Sudah lebih lima
belas minit Tengku Zahran dan Ain duduk di meja salah satu rangkaian Cafe Secret
Recipe yang terletak di Kepala Batas itu. Namun masing-masing diam membisu
tanpa sebarang kata. Suasana premis yang lengang memberi ruang yang cukup privacy buat mereka berdua. Ditambah
pula dengan kedudukan tempat duduk mereka yang agak tersorok membuatkan Tengku
Zahran dan Ain tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta.
Bercinta? Iyalah
tu. Bercintalah sangat. Macam nak berperang adalah. Tengok muka orang tu pun
dah mengalahkan buah pelam yang tak masak. Ada gaya macam orang tengah berdating ke gini? Entahlah. Yang pasti
Ain tidak pernah merasai istilah ‘berdating’
itu dalam erti kata yang sebenar.
Ain kebingungan
dan tertanya-tanya, bilakah ‘klien misteri’ yang akan bersama mereka sepanjang
hari itu akan muncul? Siapakah klien yang dimaksudkan? Lelaki atau perempuan?
Ain memandang
Tengku Zahran yang hanya duduk berpeluk tubuh tidak berkutik. Tajam pandangan
mata Tengku Zahran membuatkan Ain mula resah dan gelisah. Apahal dengan Tengku
Zahran ni? Pandang orang macam nak telan hidup-hidup. Taulah aku ada buat salah
sebab menyibuk ambik tahu hal dia tadi tapi janganlah marah. Aku ada di situ
pun kebetulan je. Dah alang-alang
kebetulan tu tumpang sharelah sama.
Hihihi..memang padan pun kena marah. Siapa suruh cari pasal?
Ish, tak boleh
jadi ni. Kalau terus dibiarkan begini, silap haribulan sampai kedai ni tutup
pun mereka akan terus menyepi.
“Encik, mana dia
klien..”
“Kita takkan
jumpa klien hari ni”. Belum pun sempat Ain menghabiskan kata-katanya, Tengku
Zahran sudah pun mencelah.
“Hah!? Maksud
Encik?”. Ain terlopong. Bulat matanya memandang Tengku Zahran. Biar betul mamat
ni. Habis yang mereka duduk kat sini buat apa? Dah tu time berkerja pulak tu? Sedapnya melepak kat sini sedangkan kat
ofis berlambak-lambak lagi kerja yang perlu disiapkan. Buang tabiat ke apa
mamat ni? Ain semakin kebingungan. Berkerut dahinya memandang Tengku Zahran.
Tengku Zahran membisu.
“Encik..”
“I need a break Ain”. Kedengaran sayu
suara Tengku Zahran menyentuh tangkai hati gadis di hadapannya. Kedua sikunya
diletakkan di atas meja. Dia meraup wajahnya dan kemudian kedua belah tangan
itu dibiarkan lama terletak di kepalanya.
Ain terkedu.
Seperti tidak percaya mendengar sebaris kata yang telah diungkapkan oleh Tengku
Zahran. Melihat Tengku Zahran hanya tunduk menongkat kepalanya membuatkan Ain
berfikir sejenak. Berfikir mengenai cerita klien rekaan, hal mustahak dan kisah
tak nak diganggu bos besar oleh Tengku Zahran. Bukan main beria benar Tengku
Zahran bercakap di hadapan Norazlin tadi hingga membuatkan Ain juga hampir
percaya tentang kisah klien rekaan itu. Siapa tahu klien yang dimaksudkan itu
tidak wujud sebenarnya. Satu pembohongan yang langsung tidak dijangka. Tapi Ain
tak salahkan Tengku Zahran kalau memang benar Tengku Zahran memerlukan ruang
dan waktu untuk bersendirian. Bersendirian? Habis tu kenapa aku ada di sini?
Mungkin dia memerlukan teman bicara agaknya? Takpelah aku sedia menjadi peneman kerana aku adalah seorang
pendengar yang baik. Cheewah, sempat lagi masuk bakul angkat sendiri!
