Thursday 5 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 11


Okey, time’s up. Waktu kerja dah habis. Ain jom balik”. Tengku Zahran sudah terpacul di hadapan pintu bilik Ain. Sebaik selesai mesyuarat tadi, langsung tidak kelihatan kelibat Tengku Zahran. Tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Zahran terus bertapa di biliknya atau keluar ke mana-mana.

Ain pula terus berurusan dengan Iswaniza mengenai tugasan yang telah diamanahkan. Seharian juga dia berguru dengan wanita itu di biliknya.

Ain memandang jam di tangannya. Jarum jam menunjukkan waktu sudah menginjak ke pukul 5.10 petang. Sudah tiba masa untuk dia pulang ke rumah. Cepatnya masa berlalu. Sekarang waktu untuk memikirkan cara terbaik untuk pulang ke rumah. Apa pilihan yang ada? Plan A sudah tentulah naik bas saja sebab cara itu paling menjimatkan. Plan B ialah naik teksi tapi cara ni kalau diamalkan hari-hari boleh botak kepala memikirkan budget yag terpaksa dikeluarkan. Plan C balik ke rumah ikut mamat poyo ni. Ish..rasanya inilah plan yang paling teruk sekali. Pulang ke rumah ikut majikan. Macam orang takde haluan.

Takpelah, encik baliklah dulu.. nanti saya naik bas aje. Lagipun waktu balik takdelah rush sangat. Lambat pun takpe”. Ain mula mengemas mejanya yang penuh dengan fail dan dokumen. A’ah tak rush sangat. Entah-entah tengah malam baru sampai ke rumah. Padan muka!

Tengku Zahran menapak menghampiri Ain. Gadis itu langsung tidak menghiraukannya. Malas nak melayan sebenarnya. Sebab geram kes pagi tadi tak selesai lagi!

“Tak payahlah nak naik bas. Petang-petang macam ni susah nak dapat bas”. Tengku Zahran menghampiri Ain. Oh’oh…Plan A sudah gagal. Tukar kepada Plan B segera.

“Takpe saya boleh balik naik teksi”.Ligat jemari halusnya meneruskan kerja mengemas meja. Kat mana nak cari teksi tu?

“Petang-petang macam ni mana ada teksi. Jalan jam”. Tengku Zahran semakin hampir dengan Ain yang sudah mula berdiri.  Gadis itu masih belum selesai mengemas mejanya. Nampak sibuk saja!

Ain sudah mula terasa semput. Tengku Zahran sudah pun berada dekat dengannya. Sudah melabuhkan sebelah punggungnya di atas meja. Apa pulak akal Tengku Zahran kali ini? Dahlah orang tengah serabut dengan Plan B yang macam tak menjadi. Dia pula nak buat pasal!

“Tak baik tau duduk atas meja. Nanti tumbuh bisul. Punggung pun besar meja”. Tengku Zahran Ketawa lalu terus berdiri.  Sudah lama dia tidak mendengar perumpamaan orang dulu-dulu. `Tumbuh bisul’ adalah perumpamaan yg paling biasa dan kerap di dengar. Cuma perumpamaan `punggung besar meja’ belum pernah Tengku Zahran dengar sebelum ini. Sound’s funny. Ada ke patut punggung besar meja? Macam mana rupanya tu? Tak dapat nak dibayangkan.

Ain sudah selesai mengemas mejanya. Dia hendak membuka laci pula. Ada benda yang nak dikeluarkan daripada laci itu.

“Encik,tolong tepi sikit boleh tak? Saya nak ambik barang”. Tengku Zahran berganjak sedikit. Memberi ruang kepada Ain untuk membuka laci mejanya. Matanya tumpang sekaki melihat `barang’ yang dimaksudkan itu. Bukan apa, sekali sekala nak menyibuk apa salahnya. Jangan cik adik ni keluarkan benda yang bukan-bukan sudah. Alah..benda yang menjadi rahsia semua golongan hawa. Faham-faham ajelah. Andainya sangkaan ini benar, kalau tak aku..dialah yang akan merah muka. Bibir Tengku Zahran pantas mengukir senyuman melihat `barang’ yang dikeluarkan. Oh nak ambik handbag dan handphone rupanya. Ingatkan nak ambik menatang apa. Fuhh..lega!

“Jomlah balik”. Tukas Tengku Zahran. Masih berusaha untuk memujuk Ain agar pulang bersamanya.

“Encik..kan saya dah kata saya bo…”.

“Cik Ain sayang..serius saya cakap..kat kawasan ni memang susah nak dapat bas atau teksi waktu-waktu begini. Kalau ada pun lambat. Silap haribulan lepas Isyak baru Cik Ain sampai ke rumah”. Tengku Zahran saja menambah perisa untuk memastikan taktiknya berjaya. Memang benar sukar untuk mendapat perkhidmatan kenderaan awam after office hour tapi takdelah sampai lepas isyak baru nak terpacak depan rumah. Setakat duduk di Pulau Pinang, bukannya besar mana. Pi mai pi mai tang tu je! Nak mengharungi masalah jam di Pulau Mutiara ini, taklah mengambil masa berjam-jam lamanya. Penang bukannya macam kat KL. Memanjang sesaknya. Apapun yang sebenarnya, Tengku Zahran tidak pernah sekali pun menaiki kenderaan awam ke tempat kerja. Buat apalah koleksi kenderaan berderet keliling rumah kalau tak digunakan. Takkan nak dibuat pameran.

Ain mencebik. Pelik betul dengan mamat korporat seorang ni. Bila dah serius..serius sangat tapi bila dah keluar perangai poyonya, macam dah tinggal setengah tiang pun ada. Semasa mesyuarat tadi, bukan main lagi dihadapan Tengku Zawawi. Sama seperti Tengku Zahrin. Tiada senyuman. Tiada gurauan. Kesungguhan dan komitmen yang tinggi jelas ditunjukkan oleh kedua putera Tengku Zawawi. Mungkin begitulah cara mereka berkerja. Tekun, disiplin dan fokus terhadap kerja menjadi perkara yang paling utama. Hal lain semuanya tolak ke tepi. Sebab itulah mereka tak kahwin-kahwin lagi. Tak sempat nak fikir agaknya.     

“kalau saya tak nak?”. Ain mula berdegil.

“Nak saya dukung awak? Saya tak kisah kalau awak nak”. Kan dah agak! Mulalah tu nak buang tabiat.

“Encik ni teruklah. Senonoh sikit boleh tak?”. Pecah berderai ketawa Tengku Zahran melihat wajah kelat Ain.

“Saya senonohlah ni tapi Ain tu yang degil sangat. Nak ajak balik pun susah. Nak tidur kat ofis ni gamaknya?”. Perli Tengku Zahran. Seronok menyakat si gadis manis itu. Lagipun saja nak buat screen test sikit. Nak tengok sejauh mana tahap garangnya.

Muncung Ain sudah panjang sedepa. Meluat dengan sikap Tengku Zahran. Ada-ada aje idea nak mengenakannya. Memang sah confirm tak senonoh betul bos aku yang satu ni! Makin dilayan makin menjadi!

“Dahlah. Encik ni mengada-ngadalah. Jomlah balik”. Ain memilih untuk beralah. Malas dia hendak memanjang-manjangkan cerita. Lebih baik balik saja. Kalau terus dilayan, silap haribulan Ain yang akan bengkak kepala dan sakit jiwa. Mendengar jawapan dan idea yang bukan-bukan.

Tengku Zahran pantas mengukir senyuman. Misi berjaya akhirnya!


3 comments: