Ain menapak
masuk perlahan-lahan ke ruang bilik yang telah disediakan untuknya. Bilik
sederhana besar itu menempatkan sebuah
meja kayu berkemasan mahogany
beralaskan kaca dipermukaannya, kerusi pejabat berwarna merah dan satu set
komputer serba hitam. Di sebelah kanan bilik itu jika diamati terdapat kabinet
siap pasang yang dibina `wall to wall’ juga mengabungkan kedua-dua warna hitam
dan merah. Yes…my favourite colour. Gabungan merah dan hitam. Macam gabungan aku
dengan boslah pulak. Hihihi..perasan!
Ain memerhati ke
segenap ruang bilik. Warna putih menguasai keseluruhan dinding di bilik itu.
Gabungan ketiga-tiga warna putih, merah dan hitam menampilkan gaya moden
kontemporari. Berbeza dengan seluruh ruang yang ada di tingkat itu yang
menampilkan gaya klasik mewah. Kelihatannya bilik ini seperti baru diwujudkan
kerana segalanya yang ada di bilik itu kelihatan masih lagi baru.
Ain menghampiri
cermin tingkap yang terletak di belakang tempat duduk yang disediakan untuknya.
Cantiknya pemandangan laut memukau mata memandang. Nun jauh di seberang laut
kelihatan gah berdiri bangunan Komtar dan bangunan-bangunan lain yang menjadi
pendampingnya. Betapa indahnya pemandangan di pulau itu.
“Awak suka bilik
ni”. Tiba-tiba satu suara kedengaran menyapa dari arah belakang. Ain berpaling.
Kelihatan seorang lelaki kacak sedang berdiri tersenyum di hadapannya. Siapakah
lelaki ini? Melihat gaya penampilannya, sudah tentu dia bukan budak pejabat
atau staf biasa di ofis ini. Ain mengangguk.
“Suka sangat. Simple but smart”. Ain meluahkan
pandangannya. Karang kalau cakap tak suka macam orang tak tau bersyukurlah
pulak! Lelaki itu masih setia mengukir senyuman. Senyumannya cukup menawan.
Jujur Ain akui, senyuman lelaki ini tersangatlah sweet sekali. Makan rendang di Pekan Baling, sekali pandang mau
berguling! Tanyalah kepada mana-mana perempuan, makcik-makcik dan nenek tua
sekali pun pasti akan memberi jawapan yang sama.
“Cantikkan
pemandangan kat luar sana tu?”. Lelaki itu melemparkan pandangannya ke arah
tingkap.
“Ya, memang
cantik. Saya suka sangat tengok pemandangan sebegini. Rasa tenang dan
mendamaikan”. Dia turut mengalihkan pandangannya ke arah yang sama. Tengok
deretan bangunan yang tumbuh bak cendawan pun boleh dikira mendamaikan? A’ah..damailah sangat! Kalau nak diikutkan aku ni dah macam terperangkap dalam hutan
batu.
“Really?”. Perlahan suara lelaki itu
kedengaran romantik sekali.
“Ya. Ini satu
terapi minda juga tau”. Ain mengiakan kata-katanya. Wah..macam bagus punya
konsultan!
“Terapi minda?”.
Lelaki itu memandang wajahnya. Ain mengangguk tersenyum.
“Terapi minda
untuk mengurangkan stress”. Ain membalas pandangan lelaki itu. Lelaki itu
mengangguk dan terus menerus mengukir senyuman. Alahai manisnya senyuman!
Tiba-tiba Ain teringat lagu Manisnya Senyumanmu nyanyian kumpulan Elite yang
pernah popular sekitar pertengahan tahun 90-an.
Oh..manisnya
Manisnya
senyumanmu
Ku
rasa satu dunia
Sudah
mengerti perasaanku ini
Mengapa
oh mengapa
Tidak
kau sedar ku mendamba…
Ain berpaling.
Nafasnya ditarik sedalamnya dengan penuh perasaan. Seolah-olah dia sedang
menyedut udara segar di tepi pantai. Sekali sekala berangan apa salahnya!
Lelaki itu terkesima. Kata-kata dan tingkah laku Ain bagai mengundang satu
perasaan halus dijiwanya. Perasaan halus yang datang bersama ketenangan dan
kedamaian. Perasaan yang belum pernah dirasai sebelum ini bila berhadapan
dengan mana-mana gadis. Lelaki itu terus mengukir senyuman. Ain melihat
terpaku. Alahai..murah betul senyuman lelaki itu!
