahran..ia lebih dari permata.
“Darlingggg…”.
Kedengaran satu suara memanggil dari arah belakang. Pantas Tengku Zahran, dan
Ain beralih ke arah suara itu. Kelihatan seorang gadis memakai mini skirt
berjalan lenggang lenggok menghampiri mereka. Wajah Tengku Zahran terus saja
berubah. Kelat sekelat kelatnya.
“Awak
buat apa kat sini?”. Soal Tengku Zahran serius. Ikutkan hati mahu saja dia
membentak memarahi gadis itu. Namun keadaan dirinya tidak mengizinkan. .
“I
datang tengok you darling. Kenapa ni? Muka you nampak pucat sangat ni? you tak sihat ke? Kalau tak sihat..meh I hantar
you ke klinik?”. Gadis itu sengaja melanggar bahu Ain untuk mengambil ruang di
sisi Tengku Zahran. Ain terdorong ke belakang. Nasib baiklah ada kereta Tengku
Zahran yang menahan tubuhnya dari terjelepok ke lantai. Amboi..amboi main kasar
betul perempuan ni. Ikut suka hati emak bapa dia je nak langgar orang. Ingat kita
ni patung angin ke apa?
“You
tak payah nak sibuk-sibuk ambik tahu pasal I. I nak sakit ke? Sihat ke..itu
bukan masalah you. Tengok muka you ni buat I lagi dua kali sakit tau tak? Baik
you pergi sebelum I naik angin”. Bentak Tengku Zahran lemah. Tangan kanan Tengku Zahran menekan perutnya
yang terasa pedih.
“Darling…you
janganlah macam ni..”. Gadis itu meraih lengan Tengku Zahran.
“Don’t touch me. Jaga sikit kelakuan you tu”. Tengku Zahran menepis kasar
tangan si gadis yang cuba menyentuh lengannya. Tak rela dirinya disentuh oleh
gadis seperti itu. Perempuan ini memang benar-benar menguji kesabarannya. Beraninya
dia menyentuh aku sesuka hatinya di khalayak ramai. Tak tahu malu betul. Tengku
Zahran segera membuka pintu keretanya. Dia sudah tidak betah untuk terus
berhadapan dengan gadis itu. Sebelum darah naik ke kepala, baik dia pergi cepat
dari situ.
“Darling…”.
“Go away..”. Tengku Zahran menutup pintu
keretanya.
“Darling..darling..please listen to me..”.
Ellina mengetuk-ngetuk cermin kereta Tengku Zahran. Dia tetap terus berusaha
untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki itu. Namun sedikit pun Tengku
Zahran tidak beralih memandangnya.
“Cik
Ellina..saya rasa ada baiknya cik Ellina pergi je dari sini. Tak manis dipandang
orang cik Ellina kecoh-kecoh begini ..”. Ain cuba memberi nasihat.
Sudah-sudahlah tu awak meraung cik Ellina oii! Buruk bebenor rupanya. Macam bini
kematian laki je. Ellina berpaling
memandang Ain.
“Oh..you kenal I rupanya.”.
“Maaf
cik Ellina..saya sebenarnya tak kenal pun cik Ellina tapi saya pernah dengar
nama cik Ellina keluar dari mulut Tengku zahran”. Budget popular betul lah minah ni.
“Owh..jadi
betul lah you ni memang wujudkan”.
“Saya
memang wujud sejak dari lahir lagi Cik Ellina. Kenapa? Cik Ellina ada masalah
ke?”. Ellina ketawa sinis. Ketawa yang tersangatlah tidak ikhlas bunyinya.
Pandai pulak perempuan ni buat lawak tengah panas terik begini. Meluatnya aku.
Api kemarahan Ellina mula meruap.
“Dengar
sini Ain..I tak suka dan tak ada masa nak cakap banyak dengan you. Cuma satu I nak ingatkan you..jauhkan
diri you dari Tengku Zahran.”. Ain
tayang muka selamba. Apahal dengan dia ni? Tak sihat ke tak siuman dia ni?
“Cik
Ellina..saya tak ada kena mengena dalam hal Cik Ellina dan Tengku Zahran. Nak
kahwin ke? nak bercerai berai ke? Nak apa ke? Itu hal antara Cik Ellina dan
Tengku Zahran. Tolong jangan libatkan saya”. Tutur Ain mulai geram. Tak ada
hujan, tak ada ribut..tiba-tiba dia termasuk sekali. Ellina ketawa lagi.
“Tak
sangka gelandangan macam you ni pandai pulak bercakap ye”. ewah..ewah..sedapnya
mulut minah ni bercakap. Ada juga kasut tumit 3 inci aku ni masuk dalam mulut
orang ni kejap lagi.
“Cakap
biar berlapik Cik Ellina..jangan main ikut sedap mulut je”. Ain mula berang. Perkataan
gelandangan itu membuatkan darah Ain menggelegak. Memang Ain akui dia sendiri
tidak tahu dengan lebih jelas mengenai asal usul keluarganya kerana terlalu
banyak perkara yang dirahsiakan oleh ibunya. Tapi Ain tetap yakin dia datang
dari keluarga orang baik-baik. Tidak seperti apa yang dilontarkan oleh
perempuan tiga suku itu. Ellina memang benar-benar melampau. Kau menghina aku
ye. Kau tengoklah nanti. Ini Ain tau. Rasanya Ain bukannya golongan yang
penyabar sangat orangnya. Tambah-tambah lagi berdepan dengan orang yang ada
masalah premenstrual stress syndrome
yang kronik begini.
“Memang
betul pun awak ni anak gelandangan kan? Sebab tu awak berusaha untuk mendekati
Tengku Zahran supaya awak boleh kikis semua harta dia..betul tak?”. Ain
mengenggam kedua belah tangannya. Ikutkan hati ringan saja tangannya itu
singgah di pipi Ellina. Tapi Ain harus bersabar. Tengku Zahran sedang sakit.
Dia perlu menyelesaikan hal Tengku Zahran terlebih dahulu. Tentang Ellina, biar
masukkan dulu ke buku tiga lima. Kemudian saja dia membuat perhitungan. Pasti
akan tiba jua masanya nanti. Apapun..meh kita screen test sikit. Tengok siapa yang lebih berbakat dan mampu menjiwai
watak?
