“Ain nak minum
apa?”. Soal Tengku Zahran sebaik sahaja seorang pelayan tiba di meja mereka.
“Ice lemon tea
kurang ais”
“Ain..kat sini pizza dia sedap tau. Kita makan pizza
nak tak?”. Cadang Tengku Zahran. Ain di hadapannya dipandang dengan senyuman
manis. Senyuman penuh mengharap sebenarnya. Mengharap Ain sudi makan
bersamanya. Nak makan pizza tak
mainlah makan sorang-sorang. Setakat sepotong dua tahanlah lagi, tapi kalau dah
sebekas..jenuh jugak nak menelan.
“Saya ikut je”.
Tengku Zahran menarik nafas lega. Hatinya mula berbunga mendengar jawapan itu.
Entah mengapa dia berasa begitu teringin untuk menikmati pizza kegemarannya
bersama si gadis berbaju merah itu.
“Nak makan nasi
Arab tak? Kat sini nasi Arabnya pun sedap tau. Kita order nasi arab sekali nak?”. Tengku Zahran membuat tawaran lagi.
Ain terlopong. Tengku Zahran dihadapannya direnung seketika. Nak memastikan sama
ada Tengku Zahran ini adalah spesies jin atau manusia. Banyaknya dia nak makan?
Ingat perut dia tu macam stokin? Boleh sumbat banyak-banyak agaknya.
“Encik..kita ni
nak makan ke nak melantak? Banyaknya encik nak makan? Dahlah pizza..nasi arab
pulak? Boleh ke habis semua tu?”. Tengku Zahran tergelak mendengar pertanyaan
itu. Memang dia dah agak. Gadis itu pasti akan berkata sesuatu. Sebenarnya dia
hanya ingin menguji sama ada Ain akan tetap menurut kehendaknya atau
sebaliknya. Baginya makan pizza sudah cukup memadai. Nasi Arab boleh cuba lain
kali. Masih ada banyak masa lagi. Hati Tengku Zahran sudah mula tersenyum
riang.
“okay, kita makan pizza jelah ye. Saya teringin nak makan pizza”. Ain sekadar mengangguk. Setuju dengan keputusan itu.
Setelah selesai
membuat pesanan, pelayan itu pun berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Ain..”
“Ya..”
“Esok pagi saya
datang jemput Ain kat rumah ye”. Ain tersentak. Bulat matanya memandang Tengku
Zahran. Nak jemput aku? Biar betul. Takkan majikan nak jadi driver
pulak! Ahyaa..sudah tukar ka? Wajib nanti orang kata aku dah baca mandrom power punya sampai bos sanggup
jadi driver. Oh, tidak! Hati kecil Ain minta ampun dengan permintaan putera
raja didepannya
“Eh, tak
payahlah encik susah-susah. Saya boleh naik bas saja”.
“..dan lepas tu
Ain tangkap gambar lagi kat stesen bas tu seperti pagi tadi?”. Muncung Ain
sudah panjang sedepa. Tengku Zahran tak habis-habis lagi nak mengenakannya. Tak
aci betul. Kita kenakan dia sekali tapi dia balas berkali-kali.
“Ain, esok ikut
saya kalau tak..”
“Kalau tak encik
nak buat apa?”. Ain sudah mula nak tunjuk belang.
“Kalau tak..saya
akan bagi Ain guna kereta saya untuk pergi ke pejabat. Saya akan hantar kereta
tu kat rumah Ain malam ni jugak. nak?”. Kalau dah namanya bos memang suka
memberi arahan. Langsung tak bagi anak buah membuat pilihan. Kejam sungguh
bos-bos yang tak tau nak jaga hati anak-anak buahnya.
“Kereta
encik..yang mana? Kereta mini yang dah kemik macam tin biskut tu ke?”.
“Nope. Ain nak
kereta apa? Porsche? Harrier? CRV? BMW? Estima? Wish? Atau Ain nak bawa kereta
Ferrari saya tu..saya tak kisah kalau Ain nak bawa?”.
“Astafirullahalazim…banyaknya
kereta. Encik ni buka kedai kereta ke?”. Ain menepuk kepalanya dengan sebelah
tangannya. Tengku Zahran tergelak kecil. Lucu melihat reaksi Ain begitu. Nampak
comel dan bersahaja.
“Kalau saya bawa
kereta encik lepas tu saya langgar tiang macam mana?”.
“Saya akan tukar
dengan kereta yang baru untuk Ain”
“Kalau saya
langgar lagi tiang lepas tu?”
“Saya akan ganti
lagi dengan kereta yang lain”
“Kalau saya
langgar divider pulak macam mana?”
“Saya akan ganti
dengan bumper car pulaklah lepas
tu..yang tu Ain boleh guna untuk langgar mana-mana je tempat yang Ain suka. Okay?”. Ain tunjuk muka geram. Dalam
masa yang sama nak tergelak pun ada. Tak sangka Tengku Zahran ni loyar buruk
juga orangnya. Ingatkan dia hanya tahu bekerja semata-mata. Belum pun sempat Ain bersuara, pelayan itu
telah datang membawa menu yang dipesan.
“Okay, this is for you my dear”. Tengku
Zahran meletakkan sepotong pizza ke pinggan Ain. My dear? Ya, Allah rasanya cik
jantung aku ni dah nak melompat keluarlah!
“Thank you”. Ain tersenyum memandang
Tengku Zahran. Okay Ain sabar, tarik nafas,cool, this is for you okay. Jangan pengsan Ain!
“Jom kita makan.
Sempena meraikan pengistiharan kita berdamai”.
“Bila masa kita
berperang?”.
“Tadi. Dalam kereta. Tak ingat? Ada orang tu
marah sampai naik pucat muka dia”. Ain menjegilkan matanya. Faham Tengku Zahran
menyindirnya. Tengku Zahran tergelak kecil. Ain tak habis-habis dengan wajah
comelnya.
“Okay..okay.
Sorry. Dah tak baik bertekak depan rezeki. Jom makan”. Ain
dan Tengku Zahran terus menikmati pizza yang masih lagi hangat. Dan setiap kali
pinggan Ain hampir kosong, Tengku Zahran akan segera meletakkan sepotong lagi
pizza ke atas pinggannya. Wah, kalau asyik kena refill je, bila tahun nak habis makan ni? bertambah-tambahlah kg
engkau Ain. Rosak program diet aku kalau selalu macam ni. Sabar jelah. Nak ambik hati bos punya pasallah
ni. Lupakan dulu soal berat badan!
Mereka menikmati
minum petang dengan suasana yang cukup tenang dan ceria. Tiada lagi rasa marah.
Hilang lenyap tanggapan buruk Ain terhadap
Tengku Zahran. `Coffee break’
yang cukup menarik!
BEST NAK LAGI.....
ReplyDeletenk lg!!!
ReplyDeletebest cerita nie... updatelh lgi.... hehehehehehe
ReplyDeleteterima kasih byk byk kpd semua yg tlh sudi membaca dan memberi komen yg membakar lg semangat saya untuk terus menghasilkn yang terbaik. insyaallah saya akan update lg n3 yg terbaru secepatnya..teruskn mengikuti kisah TENGKU ZAHRAN DARWISY dan AIN FARAH selanjutnya..bunch of love :-)
ReplyDelete