Saturday 28 September 2013

AIN FARAH INSYIRAH Aku Punya!!! Bab 16


Ain melihat hasil kerjanya yang telah siap itu sambil melangkah menuju ke bilik Tengku Zahran. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Senyum kerana berpuas hati dengan hasil kerjanya. Dihati Ain berdoa semoga tiada komen yang bakal diberikan oleh Tengku Zahran. Esok surat perjanjian itu akan bertukar tangan dengan klien baru dari negeri di bawah bayu.

“Siapa benarkan awak masuk ke sini hah?”. Kedengaran suara Tengku Zahran membentak. Ain tersentak. Langkahnya terus terhenti. Mujurlah dia belum lagi sampai ke muka pintu. Kelihatan pintu bilik Tengku Zahran terbuka. Ain merapatkan tubuhnya ke dinding. Dia tidak mahu Tengku Zahran menyedari kehadirannya. Rasanya waktu ini Tengku Zahran ada tetamu yang tidak diundang. Hatinya didesak oleh satu perasaan halus untuk mendengar perbualan itu.

“Darling..you janganlah nak marah-marah” satu suara manja kedengaran dari dalam bilik itu. Darling?? Wekkk..gelinya. Ain mencebik sendiri. Sah! Ini mesti spesies hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Buat malu kaum sejenis aje!

“Buat apa kau datang jumpa aku? Kenapa, dah takde ke lelaki yang nakkan kau?”. Ain menelan air liur kelat. Rasa tersekat di tengah kerongkong. Boleh tahan juga laser mulut Tengku Zahran kali ni. Inilah pertama kali Ain mendengar lelaki itu marah. Kecut juga perut Ain dibuatnya. Dia ni kalau jadi suami aku pastu marah-marah aku macam ni, mau juga aku lari sembunyi dalam almari. Eh, apa yang aku merepek ni!

“Darling..sampai hati you kata I macam tu. I susah payah tau datang ke sini semata-mata nak jumpa you. You tau tak I still sayangkan you?”. Rengek gadis itu manja.

“Pergi jahanam dengan sayang kau tu. Eh..kau tau tak? Ini pejabat bukannya tepi pantai atau taman bunga. Jangan nak buat drama kat sini!”. Marah Tengku Zahran semakin meluap-luap.

“Darling, sampai bila you nak macam ni? Sedarlah sikit. Farah Insyirah dah takde. You cubalah terima hakikat. Farah Insyirah tu takkan kembali kepada you sampai bila-bila pun”. Ain terpempan. Dadanya pantas berdegup kencang. Bukan saja kerana rengekan manja gadis itu membuatkan dia rasa begitu. Tetapi kerana nama yang telah disebutkan oleh gadis itu. Siapa Farah Insyirah? Kenapa aku rasa macam familiar aje dengan nama tu? Ah, kenapalah tika dan saat ini otakku tidak mampu untuk mengingati apa saja yang berkaitan dengan nama itu?

Don’t you dare to talk about Farah. Sekali lagi kau sebut nama Farah di sini..nahas kau aku kerjakan. Ingat Elina. Sekalipun perempuan cuma tinggal seorang saja di dunia ini, aku tetap takkan pilih kau. Lebih baik kau berambus sekarang”. Ain terlopong. Farah? Ya aku sudah ingat dengan nama itu. Dulu sewaktu aku mula menjejak kaki ke sini, penyambut tetamu di lobi dan Asilah memanggilku dengan nama itu. Siapa Farah sebenarnya? Mungkinkah dia kekasih Tengku Zahran? Tak mustahil tapi siapa pula Elina? Kenapa Tengku Zahran marah dan benci sangat dengan Elina? Huh..bermacam-macam persoalan bermain di fikirannya. Ain jadi penasaran.

Darlinggg..sampai hati you. I betul-betul sayangkan you tapi you layan I macam ni. Tak baik tau”. 

“Eh, kau faham tak? Aku kata berambuskan. Aku ada banyak kerja ni. Keluar!”. Tengku Zahran menengking gadis yang tak reti bahasa itu.

“Darling..lupakan Farah. I boleh gantikan tempat dia. Bagilah I peluang. I janji akan bahagiakan you. Please..”. Elina masih tidak mahu berputus asa untuk memenangi hati Tengku Zahran, Alang-alang sudah merempuh masuk ke bilik itu, Elina nekad tidak mahu pergi begitu saja.

Shut up! Jangan kau sebut lagi nama Farah dan jangan uji kesabaran aku Elina”. Kemarahan Tengku Zahran semakin hampir ke puncak.

“Darling..”

“I said get out. Sebelum aku hilang sabar baik kau keluar dari bilik ni sekarang jugak!”. Mendengar suara Tengku Zahran yang semakin berapi itu membuatkan Ain menapak perlahan untuk melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Ain sendiri tidak pasti sama ada dia patut melihat apa yang telah berlaku di bilik Tengku Zahran atau sebaliknya. Hatinya menghalang untuk dia mengambil tahu hal orang lain tetapi langkah kakinya tidak memperdulikan semua itu. Ain terdorong untuk melihat gadis bernama Elina. Akhirnya tanpa diduga Ain terpacak di muka pintu.

I said get out”. Suara Tengku Zahran memecah ruang bilik. Matanya sudah melihat Ain berdiri di muka pintu. Elina tersentak. Melihat wajah berang Tengku Zahran mengundang perasaan takut dihatinya. Tanpa sedar, air matanya sudah merembes membasahi pipi. Tengku zahran memang keterlaluan. Tergamak mengusirnya keluar dari bilik itu. Sedangkan dia bersusah payah untuk masuk ke bilik itu semata-mata ingin menemui orang yang dikasihinya.

“And you too..get out”. Tengking Tengku Zahran. Dia sudah tidak perasan dan tidak peduli siapa yang berada di hadapannya ketika itu. Hatinya benar-benar sakit bila Elina mengungkit soal Farah.
 Elina berpaling dan berlari laju ke muka pintu.

“Auchhh..!”. Ain bersuara sebaik saja Elina melanggar bahunya. Elina berpaling memandang Ain. Terlopong Elina sebaik saja memandang wajah itu.

“You…”. Wajah Elina kelihatan mulai pucat. Jasadnya terpaku seketika. Jari telunjuk kanan yang di tujukan ke wajah Ain terus membeku. Ain tersentak. Hairan melihat reaksi Elina yang tak ubah seperti orang terjumpa hantu di tepi jalan. Pandangan mata mereka bertaut tajam. Masing-masing saling diam tanpa berkutik. Ain melihat gadis di hadapannya dengan penuh kusyuk. Boleh tahan juga orangnya. Kalau nak digandingkan dengan Tengku Zahran memang sepadan. Cantik memang cantik. Macam supermodel. Cuma kecantikan itu telah hilang aslinya. Nampak plastik saja.

Tengku Zahran turut tersentak. Baru dia sedar akan kehadiran Ain di situ. Sejenak Tengku Zahran berfikir. Bukankah dia yang telah menengking gadis itu sekali dengan Elina sebentar tadi. Ah, sudah!

“Huh..!”. Tengku Zahran menepuk dahi. Apa sudah jadi ni? Kenapa Ain datang waktu-waktu begini? Elina sudah bertemu dengan Ain. Habislah!

“Arrrggghhh…”. Tengku Zahran mendengus geram. Genggaman tangan kanannya singgah di atas meja yang dilitupi dengan timbunan beberapa buah fail. Sekali gus menyedarkan kedua gadis itu. Serentak mereka berdua berpaling memandang Tengku Zahran. Ain tersentak. Melihat wajah Tengku Zahran yang tak ubah seperti singa lapar membuatkan kedua-dua lututnya mengeletar. Kenapalah aku ni saja nak mencari penyakit? Melibatkan diri dalam drama sebabak yang menjerat pangkal leher sendiri.

Tengku Zahran terkedu melihat kedua-dua pasang mata itu terarah kepadanya.
Elina hanya memandang Tengku Zahran seketika. Waktu ini tumpuannya sudah tidak ada lagi pada Tengku Zahran. Dia lebih memikirkan Ain. Pandangannya diarah semula ke wajah Ain. Siapakah gadis ini sebenarnya? Aku bermimpi berhadapan dengan Farah ke? Gadis seksi itu kelihatan benar-benar takut. Wajahnya bertambah-tambah pucat. Tanpa menunggu lama, dia berlalu pergi meninggalkan Ain yang berdiri tanpa berkutik.

“Err..maaf. Saya tak sepatutnya berada di sini waktu ni”. Ain memandang Tengku Zahran. Belum pun sempat Tengku Zahran membuka mulut, Ain terus berlalu pergi meninggalkan bilik itu. Tengku Zahran pula terpinga-pinga. Bengang dengan situasi yang telah berlaku.

“Arrrrrgggghhhhh..!”. Tengku Zahran melepaskan geram sekali lagi sambil menghempas punggungnya di kerusi. Tangannya pantas menolak beberapa buah fail yang ada di atas meja itu. Bertaburan fail-fail dan segala isinya di atas lantai. Tengku Zahran meraup wajahnya. Tubuhnya disandarkan di kerusi yang empuk dan selesa miliknya. Pandangannya dilemparkan ke arah siling. Fikirannya benar-benar berserabut. Memikirkan Elina, Ain dan rahsia antara dia dan Farah. Bagaimana jika segala rahsia terbongkar sebelum sampai masanya? Elina pasti takkan berdiam. Dan Ain..bolehkah dia menerima semua ini nanti? Tengku Zahran buntu. Kenapa Elina muncul semula setelah lebih setahun menghilang? Apa yang dia nak sebenarnnya? Menagih kasih? Oh tidak! Perempuan tak guna itu memang benar-benar menyusahkan!

No comments:

Post a Comment