“I
rasa I tak ada masa dan tak perlu jawab soalan you tu Cik Ellina. Maaflah ye. I
nak cepat ni sebab I nak hantar my
darling dalam kereta tu pergi klinik. Kesian tau my darling tu..dia tak
sihat. Lebih-lebih lagi bila tengok muka you
yang dah macam jambatan tak siap ni..
So,I rasa baik you tepi sikit. I nak
pergi dulu. sorry ek”. Tutur Ain
dengan wajah selamba. Seketika dia berpaling ke sisi. Uwekk..mau saja Ain muntah sendiri pabila menyebut perkataan ‘my darling’ itu. Tak sanggup rasa kedua
belah telinganya mendengar sendiri perkataan itu keluar dari mulutnya. Dahlah
tu..ber I dengan you pulak. Eiii..gelinya. Diri sendiri yang mendengarnya pun rasa
nak termuntah. Apatah lagi Tengku Zahran. Boleh muntah dua puluh kali kut mamat
tu mendengarnya. Ya, Allah..minta-mintalah Tengku Zahran langsung tak
mendengarnya. Kalaulah mamat tu pasang telinga, pasti dia pun akan menyangka
yang aku syok sangat kat dia sama seperti Ellina. Eii..pleaselah. Ini lakonan semata-mata okey. Skripnya super spontan. Main hentam ikut suka je.
Ellina
terlopong. Wajahya seratus peratus bertukar kelat mendengar kata-kata Ain. Kulit
wajahnya yang putih mulus itu sudah pun bertukar kemerahan. Niatnya nak
menyakitkan hati Ain, tapi diri sendiri pula yang terkena. Kemarahan dan
kebencian mula membuak-buak. Perasaan itu semakin meluap-luap melihat riak
selamba Ain. Kurang ajar betul. Kau belum kenal aku siapa Ain.
“Excuse me..”. Ain mula melangkah pergi.
Malas dia hendak menunggu di situ melayan karenah Ellinna yang macam orang dah
tak betul. Misinya ialah untuk membawa Tengku Zahran ke klinik. Itu yang lebih utama.
Yang lain tolak tepi dulu.
Sebaik
lalu di sisi Ellina, secara tidak sengaja bahunya telah melanggar bahu Ellina
yang tidak berganjak sedari tadi. Ellina terdorong ke belakang lalu jatuh
terduduk di atas lantai.
“Auchh..”
“Oppss..sorry.”
“You..arrghhhh”. Ellina mendengus geram. Sakitnya
hati Ellina tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Anak gelandangan ini
memang keterlaluan. Jaga kau!
“Meh
saya tolong..”. Ain menghulur tangan kanannya. Kasihan pulak dia melihat
Ellina. Terduduk seperti buah nangka jatuh dari pokok. Mesti Ellina susah nak
bangun sebab gadis itu hanya memakai skirt pendek yang tersangatlah ketatnya.
Skirt yang mendedahkan sebagai besar pehanya yang putih gebu. Jimat kain
sungguh minah ni. Pakai baju macam tak cukup meter. Memang save budget betul lah.
Ellina
mendegus marah namun dicapai jua tangan Ain kerana dia tidak mampu untuk
berdiri sendiri.
“You
jangan ingat you boleh terlepas begitu saja Ain. I tak habis buat perhitungan
dengan you lagi”. Tutur Ellina sebaik saja dia berdiri di sisi Ain. Ain
mencebik.
“Amboi..dah
orang tolong bukannya tau nak berterima kasih kut. Whatever Cik Ellina.”. Balas Ain sinis.
“Jaga
you Ain. I akan pastikan you takkan pernah hadir dalam hidup
Tengku Zahran”. Ugut Ellina seraya
berlalu menuju ke keretanya. Ain mencebik lagi. Suka hati kaulah Ellina. Ada ku
kisah. Tak hairan pun. Matanya terus saja memerhati Ellina masuk ke keretanya
yang di parkir tidak jauh dari kereta Tengku Zahran.
********************************************************************************
“Okey
Encik Zahran..cepatlah. Macam mana nak start
dan handle kereta ni? Boleh bagi briefing sikit tak?”. Soal Ain sebaik
duduk di bahagian pemandu. Kenalah bertanya sebab Ain tak pernah lagi memandu
kereta mewah sebegini. Tapi rasanya tak susah kut nak handle kereta ni. Kalau dah terdesak..perkara susah pun boleh jadi
senang asal ada keyakinan dan kesungguhan. Cheewah..baik punya kesungguhan.
“Tulah
saya dah kata biar saya je yang bawa..awak tak bagi”. Luah Tengku Zahran
sedikit merajuk. Sengaja mencuri perhatian dari gadis itu. Sebentar lagi
sejarah pasti tercipta. Buat pertama kalinya kereta kesayangan milik Tengku
Zahran di pandu oleh seorang gadis. Belum pernah lagi ada mana-mana gadis
menyentuh stereng kereta kesayangannya itu. Termasuklah arwah Farah dan Tengku
Zafirah, adik kadungnya sendiri. Walaupun satu masa dulu, Farah dan Tengku
Zafirah pernah memujuknya berkali-kali semata-mata nak buat test drive tapi Tengku Zahran buat tak
tahu saja. Pendek kata, tak ada green
light langsung. Kali ini Tengku Zahran terpaksa akur, redha dan tawakal
untuk menyerahkan tugas memandu ferari kesayangannya itu kepada seorang gadis.
“Kenapa..Encik
Zahran takut saya buat kereta encik jadi bumper
car ke?”. Ain mengusik. Teringat pulak Ain akan cerita di sebalik bumper car suatu ketika dulu.
Seingatnya, itulah lawak pertama yang keluar dari mulut Tengku Zahran.
“I don’t care about car. I do care about you.”.
Tengku Zahran berterus terang. Dia sudah tidak mahu menyimpan sesuatu yang
terbuku di hatinya. Sebelum Ellina menghuru hara kan hubungan mereka..lebih
baik cepat bertindak. Nasihat Tengku Zahrin beberapa minggu yang lalu masih
terngia-ngia di mindanya.