Simpati Ain mula
tertumpah terhadap Tengku Zahran. Kasihan dia melihat wajah tegang itu buat
pertama kalinya. Sekali pandang macam orang putus cinta je. Dua kali pandang macam orang kematian bini pun ada. Ain tahu
dan yakin memang tak ada sebab lain yang membuatkan Tengku Zahran jadi begini.
Kalau tak mana mungkin Tengku Zahran kelihatan seteruk ini.
Mungkinkah Elina
pernah melukakan dan menghancurkan hati Tengku Zahran. Sebab itulah Tengku
Zahran berang bila gadis itu muncul semula. Andainya sangkakan Ain benar
belaka, Elina memanglah gadis yang kurang bijak orangnya. Tidak tahu menghargai
lelaki sebaik Tengku Zahran. Lelaki yang cukup lengkap pakejnya. Apa lagi yang
kurangnya? Apa? Apa? Wah bertalu-talu pulak soalan cik hati macam budak sekolah
buat persembahan bicara berirama. Ish, orang tengah sedih, cik hati aku
melalut-lalut pulak. Ada jugak orang yang nak kena sedas dua ni nanti Entahlah. Adakalanya manusia tidak pernah
bersyukur dengan apa yang telah dimiliki. Inilah lumrah dunia.
“Kalau macam tu kita order apa-apa dululah ye. Encik Zahran nak minum apa?”. Tengku
Zahran tersentak. Matanya memandang tepat ke arah Ain. Seperti tidak percaya
melihat tiada reaksi marah atau tidak senang di wajah Ain. Bukankah dia telah
pun terkasar dengan gadis itu tadi?
Kenapa dia langsung tidak menyimpan perasaan marah terhadapku?
“Apa-apa jelah”.
Jawab Tengku Zahran acuh tak acuh. Dalam keadaan otak yang tengah berserabut,
makan dan minum bukanlah agenda utama dia datang ke mari.
Kerenah Elina,
kisah Farah dan kemarahannya yang telah dilepaskan terhadap Ain membuatkan
Tengku Zahran jadi serba tak kena. Kesal, bingung dan serba salah bercampur
baur. Dia sememangnya ingin menjelaskan kejadian yang telah berlaku di pejabat
tadi kepada Ain. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana nak memulakannya? Tengku
Zahran akui, bercakap dan berbincang mengenai isu perniagaan tidaklah sesukar
isu yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Kerana Tengku Zahran bukanlah
jenis lelaki yang pandai sangat nak mengayat.
Sebab tu walaupun dikurniakan pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi dambaan
wanita, dia tetap mendapat gelaran Mr.
Stone sewaktu di universiti dulu. Tak patut betul gelaran yang diberikan.
“Saya order hot chocolate untuk encik nak tak? Kalau
encik nak tahu, kajian telah membuktikan chocolate
boleh mengurangkan stress.
Masalah stress ni tak boleh dibiarkan
tau. kalau dibiarkan takut nanti makan diri”. Ain memulakan peranannya seperti
seorang pakar psikiatri. Macamlah Tengku Zahran mengalami masalah gangguan
mental atau masalah kemurungan yang serius.
Tengku Zahran
sekali lagi tersentak. Terdiam memikirkan kata-kata Ain. Dahinya berkerut. Apa
maknanya tu? Bunyinya seperti dia mengambil berat tentang diriku. Betul ke dia
memang mengambil berat? Atau aku yang perasan diambil berat?
“Tak kisahlah
nak order apa pun. Janji boleh
minum”. Jawab Tengku Zahran bersahaja. Walaupun di hatinya terdetik rasa pelik
dengan kebaikan yang Ain tunjukkan. Kenapa Ain nampak baik sangat? Ada udang
disebalik batu ke? Ah, tak mungkin! Jangan fikir yang bukan-bukan Zahran. Tak
baik berburuk sangka dengan orang macam tu. Orang dah buat baik. Layan ajelah. Kali ini biarlah Ain memilih menu untuk mereka berdua. Tengku
Zahran ingin melihat sejauh mana Ain mengambil berat tentang dirinya.
