Sunday 8 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 13


“Ain nak minum apa?”. Soal Tengku Zahran sebaik sahaja seorang pelayan tiba di meja mereka.

“Ice lemon tea kurang ais”

“Ain..kat sini pizza dia sedap tau. Kita makan pizza nak tak?”. Cadang Tengku Zahran. Ain di hadapannya dipandang dengan senyuman manis. Senyuman penuh mengharap sebenarnya. Mengharap Ain sudi makan bersamanya. Nak makan pizza tak mainlah makan sorang-sorang. Setakat sepotong dua tahanlah lagi, tapi kalau dah sebekas..jenuh jugak nak menelan.

“Saya ikut je”. Tengku Zahran menarik nafas lega. Hatinya mula berbunga mendengar jawapan itu. Entah mengapa dia berasa begitu teringin untuk menikmati pizza kegemarannya bersama si gadis berbaju merah itu.  

“Nak makan nasi Arab tak? Kat sini nasi Arabnya pun sedap tau. Kita order nasi arab sekali nak?”. Tengku Zahran membuat tawaran lagi. Ain terlopong. Tengku Zahran dihadapannya direnung seketika. Nak memastikan sama ada Tengku Zahran ini adalah spesies jin atau manusia. Banyaknya dia nak makan? Ingat perut dia tu macam stokin? Boleh sumbat banyak-banyak agaknya. 

“Encik..kita ni nak makan ke nak melantak? Banyaknya encik nak makan? Dahlah pizza..nasi arab pulak? Boleh ke habis semua tu?”. Tengku Zahran tergelak mendengar pertanyaan itu. Memang dia dah agak. Gadis itu pasti akan berkata sesuatu. Sebenarnya dia hanya ingin menguji sama ada Ain akan tetap menurut kehendaknya atau sebaliknya. Baginya makan pizza sudah cukup memadai. Nasi Arab boleh cuba lain kali. Masih ada banyak masa lagi. Hati Tengku Zahran sudah mula tersenyum riang.

okay, kita makan pizza jelah ye. Saya teringin nak makan pizza”. Ain sekadar mengangguk. Setuju dengan keputusan itu.

Setelah selesai membuat pesanan, pelayan itu pun berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Ain..”

“Ya..”

“Esok pagi saya datang jemput Ain kat rumah ye”. Ain tersentak. Bulat matanya memandang Tengku Zahran. Nak jemput aku? Biar betul. Takkan majikan nak  jadi driver pulak! Ahyaa..sudah tukar ka? Wajib nanti orang kata aku dah baca mandrom power punya sampai bos sanggup jadi driver. Oh, tidak! Hati kecil Ain minta ampun dengan permintaan putera raja didepannya

“Eh, tak payahlah encik susah-susah. Saya boleh naik bas saja”.

“..dan lepas tu Ain tangkap gambar lagi kat stesen bas tu seperti pagi tadi?”. Muncung Ain sudah panjang sedepa. Tengku Zahran tak habis-habis lagi nak mengenakannya. Tak aci betul. Kita kenakan dia sekali tapi dia balas berkali-kali.

“Ain, esok ikut saya  kalau tak..”

“Kalau tak encik nak buat apa?”. Ain sudah mula nak tunjuk belang.

“Kalau tak..saya akan bagi Ain guna kereta saya untuk pergi ke pejabat. Saya akan hantar kereta tu kat rumah Ain malam ni jugak. nak?”. Kalau dah namanya bos memang suka memberi arahan. Langsung tak bagi anak buah membuat pilihan. Kejam sungguh bos-bos yang tak tau nak jaga hati anak-anak buahnya.

“Kereta encik..yang mana? Kereta mini yang dah kemik macam tin biskut tu ke?”.

“Nope. Ain nak kereta apa? Porsche? Harrier? CRV? BMW? Estima? Wish? Atau Ain nak bawa kereta Ferrari saya tu..saya tak kisah kalau Ain nak bawa?”.

“Astafirullahalazim…banyaknya kereta. Encik ni buka kedai kereta ke?”. Ain menepuk kepalanya dengan sebelah tangannya. Tengku Zahran tergelak kecil. Lucu melihat reaksi Ain begitu. Nampak comel dan bersahaja.

“Kalau saya bawa kereta encik lepas tu saya langgar tiang macam mana?”.

“Saya akan tukar dengan kereta yang baru untuk Ain”

“Kalau saya langgar lagi tiang lepas tu?”

“Saya akan ganti lagi dengan kereta yang lain”

“Kalau saya langgar divider pulak macam mana?”

“Saya akan ganti dengan bumper car pulaklah lepas tu..yang tu Ain boleh guna untuk langgar mana-mana je tempat yang Ain suka. Okay?”. Ain tunjuk muka geram. Dalam masa yang sama nak tergelak pun ada. Tak sangka Tengku Zahran ni loyar buruk juga orangnya. Ingatkan dia hanya tahu bekerja semata-mata.  Belum pun sempat Ain bersuara, pelayan itu telah datang membawa menu yang dipesan.

Okay, this is for you my dear”. Tengku Zahran meletakkan sepotong pizza ke pinggan Ain. My dear? Ya, Allah rasanya cik jantung aku ni dah nak melompat keluarlah!

Thank you”. Ain tersenyum memandang Tengku Zahran. Okay Ain sabar, tarik nafas,cool, this is for you okay. Jangan pengsan Ain!
                                                                                                                        
“Jom kita makan. Sempena meraikan pengistiharan kita berdamai”.

“Bila masa kita berperang?”.

 “Tadi. Dalam kereta. Tak ingat? Ada orang tu marah sampai naik pucat muka dia”. Ain menjegilkan matanya. Faham Tengku Zahran menyindirnya. Tengku Zahran tergelak kecil. Ain tak habis-habis dengan wajah comelnya.

“Okay..okay. Sorry. Dah tak baik bertekak depan rezeki. Jom makan”. Ain dan Tengku Zahran terus menikmati pizza yang masih lagi hangat. Dan setiap kali pinggan Ain hampir kosong, Tengku Zahran akan segera meletakkan sepotong lagi pizza ke atas pinggannya. Wah, kalau asyik kena refill je, bila tahun nak habis makan ni? bertambah-tambahlah kg engkau Ain. Rosak program diet aku kalau selalu macam ni. Sabar jelah. Nak ambik hati bos punya pasallah ni. Lupakan dulu soal berat badan!

Mereka menikmati minum petang dengan suasana yang cukup tenang dan ceria. Tiada lagi rasa marah. Hilang lenyap tanggapan buruk Ain terhadap  Tengku Zahran. `Coffee break’ yang cukup menarik! 


4 comments:

  1. best cerita nie... updatelh lgi.... hehehehehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih byk byk kpd semua yg tlh sudi membaca dan memberi komen yg membakar lg semangat saya untuk terus menghasilkn yang terbaik. insyaallah saya akan update lg n3 yg terbaru secepatnya..teruskn mengikuti kisah TENGKU ZAHRAN DARWISY dan AIN FARAH selanjutnya..bunch of love :-)

    ReplyDelete