“Saya harap
pemandangan kat luar tu tidak akan terus melalaikan awak dalam menjalankan
tugas”. Tiba-tiba suara Tengku Zahran memecah masuk. Ain dan lelaki itu segera
berpaling. Tiada segaris senyuman pun kelihatan di wajah Tengku Zahran. Tampak
serius saja wajah itu. Lelaki yang seorang ini memang agak kedekut dengan
senyumannya. Macamlah senyum itu kena bayar dengan duit. Kenapalah bos aku ini
tidak seperti Encik Senyum yang ada di sebelah ini? Senyumnya tak payah
diminta. Memang pemurah.
“InsyaAllah saya
tak akan lalai dalam menjalankan tugas saya”. Tutur Ain lembut. Setakat ni takdelah rasa macam fius nak tercabut. Takde kerja asyik nak mengadap laut
sepanjang masa. Ain diam. Dia tahu dia kini berhadapan dengan majikannya.
Seharusnya dia menjaga tutur bicaranya. Majikan perlu dihormati dan dipatuhi
selagi tidak melangkaui batasnya.
“Amboi..seriusnya.
garangnya bos..”. Lelaki itu mengusik Tengku Zahran. Tengku Zahran pantas
mengukir senyuman. Hah..pandai pun senyum. Takdelah
nampak muka buruk sangat.
“Dah berkenalan
belum?”. Tengku Zahran mengerling sekilas ke arah Ain. Wajah lelaki di sisi Ain di tatapnya dengan
senyuman.
“Nak berkenalan
macam mana? Ada orang tu awal lagi dah potong line. Belum sempat nak tanya apa-apa orang tu dah terpacak depan
kita. Nak spot checklah tu”.
Kata-kata sindiran itu membuat Tengku Zahran ketawa. Lelaki itu juga turut
ketawa. Ain sekadar tersenyum. Rasa pelik dan janggal apabila diri diapit oleh
dua jejaka tampan terhangat di pasaran. Kalau ditanya siapa yang lebih kacak?
Ain tiada jawapannya kerana kedua-duanya punya daya tarikan tersendiri. Jika
hendak dibandingkan dari segi ketinggian, keduanya lebih kurang sama. Warna
kulit juga sama. Senyuman? Walaupun Encik Senyum mempuyai daya tarikan pada
senyumannya, Tengku Zahran juga tidak ada kurangnya apabila dia mengukir
senyuman. Hahaha..saja nak puji sikit. Kembang bos aku kalau dia tahu aku fikir
macam tu!
“Ain..kenalkan..ini
kakanda saya, Tengku Zahrin Darwisy. He’s
also your boss and still..bachelor. So, please be careful..”. Tengku Zahrin
membuntangkan mata. Kemudian pecah berderai ketawa Tengku Zahrin mendengar cara
dia diperkenalkan. Ada-ada je Angah ni. Cemburulah tu!
Ain terlopong.
Hampir saja ternganga mulutnya mendengar penjelasan itu. Dia sudah mengagak.
Lelaki ini bukan sembarangan orang. Cuma tadi dia langsung tidak terfikir
tentang pertalian darah kedua beradik itu. Nasib baiklah dia belum lagi
terlepas cakap yang bukan-bukan. Kalau tidak di manalah dia nak sorokkan muka?
Dalam laci meja agaknya!
“He’s also bachelor. Jadi Ain pun kena be careful jugak dengan bos Ain yang
seorang ni. Dia ni spesies crocodile
tau”. Giliran Tengku Zahran pula membuntang mata. Ini sudah lebih! Keterlaluan
betul Along aku ni! Adakah patut aku dikatanya lelaki buaya? Kalaulah Ain ni
percaya..ni dah jadi kes naya. Sah dia akan label aku dengan gelaran itu
selamanya!
Tengku Zahrin
terus ketawa. Bukan dia tidak tahu membaca riak muka Tengku Zahran. Benganglah
tu! Tulah siapa suruh cari pasal! Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia
yang lebih.
“Amboi..amboi
sedapnya Along mengata!”. Tengku Zahran sudah bercekak pinggang.
“Sekali sekala
apa salahnya”. Tengku Zahrin jawab selamba. Langsung tidak ada rasa
bersalah.
“Banyaklah Along
punya sekali sekala. Kalau orang kat sebelah kita ni percaya..tak ke haru
jadinya? Buat malu je Along ni?”. Tengku Zahran membuntang matanya memandang
Tengku Zahrin yang tak habis-habis ketawa. Wajah Ain dikerling sekilas dengan
ekor matanya.