“Okey”. Ain
tersenyum lebar lalu memanggil pelayan di premis itu. Tengku Zahran menelan air
liur kelat. Melihat senyuman manis itu membuatkan jantungnya berdetup detap.
“Miss, saya nak dua hot chocolates, satu slice
chocolate indulgence cake dan satu slice tiramisu cake”. Ain membuat pesanan.
“Ada apa-apa
lagi cik nak tambah?”. Soal pelayan itu setelah mengulangi pesanan yang telah
diberikan.
“Dua mushroom soup”. Ain tersenyum manis.
Wah, macam-macam nak makan ni! Semuanya berasaskan cokelat kecuali mushroom
soup. Yeah, I like. Jangan ada yang gelong lepas ni sudahlah!
Tengku Zahran
hanya diam memerhati Ain berurusan dengan pelayan kecil molek itu. Seronok pula
rasanya melihat Ain membuat pesanan untuk mereka berdua. Tak kisahlah Ain nak order apa pun. Tengku Zahran pasti tiada
masalah untuk menjamahnya. Kerana dia bukanlah jenis orang yang cerewet
mengenai soal makan dan minum. Asalkan halal dan tak pelik rupanya, Tengku
Zahran pasti boleh menelannya. Sedap tak sedap belakang kira. Kalau sedap makan
banyak pun takpe. Tak sedap makan
sikit ajelah. Lagipun setakat menu kek dan mushroom soup yang ada di premis
itu, dia sudah pun biasa menikmatinya. Cuma hot
chocolate belum lagi pernah dicuba kerana dia bukannya penggemar minuman
itu.
“Ada nak tambah
lagi ke?”. Pelayan itu memohon kepastian. Ain menggeleng. Gadis itu tersenyum
lalu pergi meninggalkan mereka.
“Encik selalu
datang ke tempat ni ke?”. Soal Ain sebaik saja pelayan itu berlalu pergi.
Rasanya dia perlu banyak bertanya untuk menghidupkan suasana. Dan dalam masa
yang sama dia perlu membantu Tengku Zahran untuk melupakan stress yang telah dialaminya. Wah, baik punya kaunselor tak
berbayar ni!
“Selalu jugaklah
tapi takdelah kerap sangat”.
“Encik datang
dengan siapa?”. Soal Ain spontan tanpa diduga. Arrghh, bodohnya soalan. Apalah
sibuk sangat nak tanya orang datang dengan siapa? Suka hati dialah nak datang
dengan siapa pun.
“Dengan awek sayalah”. Jawab Tengku Zahran
selamba. Saja nak mengusik gadis yang sudah bertukar wajah kemerahan di
hadapannya. Ikutkan hati, ingin saja dia ketawa semahunya melihat wajah Ain
yang sudah hilang gaya. Tapi sengaja ditahan kerana dia tidak mahu merosakkan mood gadis itu.
“Hah?”. Buntang
mata Ain memandang Tengku Zahran. Biar betul mamat ni? Dia dah berpunya ke?
Atau sekadar teman untuk berseronok je? Kalau dia dah berpunya, tak naklah aku
menghabiskan waktu di sini bersamanya. Buang masa je. Nanti tak pasal-pasal ada juga orang yang mengamuk kerana
cemburu ni nanti. Eiii..tolonglah! tak kuasa aku nak bergaduh kerana seorang
lelaki yang jelas tak ada kena mengena dengan aku. Balik jelah. Ain berdiri dan mengambil beg tangannya yang ada di sisi.
“Eh, awak nak ke
mana tu?”. Tengku Zahran mula panik.
“Saya nak balik
ke ofis. Saya tak naklah duduk kat sini. Nanti tak pasal-pasal ada juga orang
jealous kalau nampak saya dan encik berdua kat sini”. Tak pasal-pasal ada jugak
yang bertelur di dahi nanti. Tak pun ada adegan tarik tudung macam dalam drama
petang-petang nanti.
“Eh, janganlah.
Duduklah dulu. I will explain okay.
please”. Pujuk Tengku Zahran. Dia tidak mahu Ain pergi meninggalkannnya.
Tika ini, dia benar-benar memerlukan Ain di sampingnya. Dia langsung tidak
menyangka jawapan yang diberikan membuatkan Ain bertindak begitu. Tengku Zahran
dan Ain saling berpandangan. Melihat wajah Tengku Zahran penuh mengharap
membuatkan Ain rasa bersalah. Sepatutnya dia cuba memahami situasi Tengku
Zahran ketika ini. Bukannya bertindak mengikut perasaan sendiri. Lagipun selama
dia bekerja, Tengku Zahranlah orang yang bertanggungjawab mengambil dan
menghantarnya pulang ke rumah. Perlahan-lahan Ain duduk semula.
“Thanks a lot”. Ucap Tengku Zahran. Ain mengukir senyuman. Aku akan cuba
untuk menjadi peneman dan pendengar yang baik, desis hati Ain.
“Saya takde awek Ain. Kalau ada saya takkan
keluar dengan Ain. Ain tau kenapa?...Sebab saya akan sentiasa jujur dengan
orang yang saya sayang”. Tutur Tengku
Zahran berjeda. Ain terkedu buat
seketika. Seperti tidak percaya mendengar bait-bait kata yang telah
diungkapkan. Ish, takkan aku orang yang Encik Zahran sayang. Jangan nak
beranganlah.
“Iyelah tu..”.
Ain buat muka seperti tidak percaya dengan apa yang telah dikatakan. Padahal
hakikatnya dia rasa seperti hendak pitam mendengar ungkapan itu sebenarnya.
Giler mamat poyo ni. Sekali buka mulut, jiwang habis. Nasib baiklah aku tak
berguling-guling mendengar ayat power itu.
“No.
I’m serious Ain. Really..really serious”. Ucap Tengku
Zahran bersungguh. Dia benar-benar mengharap Ain bisa memahami maksudnya.
“Encik datang
dengan siapa?”. Ain cuba mengawal keadaan. Tidak mahu kelihatan gabra di hadapan
Tengku Zahran. Walaupun di hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Boleh luruh
jantung dibuatnya.
“Saya datang
dengan adik saya. Dia memang hantu kek. Suka sangat makan kek kat sini. Semua
kek kat sini dah habis dia cuba. Lagi satu lagsane. Tu pun dia suka sangat
makan kat sini”. Terang Tengku Zahran panjang lebar.
“Adik encik
lelaki ke perempuan?”. Soal Ain ingin tahu.
Kalau perempuan seronoknya. Boleh berkenalan. Boleh jadi geng sebab Ain
pun suka makan kek dan lagsane kat sini.
“Same as you”.
“Wahhhh,
seronoknya! Bolehlah nanti saya berkenalan tapi..kenapa encik tak pernah pun
bagitau saya yang encik ada adik perempuan sebelum ni?”.
“Dah Ain tak
pernah tanya”.
“Nak tanya apa?
Takkan saya nak menyibuk tanya semua pasal keluarga encik. Tanya adik lepas tu
mak ayah, lepas tu tok wan tok nek macam orang nak merisik. Buat malu je”.
Marah Ain manja. Tengku Zahran tergelak kecil.
“Okay, okay! Sorry, sorry! Lepas ni saya
janji Ain akan tahu lebih banyak mengenai saya dan keluarga saya“. Ain terpaku.
Janji itu membuatkan akalnya mati
serta merta. Wajahnya pantas diserbu rasa panas. Nasib baiklah tika dan saat
itu pelayan tadi datang semula membawa menu yang telah diminta. Fuhh,
lega!
“Mana satu kek
untuk saya?”. Soal Tengku Zahran. Ain mengambil camca kek yang diletakkan di
setiap piring kek dan menyerahkan satu kepada Tengku zahran. Tengku Zahran
terkesima. Sepasang mata yang cantik milik Ain ditenung agak lama. Seketika
pandangan mereka bertaut. Ain terkedu. Panahan mata Tengku Zahran bagai menikam
tembus hingga ke jantung. Nampak gayanya cik jantung mengalami tekanan yang
cukup hebat hari ini. Kasihan cik jantungku!
Kek ni kita sharelah ye. Pakat rasalah seorang sikit. Kek nikan rasanya lain-lain. Makan
serba sikit boleh rasa dua-dua”. Tutur Ain cuba berlagak selamba. Kali ini
Tengku Zahran pula yang terkedu. Sepertinya dia sedang bermimpi mendengar
perkataan share keluar dari mulut
comel gadis itu. Sedetik ingatan terhadap Farah bertamu di mindanya. Ain tak
ubah seperti Farah. Suka berkongsi makanan dengannya. Setiap kali Tengku Zahran
keluar makan dengan arwah Farah dulu, Semua makanan akan dikongsi bersama. Dah
tu minta pula macam-macam. Sudahnya nanti Tengku Zahranlah yang akan menjadi
mangsa untuk menghabiskannya.
Kini kisah lama
berulang kembali. Bersama insan yang berbeza dengan raut wajah yang serupa.
Lembutnya bicara Ain menyusuk ke dasar hati. Bagaikan kelihatan sekumpulan
rama-rama berterbangan mengelilingi mereka berdua. Dalam hati ada taman! Apa
maknanya perasaan ini? Tengku Zahran tidak tahu. Hanya bibirnya mampu mengukir
senyuman.
“Hah, senyum
pun! Kan manis kalau encik selalu tersenyum. Dah, jom kita makan! Lepas ni Ain
bawa Encik Zahran pergi melawat ke satu tempat”. Senyuman manis terukir di
bibir Ain. Senyuman yang membuatkan
degup jantung Tengku Zahran menjadi semakin tidak menentu.
“Tempat apa?”
Tengku Zahran ingin tahu. Berkerut dahinya memandang Ain.
‘Tempat untuk release tension versi Ain Farah. Dah
makan cepat”. Ain memberi arahan. Bukan senang nak mengarahkan CEO di
hadapannya itu.
“Saya nak Ain
tolong suapkan boleh”. Usik Tengku Zahran.
“Banyak cantik
muka encik. Makanlah sendiri. Dah besar pun nak orang suap lagi”. Ain sudah
betukar ke mood asalnya. Seperti stesen radio bertukar siarannya. Hilang lenyap
kelembutan bicaranya sebentar tadi. Tengku Zahran ketawa. Kan dah kata, kalau
tak kena gaya, mesti anginnya cepat naik ke kepala. Nak ke mana agaknya dia nak
bawa aku ni? Ikut jelah. Janji aku
boleh menghabiskan masa bersamanya hari ini.
“Ain..”.
“Emm..”
“Boleh saya
tanya sesuatu?”
“Apa dia?”
“Ain pernah tak
berkongsi makanan seperti ni dengan orang lain?”
“Berkongsi
dengan perempuan selalu. Dengan lelaki tak pernah”. Jawab Ain jujur dengan riak
selamba. Seketika dia terdiam. Memikirkan semula jawapan yang telah diberikan.
Memang benar dia tidak pernah berkongsi makanan dengan mana-mana lelaki sebelum
ni kecuali Tengku Zahran. Tak usahlah ditanya kenapa dan mengapa dia berkongsi
dengan Tengku Zahran? Kerana tidak semua persoalan itu ada jawapannya.
Tengku Zahran
tersenyum puas. Cukuplah. Dia tidak mahu bertanya apa-apa lagi. Mendengar
pengakuan Ain sudah cukup melegakan hatinya. Sekarang dia hanya ingin menikmati
menu yang cukup ringkas itu bersama Ain Farah.
xsabar nk tggu episod yg akan datang...hehhehehe
ReplyDeleteBEST .......NAK LAGI.
ReplyDelete