Thursday 5 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 12


Sebaik saja kereta Ferrari Tengku Zahran meluncur keluar meninggalkan bangunan pejabat, suasana di dalam kereta itu menjadi sunyi dan sepi. Seolah-olah kereta itu bergerak sendiri tanpa penghuni. Ain terus membisu melayani perasaan. Manakala Tengku Zahran sudah mula menjana idea untuk memecah kesunyian.

“Ain..”. Tengku Zahran mengerling gadis yang duduk di sisinya. Tiada jawapan. Ish tidur ke?
Tengku Zahran mengerling lagi. Namun dia tidak dapat melihat wajah Ain kerana wajah itu menghadap ke luar tingkap.  Tengku Zahran gelisah. Dia tidak mahu gadis di sisinya terlena. Dia ingin terus berbicara. Kebisuan yang melanda membuatkan dia terus diburu resah. Sesungguhnya kesepian itu satu penyeksaan. Chewah, macam pujangga pulak rasanya!

“Ain”. Lembut dia memanggil nama gadis itu. Masih tiada jawapan. Tengku Zahran hampa. Kereta Ferrari bergerak pantas hingga berhenti di lampu isyarat. Perlahan-lahan Tengku Zahran menghampiri Ain yang tidak berkutik. Dia ingin memastikan sama ada gadis itu benar-benar sudah terlena atau pun tidak. Ish, agaknnya Ain ni dok melamun puteri impian kut, getus hati kecilnya.

Sedari tadi Ain melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Fikirannya jauh menerawang entah ke mana. Sungguh dia tidak sedar namanya sudah dipanggil berkali-kali. Sedang dia ralit memerhati, tiba-tiba terasa desah nafas menyapa telinga kanannya. Seterusnya mematikan lamunannya. Ain segera berpaling.

“Arrrggghhh”. Ain menjerit terperanjat. Terkejut melihat wajah Tengku Zahran begitu hampir dengan wajahnya. Tengku Zahran tersentak. 

“Hei..awak..ni sayalah”

“Encik nak buat apa kat saya? Encik nak ambik kesempatan eak?”

“Ish awak ni..mana ada. Saya cuma nak pastikan awak dah sampai ke bulan ke belum itu aje?”. Tengku Zahran berlagak tenang. Walaupun dihati dia sudah mula rasa debaran. Dalam masa yang sama dia juga rasa bimbang. Bimbang kalau Ain berburuk sangka terhadapnya.

“Saya tak naik ke bulanlah. Tak pas pun ujian macam datuk Sheikh Muszaphar“. Nada suara Ain mula meninggi. Gila ke apa nak tidur dalam kereta mamat ni? Nak cari nahas? Dibuatnya celik mata nanti aku terpandang signboard `welcome to Thailand’..hah tak ke haru? Lelaki bukannya boleh dipercayai sangat. Tengoklah tu..belum apa-apa dah nak buat pasal.

“Habis tu kenapa saya panggil berkali-kali awak tak jawab. Saya ingatkan awak dah lena?”

“Saya tak lenalah”. Ain membentak.

“Habis tu kalau tak lena Ain buat apa? Berangan eak?”. Tengku Zahran sudah masuk mood mengusik. Dia lebih suka suasana begitu daripada membiarkan Ain terus membisu.

“Mana ada. Saya tak beranganlah”. Ain terus membentak. Cuba menegakkan benang yang basah.

Lampu isyarat bertukar warna. Kereta Ferarri itu bergerak semula.

“Awak marah ke?”. Tengku Zahran cuba nak memujuk.

“Muka saya ada macam orang nak ketawa ke? Tengok ni”. Ain meletakkan jari telunjuk kanannya ke wajahnya yang mulus. Tengku Zahran segera menoleh. Meletus ketawa Tengku Zahran melihat wajah Ain yang sedang marah. Kelihatan comel saja wajah itu walaupun terasa ada gunung berapi nak meletup.

“Kenapa encik ketawa? Saya buat lawak ke?”. Ain mula bengang.

Seriously..you look so sweet kalau marah Ain”. Tengku Zahran tersenyum manis.

Ain berpeluk tubuh. Dadanya berombak kencang menahan rasa geram, marah dan gemuruh. Insiden sebentar tadi benar-benar membuatkan jantungnya berhenti seketika. Tengku Zahran memang mengada-ngada.  

“Awak..saya nak minta maaf atas apa yang berlaku tadi dan apa yang telah berlaku sepanjang hari ini. Demi Allah, saya takde niat yang tak baik pada awak dan saya takde niat nak ambik kesempatan pun”. Luah Tengku Zahran setulus hati.

“Iyelah tu. Lelaki semua sama aje. Suka nak ambik kesempatan”. Ain menjeling Tengku Zahran.

Tiba-tiba kereta yang dipandu laju itu berhenti di bahu jalan. Ain tersentak. Apa pulak yang nak dibuat oleh Tengku Zahran kali ini? Ain mula berdebar-debar.

Tengku Zahran berpaling menghadap Ain. Wajah mulus yang kelihatan takut itu ditatapnya seketika. Simpatinya menggunung melihat Ain ketakutan begitu. Teruk sangatkah aku ni? Aku perlu lakukan sesuatu untuk membuang tanggapan negatif Ain terhadapku..