Ain tergelak
kecil. Faham akan maksud Tengku Zahran yang mengaitkan dirinya. Melihat
kemesraan kedua beradik ini membuatkan dia rasa gembira dan selesa. Tidak sukar
berkomunikasi dengan majikan seperti mereka. Cuma Ain tertanya-tanya, mengapa
kedua jejaka tampan ini masih belum berpunya? Sedangkan mereka punya pakej yang
lengkap. Kacak, kaya dan bergaya. Tak ada ke orang yang berkenan? Atau mereka
ini yang memilih sangat? Hailah..jual minyak tak laku agaknya!
“Sejak bila pula
Angah ni pandai malu?”. Tengku Zahrin menyakat. Pemalulah sangat!
“Alonggg…”.
Suara Tengku Zahran sudah naik satu oktaf. Pecah berderai lagi ketawa Tengku
Zahrin.
“Okay..okay.
Sorry, sorry!”. Tengku Zahrin mengangkat kedua belah tangan tanda surrender. Ain dan Tengku Zahran
tergelak sama.
“Okay,
ketawa..ketawa jugak tapi jangan lupa meeting
kita dengan bos besar sekejap lagi”. Tengku Zahrin mengingatkan. Sengaja
ditekankan perkataan `Bos Besar’ di hadapan Ain dan Tengku Zahran.
“Bos besar?”.
Ain memandang Tengku Zahrin dengan kerut di dahi.
“Ayahanda kita
berdua..Tengku Zawawi Darwisy my dear”.
Tengku Zahran memandang Ain dengan senyuman. Ada riak nakal pada senyuman itu.
Tengku Zahrin terpempan. Kagum Tengku Zahrin dengan sikap selamba Tengku
Zahran. Boleh pulak dia mengungkapkan gelaran itu. Macam dah kenal lama. Bukankah
semalam baru berjumpa? Cepatnya mesra! Belasah jelah Angah! Jangan tuan puteri
ni lari sudah!
Glupp! Ain
menelan air liur kelat. Buntang matanya memandang Tengku Zahran. Wajahnya
pantas bertukar kemerahan. Lelaki ini memang dah buang tabiat. Sewenang-wenangnya
dia memanggil aku `my dear’ di
hadapan abangnya. Macamlah aku ini buah hatinya. Tak senonoh betul!
“Amboi..nampak
gayanya tak lama lagi kita ni bakal jadi keluargalah ye..bos besar bertukar
menjadi ayahanda”. Tengku Zahrin pula cuba mengusik. Belajar dari Angahlah ni!
Wajah Ain yang putih gebu semakin ketara
kemerahan. Ain mula rasa sebal dan geram. Kedua lelaki kacak ini tersangatlah
kurang asam. Suka hati diorang saja nak mengenakannya. Mentang-mentanglah
mereka berdua dan Ain seorang saja. Tak aci betul! Dua lawan satu. Mana adil. Takpe ada ubi ada batas…lain kali serang
balas!
“Dahlah jom kita
ke bilik mesyuarat. Kesian kat Ain. Merah padam dah muka. Macam udang kena
bakar. Sikit lagi udang dah hangit”. Tengku Zahrin menamatkan seisi sembang
pagi mereka pada hari ini. Kasihan dia melihat wajah mulus Ain yang sudah
berubah warna.
“Tau takpe..”. Balas Ain selamba. Tengku
Zahran dan Tengku Zahrin ketawa.
“Dah jom. Ain
ikut kami. Kita ada projek baru nak dibincangkan bersama bos besar. Kali ni
saya nak awak ambil alih tugas Iswaniza”. Tengku Zahran sudah memberi arahan.
“okay”. Ain mengangguk faham. Segera dia
mengambil beg tangan yang diletakkan di atas meja. Langkahnya diatur mengikut
Tengku Zahran.
“Lady’s first”. Tengku Zahrin memberi
laluan kepada Ain setibanya mereka di muka pintu. Gaya gentleman seorang lelaki.
“Thank you”. Ain melangkah keluar
meninggalkan bilik itu. Langkahnya diikuti oleh Tengku Zahrin sebelum mereka
berjalan beriringan. Tengku Zahran telah pun meninggalkan mereka terlebih
dahulu kerana dia ingin singgah sebentar di biliknya. Mengambil buku catatan
dan beberapa dokumen penting yang masih ada di tangannya.
Sangat best n awesome ;) senyum je bila bce novel nie...
ReplyDeletethanks Q very much mieyra_nur..insyaallah sy akn cuba utk mbuatkn mieyra_nur terus tersenyum selepas ini :-)
Deletebest ....sambunglah lagi tq.
ReplyDeleteinsyaallah akn menyusul selepas ini..thanks a lot :-)
Deletebila nk smbg lg??dah xsabar dah nie...:-)
ReplyDelete