Ain
tersentak. Dia beralih memandang Tengku Zahran. Buat beberapa ketika, mereka
saling berpandangan. Tiba-tiba Ain merasa ada satu perasaan asing menyelinap
masuk ke dalam dirinya bersama kata-kata itu. Aduh..apakah perasaan ini? Fokus
Ain..fokus..hospital..klinik..cepat fokus Ain! Dahlah kau tak biasa bawa kereta
tu..karang ada juga kereta mewah orang yang nak terjun dalam ban nanti. Maunya
keluar news paper muka surat depan
esok. Haish..
“Meh
sini saya tunjuk macam mana nak bawa kereta ni”. Tengku Zahran cuba
menyembunyikan senyumannya. Ikutkan hati mau saja dia ketawa melihat respon
yang diberikan. Ain kelihatan terpinga-pinga dan blur sekejap. Fokusnya sedikit
terganggu. Rasanya mamat ni bukan setakat sakit tapi dah kronik. Ain terus
membeku memandang Tengku Zahran.
“Sayang..dah
ready ke nak bawa kereta ni?”. Ain
sekadar mengangguk tidak terkata. Meremang bulu romanya mendengar Tengku Zahran
memanggilnya sayang. Bukan tak biasa dia dan Tengku Zahran bergurau dengan
panggilan itu. Tapi kali ini situasinya agak canggung. Buang tabiat betul mamat
ni. Kalau lepas ni dia panggil lagi aku dengan panggilan tu, memang sah confirm kereta ni bakal terjun bukan takat dalam ban tapi dalam laut.
Tengku
Zahran tersenyum dan mula menerangkan cara penggunaan kereta Ferrari miliknya
kepada Ain. Ringkas dan terperinci penerangan yang diberikan. Kasihan Tengku
Zahran. Dahlah sakit, kena bagi peneranganlah pulak. sebijik macam salesman jual kereta. Tengku Zahran
kelihatan bersungguh-sungguh mengajar Ain menggunakan kereta mewahnya. Mungkin
Tengku Zahran mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terjadi apa-apa ke
atas kereta kesayangannya nanti. Ain mendengar sebaik-baiknya penerangan yang
diberikan. Ain tahu besar tanggungjawab yang dipikul bila dia memandu kereta
kesayangan Tengku Zahran nanti. Kalau terjadi apa-apa ke atas kereta itu, kerja
sampai pencen dengan syarikat milik keluarga Tengku Zahran pun belum tentu Ain dapat
membayar balik kos yang bakal ditanggung.
“Okey..are you ready to go?”. Soal Ain
dengan senyuman sebaik selesai mendengar taklimat ringkas daripada tuan empunya
kereta. Tak sabar pula rasanya nak beraksi di litar Sepang ni.
Cheewah..berangan betul kau Ain.
“Jom..eh
nanti. Pakai tali pinggang dulu. Safety first”. Tengku Zahran tersenyum manis.
Walaupun wajahnya tampak pucat lesi, senyuman yang terukir tetap manis
dipandang. Ain menurut. Tali pinggang ditarik perlahan lalu dipasang dengan
kemas. Tengku Zahran merebahkan kerusinya. Posisi tubuhnya dilaraskan sedikit
untuk memberi keselesaan. Lengan kanannya di letakkan di dahi. Menutup sebahagian wajahnya yang pucat lesi
itu. Matanya dipejam. Sementara Ain memandu..dia boleh melelapkan mata
seketika. Sekurang-kurangnya dia boleh menahan tekaknya yang perit itu dari
terus merasa loya.
“Encik
Zahran..”. Lembut panggilan itu membuatkan Tengku Zahran mengangkat tangan.
“Ye..ada
apa?”. Soal Tengku Zahran hairan.
“Betul
ke encik percaya kat saya ni?”. Soal Ain lembut.
“Maksud
Ain?”
“Encik
tak kisah ke saya bawa kereta encik ni? Tak melanggar hak privacy ke?”
“Saya
ada pilihan lain ke?”. Tengku Zahran tersenyum penuh makna. Ain menggeleng
perlahan.
“Then bawa jelah. Jangan lupa baca
Bismillah dan baca doa dulu sebelum jalan. InsyaAllah takde apa-apa berlaku”.
Tutur Tengku Zahran memujuk. Dia tahu Ain rasa serba salah. Dari riak wajak
itu, Tengku Zahran seakan boleh menebak apa yang difikirkan oleh Ain.
Ain
tersenyum lebar. Lega hatinya mendengar kata-kata Tengku Zahran. Sejuk pula
rasanya sang hati mendengar Tengku Zahran mengingatikannya tentang doa. Ain
menolak gear reverse dan kereta
ferari hitam mula mengundur perlahan.
“Ain..”.
Gadis itu menekan pedal break dan kereta berhenti seketika. Ain menoleh ke sisi
memandang Tengku Zahran.
“Emm?”
“Sejujurnya..Ain
adalah hawa pertama yang saya beri kepercayaan untuk memegang stereng kereta
ni.”. Tutur Tengku Zahran dengan nada yang boleh membuatkan mana-mana gadis
mendengarnya akan cair. Ain terpempan. Kenapa banyak sangat dialog touching dari lelaki ini kali ini? Wajah
Tengku Zahran ditenung seketika. Ain cuba mencari kebenaran di sebalik wajah
itu. Manalah tau kalau-kalau Tengku zahran sekadar bergurau. Atau aku yang
sedang bermimpi? Ain menampar pipi
kanannya. Aduh..sakit. ternyata dia tidak bermimpi. Tengku Zahran ketawa kecil
melihat reaksi comel Ain.
Ain
bengang melihat Tengku Zahran ketawa. Tak padan dengan sakit betul mamat
ni. Hisy..
*********************************************************************************
Kereta
meluncur perlahan meninggalkan bangunan pejabat milik keluarga Tengku Zahran.
Enjin baru nak panas, driver pun baru
nak pandai kenalah bawa macam siput dulu. Kena warm up dulu.
Sepanjang
perjalanan, tiada bicara antara mereka. Hanya deruan enjin kereta itu yang
menjadi peneneman setia Ain. Tengku Zahran mungkin sudah ke laut. Sudah dibuai mimpi
barangkali. Ah, biarlah! Bagi peluang Tengku Zahran berehat. Selama ini dia
selalu menjadi Mr Driverku..kali ini biar aku pulak menjadi drivernya. Sabar ye
Tengku Zahran, saya akan cari doktor terbaik untuk awak di tempat yang high class punya. Iyelah orang macam dia
ni takkan nak pergi klinik biasa pulak. Standard aku bolehlah. Ain terus
memandang ke hadapan. Sesekali dia melirik melihat keadaan Tengku Zahran.
Lelaki itu masih tidak berkutik. Lengan kanan yang menutup sebahagian wajahnya
membuatkan Ain tidak pasti sama ada Tengku Zahran benar-benar lena atau tidak. Rasanya
memang sah lenalah tu sebab dari tadi Tengku Zahran tak menguek langsung.
Suasana
sepi mengundang pelbagai persoalan diminda Ain. Siapa Ellina sebenarnya? Ain
mula memikirkan hubungan Ellina dan Tengku Zahran. Mungkin mereka pernah
menjadi pasangan kekasih dan Ellina mengkhianati cinta mereka? Ahh..memang
rugilah Ellina kalau benar dia mengkhianati cinta mereka. Bukan senang nak
dapat lelaki yang baik, bertanggungjawab, kaya dan ternama seperti Tengku
Zahran. Bertanggungjawab? Betul lah tu sebab dia selalu ambik dan hantar aku
pergi kerja. Kira baiklah tu. Kaya dan ternama? Memang tak dinafikan, kalau tak
takdelah dia bawa kereta macam ni. Namun
Ain tetap musykil, kenapalah Ellina benci sangat dengannya. Mungkin dia
cemburulah tu. Hati perempuan selalu macam tulah. Ellina tu ada hati jugak ke?
Hati kering adalah kut!
Ain
memandang cermin di hadapannya. Matanya tertancap ke arah sebuah kereta yang
sedang mengekori mereka dari arah belakang. Berulang kali Ain memandang cermin
di hadapan dan di sisinya untuk mencari kepastian. Memang tak salah lagi,
kereta itu sedang mengekori mereka. Ain yakin dan pasti siapa pemilik kereta
itu. Perempuan ini memang tak habis-habis nak cari pasal, desis hati Ain.
Ain
menekan sedikit pedal minyak untuk menjarakkan lagi kereta itu daripada kereta
Tengku Zahran. Namun kereta itu terus mengekori rapat di belakang mereka.
Cis,
nak main aci ligan pulak minah ni. Nak kejar? Jangan mimpilah! Ni adik beradik
Micheal Schumacher sepupu Fernado Alonsolah. Siaplah kau! Setakat BMW..no hal
punya! Ain mula memecut selaju yang mungkin. Ellina tidak mahu mengalah. Kereta
BMW miliknya turut sama memecut mengejar ferari hitam di hadapannya.
Acara
kejar mengejar bermula. Semakin hebat keduanya menunjukkan bakat masing-masing.
Mencelah dan terus mencelah di antara pelbagai jenis kenderaan. Daripada
sekecil-kecil kenderaan hingga sebesar lori kontena mereka mencelah. Sempat Ain
mengerling ke sisi. Kelihatan posisi Tengku Zahran tidak berubah sedari tadi.
Masih lenalah tu. Bagus! Ain terus menekan pedal minyak. Mencilok dan mencelah
bukan perkara baru bagi dirinya.
Ellina
masih berusaha untuk mengejar. Namun dia semakin jauh ketinggalan. Pemandu kereta
ferari itu sungguh cekap dan jauh lebih pantas dari dirinya. Bab-bab cilok
mencilok bagaikan tiada masalah bagi si pemandu Ferari itu. Memang tabik spring
dengan keberanian yang ditonjolkan. Kalau pengarah filem si abang Syamsul
Yusoff melihat Ain beraksi begini, memang sah dia akan ambik jadi pelakon filem
untuk next projectnya. Sekilas pandang,
pasti ramai yang tidak menyangka pemandu kereta itu ialah seorang perempuan.
Ain
terus memecut. Semakin seronok dia beraksi di jalan raya. Bukan senang nak
dapat peluang beraksi dengan kereta seperti ini. Kereta yang semestinya super duper hebat. Patutlah Tengku
Zahran selalu memecut laju. Memang satu kepuasan menjadikan jalan raya sebagai
litar lumba. Tekan saja pedal minyak sesuka hati dan biarkan saja kereta itu meluncur laju semahunya. Meter
kelajuan tak usah di pandang. Takut sendiri pulak mati terkejut. Pecut punya pecut, Ain
sudah pun melanggar lampu isyarat merah di hadapan. Oppss…terlebih sudah!
“Damn it”. Ellina mengetuk stereng
tatkala keretanya terpaksa berhenti di lampu isyarat. Kereta Ferrari hitam
sudah jauh meninggalkannya beratus kilometer di hadapan.
‘Arrrggghhhh..”.
Ellina menjerit sekuat hati melepaskan geram.
AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 24
Ain
mengurut-urut perlahan tengkuknya yang sudah mulai lenguh. Seawal pagi lagi dia
sudah mula menghadap skrin komputer menyiapkan kerja-kerjanya di kamar ofisnya.
Ada beberapa dokumen penting perlu disiapkan segera. Dokumen yang akan dibawa
oleh Tengku Zahrin dalam mesyuarat bersama klien tepat jam 2.30 petang nanti
merupakan dokumen yang paling utama. Kalau tak diserahkan secepatnya, bila
tahun pulak Tengku Zahrin nak menyemaknya?
Tengku
Zahrin ni pun satu, last minute punya
kerjalah ni. Serahnya dahlah lewat petang semalam..naknya semula hari ini. Oh,Tengku
Zahrin..kenapalah tak bagi je pagi ni kan senang? Biar sama-sama melompat sebab
tak sempat siap. Bagi sikit tahanlah lagi, ni tak longgok setambun. Dah tu Iswaniza
MClah pulak. Anak demam katanya. Hailah..kenapalah anak Kak Iswa nak demam pun
hari ni juga? Kalau tak senang kerja ni aku bagi sorang sikit. Takdelah aku
melekat terus depan skrin ni dari pagi tadi tak menguek langung. Segala-galanya
kebetulan pulak hari ni. Ish..yang aku pun sama juga, malam semalam bukan main
lagi buka laptop konon nak menyiapkan kerja. Sudahnya bukan aku yang menghadap
laptop tapi laptop yang menghadap aku. Mana taknya..dah buka menantang tu pun
atas katil. Selamat ke bulanlah jawabnya. Nasib baik warden kat rumah tu masuk
meronda kat bilik aku, kalau tak semalaman jugaklah laptop tu mendodoikan aku. Huh..Ain
melepaskan keluhan. Sebenarnya dia tidak kisah pun diberi tugasan sedemikian
banyaknya. Dah memang adat bekerja, kenalah ikut arahan majikan. Lagipun
melihat senyuman Tengku Zahrin yang tersangat sweet itu, takkan mampu nak menolak permintaannya. Cair beb!
“Hoi,
makcik nak join tak?”. Tanya Khalili yang sudah pun terpacak di muka pintu. Kuss..semangat!
Ain terkejut. Orang tua nilah..masuk tak reti nak bagi salam. Nasib baiklah Ain
tak melatah. Kalau melatah jatuhlah saham kalau didengar dek orang. Ain
panggung kepala. Fokusnya terhadap kerja yang sedang dibuat terhenti seketika.
Amboi,
cantiknya bahasa..dahlah `hoi!’dipanggilnya aku makciklah pulak! Orang masih
muda lagilah. Sweet seventeen kut!
Haha..perasaan sekejap.
Ain
berpura-pura tayang muka sebal. Sebenarnya dia sudah lali dengan panggilan dan
telatah lelaki itu. Mengenali Khalili selama beberapa bulan membuatkan dia
tidak kisah dengan gurauan jejaka mulut takde
insuran itu. Lagipun dia dan Khalili sebenarnya sama saja. Otak separuh tak
boleh nak pakai. Bila dah bertemu ada saja benda yang nak dijadikan isu. Ketawa
bertekak perkara biasa. Sekadar hiburan semata-mata. Takkan ada yang disimpan
di dalam hati.
“Nak
ke mana?”.
“Kami
semua nak makan kat Pizza Hut. Satu ofis tau nak pergi ni. Siap rombongan
dengan kompang sekali lagi tau. Nak ikut tak?”. Khalili menggoyangkan kepalanya
ke kiri dan kanan. Macam penari Bollywood
lah pulak. Mengada-ngada nak berkompang bagai. Ingat nak bawa rombongan
pengantin ke apa? Agak-agaklah!
“Alah
piza. Tak naklah. Saya ni perut Melayulah. Tengah-tengah hari ni orang kebulur nak
makan nasi bukan piza”. Ain memandang semula skrin komputer dan jejari halusnya
mula mengetuk papan kekunci. Ada beberapa perkataan yang perlu diperbetulkan. Orang
kalau dah lama sangat menghadap skrin, mulalah mata pun nak naik juling. Menaip
pun mula dah tak betul. Kehadiran Khalili mengganggu konsentrasi dan
membantutkan idea yang tengah mencurah-curah sebentar tadi. Padahal tugasan itu
sudah pun hampir sampai ke penghujung jalan.
“Ish,
engkau ni…sekali sekala makan piza apalah salahnya. Asyik makan nasi je karang
gemuk macam tong baru kau tau!”. Ain membuntang mata. Ada sesuatu yang mula
mencuit hatinya. Bercakap mengenai piza mengingatkan dia pada kisah `coffee break` bersama Tengku Zahran.
Sesuatu perkara yang boleh dianggap langsung tak masuk dek akal. Hari pertama
bekerja di syarikat itu dia sudah pun minum petang berduaan bersama majikannya.
Dah tu dilayan pulak bagaikan seorang puteri raja. Memang kerja giler! Kalaulah
semua staf di ofis ni tau, mau kecoh jugak satu bangunan ni nanti. Pasti akan ada
insan-insan yang memikirkan perkara yang bukan-bukan. Menganggap aku mengambil
kesempatan. Ah, lantaklah bukannya aku buat perkara yang tak senonoh pun.
Sekadar minum petang je. Lagipun itu bukan kemahuan aku. Tengku Zahran yang
beria-ia. Ain tersenyum sendiri mengingatkan saat dia menikmati piza bersama
Tengku Zahran. Diorang kat opis ni memang takde benda lain lagi ke nak makan
selain piza? Asyik piza…piza…piza! Tolonglah! Belajar dari boslah tu! Ain
tersenyum lagi.
“Hahhh!”.
Sergah Khalili membuatkan si gadis manis itu terkejut.
“Oh,
mak engkau!”.
“Ohh…melatah
rupanya makcik ni. Ingatkan tak reti.”
“Ish,
Kak Lili ni buat terkejut je. Tak baik tau”
“Baik
tak baik..yang engkau tetiba senyum sorang-sorang tu apahal? Ingatkan cik abang
kat bilik nun si sana tu ye?”
“Eh,
takdelah. Tak baik tau buat cerita yang bukan-bukan. Saya senyum sebab Kak Lili
tu sedap sangat mengata saya gemuk macam tong. Jadi saya cubalah membayangkan
kalau saya betul-betul gemuk macam tong dram yang besar gedabak tu. Apalah Kak
Lili ni”. Ain cuba berdalih. Baik punya alasan. Nasiblah Kak Lili ye. Takkan
nak mengaku teringat kat mamat tiang tu pulak. Giler ke apa? Mau bising `kakak`
seorang ni jadi DJ stesen radio tak berbayar menyebarkan cerita ke sana sini
nanti.
“Iyelah tu. Okeylah alasan boleh diterima. Hah,
I nak pergi dah ni. Cepat nak pesan apa-apa tak?”
“Tak
naklah. Saya nak makan nasi. Takkan nak makan piza pulak lepas tu. Karang
termasin mulut Kak Lili tergemuk macam tonglah pulak saya nanti. Sapa yang
susah. Saya jugak.”
“Alah
apalah yang susah sangat. kahwinlah dengan lelaki kaya. Nanti dia boleh
hantarkan kau ke slimming centre.
Bukan setakat London..world pun kau boleh pergi. Keliling dunia tu”
“Merepeklah
kak lili ni. Lelaki kaya mana pulak yang nak kahwin dengan saya ni”
“Lelaki
kaya dalam bilik nun di sana tulah. Tak jauh pun..jalan dua tiga tapak
sampailah” Khalili memuncungkan bibirnya menghala ke arah bilik Tengku Zahran.
“Kak
Lili ni tak baik tau. mengata orang sesedap mulut je. karang didengar tuan yang
empunya diri..mana Ain nak letak muka ni. Malu tau. Nanti Tengku Zahran ingat
Ain pulak yang tehegeh-hegeh”. Ain tayang muka sebal. Muncungnya sudah pun
panjang sedepa.
“Opss
sorry..terlebih sudah. Jangan marah
tau. I sayang you macam adik I tau. I sekadar bergurau je.”.
“Takpe
tak marah pun. Cuma takut ada orang yang akan salah sangka nanti. Itu je”
“Okeylah
I plaster mulut I lepas ni. So..i nak pergi dululah ye. Nanti
kengkawan kita kat luar tu berakar pulak tunggu I. You confirm ni tak nak kirim apa-apa?” Khalili memohon kepastian.
“Tak
nak. Nak nasi jugak”.
“Okeylah
kalau macam tu. Nantilah kalau aku rajin dan baik hati aku beli apa-apa untuk
kau. Bye”.
“Bye”
Tugasan
yang diberikan oleh Tengku Zahrin akhirnya berjaya disiapkan seperti yang
dijangkakan. Waktu untuk mencetak kesemua hasil kerja perlu dilakukan secepat
mungkin kerana Ain ingin menyerahkannya kepada Tengku Zahrin sebelum jam 2.00
petang.
Ain
menarik nafas lega. Semua kerja yang paling urgent
telah pun berjaya disiapkan seperti yang dijangkakan.
Alhamdulillah..berjaya juga akhirnya. Ain tersenyum sendiri. Sekarang dia hanya
perlu menunggu mesin pencetak itu selesai melakukan tugasnya. Terima kasih cik
PC kerana setia bersamaku sejak pagi tadi dan tidak lupa juga untukmu wahai cik
printer tersayang. Walaupun tugasmu belum selesai tapi aku dah wish siap-siap untuk kau. Terima kasih
kerana korang tak meragam dan tak buat perangai hari ini. very good girl hah! Ain
berbicara sendiri. Ketawa kecil menyusul kemudiannya.
Perutnya
sudah mula berkeroncong kerana terlalu lama dibiarkan sepi. Hanya secawan kopi
yang dihantar oleh Khalili pagi tadi yang menjadi peneman sepanjang dia berada
di bilik itu hari ini. Itu pun sudah habis di minum lebih tiga jam yang lalu. Awal pagi tadi dirinya hanya sempat menjamah
secawan Nescafe O panas dan sekeping roti telur yang disediakan oleh mama sebelum
bertolak ke tempat kerja. Lewat punya pasal itu sajalah yang sempat dijamah
untuk mengalas perutnya. Lagipun Tengku Zahran sudah pun menunggunya di luar.
Takkan nak biarkan Tengku Zahran tertunggu-tunggu pulak. Tu bukannya driver Ain nak menunggu-nunggu bagai.
Agak-agaklah ye.
"Yeahhh..! ". Ain bersorak sendiri sebaik saja helaian terakhir selesai keluar dari mesin
pencetak. Masa untuk makan. Bisik hatinya. Sebentar lagi dia akan turun ke
bawah menuju ke café untuk membungkus
makanan. Walaupun Ain tau, waktu-waktu begini mungkin juadah yang disediakan di
café pejabat itu sudah tak banyak pilihan. Ain tak kisah. Janji boleh makan
sudahlah.
Semua
dokumen yang telah dicetak dimasukkan ke fail masing-masing dan disusun elok di
atas mejanya. Ain sudah pun berkira-kira untuk turun ke bawah membeli makanan
terlebih dahulu sebelum menyerahkan kesemua dokumen itu kepada Tengku Zahrin.
Masih ada masa lagi. Baru pukul 1.23 petang. Ada masa lagi, desis hatinya. Mungkin
waktu ini Tengku Zahrin dan Tengku Zahran sudah pun keluar makan di luar.
Nanti lepas beli makanan Ain letaklah kesemua
dokumen tu atas meja Tengku Zahrin. Sabaq
sat na. Cheq nak pi bungkus makanan dulu. Sat gi cheq bagi!
Ain
mengalas beg tangannya dan mengambil mug bekas berisi kopi tadi untuk di basuh
di bilik pantri. Dia kemudiannya mengatur langkah meninggalkan biliknya menuju
ke bilik pantry yang terletak tidak jauh dari biliknya.
Sebaik
menghampiri bilik pantry, uwekk..kedengaran bunyi itu di selang-seli dengan
bunyi air di sinki. Langkah Ain terhenti seketika. Aikk..ada orang tak keluar
makan lagi ke?.
Ain kemudian mempercepatkan langkahnya. Siapakah gerangan yang berada di bilik pantry itu? Bukankah semua orang dah keluar?
“Ya,
Allah! Encik Zahran..kenapa ni?” Terperanjat besar Ain melihat Tengku Zahran . Tengku
Zahran tidak mampu memberi sebarang reaksi. Masih lagi dia terus mengeluarkan
segala isi perutnya.
“Encik
Zahran..tunggu kejap ye. Saya dapatkan bantuan.”. Ain meletakkan beg tangannya di
atas meja lalu terus meluru keluar. Ain perlu mendapatkan bantuan seseorang
dengan kadar segera. Sebaik-baiknya seorang lelakilah ye sebab satu spesies
dengan Tengku Zahran. Senang nak handle.
“Ya..Allah!
mana pergi semua orang ni?”. Ain kecewa. Rasa cemas terus menerus menguasai
diri. Tiada seorang pun staf yang berada di ofis itu. Haish!
“Allah”.
Ain menepuk dahi. Baru dia teringat yang Khalili tadi ada memberitahu pasal
semua staf pakat nak serbu Pizza Hut. Alamak..macam mana ni? Ain meninjau ke
segenap ruang pejabat. Mana tau ada staf yang tak menyertai rombongan ke pizza
hut itu. Namun Ain mengeluh hampa kerana memang sah tiada siapa berada di situ.
Tiba-tiba matanya tertancap ke arah bilik Tengku Zahrin. Tanpa berfikir panjang
Ain terus menyerbu masuk ke bilik itu. Manalah tau Tengku Zahrin ada di dalam
biliknya. Harap-harap begitulah.
“Huh..thanks
God!”. Ain mengeluh lega sebaik melihat Tengku Zahrin ada di bilik itu. Tengku
Zahrin dilihat sedang kusyuk menghadap skrin laptop di hadapannya. Mungkin dia
sedang sibuk menyiapkan bahan untuk dibentangkan dalam mesyuarat nanti.
“Kenapa
Ain?”. Tengku Zahrin terkejut sedikit melihat Ain tercungap-cungap. Macam
pelari marathon yang dah lari pusing satu Penang
je. Biasanya gadis itu tidak pernah menyerbu masuk begitu saja ke dalam bilik
Tengku Zahrin. Selalunya Ain akan ketuk pintu terlebih dulu dan bagi salam
sebelum masuk.
“Tengku..tolong..Encik
Zahran sakit”. Tutur Ain tercungap cungap.
“Hah..kat
mana?”.
“Bilik
pantry. Tengku tolong cepat”. Tengku Zahrin bingkas bangun. Kemudian mereka
berdua pantas berjalan menuju ke bilik pantry.
“Angah..are you okey”. Tengku Zahrin pantas
menggosok-gosok perlahan belakang Tengku Zahran. “I don’t know..”. Jawab tengku Zahran
sebaik selesai mengeluarkan segala isi perutnya. Bibirnya dibasuh dan dia berkumur untuk menghilangkan rasa masam di dalam mulutnya.
Tengku
Zahrin memapah Tengku Zahran menuju ke sofa berangkai tiga yang ada di bilik
itu. Tengku Zahran menyandarkan tubuhnya yang lemah itu sebaik saja dia duduk
di sofa. Matanya dipejamkan. Lengan kanannya di letakkan di kepala. Pucat lesi
wajah itu mengundang simpati di hati Ain. Buat pertama kalinya Ain melihat
Tengku Zahran berkeadaan sedemikian. Teruk jugalah rupa jejaka tampan itu. Hilang
handsome sekejap. Hihi..satu
pembohongan yang jelas dan nyata. Orang kalau dah memang menang paras
rupa..ikut mana pun tak apa.
Pantas
Ain mengambil segelas air kosong lalu diserahkan ke tangan Tengku Zahran.
“Thank you”. Tengku Zahran menyambut
gelas yang dihulur. Hanya seteguk air itu diminum. Gelas itu diserahkan ke
tangan Tengku Zahrin yang sudah pun duduk di sisinya.
“Angah
makan apa sampai jadi macam ni?”. Tengku Zahran sekadar menggeleng.
“Salah
makan apanya..makan pun tak lagi?”. Wajah Ain dikerling seketika. Senyuman tawar
terukir di bibirnya. Dalam keadaan tidak bermaya, sempat lagi dia mengusik
gadis itu.
“Hah..tak
makan lagi? Encik Zahran ni biar betul. Encik Zahran langsung tak makan apa-apa
ke dari pagi tadi?”. Tengku Zahran sekadar menggeleng. Tak larat rasanya nak
menjawab pertanyaan Ain.
“La..kenapa
tak makan? Ni kes perut masuk anginlah ni. Tengok dah jadi macam ni..siapa yang
susah? Diri sendiri juga kan? Tunggu kejaplah. Biar Ain buatkan air”. Marah
Ain. Tengku Zahran membuka sebelah matanya. Kelihatan Tengku Zahrin tersenyum
penuh makna memandangnya. Perli akulah tu!
Ain
membancuh dua cawan milo suam panas. Satu cawan dah semestinya untuk Tengku
Zahran dan satu lagi untuk Tengku Zahrin. Tak adil pulak rasanya kalau tak
buatkan sekali untuk Tengku Zahrin. Bukannya susah sangat pun. Setakat masukkan
milo, gula dan air panas budak sekolah rendah pun tau tak susah. Selesai
membancuh dua cawan minuman, Ain mengambil bekas kedap udara yang berisi biskut
cream cracker di dalam cabinet
pantry. Makan biskut kering cicah dengan milo cukuplah sekadar untuk melapik
perut sekejap. Cekap saja tangannya melakukan kerja-kerja itu walaupun kedua
pasang mata itu asyik mencuri pandang ke arahnya. Hanya beberapa minit saja..milo
suam panas sudah pun berada di tangan Tengku Zahran dan Tengku Zahrin..
“Lain
kali walau sibuk macam mana sekalipun..ingatlah waktu makan sama. Kalau rasa
tak sempat sekali pun..at least
minumlah milo atau kopi cicah dengan roti. Jangan tak makan langsung”.
Ain dah start membebel. Kehadiran Tengku Zahrin sudah tidak dihiraukan. Maaflah
ye Tengku Zahrin..kita terpaksa membebel sebab adik awak ni degil sangat. Dah
banyak kali kita pesan supaya jangan lupa makan pada waktunya tapi satu pun tak
masuk dalam kepala Tengku Zahran.
“Dah
orang tu tak bancuh untuk kita..macam mana kita nak minum?”.
“Hah?”.
Ain tersentak. Dia tahu kata-kata itu ditujukan khas buat dirinya. Walaupun Ain
tahu Tengku Zahran sekadar berniat untuk mengusiknya. Ain tetap dipagut rasa
bersalah. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan Ain akan membancuh secawan air
samada kopi, teh, milo atau nescafe setiap pagi buat Tengku Zahran. Meskipun
Tengku Zahran pernah meminta Ain menyediakan secawan kopi setiap hari untuk
dirinya..Ain sengaja mempelbagaikannya. Apa kes minum kopi tiap-tiap hari?
Asyik meneguk minuman yang sama setiap hari pasti amat membosankan. Kalau asyik
minat pada benda yang sama tak versetile
namanya tu. General knowledge pun tak
berkembang. Cheewah..pandailah kau Ain.
Tengku
Zahran tersenyum lemah melihat wajah Ain mula berubah. Apalah yang dia
fikirkan? Ni mesti takde lain nak marah lagilah tu.Tengku Zahran menyisip milo
ditangan. Baru beberapa teguk air diminum..tekak Tengku Zahran dah mula rasa
semacam lagi. Sesaat dua..oh no..Tengku
Zahran pantas bangkit dan berlari semula ke sinki. Air yang baru saja diminum
keluar balik dari perutnya.
“Angah..”.
Tengku Zahrin meletakkan cawan berisi air milo ditangannya. Baru saja dia turut
sama menimati milo yang disediakan oleh Ain. Sedap pulak rasanya milo yang
dibancuh oleh ain. Memang rugi kalau tak minum. Bingkas Tengku Zahrin mendapatkan
Tengku Zahran. Cepat saja tangan sasa itu mengusap-usap belakang Tengku Zahran.
Terbongkok-bongkok Tengku Zahran mengeluarkan segala isi perutnya. Tiada apa
yang mampu ditahan lagi. Merah padam wajah itu menahan sakit dan perit. Semuanya
bagaikan dipaksa untuk terus keluar dari perutnya.. Tengku Zahran kelihatan
semakin lembik tidak bermaya. Tubuhnya seperti tidak mampu untuk terus berdiri
di situ. Nasib baiklah Tengku Zahrin ada di situ. Kalau tidak pasti Tengku
Zahran sudah terjelepok ke lantai kerana tidak mampu untuk terus berdiri.
“Encik
Zahran tak apa-apa?”. Soal Ain cemas sebaik saja Tengku Zahrin memapahnya kembali
duduk di sofa.
“Saya
tak apa-apa”.
“Encik
Zahran kena jumpa doktor ni. Tak boleh biarkan. Takut nanti menjadi-jadi pulak
sakitnya”. Ain member cadangan.
“Betul
cakap Ain tu. Along setuju sangat. Angah kena jumpa doktorlah tapi macam mana
ek? along tak boleh nak hantarlah sebab jam 2.30 nanti along ada meeting dengan
klien kita dari Sabah tu. Along tak boleh cancel
meeting tu sebab diorang kan dah nak balik esok. Driver pun takde ni sebab
bawa big boss keluar”.
“Alah
angah tak apa-apa. Jangan risaulah”. Ucap Tengku Zahran lemah. Dia cuba
menenangkan Tengku Zahrin. Dia tahu Tengku Zahrin pasti bimbang dan serba
salah. Dia juga tahu yang meeting itu memang tidak boleh dibatalkan walau
dengan apa alasan sekalipun kerana ia boleh menjejaskan reputasi syarikat.
“Tak
apa-apa Encik Zahran kata? Dah lembik macam ni pun kira tak apa-apa ke? Dah
jangan nak mengada-ngada. Jom biar saya bawa Encik Zahran jumpa doktor”. Ain
membuat tawaran. Memang sudah tiada pilihan lain. Hanya dia saja yang boleh
membawa Tengku Zahran berjumpa doktor. Tengku Zahran dan Tengku Zahrin saling
berpandangan.
“Alah
tak payahlah jumpa doktor. Bukannya sakit sangat pun. Sekejap lagi okeylah tu”
“Oh..tak
sakit sangat. Cuba bangun lompat bintang tengok..tak boleh kan? Dah jangan
banyak akal sangat. Jom ikut saya pi klinik”. Ain dah mula rasa sebal. Banyak
songeh betul mamat sorang ni. Orang nak bawa jumpa doktor pun susah. Degil
mengalahkan budak-budak. Meletus tawa kecil dari mulut Tengku Zahrin. Hatinya
bagai digeletek mendengar kata-kata spontan yang kluar dari mulut Ain. Nasib
kaulah angah!
“Tak
payahlah. Saya okey”. Tutur Tengku Zahran lemah. Masih mahu terus mengelat.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Ain atau Tengku Zahrin. Lagipun ini
adalah silapnya sendiri. Nak merajuk sebab orang tu tak ambik peduli langsung
tentang dirinya hari ini.
“Encik
Zahran, kalau Encik tak nak ikut saya pergi hospital..saya letak jawatan”. Ain
sudah mula hilang sabar.
Tengku
Zahran dan Tengku Zahrin tersentak. Kedua jejaka itu terkaku seketika
memandangnya. Ain tayang muka serius. Mak oii..serius betul ke dia ni?
“Okeylah..okeylah.
Saya ikut. Awak hantar saya ye”. Tengku Zahran cuba memujuk. Bibirnya mengukir
senyuman longlai. Dia tidak mahu terus berdegil lagi. Akal gadis ini tidak
boleh diduga. Tak mustahil dia mengotakan janjinya kalau Tengku Zahran tetap
berkeras.
“Jom..”.
Perlahan-lahan Tengku Zahrin memapah Tengku Zahran meninggalkan bilik itu. Tak
payahlah nak degil sangat angah oii. Karang tak pasal-pasal kita kehilangan
staf yang berwibawalah pulak.
Ain
menurut dari belakang.
“Eh..kejap..kejap.
Kita nak pergi dengan apa ni?”
“Kereta
awaklah..kereta siapa lagi”
“Hah?”.
Tengku Zahran terpinga-pinga.
Sebaik
turun ke lobi, Tengku Zahrin meminta seorang pengawal bangunan untuk memapah
Tengku Zahran ke kereta. Tengku Zahrin terpaksa menyerahkan tugas itu kepada
pengawal kerana dia perlu naik semula ke ofisnya. Masa sudah semakin suntuk.
Waktu meeting semakin hampir. Dokumen yang telah disiapkan oleh Ain dan
beberapa dokumen lain perlu disemak sekali lalu.
"Maafkan Along Angah! Along terpaksa serahkan tugas ini pada Ain. Along harap angah tak mensia-siakan peluang yang ada". Bisik Hati Tengku Zahrin.
Subscribe to:
Posts (Atom)