Wednesday 4 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 9


Ain menapak masuk perlahan-lahan ke ruang bilik yang telah disediakan untuknya. Bilik sederhana besar  itu menempatkan sebuah meja kayu berkemasan mahogany beralaskan kaca dipermukaannya, kerusi pejabat berwarna merah dan satu set komputer serba hitam. Di sebelah kanan bilik itu jika diamati terdapat kabinet siap pasang yang dibina `wall to wall’ juga mengabungkan kedua-dua warna hitam dan merah. Yesmy favourite colour. Gabungan merah dan hitam. Macam gabungan aku dengan boslah pulak. Hihihi..perasan!

Ain memerhati ke segenap ruang bilik. Warna putih menguasai keseluruhan dinding di bilik itu. Gabungan ketiga-tiga warna putih, merah dan hitam menampilkan gaya moden kontemporari. Berbeza dengan seluruh ruang yang ada di tingkat itu yang menampilkan gaya klasik mewah. Kelihatannya bilik ini seperti baru diwujudkan kerana segalanya yang ada di bilik itu kelihatan masih lagi baru.

Ain menghampiri cermin tingkap yang terletak di belakang tempat duduk yang disediakan untuknya. Cantiknya pemandangan laut memukau mata memandang. Nun jauh di seberang laut kelihatan gah berdiri bangunan Komtar dan bangunan-bangunan lain yang menjadi pendampingnya. Betapa indahnya pemandangan di pulau itu. 

“Awak suka bilik ni”. Tiba-tiba satu suara kedengaran menyapa dari arah belakang. Ain berpaling. Kelihatan seorang lelaki kacak sedang berdiri tersenyum di hadapannya. Siapakah lelaki ini? Melihat gaya penampilannya, sudah tentu dia bukan budak pejabat atau staf biasa di ofis ini. Ain mengangguk.

“Suka sangat. Simple but smart”. Ain meluahkan pandangannya. Karang kalau cakap tak suka macam orang tak tau bersyukurlah pulak! Lelaki itu masih setia mengukir senyuman. Senyumannya cukup menawan. Jujur Ain akui, senyuman lelaki ini tersangatlah sweet sekali. Makan rendang di Pekan Baling, sekali pandang mau berguling! Tanyalah kepada mana-mana perempuan, makcik-makcik dan nenek tua sekali pun pasti akan memberi jawapan yang sama. 

“Cantikkan pemandangan kat luar sana tu?”. Lelaki itu melemparkan pandangannya ke arah tingkap.

“Ya, memang cantik. Saya suka sangat tengok pemandangan sebegini. Rasa tenang dan mendamaikan”. Dia turut mengalihkan pandangannya ke arah yang sama. Tengok deretan bangunan yang tumbuh bak cendawan pun boleh dikira mendamaikan?  A’ah..damailah sangat! Kalau nak diikutkan  aku ni dah macam terperangkap dalam hutan batu.

Really?”. Perlahan suara lelaki itu kedengaran romantik sekali.
“Ya. Ini satu terapi minda juga tau”. Ain mengiakan kata-katanya. Wah..macam bagus punya konsultan!
“Terapi minda?”. Lelaki itu memandang wajahnya. Ain mengangguk tersenyum.
“Terapi minda untuk mengurangkan stress”. Ain membalas pandangan lelaki itu. Lelaki itu mengangguk dan terus menerus mengukir senyuman. Alahai manisnya senyuman! Tiba-tiba Ain teringat lagu Manisnya Senyumanmu nyanyian kumpulan Elite yang pernah popular sekitar pertengahan tahun 90-an.

Oh..manisnya
Manisnya senyumanmu
Ku rasa satu dunia
Sudah mengerti perasaanku ini
Mengapa oh mengapa
Tidak kau sedar ku mendamba…

Ain berpaling. Nafasnya ditarik sedalamnya dengan penuh perasaan. Seolah-olah dia sedang menyedut udara segar di tepi pantai. Sekali sekala berangan apa salahnya! Lelaki itu terkesima. Kata-kata dan tingkah laku Ain bagai mengundang satu perasaan halus dijiwanya. Perasaan halus yang datang bersama ketenangan dan kedamaian. Perasaan yang belum pernah dirasai sebelum ini bila berhadapan dengan mana-mana gadis. Lelaki itu terus mengukir senyuman. Ain melihat terpaku. Alahai..murah betul senyuman lelaki itu!

“Saya harap pemandangan kat luar tu tidak akan terus melalaikan awak dalam menjalankan tugas”. Tiba-tiba suara Tengku Zahran memecah masuk. Ain dan lelaki itu segera berpaling. Tiada segaris senyuman pun kelihatan di wajah Tengku Zahran. Tampak serius saja wajah itu. Lelaki yang seorang ini memang agak kedekut dengan senyumannya. Macamlah senyum itu kena bayar dengan duit. Kenapalah bos aku ini tidak seperti Encik Senyum yang ada di sebelah ini? Senyumnya tak payah diminta. Memang pemurah. 

“InsyaAllah saya tak akan lalai dalam menjalankan tugas saya”. Tutur Ain lembut. Setakat ni takdelah rasa macam fius nak tercabut. Takde kerja asyik nak mengadap laut sepanjang masa. Ain diam. Dia tahu dia kini berhadapan dengan majikannya. Seharusnya dia menjaga tutur bicaranya. Majikan perlu dihormati dan dipatuhi selagi tidak melangkaui batasnya.

“Amboi..seriusnya. garangnya bos..”. Lelaki itu mengusik Tengku Zahran. Tengku Zahran pantas mengukir senyuman. Hah..pandai pun senyum. Takdelah nampak muka buruk sangat.

“Dah berkenalan belum?”. Tengku Zahran mengerling sekilas ke arah Ain.  Wajah lelaki di sisi Ain di tatapnya dengan senyuman.

“Nak berkenalan macam mana? Ada orang tu awal lagi dah potong line. Belum sempat nak tanya apa-apa orang tu dah terpacak depan kita. Nak spot checklah tu”. Kata-kata sindiran itu membuat Tengku Zahran ketawa. Lelaki itu juga turut ketawa. Ain sekadar tersenyum. Rasa pelik dan janggal apabila diri diapit oleh dua jejaka tampan terhangat di pasaran. Kalau ditanya siapa yang lebih kacak? Ain tiada jawapannya kerana kedua-duanya punya daya tarikan tersendiri. Jika hendak dibandingkan dari segi ketinggian, keduanya lebih kurang sama. Warna kulit juga sama. Senyuman? Walaupun Encik Senyum mempuyai daya tarikan pada senyumannya, Tengku Zahran juga tidak ada kurangnya apabila dia mengukir senyuman. Hahaha..saja nak puji sikit. Kembang bos aku kalau dia tahu aku fikir macam tu!

“Ain..kenalkan..ini kakanda saya, Tengku Zahrin Darwisy. He’s also your boss and still..bachelor. So, please be careful..”. Tengku Zahrin membuntangkan mata. Kemudian pecah berderai ketawa Tengku Zahrin mendengar cara dia diperkenalkan. Ada-ada je Angah ni. Cemburulah tu!

Ain terlopong. Hampir saja ternganga mulutnya mendengar penjelasan itu. Dia sudah mengagak. Lelaki ini bukan sembarangan orang. Cuma tadi dia langsung tidak terfikir tentang pertalian darah kedua beradik itu. Nasib baiklah dia belum lagi terlepas cakap yang bukan-bukan. Kalau tidak di manalah dia nak sorokkan muka? Dalam laci meja agaknya!

He’s also bachelor. Jadi Ain pun kena be careful jugak dengan bos Ain yang seorang ni. Dia ni spesies crocodile tau”. Giliran Tengku Zahran pula membuntang mata. Ini sudah lebih! Keterlaluan betul Along aku ni! Adakah patut aku dikatanya lelaki buaya? Kalaulah Ain ni percaya..ni dah jadi kes naya. Sah dia akan label aku dengan gelaran itu selamanya! 
Tengku Zahrin terus ketawa. Bukan dia tidak tahu membaca riak muka Tengku Zahran. Benganglah tu! Tulah siapa suruh cari pasal! Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Amboi..amboi sedapnya Along mengata!”. Tengku Zahran sudah bercekak pinggang.

“Sekali sekala apa salahnya”. Tengku Zahrin jawab selamba. Langsung tidak ada rasa bersalah.  

“Banyaklah Along punya sekali sekala. Kalau orang kat sebelah kita ni percaya..tak ke haru jadinya? Buat malu je Along ni?”. Tengku Zahran membuntang matanya memandang Tengku Zahrin yang tak habis-habis ketawa. Wajah Ain dikerling sekilas dengan ekor matanya.

Ain tergelak kecil. Faham akan maksud Tengku Zahran yang mengaitkan dirinya. Melihat kemesraan kedua beradik ini membuatkan dia rasa gembira dan selesa. Tidak sukar berkomunikasi dengan majikan seperti mereka. Cuma Ain tertanya-tanya, mengapa kedua jejaka tampan ini masih belum berpunya? Sedangkan mereka punya pakej yang lengkap. Kacak, kaya dan bergaya. Tak ada ke orang yang berkenan? Atau mereka ini yang memilih sangat? Hailah..jual minyak tak laku agaknya!

“Sejak bila pula Angah ni pandai malu?”. Tengku Zahrin menyakat. Pemalulah sangat!

“Alonggg…”. Suara Tengku Zahran sudah naik satu oktaf. Pecah berderai lagi ketawa Tengku Zahrin.

“Okay..okay. Sorry, sorry!”. Tengku Zahrin mengangkat kedua belah tangan tanda surrender. Ain dan Tengku Zahran tergelak sama.

“Okay, ketawa..ketawa jugak tapi jangan lupa meeting kita dengan bos besar sekejap lagi”. Tengku Zahrin mengingatkan. Sengaja ditekankan perkataan `Bos Besar’ di hadapan Ain dan Tengku Zahran.

“Bos besar?”. Ain memandang Tengku Zahrin dengan kerut di dahi.

“Ayahanda kita berdua..Tengku Zawawi Darwisy my dear”. Tengku Zahran memandang Ain dengan senyuman. Ada riak nakal pada senyuman itu. Tengku Zahrin terpempan. Kagum Tengku Zahrin dengan sikap selamba Tengku Zahran. Boleh pulak dia mengungkapkan gelaran itu. Macam dah kenal lama. Bukankah semalam baru berjumpa? Cepatnya mesra! Belasah jelah Angah! Jangan tuan puteri ni lari sudah!

Glupp! Ain menelan air liur kelat. Buntang matanya memandang Tengku Zahran. Wajahnya pantas bertukar kemerahan. Lelaki ini memang dah buang tabiat. Sewenang-wenangnya dia memanggil aku `my dear’ di hadapan abangnya. Macamlah aku ini buah hatinya. Tak senonoh betul!   

“Amboi..nampak gayanya tak lama lagi kita ni bakal jadi keluargalah ye..bos besar bertukar menjadi ayahanda”. Tengku Zahrin pula cuba mengusik. Belajar dari Angahlah ni!

 Wajah Ain yang putih gebu semakin ketara kemerahan. Ain mula rasa sebal dan geram. Kedua lelaki kacak ini tersangatlah kurang asam. Suka hati diorang saja nak mengenakannya. Mentang-mentanglah mereka berdua dan Ain seorang saja. Tak aci betul! Dua lawan satu. Mana adil. Takpe ada ubi ada batas…lain kali serang balas!

“Dahlah jom kita ke bilik mesyuarat. Kesian kat Ain. Merah padam dah muka. Macam udang kena bakar. Sikit lagi udang dah hangit”. Tengku Zahrin menamatkan seisi sembang pagi mereka pada hari ini. Kasihan dia melihat wajah mulus Ain yang sudah berubah warna.

“Tau takpe..”. Balas Ain selamba. Tengku Zahran dan Tengku Zahrin ketawa.

“Dah jom. Ain ikut kami. Kita ada projek baru nak dibincangkan bersama bos besar. Kali ni saya nak awak ambil alih tugas Iswaniza”. Tengku Zahran sudah memberi arahan.

okay”. Ain mengangguk faham. Segera dia mengambil beg tangan yang diletakkan di atas meja. Langkahnya diatur mengikut Tengku Zahran. 

Lady’s first”. Tengku Zahrin memberi laluan kepada Ain setibanya mereka di muka pintu. Gaya gentleman seorang lelaki.

Thank you”. Ain melangkah keluar meninggalkan bilik itu. Langkahnya diikuti oleh Tengku Zahrin sebelum mereka berjalan beriringan. Tengku Zahran telah pun meninggalkan mereka terlebih dahulu kerana dia ingin singgah sebentar di biliknya. Mengambil buku catatan dan beberapa dokumen penting yang masih ada di tangannya.




5 comments:

  1. Sangat best n awesome ;) senyum je bila bce novel nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Q very much mieyra_nur..insyaallah sy akn cuba utk mbuatkn mieyra_nur terus tersenyum selepas ini :-)

      Delete
  2. Replies
    1. insyaallah akn menyusul selepas ini..thanks a lot :-)

      Delete
  3. bila nk smbg lg??dah xsabar dah nie...:-)

    ReplyDelete