“Ain, saya betul-betul ikhlas untuk meminta maaf atas semua yang telah berlaku. Jujur saya akui, saya memang tak berniat walau sebesar zarah pun untuk mengambil kesempatan ke atas awak. Kalau saya nakkan awak, saya akan ambik dengan cara yang baik berlandaskan hukum Islam. Saya takkan sesekali ambik sesuatu yang bukan menjadi hak saya. Ain fahamkan?”. Ain mengangguk pantas. Lidahnya kelu. Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Zahran. Aku bermimpikah? Tidak aku tak bermimpi. Tapi adakah aku benar-benar faham apa yang telah dikatakan oleh Tengku Zahran? Ah, sistem sarafku sudah terhenti rasanya!

“Ain sudikan maafkan saya?”. Tengku Zahran merenung tajam ke arah Ain. Bibirnya mengukir senyuman. Ain terkedu. Mahu saja dia pengsan melihat senyuman dan pandangan tajam itu. 

“Okey, maaf diterima”. Ain menjawab satu persatu.

“Awak masih marah lagi ke?”

“Tadi adalah sikit tapi memandangkan Encik dah minta maaf..sekarang dah tak ada but…next time..please behave”. Tengku Zahran tergelak kecil. Tak menyangka gadis ini berani memberi amaran kepadanya. Kedengaran seperti amaran Tsunami saja! Maknanya jika tak kena gaya, ribut tsunami pasti akan melanda. Wow..perlu ambil langkah berjaga-jaga!


“Betul tak marah?”. Ain mengganguk.

“Okey, kalau tak marah..jom saya bawa awak ke satu tempat?”. Tengku Zahran sudah mula menekan pedal minyak. Kereta  Ferrari itu meluncur laju semula.

“Eheh..Encik nak ke mana ni?”. Ain sudah mula panik. Melihat kereta itu sudah masuk ke arah simpang yang entah nak ke mana?

Coffee break”. Tengku Zahran jawab selamba. Senyuman manis dihadiahkan buat tuan puteri di sisi.

“Hah? Tapi saya nak balik”. Ain mula rasa tidak puas hati. Tengku Zahran suka mengambil keputusan mengikut kehendak hatinya.

“Saya tau Ain nak balik tapi takdelah rush sangatkan?”. Tengku Zahran memulangkan kata-kata Ain di dalam bilik pejabat tadi. Bibir Tengku Zahran terus mengukir senyuman. Ain terkedu. Mendengar jawapan dan senyuman itu. Arghh..boleh kena sawan dibuatnya.

“Encik..nanti mama saya risau kalau saya balik lambat”. Ain cuba berdalih. Ingin menolak kemahuan Tengku Zahran. Saja mencuba nasib. Mana tau alasan ini boleh diterima?

“Kalau macam tu..nah ambik handphone ni”. Tengku Zahran menyerahkan IPhone5 berwarna hitam kepada Ain.

“Hah? Saya nak buat apa dengan handphone Encik ni?”. Ain terpinga-pinga menyambut Iphone5 milik Tengku Zahran.

“Tangkap gambar”.

“Hah?”

“Cik Ain sayang..tadi awak kata awak takut mama awak risau. Now dah ada handphone kat tangan..calllah mama awak. Bagitau mama awak yang awak still in a good shape”. Tengku Zahran tersenyum sinis. Suka hatinya melihat wajah Ain yang sudah mula mencuka. Ain pantas menyerahkan semula IPhone5 itu kepada tuannya. Karang ada jugak Iphone5 orang yang kena humban ke luar tingkap. Baru padan dengan muka.

“Encik..saya ada handphone sendirilah. Saya boleh call mama saya guna handphone sendiri”. Ain bengang.  Kata-kata Tengku Zahran membuatkan dia rasa ingin mencekik pangkal leher lelaki itu.  Biar Tengku Zahran sukar untuk bernafas. Macam ikan kekurangan oksigen. 
“Kenapa tak call?”

“Tak payahlah. Janji encik hantar saya balik sebelum maghrib sudah”. Ain sudah malas nak memanjangkan cerita. Lagi banyak bercakap lagi banyaklah nanti dia yang terkena. Lebih baik diam saja. Tengku Zahran sememangnya punya niat untuk membalas dendam.  Jadi, jangan sesekali diberi peluang.

 Okey, don’t worry. Saya akan pastikan Ain selamat sampai kat depan pintu rumah sebelum maghrib nanti”. Tengku Zahran mengenyit mata. Ain tersentak lalu membetulkan duduknya. Dia sudah tidak betah berada di sisi Tengku Zahran. Punggungnya sudah terasa panas. Perjalanan dirasakan terlalu lama. Walaupun pemandu kereta ini sudah seperti adik-beradik Fernando Alonso dan sepupu Micheal Schumacher. Ain tetap rasa kereta itu bergerak seperti siput saja. Kat manalah dia nak `coffee break’ ni sebenarnya? Kat KL agaknya? 

Kereta Ferrari yang meluncur laju itu akhirnya tiba di sebuah restoran eksklusif yang menyajikan makanan dari negara-negara  Timur Tengah. Yeah, lega! Sampai jugalah akhirnya!


2 comments: